12
.
.
.
Setelah hampir tiga jam di dalam kereta, akhirnya sampai juga kami di perkarangan rumah aku atau lebih tepat, rumah keluarga abang Seokjin di mana tempat aku menumpang teduh.
Dari hari cerah sehinggalah bertukar gelap, sampai juga akhirnya.
"Terima kasih, Jimin sebab hantar saya jauh-jauh sampai rumah." Ucapku kepada Jimin yang hanya tersenyum seraya mengangguk kecil.
Bukan aku tak perasan ada seseorang yang tengah tenung aku tak puas hati sekarang ni. Siapa lagi kalau bukan dia yang tengah duduk dekat sebelah aku ni.
Tak puas hatilah tu aku tak cakap terima kasih dekat dia dulu. Cemburu ke? Haha!
"Jimin je?"
Senyuman tak dapat aku tahan lagi bila Jungkook bersuara. Jimin dekat depan pun turut sama menahan tawa.
Dah agak dah! Macam budak-budak!
Kali ni barulah aku toleh pandang dia, berbalas renungan mata dengannya.
"Terima kasih."
"Macam tak ikhlas je."
"Ikhlas bukan dilihat menggunakan mata atau didengar menggunakan telinga, cukup untuk dirasa menggunakan hati."
Balas aku, berfalsafah. Tersenyum juga dia tapi macam biasalah, mana pernah lama dia senyum. Tak pasal-pasal aku pun ikut senyum melihat senyumannya.
"Awak dengan Jimin tak nak rehat dulu ke dekat sini? Dah malamlah, risau pula. Jimin pun mesti dah penat, ngantuk. Tidurlah sini malam ni, esok baru gerak balik."
Aku memberi cadangan. Dah tentu-tentu Jimin hanya diam, menerima apa saja arahan dan kata putus dari Jungkook. Jadi sekarang ni, aku fokus pada Jungkook, menunggu jawapannya.
"Fikirkan Jimin je?"
Tersenyum aku, menahan gelak bila macam budak-budak dia bertanya. Macam budak-budak tau dia ni!
"Fikirkan awak sekali." Balas aku dengan senyuman. Kali ni aku nampak bibirnya menahan senyuman.
"Rehat dulu dekat sini malam ni eh? Tidur, rehat cukup-cukup. Esok baru gerak. Lagi pun esok kan weekend, tak kan kerja juga?"
"Aku tak pernah cuti."
Aku tayang muka sedih. Dah ada tanda-tanda dia dengan Jimin tak kan bermalam di sini dulu untuk malam ni.
Tapi aku sumpah tak sedap hati nak lepaskan mereka pergi. Hari dah malam, macam-macam boleh jadi di atas jalan nanti. Dengan Jimin yang mungkin dah kepenatan seharian memandu, makinlah aku fikir yang bukan-bukan.
"Alah, bukan selalu. Kali ni saja. Please."
Tak nak mengalah, aku memujuk lagi. Ni kalau dia masih tak nak ni, memang aku kejar kereta ni pakai basikal sakti aku nanti.
Lama dia tenung aku, dengan renungan redup dan lembutnya.
Senyuman tak dapat aku tahan saat dirinya mengangguk kecil.
"Yalah."
.
.
.
Setelah mandi dan membersihkan diri tadi, terus aku ke bilik tamu. Hendak menyiapkan tempat tidur buat Jungkook dan Jimin.
Sementara itu, giliran Jungkook pula membersihkan diri. Nasib baik dia kata dia memang sentiasa bawa pakaian lebih dalam kereta, begitu Jimin. Kalau tak terpaksalah aku pinjamkan baju Seokjin untuk mereka.
Tak kan kasi pinjam baju aku pula? Tak pasal-pasal orang tanya baju budak sekolah mana mereka rembat!
Jimin pula aku tak tahu ke mana, katanya nak jalan-jalan dekat pantai depan sana.
Setelah menyiapkan katil, langkah aku atur keluar dari bilik tamu. Sampai saja di ruang tamu, terlihat Jungkook sudah ada di situ. Elok saja duduk di atas sofa dengan Ipad di tangan.
Tak habis-habis dengan kerja dia! Dah habis office time kut!
Saja nak mengacau dia, tanpa segan silu aku duduk bersila sebelah dia yang turut sama duduk bersila. Sempat dia toleh pandang aku, tengok sebelah mata je!
"Buat apa tu?" Tanyaku.
"Main candy crush."
Loya buruk pula dia?! Aku punyalah betul-betul nak tahu.
"Awak ni tak penat ke asyik kerja je?"
"Tak."
"Tak bosan?"
"Tak."
Geram pula aku. Aku tanya, dia jawab sepatah, dahlah tak pandang aku!
Kiranya nak merajuklah, terus aku bangun.
"Nak pergi mana?"
Lah, ingatkan tak peduli pasal aku tadi!
"Dating dengan Jimin dekat pantai!"
.
.
.
Tersenyum aku bila tengok Jimin tengah berdiri betul-betul dekat gigi air, membiarkan kakinya disapa lembut pukulan ombak. Malam-malam main air pula dia.
Akhirnya aku ambil tempat duduk di batu besar yang menjadi tempat kegemaranku, tak jauh dari Jimin.
Mungkin baru perasan dengan kehadiran aku, dia menoleh ke arah aku. Kami berbalas senyuman.
Aku hanya memerhatinya saat dirinya mengatur langkah menghampiri aku sebelum dirinya mengambil tempat duduk di salah sebuah batu berdekatan denganku.
Kini masing-masing diam, menikmati pemandangan malam pantai yang indah. Terlihat titik-titik cahaya yang datangnya dari bot, sampan dan kapal yang berlayar di tengah pantai sana, menjadi hiasan pemandangan kami.
Bulan juga bercahaya penuh malam ini, ditemani taburan bintang, menambahkan keindahan malam ini.
"Jungkook tengah buat apa?" Tanya Jimin, memecahkan kesunyian di antara kami.
"Biasalah, dengan kerja dia. Tak habis-habis." Omelku, disambut dengan tawa halus Jimin.
"Dia memang macam tu, workaholic. Memang patutlah dia muda-muda lagi dah berjaya, ada kerjaya sendiri." Cerita Jimin.
Aha! Inilah peluang aku nak tahu semuanya tentang Jungkook! Yang aku tahu cumalah nama dan umur dia. Jungkook, 27 tahun. Itu saja.
Tua juga dia eh?
"Jungkook kerja apa?" Tanya aku.
Tengok gaya dan penampilan Jungkook, tak mungkin kerja biasa. Nak pula kalau dah ada pemandu sendiri macam Jimin ni. Entah-entah kapal selam sendiri pun ada, parking dekat kolam belakang rumah.
"Awak tak tahu?"
"Kalau tahu, tak adalah saya tanya."
Tersengih Jimin mendengar jawapan aku.
"Tak tahulah sama ada saya orang yang sesuai untuk bercerita tentang Jungkook pada awak. Kenapa tak tanya dia sendiri?"
"Mananya dia nak layan saya." Rungutku buatkan Jimin tertawa.
"Mungkin dia tak nak bagitahu awak sebab dia tak suka bangga diri, cakap besar."
Mungkinlah.
"Kalau awak nak tahu, keluarga Jungkook ni tubuhkan banyak bandar dekat Seoul, Gangnam. Dalam bandar tu pula, ada perumahan, penthouse, mall, hospital, sekolah, semuanya mereka yang tubuhkan. Belum lagi syarikat keluarga dia, syarikat perkapalan, penerbangan, perniagaan, semua ada."
Terkebil-kebil sekejap aku. Wah, sangat menghiburkan jiwa miskin aku.
"Tapi syarikat yang Jungkook kendalikan sekarang, tak ada kena mengena pun dengan family dia. Dia tubuhkan syarikat sendiri, hasil titik peluh dia sendiri. Segala modal yang appa dia pinjamkan, semua dia bayar balik. Kiranya dia tak mengharapkan pun kekayaan keluarga dia. Semua usaha sendiri, sebab tu awak nampak dia asyik kerja saja."
Tak padan dengan baru bekerja dengan Jungkook, rasanya semua tentang Jungkook Jimin tahu.
"Kiranya Jungkook ni CEO lah?"
"Yup, CEO for his own company. Walaupun appa dia nak turunkan business family mereka yang hartanya langsung tak luak tu dekat dia, dia tolak. "
"Syarikat yang Jungkook tubuhkan ni berteraskan teknologi, gajet dan media atas talian, software and online services. Macam syarikat dia buat idea baru untuk sistem atau aplikasi baru, kemudian jual pada syarikat macam google, apple, Microsoft, facebook, Amazon, banyak lagilah. Ada juga buat game, aplikasi membeli-belah atas talian, yang ni sama ada dia jual pada syarikat lain atau dia kendalikan sendiri. Susahlah nak explain, saya bukannya ada pengetahuan mendalam sangat pasal semua ni. Nak faham tanya Jungkook sendiri."
Tergelak aku bila Jimin pun dah give up nak explain. Aku pun dah pening mendengarnya, nak faham lagi.
Tapi pada masa yang sama, terdetik rasa kagum pada Jungkook di dalam hati.
"Gempak kan? Kalau awak nak tahu semua idea tu, Jungkook sendiri yang fikir tau. Tak tunggu lama, lepas dia graduate dari uni, terus dia start planning. Sampailah syarikat dia dah dikenali dan boleh dikatakan ternama, semua syarikat besar nak bekerjasama dengan syarikat dia. Dah boleh saing-saing dengan Apple."
Terdiam lagi, rasa kagum tu masih ada. Patutlah tengok gaya Jungkook macam berkarisma betul, banyak tenaga. Dengar usaha yang dia buat pun, aku yang naik semput.
"Awak kata awak baru kerja dengan Jungkook tapi macam-macam awak tahu tentang Jungkook."
Terukir senyuman halus di bibir Jungkook.
"Sebenarnya mama saya kerja dengan keluarga Jungkook, sebagai pembantu rumah di rumah keluarga dia. Jadi sedikit sebanyak mama ada bercerita tentang dia pada saya."
Patutlah.
Akhirnya aku hanya tersenyum seraya mengangguk faham.
Terus mati senyuman kami berdua bila terdengar seseorang berdehem dari belakang kami.
Siapa lagi kalau bukan orang tu.
Aku toleh, pandang dia.
Jungkook.
Muka tak puas hati je pandang Jimin sebelum beralih pada aku buatkan bibir aku tahan dari tersenyum.
Cemburu ke?
Tak cakap apa, terus dia duduk sebelah aku. Ipad masih di tangan, hailahh hardworking sungguh!
Tersenyum aku tengok dahi dia berkerut-kerut, nampak sangat tengah tahan geram! Aku pula yang geram tengok dia, comel!
Berkerut-kerut dahi tahan geram sambil tunduk tengok Ipad dia, tak peduli pula aku dekat sebelah dia ni.
"Kau belum mandi kan? Pergilah." Halaunya pada Jimin buatkan Jimin terus bangun.
"Baik, Tuan."
Sempat dia jeling Jimin.
Dia ni kan, cucuk biji mata tu nanti!
Sempat aku berbalas senyuman dengan Jimin sebelum Jimin mengatur langkah pergi.
Maka tinggallah aku berdua dengan Jungkook yang masih diam, menunduk melihat Ipad di tangan. Dahi masih berkerut-kerut.
Lah, merajuk dengan aku?
"Jungkook."
Diam.
"Kook."
Kali ni saja guna panggilan manja tapi masih tak diendahkannya. Sah dia merajuk!
"Snowball."
Sebut saja nama arnab tu, terus dia angkat kepala pandang aku, tenung aku tak puas hati.
"Merajuk dengan saya?"
"Mana ada."
"Ada."
Matanya dikecilkan, masih merenungku geram buatkan aku tersengih.
"Kami borak kosong jelah. Bukan ada apa-apa pun. Lagi pun kami duduk jauh-jauh tadi. Sumpah tak buat apa-apa."
"Kenapa nak explain dekat aku? Aku bukan boyfriend kau pun." Balasnya selamba buatkan aku tersentap sendiri.
Ya tak ya juga! Aku dah kenapa beria sangat nak explain dekat dia?!
"Awak pula kenapa nak cemburu? Saya bukannya girlfriend awak pun."
"Belum lagi, tapi kejap lagi."
Apa dia cakap ni?! Saja nak mengusik aku?!
"Apa awak cakap?" Tanya aku, inginkan penjelasan dari dia tapi yang dia buat hanya menunduk, sambung kerja dia.
"Kalau duduk sebelah saya ni semata-mata nak siapkan kerja awak tu, baik tak payah. Duduk je dalam rumah."
Tuturku seraya berpeluk tubuh. Gayanya sekarang macam aku pula yang merajuk. Hai lahh!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top