13

.
.
.

"Tengah merajuk dengan akulah ni?"

Dengar suaranya bertanya, mengusikku tapi tak pula aku menoleh untuk melihatnya. Aku pun tak faham kenapa aku boleh mengada-ngada dengan dia macam ni, dia pun melayan je aku!

"See, kau merajuk dengan aku."

Terdengar lagi suaranya perlahan. Kali ni dari ekor mata, dapat aku lihat dia menutup Ipad di tangannya sebelum gajet itu diletakkan di antara kami. Kiranya nak tunjuk dekat akulah, dia dengar cakap aku.

Senyuman aku tahan.

"Dah tak buat kerja dah."

Senyuman kecil terlepas juga di bibir tapi aku tahan lagi bila dia bersuara lagi.

Terus tangan aku turunkan dari berpeluk tubuh seraya menunduk, melihat Ipad miliknya yang terletak di antara kami, membiarkan renungan lembutnya memerhati aku.

"Nak pinjam." Pintaku dan laju je dia menggeleng. Terus aku buat muka, nak merajuk baliklah macam ni!

"Nak buat apa? Dalam tu bukan ada game pun."

Hello! Dia ingat aku budak lima tahun ke? Nak pinjam Ipad dia semata-mata nak main game? Nampaklah aku ni cuma budak kecik dekat mata dia!

"Awak ingat saya budak kecik ke? Bukan nak main game lah."

"Habis tu nak buat apa?"

"Nak tengok kerja awak je."

"Faham ke nanti?" Usiknya. Tersenyum dia bila aku laju je menggeleng. Memang taklah aku nak faham. Tapi apa salahnya nak ambil tahu.

Aku pula tersenyum bila dia sendiri serahkan Ipad dia dekat aku. Tak ada password ke apa, bahaya betul!

"Kenapa tak letak password ke? Thumbprint ke face recognition ke? Bahayalah!"

"Malas."

Selamba dia membalas tanpa memandang aku.

Ih orang tua ni!

Tanpa menunggu lama, terus aku buka bahagian setting, biar aku sendiri tolong dia setting kan kata laluan bagi Ipad ni.

"Awak nak guna thumbprint ke face recognition ke password?"

"Malashlah. Biar jelah macam tu, senang tinggal buka je." Alasan orang tua!

"Mana boleh! Maklumat awak, company awak semua ada dalam ni, bahaya tau! Dibuatnya awak tertinggal Ipad ni dekat mana-mana atau kena curi, habis semua maklumat dalam ni kena godam, disalah guna, awak nak?!"

"Yalah, yalah."

Mengalah juga dia!

"Kalau susah sangat, kita buat semualah. Senang cerita."

Mula-mula, aku setting face ID dulu. iPad aku hulurkan pada dia.

"Nah, buat macam biasa je, macam selfie." Pesanku memberi arahan saat iPad mula bertukar tangan.

"Aku tak pernah selfie lah."

"Tangkap gambar jelah macam biasa, macam pakcik Facebook pun tak apa." Omelku dan dia hanya menurut.

Tergelak aku tengok dia kaku, keras semacam bila scan face ID sekarang. Sumpah macam pakcik Facebook punya gambar profil!

Rugi betul. Handsome, handsome tak reti tangkap gambar!

"Dah." iPad kembali dihulurkan kepada aku.

Kali ni aku nak setting thumbprint pula. Tanpa bersuara terlebih dulu, terus aku tarik tangan kanan dia. Tak melawan pula dia, hanya membiarkan.

Ibu jarinya aku angkat sebelum aku letakkan di atas skrin. Aku langsung tak mengangkat muka, tahu yang dia sedang memerhati aku.

Sementara permukaan ibu jarinya sedang di scan, tiada perbualan di antara kami. Tangan aku masih menyentuh tangannya, menekan lembut ibu jarinya di permukaan skrin. Segan pula bila dapat aku rasakan panahan matanya padaku.

Cantik betul jari dia. Kuku tak terlalu pendek tapi tak juga panjang, bersih. Nampaklah yang dia begitu menjaga penampilan dan kebersihan diri.

"Tangan kiri pula." Kali ni tangan kiri dia pula aku tarik sebelum ibu jarinya aku tekan lembut di permukaan skrin dan dia hanya diam.

Walaupun tiada perbualan di antara kami tapi aku rasa begitu selesa di sisinya.

"Dah siap."

Kali ni aku setting password pula. iPad aku hulurkan semula pada dia.

"Awak letaklah password apa-apa yang awak nak. Yang awak mudah ingat."

"Nak letak apa?" Tanya aku balik pula!

"Letaklah tarikh lahir awak ke, favorite makanan awak ke, nama girlfriend awak ke crush awak ke, tak kisahlah. Yang penting, awak mudah ingat dan penting bagi awak."

Lama dia tenung aku sampai aku pula yang malu-malu sendiri.

Kali ni dia menunduk, mula menaip di atas iPad kesayangannya. Terus aku pandang tempat lain, tahu itu privasi dia.

"Okay dah." Dia hulurkan balik gajet itu pada aku.

"Gunalah, kata nak pinjam tadi."

Tersenyum aku bila dia memberi izin kepada aku. Sempat kami berbalas renungan mata sebelum dia mendongak, melihat langit terbentang luas di depan sana.

Handsome.

Sempat aku memujinya dalam diam sebelum aku menunduk, menyibukkan diri dengan iPad miliknya.

.
.
.

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas malam, sunyi. Aku rasa Jungkook dan Jimin pun pastinya sudah lena tidur. Tapi aku pula yang tak tidur-tidur, rasa segar betul biji mata ni!

Sempat aku check segala mesej yang aku hantar pada Seokjin hari ni. Tak satu pun terbaca. Manalah dia ni pergi? Risau pula aku.

Tiba-tiba aku baru teringat yang malam ini, tepat jam dua belas malam nanti, akan diadakan festival lampu di pekan depan sana. Huaa!! Rugi tak pergi ni! Setahun sekali!

Aku pun tak rasa boleh tidur sampai pagi ni. Akhirnya bangun juga aku dari katil. Hendak bersiap-siap.

T-shirt dan legging yang menjadi baju tidur aku tika ini aku tutup dengan hoodie oversized dan skinny jeans. Rambut aku ikat tinggi, pony tail.

Telefon dan dompet aku masukkan ke dalam poket hoodie. Lesgaur!

.
.
.

Senyap-senyap aku melewati bahagian ruang tamu. Hampir tercabut jantung aku bila nampak ada kelibat lelaki sedang terbaring elok di atas sofa.

Jungkook.

Apa masalah dia ni tiba-tiba tidur dekat ruang tamu ni? Aku punyalah sediakan katil baik punya untuk dia dengan Jimin.

Mungkin tak selesa kut berkongsi katil dengan Jimin.

Tiba-tiba aku pula yang rasa bersalah. Nak pula tengok dia tidur hanya dengan sebuah bantal, selimut pun tak ada.

Akhirnya aku patah balik ke dalam bilik. Mencari selimut lebih tapi tak ada pula. Akhirnya aku give up, selimut sendiri aku tarik dari atas katil.

Semoga dia tak gelilah. Lagi pun tak adalah busuk mana, wangi macam aku apa. Tibehh.

Sekembalinya semula di ruang tamu, tubuh Jungkook aku selimuti dengan selimutku, cukup berhati-hati. Tak mahu mengganggu lenanya.

Tersenyum aku melihat riak wajahnya yang lena tidur tika ini. Cukup menenangkan, seperti bayi yang sedang tidur.

"Goodnight, Jungkook.." Sempat aku berbisik perlahan di telinganya.

Sah tidur mati, dia langsung tak bergerak!

Tersenyum aku lagi, menahan tawa.

Dengan berhati-hati dan perlahan, langkah aku atur ke pintu utama rumah.

.
.
.

Sesenyap mungkin, aku keluarkan basikal sakti aku dari garaj. Semenjak scooter aku rosak. Inilah alternatif aku hendak ke mana-mana. Sekurang-kurangnya dapatlah aku ke pekan untuk beli barang keperluan.

Kalau nak pergi jauh-jauh, memang aku naik bas, teksi, grab atau tumpang kawan.

Lepas keluarkan basikal, terkial-kial sekejap aku naik atas basikal sebelum aku cuba menyelesakan diri duduk di atas tempat duduknya.

Handle grip basikal aku genggam kuat dengan sebelah kaki dah naik ke atas tempat pengayuh, badan aku ke depankan sedikit, get ready nak merempit, membelah angin malam.

Kaki mula bergerak perlahan, membuat kayuhan yang pertama.

"Kau nak pergi mana budak kecik?"

Baru kayuhan pertama, hampir aku jatuh tergolek dari basikal bila suara garau seorang lelaki menyapa perlahan dari belakangku.

Nasib baik kedua-dua kaki aku ni sempat berpijak di bumi yang nyata. Kalau tidak elok-elok aku nak pergi festival lampu, jadi pergi ICU pulak!

Lantas aku menoleh.

Terlihat Jungkook sedang berdiri tidak jauh dari aku, bercekak pinggang. Dengan biasan cahaya dari lampu depan rumah dapat aku lihat dahinya berkerut-kerut geram saat merenungku sekarang.

Alamak.

Tertunduk-tunduk aku bila dia mula memgatur langkah perlahan menghampiri aku dengan tangannya berpeluk tubuh. Gaya dah macam polis trafik nak saman aku!

Kali ni dia berdiri betul-betul di hadapan aku. Hampir tergelak aku tengok kaki dia. Dia pakai selipar aku! Habis terkeluar segala tumit dan jari!

"Tak tengok jam sekarang pukul berapa?" Tanyanya dari depan basikal aku dan aku masih diam. Masih menunduk.

"Baru pukul sebelas—"

"Menjawab."

"Awak tanya saya jawablah—"

"Menjawab lagi."

Makin menunduk aku. Kalau aku ni kura-kura dah lama masukkan kepala dalam cengkerang!

"Awak tu perempuan, hari dah malam, tak kan nak keluar sendiri pula?"

'Awak'.

Terasa lembut saja intonasi suaranya saat membahasakan diri aku sebagai 'awak' di lidahnya.

"Dah biasa ke buat kerja ni?" Tanyanya buatkan kepala aku angkatkan memandangnya.

Perlahan-lahan aku menggeleng.

"Selalunya saya cuma keluar malam-malam pun cuma duduk dekat depan pantai sana."

"Malam-malam macam ni lepak tepi pantai sendiri?"

"Iya."

"Bahayalah. Tak reti nak tidur ke?"

"Mana ada bahaya. Selalu ada je pakcik, makcik yang menjala tepi pantai tak pun cari siput, ketam—"

"Menjawab lagi?" Tanyanya, memerliku tapi cukup lembut buatkan aku mengetap bibir, terdiam juga.

"Kau buat aku makin risau nak tinggalkan kau sendiri dekat sini."

Terasa sesuatu saat kata-katanya itu menyapa perlahan pendengaranku. Kedengaran cukup ikhlas dan peduli denganku.

"Ni nak pergi mana pula ni? Tak reti-reti nak rehat? Kata kaki lenguh tadi, ni nak berbasikal pula malam-malam buta?"

"Saya okay jelah—"

"Jangan menjawab."

Matanya dibulatkan merenungku geram buatkan aku mengetap bibir kembali.

"Ada festival lampu dekat pekan depan sana, saya teringin nak pergi."

Saja nak meraih simpati, aku bersuara perlahan. Padahal tiap tahun aku pergi. Harapnya menjadilah.

"Tak payah. Masuk."

"Tapi festival ni setahun sekali. Nak tengok lagi kena tunggu tahun depan.."

"Tak payah, masuk cepat."

"Saya teringin nak tengok.." Aku tayang muka sedih, tenung dia dalam-dalam.

Di dalam hati, aku tersenyum bila tengok riak wajah dan renungannya yang nampaknya mula terpengaruh dengan pujuk rayuku.

"Fine. Tunggu sini, aku ambil kunci kereta. Kita pergi sana naik kereta."

Hampir saja aku melompat dari basikal ni bila dia memberi kata setuju tapi cepat-cepat aku tersedar.

"Eh, janganlah! Kita pergi sana naik basikal. Selalu ramai orang, tak ada tempat parking kalau naik kereta. Jalan pun sesak, susah nak gerak."

Terbantut niat dia nak masuk semula ke dalam rumah bila mendengar penjelasanku.

"Kita berdua? Naik basikal ni?"

"Ya." Balasku sungguh-sungguh sambil mengangguk.

"Larat ke basikal ni nak bawa kita berdua?"

"Come on lah. Basikal ni basikal sakti saya tau! Saya pernah bawa nenek jiran sebelah rumah saya ni pergi klinik naik ni tau!"

Tergelak dia mendengar ceritaku buatkan aku turut tersenyum.

"Tapi kalau awak tak nak tak apalah, biar saya pergi sendiri—"

Tak sempat aku habis cakap, dia terus pergi belakang aku sebelum selamba badak dia duduk dekat seat belakang aku.

Apakah?!

Nasib tak terangkat basikal ni!

"Dah, jalan cepat."

The heck?!

Aku pula yang bawa dia?!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top