18
.
.
.
"Yerim?"
"Yoonji?"
"Ya, akulah tu!"
"Hi!"
Macam dah lama kenal, terus aku berpelukan dengan gadis bernama Yoonji itu sebelum kami sama-sama melompat setempat seraya masih memeluk satu sama lain.
Ingatkan dalam phone saja peramah dan ceria, rupanya bila jumpa depan-depan, lagi terserlah happy go lucky dia tu!
Cantik, berkulit cerah dan bermata bulat dan bundar, comel sangat!
Beberapa hari lepas, dia sendiri yang menghubungi aku, memberitahu aku yang dia akan berpindah masuk hari ini.
Sampai ke hari ini juga, aku tak dapat apa-apa khabar dari abang Seokjin, apatah lagi Jungkook. Malas dah menunggu, aku pun buat biasa sajalah.
Hari ini, aku sibukkan diri pula membantu Yoonji berpindah masuk ke dalam rumah ini. Ajaibnya, tak sampai sehari, kami dah boleh ngam, gelak guling-guling sama-sama. Tak pernah habis topik hendak berbual!
"Kau kerja apa?" Tanya Yoonji saat kami duduk melepak di ruang tamu, rehat sekejap dari terus memunggah masuk barang Yoonji ke dalam bilik.
"Baru je habis study nursing and baru je semalam dapat tawaran praktikal dekat hospital area sini." Balasku teruja. Rasanya dialah orang pertama yang aku share berita gembira ni selain Snowball.
Dah teruk sangat dah aku ni, kejap lagi cicak dekat dinding tu pun aku ajak PUBG. Bosan sangat duduk rumah ni sendiri, nasib baik sekarang dah ada Yoonji!
"Ya?! Congrats!"
"Kau kerja apa?" Tanya aku sambil menghulurkan paket kacang gajus kepada Yoonji. Berborak sambil makan kacanglah kami di ruang tamu ni.
"Aku polis."
Ternganga sekejap aku. Patutlah keras semacam!
"Wah! Polis apa? Polis trafik? Inspektor?"
"Yup, inspektor."
"Uyoo!!"
Tergelak dia melihat reaksi aku yang tulus dari hati.
"Gempaklah!"
"Kau pun gempak juga, nurse tu."
"Biasa je." Balasku sebelum kami sama-sama tersengih.
"Dah lama ke kenal Jungkook?" Tanya aku, sesekali mata aku tertumpu pada skrin televisyen.
"Bolehlah. Sepupu aku kawan dia. Kau pula? Dah lama kenal Jungkook?" Tanyanya selamba seraya panahan matanya turut tertumpu pada tv di depan kami.
"Jumpa pun baru dua kali." Balas aku, turut sama selamba. Membiarkan Yoonji yang tertoleh, melihat aku.
Tiba-tiba pula dia sengih pandang aku buatkan aku toleh, pandang dia.
"Kau mesti ada apa-apa en dengan dia?"
"Eh, memang taklah! Dah kenapa pula kau boleh mengarut sampai ke situ?" Tanya aku tak puas hati. Padahal pipi dah rasa membahang, macam baru lepas kena lempang je rasa, berpijar. Adakah ini dikira blushing?
"Dah tu, kenapa dia beria sangat minta tolong aku jagakan kau dekat sini?"
Masalah aku ke masalah Jungkook? Huaa asal aku pula yang berdebar teruk ni, suka bila Yoonji bagitahu aku semua ni?!
"Entah. Mana aku tahu. Tanyalah Jungkook." Balas aku. Tak berani aku nak tenung Yoonji balik, malu kalau dia boleh baca apa yang aku rasa sekarang ni.
Terdengar Yoonji tertawa bebas, gelakkan aku.
"Kau dengan Tuan sama je, dua-dua ego. Kahwinkan nanti baru tahu." Balasnya selamba.
Kejap.
Tuan?
Terus aku toleh pandang Yoonji.
"Tuan? Kau panggil Jungkook, 'Tuan'?"
Tanyaku lurus, straight to the point buatkan terbantut niat Yoonji nak sambung makan kacang. Lambat-lambat dia toleh, pandang aku.
"Ye ke aku panggil dia macam tu? Tak kut, kau salah dengar ni. Dahlah aku nak pergi sambung buat kerja. Kau nak tolong tak ni?"
Selamba dia menukar topik seraya bangun dari terus duduk di sebelah aku. Masalahnya aku tak puas hati lagi ni!
.
.
.
Esok aku dah mula praktikal dekat hospital yang terletak tidak jauh di pekan sana tapi dikira jauh jugalah dari rumah aku. Macam mana tu? Entahlah. Dulu aku failed geografi.
Sekarang, apa yang merisaukan aku adalah, macam mana aku nak ke hospital nanti? Tiap hari naik bas? Satu masalah sistem pengangkutan dekat sini, aturan masanya yang tak sistematik. Kejap ada kejap tak ada pula tu.
Tumpang Yoonji? Segan wei. Tak kan tiap hari nak kena tumpang dia? Dah kalau aku tumpang dia, kena fikir duit minyak lagi nak kasi dia.
Nak betulkan basikal dengan scooter aku? Haih, lambet lagi. Malas aku nak panggil mekanik, apatah lagi nak bawa sendiri ke bengkel. Memang taklah kalau muka aku ni. Ke baiki sendiri? Meletup rumah ni jangan salahkan aku. Memang tak jadi apa!
Akhirnya aku termenung dekat beranda depan rumah ni. Sementara Yoonji tidur dekat dalam sana, lepas penat mengemas biliknya.
Sedang aku termenung sendiri ni, sempat aku check balik mesej terakhir aku untuk abang Seokjin. Masih one tick. Manalah dia ni pergi? Risau pula aku.
Jungkook pula? Langsung tak chat aku, call apatah lagi! Kadang-kadang cemburu je aku bila tahu Jungkook elok saja chat dan call Yoonji.
Sekejap.
Cemburu ke aku?
Tengah aku bermonolog sendiri dekat beranda rumah ni, bunyi enjin lori menghampiri menarik perhatian aku. Lantas kepala aku angkatkan.
Bapak besar lori. Ini bukan setakat lori, lori kontena dia bagi!
Terus aku bangun.
Gaya lori ni macam lori yang selalu bawa perabot atau kenderaan baru.
Dengan sabar, aku menunggu si pemandu keluar dari lori tersebut. Lelaki.
Sebaik saja dia turun dari lori, tersengih dia melihat aku. Sempat kami berbalas senyuman.
"Cik Choi Yerim?"
"Ya, saya."
.
.
.
Selepas lori itu hilang dari pandangan mata, panahan mata aku kembali tertumpu pada dua kenderaan baru, fresh dari kilang yang terletak elok di hadapanku tika ini.
Sebuah basikal dan sebuah motosikal jenis scooter.
Dua-dua warna pink! Huaa!!
Dah boleh agak dah semua ni kerja siapa, terus aku keluarkan phone, nak call dia. Siapa lagi kalau bukan Jungkook?!
"Apa benda semua ni, Jungkook?!"
Sebaik saja panggilannya terjawab, terus aku terjah masuk, tanpa salam sayang mahupun rindu. Dahlah ni first time aku call dia.
"Apa benda apa? Aku tak buat apa pun."
Geramnya aku!
"Awak jangan nak buat-buat tak tahu ya! Awak belikan saya basikal dengan scooter kan?!"
"Mana ada."
"Habis yang depan saya sekarang ni apa?!"
"Salah hantar kut."
Sah, memang dia!
Akhirnya aku mengeluh, mata aku pejamkan.
"Kook, kan saya dah cakap, jangan belikan saya apa-apa lagi. Entah mampu ke tidak saya nak bayar balik semua ni nanti."
"Siapa suruh kau bayar balik?"
"Tengok?! Memang awak kan yang belikan semua ni untuk saya?!"
"Untuk kemudahan awak juga nanti, sayang."
Mata aku pejamkan. Masa nilah dia nak main-main dengan aku! Rasa nak nangis jelah aku melayan perangai dia ni!
"Terima jelah, dah sampai pun depan kau. Guna je. Esok kau dah start praktikal kan?"
Macam mana dia tahu ni? Mesti dari Yoonji! Kadang-kadang aku rasa Yoonji ni macam spy Jungkook pula!
"Macam mana awak tahu?"
"Yoonji cerita dekat aku."
"Amboi, tiap malam ke bergayut?" Tanya aku tak puas hati, gaya macam cemburu je aku ni? Dah kenapa?!
Macam aku agak, dia seronok gelakkan aku dekat sana. Aku ni pun satu, bingai! Kan dia dah perasan!
"Cemburu ya?"
"Menyesallah call awak!"
"Eleh, cakap jelah kau rindu aku. Ni pun kau saja cari alasan nak call aku kan? Bukannya aku tak tahu, tiap hari kau tunggu aku call kau kan?"
Cis, macam mana dia tahu lagi ni? Yoonji?!
Daripada aku tersasul cakap lagi, baik aku diam.
"Tapi bagus juga kau call aku ni."
"Kenapa bagus pula?"
"Sama-sama boleh lepas rindu."
Hampir aku jatuh tergolek.
Maksudnya dia pun rindukan akulah?
Sekejap, sekejap. Bila masanya aku rindu dia? Tolong sikit!
"Good luck esok. Kalau ada patients menggatal dengan kau, cakap je kau dah ada boyfriend. Jual je nama aku, aku sanggup."
Tersengih juga aku dengar pesanannya itu. Gatal sikit je pun, mana dia nampak kan, apa salahnya?
"Esok bawa scooter elok-elok. Kalau hujan, minta tolong Yoonji hantarkan. Jangan bawa basikal pula."
"Yalah, Tuan. Saya menurut perintah." Balasku dan dapat aku dengar tawanya di talian sana.
"Kook."
"Hmm?"
"Terima kasih untuk basikal dan scooter walaupun pink.."
Sekali lagi, dia tergelak.
"Yalah."
"Saya akan cuba bayar balik sikit-sikit. Awak tak kisah kan saya bayar bulan-bulan?"
"Malas nak layan. Bye."
End call. Macam tu je?!
Geram dengan dia, terus aku chat dia.
<Snowball 🐰
Berani awak matikan call saya?!
Saya tengah meeting, sayang
Nanti kita sambung gaduh lagi ya?
Good luck for your first day tomorrow.
Jangan lupa makan
Awak tu dahlah cepat masuk angin
Macam tahu-tahu je dia ni? Mana dia tahu aku ni spesis cepat masuk angin ni? Yoonji lagi?!
Kentut jelah
Biar keluar balik
Tak fikir panjang, terus aku balas gitu. Dia tak balas tapi masih online. Tengah gelak atau malas nak layan lawak hambar aku!
Beberapa detik berlalu, barulah dia balas.
You never change, Yerim..
Lama aku merenung sebaris ayat darinya itu. Tak faham. Bukannya aku tak reti terjemah bahasa inggeris. Cuma yang aku tak faham, apa yang Jungkook cuba sampaikan pada aku. Maksud dia?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top