16

.
.
.

"Alah, dah habis."

"Habis tu kau nak diorang bakar bunga api tu sampai raya tahun depan ke? Orang lain pun nak tidur."

Baru tadi dia ber-mood sweet sawit dengan aku. Tiba-tiba datang balik dia punya mode ajak gaduh tu! Sah dia ni Snowball!

Pengunjung lain mula beransur-ansur bangun, meninggalkan padang luas ini sementara aku dan Jungkook masih kekal di tempat kami. Selagi aku belum bangun, selagi tulah Jungkook tak berganjak.

"Tunggu apa lagi ni? Jomlah balik."

"Tak nak. Saya nak tengok lagi."

"Kau nak tengok apa? Pontianak terbang sekejap lagi lalu depan kau? Dah pukul satulah, Yerim. Semua dah ngantuk."

"Tapi saya tak ngantuk lagi."

"Masalah kau ke masalah aku? Dah bangun, kita balik."

"Nantilah dulu. Ha! Baru saya ingat! Awak belum kasi lagi gambar saya dekat padang uni tadi! Nasib baik saya ingat! Awak bagi sekarang!"

"Aku dah padam."

Macamlah aku nak percaya?!

Terdengar dia mengeluh perlahan bila aku keluarkan phone aku dari poket hoodie tapi pada masa yang sama, dia keluarkan juga Iphone dia.

"Gedik tau kau ni." Rungutnya.

Eleh, gedik-gedik aku pun dia layan juga perangai aku!

"Nak guna airdrop, kau pakai Samsung pula, hai lahh menyusahkan sungguhlah awak ni budak kecik!"

Bebelnya, pada masa yang sama, jari-jemarinya masih lincah bergerak di atas skrin Iphone miliknya.

"Bak sini nombor telefon kau."

"Nak buat apa minta nombor saya?"

"Nak bagi wak jaga rumah aku. Aku nak save nombor kaulah, sayang. Nak kasi gambar dekat kau through WhatsApp ke Telegram. Sayang faham tak ni? Ke nak abang terangkan lagi?"

Wah, dia punya membahan aku tu, sampai ke langit tujuh! Dasar split personality!

"Tapi kalau bagi kat WhatsApp, kualiti gambar jadi buruk."

"Habis tu kau nak aku buat apa? Bertumbuk dengan creator WhatsApp? Sebab tulah aku hantar dekat Telegram juga nanti."

"Kalau buruk juga macam mana?"

"Macam nilah, kau ambil je Iphone aku ni, biar aku beli phone baru, puas hati kau?"

Tergelak juga aku tengok gaya fedap dia nak melayan perangai banyak tanya aku ni.

"Yalah, yalah. Ni nombor phone saya. Dengar elok-elok, saya ulang sekali je ni."

Akhirnya, tersimpan juga nombor telefon aku di dalam Iphone mahal level kayangan dia tu.

"Sekejap aku chat kau, save nombor aku."

Test mic, test mic

Tergelak aku bila baca mesej dia.

"Kook, janganlah!"

Aku cuba menghalang tapi laju saja dia tangkap gambar aku sebelum dia send gambar tu dekat aku.

Rasa nak tanam diri tengok gambar candid sendiri, serupa anjing laut! Macam ni ke rupa aku dekat mata Jungkook dari tadi?! Huaa!!

"Saja nak test quality. Ha better hantar dekat Telegram."

Aku hanya diam mendengar bebelannya. Kini berpuluh gambar masuk. Banyak juga gambar dia ambilkan. Wah, memang nonstop dia punya snap ni.

Bukannya nak pilihkan mana yang cantik dan padam mana yang mengaibkan. Muka aku nak terbersin, terkentut, semua dia kasi! Huaa!!

"Nanti lepas ni awak padam semua gambar saya dalam phone awak!"

"Tak ingin aku nak save gambar kau lama-lama."

Eleh!

Aku jeling dia. Pada masa yang sama, aku sibuk menyimpan nombor telefonnya.

Snowball🐰

Tersenyum sendiri aku melihat pilihan namaku buat nombor telefonnya.

"Tu dah kenapa senyum-senyum tu?"

Terus mati senyuman aku. Jelingan maut aku berikan pada dia.

"Sibuklah. Dah, jom balik!"

Terus aku bangun, langkah aku atur meninggalkannya. Hampir aku senyum tapi cepat-cepat aku tahan bila dirinya sudah menyaingi langkahku seraya tangannya menarik hujung lengan hoodie milikku.

"Boleh tak lain kali jangan jalan sendiri? Tunggu aku."

"Kenapa nak risau sangat? Bukannya ada apa-apa pun."

"Sekarang ni tengah ramai orang, kau tu dahlah kecik, ketot. Nanti kau hilang macam mana? Payah aku nak cari."

"Oh, awak takut kehilangan sayalah ni?" Usikku tapi lain pula jadinya bila melihat renungan matanya yang berubah saat menatapku sekarang, berkaca.

Seperti dirinya sedang cuba menahan rasa sebak saat menatapku sekarang buatkan hati aku turut merasa pedih, menahan hiba.

"Indeed, I'm afraid of losing you again ... A feeling that I don't want to feel again..The feeling of the loss of someone I love and cherish the most.. Hilangnya dia, matinya aku.."

Tuturnya perlahan, membiarkan aku terus keliru di dalam mutiara katanya dan terus hanyut, hilang di dalam renungan matanya.

.
.
.

"Tengok! Kan saya dah cakap! Huaaa macam mana kita nak balik ni?!"

Aku dah mula gelabah bila tengok rantai basikal aku hilang! Nak kena budak yang curi rantai basikal aku ni! Apalah yang nak dibuatnya dengan rantai basikal aku tu?! Buat aksesori pakai dekat leher?!

"Bertenang, sayang. Masalah kecik je ni. Kira baik dia cuma curi rantai basikal kau."

"Ha'ah kan, baik betul orang tu. Tinggalkan sikit untuk saya. Dia ambil sikit, saya ambil sikit. Awak ingat dia curi karipap saya ke?!"

Aku dah mula mengamuk buatkan Jungkook tergelak.

Mahu aku tak mengamuk, basikal kesayangan aku tu!

"Dahlah, nanti aku belikan yang baru. Jom balik."

Terkebil-kebil kejap aku tengok dia selamba naikkan tongkat basikal aku lepas tu cukup tenang dia menghampiri aku sambil menuntun basikal aku di sisinya.

"Balik naik basikal ni?"

"Iyalah."

"Nak kayuh macam mana kalau rantai basikal tak ada?! Pakai niat?!"

"Shh, cuba bertenang. Aku tahulah apa aku buat, dah naik basikal ni cepat."

"Ha?"

"Naik jelah cepat."

Akhirnya aku ikut jelah cakap dia. Naik juga aku atas basikal sakti aku. Terkebil-kebil aku menoleh, pandang Jungkook bila basikal mula bergerak perlahan.

Selamba saja muka dia, menolak basikal ini dengan aku elok terduduk di atas basikal.

"Kan gerak tu." Usiknya tanpa memandang aku buatkan aku tersengih tapi cepat-cepat aku tahan.

"Ni sampai bila awak nak tolak saya ni?"

"Sampai rumahlah."

"Tak penat?"

"Tak pernah."

Tersenyum juga aku walaupun dia tak langsung toleh pandang aku.

Kenapalah dia suka manjakan aku, layan kerenah aku? Kadang-kadang dilayannya aku macam budak-budak.

Akhirnya masing-masing senyap. Dia memegang tempat duduk belakang basikal, menolaknya perlahan macamlah aku ni cukup ringan, langsung tidak membebaninya.

"Kalau macam nilah gayanya, subuh pun belum tentu sampai rumah." Usikku sebelum kami sama-sama tergelak.

"Tak apa. Asalkan dengan kau. Masa lambat berlalu pun aku tak kisah."

Sekali lagi aku tersengih. Cukuplah mengayat perempuan single, bahaya tahu?!

"Lepas ni kau nak buat apa?"

"Sampai rumah nanti, saya nak tukar baju lepas tu tidur sekejap—"

"Bukan. Maksud aku, perancangan hidup kau lepas ni. Kau nak buat apa?" Tanyanya perlahan buatkan aku terdiam.

"Tunggu panggilan dari mana-mana hospital lah untuk praktikal, harapnya dapat serap masuk terus. Saya ada minta dekat beberapa tempat, mostly dekat-dekat area sini je. Harapnya dapatlah. Lagi dekat dengan rumah, lagi bagus!"

"Kau memang tak nak keluar dari sini? Tak nak tengok dunia luar selain sini?" Tanyanya. Sekali lagi aku terdiam.

"Tak apalah. Ini saja tempat yang saya ada. Rumah tu pun rumah keluarga abang Seokjin, saya hanya hidup menumpang di situ. Lagi pun kalau saya pergi dari sini, siapa pula nak jagakan rumah tu kan?"

"Kau tak teringin nak tengok dunia luar?" Lagi sekali dia bertanyakan soalan yang sama.

Untuk seketika aku hanya diam sebelum perlahan-lahan aku mengangguk. Mestilah aku nak.

"Nak juga."

"Jadi kenapa tak ikut kata hati?"

Nah, terdiam lagi.

"Sebab fikirkan orang lain?"

Diam lagi.

"Saya happy duduk sini. Nanti-nantilah baru saya fikir. Mana tahu satu hari nanti, saya akan ikut suami saya duduk dekat tempat lain, dia yang akan membawa saya melihat, mengelilingi dunia. Masa tu barulah saya akan fikir."

Tersengih. Tanpa segan silu bercerita soal jodoh dengan lelaki yang pertemuan antara kami hanya berlaku mungkin setakat dua kali.

"Kau tengah tunggu dialah ni?"

"Siapa?"

"Bakal suami kau?"

"Yup, even belum jumpa dia lagi pun saya dah rindu semasa menunggu dia." Aku mula mengayat kalah buaya.

Terlihat dirinya mencebik tanda menyampah seraya memalingkan wajahnya ke tempat lain. Macam merajuk je gayanya. Nak merajuk apa? Cemburu?!

"Taklah. Siapa sajalah yang sukakan perempuan kampung duduk di tepi pantai macam saya? Ada ke yang sudi menerima saya?"

"Ada."

Lantas aku menoleh, memandangnya. Semakin kuat debaran di dada saat panahan mata antara kami saling bertaut lembut.

"Siapa?"

"Yang pasti bukan aku."

Geram dengan dia, bahu dia aku tepuk buatkan dia mengaduh sakit tapi tergelak juga dia.

"Tak perlu menunggu sesuatu yang tak pasti. Jangan hidup semata-mata bergantung dengan orang lain. Macam mana dia nak jumpa kau kalau kau tak keluar mencari dia?" Nasihatnya buatkan aku terdiam lagi.

"Tak apalah. Saya yakin dia sendiri yang akan datang cari saya. Saya pasti, satu hari nanti dia akan jumpa saya. Masa tu, sebaik saja saya nampak dia, saya akan tahu yang itu dia." Jawab aku dan dia hanya diam, macam tak puas hati dengan falsafah auta aku.

Sampai ke rumah muka masam saja, tiba-tiba pula dia tak ada mood!

.
.
.

Pagi ini aku bangun awal, sebenarnya aku tak tidur langsung pun. Lepas hanya gosok gigi dan basuh muka, langkah aku terus ke dapur. Niatnya hendak buatkan sarapan untuk Jungkook dan Jimin sebelum mereka bertolak pulang nanti.

Sebelum ke dapur, aku pastinya aku melalui ruang tamu. Perlahan-lahan langkah aku terhenti di tepi sofa saat melihat bantal dan lipatan selimut yang diletak elok di atas sofa itu.

Degupan jantung aku mulalah berdegup laju.

Jungkook dah pergi ke?

Sekali lagi, tanpa mengucapkan selamat tinggal pada aku?

Tanpa menunggu lama, terus aku terjah masuk ke dalam bilik tamu. Kosong.

Dia betul-betul dah pergi?

Masih tak percaya, langkah aku atur pula keluar dari rumah. Kosong, tiada lagi kereta Vellfire terparkir elok di hadapan rumah.

Dia betul-betul dah pergi..

Sekurang-kurangnya, beritahulah aku dulu..

Tak semena-mena mata aku mula terasa panas dan membahang, dada muka dirasakan sesak. Tekak mula dirasakan perit, tiba-tiba saja rasa hendak menangis.

Kenapa aku rasa macam ni?

Akhirnya, sendirian aku mengambil tempat duduk di beranda hadapan rumah. Termenung kosong sebelum dirasakan air mata aku mengalir perlahan membasahi pipi aku, menitis satu per satu ke dagu.

Sumpah, kenapa dengan aku ni?

Aku mencebik, menyampah dengan diri sendiri kerana menangis tapi tangan tetap menyeka air mata sendiri.

"Are you crying?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top