11

.
.
.

Eloklah tu. Dahlah memang jarak antara universiti dengan rumah aku terletak jauh. Ditambah pula dengan jalan jam dan cuaca yang tiba-tiba hujan, dari gerimis sampailah turun lebat.

Sekarang kami stuck di tengah-tengah highway, di dalam lautan kereta dan macam-macam kenderaan lagi.

Aku dah bosan tahap gaban dah ni, punggung pun dah kematu, flat semacam! Mata pun mula berat dengan belaian hembusan halus aircond serta cuaca sejuk di luar.

Aku mula kesejukan tapi pada masa yang sama, selesa. Eloklah tu. Lepas puas melantak roti, makanan ringan yang Jungkook belikan di kedai serbaneka stesen minyak tadi, aku mula ngantuk!

"Kalau mengantuk, tidur sajalah. Lama lagi ni."

Aku menoleh saat terdengar suara Jungkook menegurku. Dirinya masih sibuk dengan kerjanya yang entah apa di dalam Ipad miliknya.

"Bosanlah. Tak boleh ke hidupkan radio? Kesian Jimin. At least boleh hilang kan mengantuk dia. Kan Jimin kan?"

Tak pasal-pasal aku jual nama Jimin. Jimin hanya diam, tersengih-sengih tak tahu nak cakap apa. Takut sangat dengan Si Jungkook ni!

"Bisinglah."

"Kalau tak nak saya bising, hidupkan radio—"

"Bukan kau, radio tu. Aku tak suka. Tak fokus aku buat kerja nanti."

Oh. Kiranya dia tak kisahlah aku asyik membebel je ni?

"Tapi itu tak bermakna aku nak melayan celoteh kau tu."

Terus mati sengihan aku. Macam tahu-tahu saja!

"Bosanlah, Kook."

Terus dia menoleh. Aku pun sendiri terkejut. Selamba badak aku panggil dia 'Kook'. Berdebar sendiri aku, ditambah pula dengan renungan dia sekarang ni.

"Tidurlah. Aku tahu kau penat." Lembut saja dia membalas.

Tak marah pula dia aku panggil dia 'Kook'.

Akhirnya aku ikut juga cakap dia. Cuba pejamkan mata sambil peluk snowball.

"Kalau sempit, letak jelah patung tu dekat belakang."

"Tak nak, nak peluk dia."

"Ikut suka kaulah."

Perlahan-lahan mata aku celikkan bila terasa belakang kerusi yang sedang aku sandar tika ini bergerak perlahan ke belakang.

Toleh saja ke arah Jungkook, rupanya dia sedang membelakangkan bahagian belakang kerusi ni, biar aku lebih selesa untuk tidur.

"Selesa?" Tanyanya sebaik saja kerusi berhenti di satu posisi yang aku rasa cukup selesa untuk tidur. Segan pula dalam posisi sekarang ni, macam berbaring di hadapan dia.

Aku hanya mengangguk. Mata aku pejamkan. Tahan malu tapi tak dinafikan aku selesa. Snowball aku bawa ke muka, menghalang dirinya melihat wajahku.

Perlahan-lahan mata aku celikkan saat terasa ada sesuatu diselimutkan di atas tubuhku, menutupi tubuhku. Aku menunduk sedikit, ingin melihat.

Blazer berwarna hitam, bau yang datang dari jaket ni buatkan aku tahu, ianya kepunyaan Jungkook.

Mata aku pejamkan lagi. Tiba-tiba berdebar sendiri, bahagia tanpa sebab.

Lampu kereta yang dihidupkan tadi sewaktu Jungkook hendak menyemak dokumen juga ditutup olehnya.

"Hidupkan radio."

Terdengar suara perlahan Jungkook memberi arahan kepada Jimin. Bibirku menguntum senyuman halus.

Dia dengar cakap aku..

.
.
.

"Yerim, bangun."

Berkali-kali suara itu mengganggu lena aku, sampai terbawa-bawa dalam mimpi tapi kelopak mata ni ha, rasa berat sungguh nak celik!

"Sayang, bangun."

Nah kau, terus segar biji mata. Tercelik juga mata aku walaupun dirasakan masih mamai. Celik saja mata, sepasang mata aku bertembung dengan sepasang mata milik Jungkook yang sedang memerhati aku dengan senyuman.

Sah, aku belum bangun lagi. Mimpi je semua ni. Mana mungkin Jungkook tersenyum?!

"Dipanggil sayang dulu baru nak bangun ya?" Usiknya dengan senyuman mengusik di bibirnya buatkan bulu roma aku meremang.

Terus aku duduk dari terus baring mengiring menghadapnya. Huaa malu!!

Aku pandang depan. Nampak terhinjut-hinjut bahu Jimin tahan gelak.

"Punyalah lena kau tidur."

"Lama ke saya tidur?"

"Lamalah juga. Siap berdengkur lagi, dah macam lori simen bunyinya."

Membulat mata aku. Cepat-cepat tangan aku lap bibir dan keliling mulut sendiri, kut-kut ada air liur basi!

"Saya tak pernah berdengkur okay! Suka buat cerita!"

"Tak percaya tanya Jimin. Kita orang siap tengok belakang, ingatkan ada lori simen nak rempuh kereta ni tadi. Makin lama makin kuat. Kan Jimin kan?"

Kali ni dia mengusik aku, sengaja dia meniru gaya cakap aku bila sebut 'kan Jimin kan' tadi. Huaaa geramnya!

Akhirnya tersengih juga dia dapat jelingan maut dari aku.

"Bangunlah dulu. Kejap lagi kita beli Mcd. Lepas makan, kau sambunglah rehat."

Baru perasan sekarang ni kami berada di barisan drive thru McDonald's.

Tersengih teruja aku. Sedapnya Mcd! Lama gila tak makan! Walaupun jarang makan tapi salah satu fast food kegemaran aku, dah tentu-tentunya Mcd!

"Sukalah tu." Usik Jungkook bila nampak aku tak habis-habis tersenyum, bersinar je mata tengok kaunter drive thru dekat depan sana!

.
.
.

"Nak burger GCB, burger prosperity, ayam Mcd tapi tak nak yang spicy ha saya nak lima ketul saya sorang je eh, lepas tu nak double cheese burger, lepas tu, lepas tu—"

Aku dah mula gelabah bila kereta dah nak sampai kaunter drive thru. Lagi apa eh?!

"Mcflurry?"

"Ha, iya! Itu sekali!" Terus aku mengiyakan cadangan Jungkook buatkan dia tergelak. Kelakar agaknya dia tengok aku sekarang ni.

"Nanti order semua yang Yerim cakap tadi. Order untuk kita sekali."

"Baik, Tuan."

Membulat mata aku. Seriuslah nak semua tu? Aku main-main je kut?!

"Awak, saya gurau jelah. Tak kan nak order semua tu? Macam nak bagi anak-anak yatim makan sekali je." Rungutku dan dia buat tak endah saja.

"Lagi pun saya tak ada duitlah nak bayar, nak bayar kongsi-kongsi dengan awak pun belum tentu cukup—"

"Siapa cakap kau kena bayar?" Bidasnya selamba seraya menoleh memandang aku.

Tanpa kata, black card dihulurkan kepada Jimin.

"Tak payahlah. Mesti mahal. Dahlah, jom balik. Nanti saya masakkan untuk awak dengan Jimin."

"Jangan nak mengada-ngada. Dah nak sampai kaunter ni, penat kita tunggu. Duduk diam-diam, nanti makan."

Terdiam juga aku. Walaupun lembut je dia marah aku tapi hakikatnya, dia marah aku! Huaa!!

"Mahallah, Kook."

"Aku tak kisah, asalkan kau suka."

Berdebar sendiri aku dibuatnya. Dirinya yang cukup selamba menghadap Ipad miliknya tika ini aku tatap lama.

.
.
.

Perjalanan diteruskan dengan sesi mengisi perut. Tak tunggu lama, terus aku makan aiskrim Mcflurry dulu. Favorite gue!

"Makanlah burger dulu ke ayam, kata lapar tadi?"

"Tak nak. Nanti aiskrim ni cair pula. Lagi pun kalau awak nak tahu—"

"Tak nak."

"Dengar juga! Kalau awak nak tahu saya suka gila Mcflurry!"

Tergelak dia bila kena marah dengan aku. Jimin dekat depan pun bergegar bahu tahan gelak. Dari tadi memang dialah tukang gelak tiap kali aku mengamuk kena usik dengan Jungkook!

Akhirnya semua makan dengan senyap. Kesian pula Jimin yang perlu makan dengan satu tangan kerana sebelah tangannya lagi mengendalikan stereng kereta. Itu pun sekali dua je dia makan kerana perlu fokus pada pemanduan.

Aku pula bukan main enak melantak Mcflurry ni. Semoga tak kenyang dululah, banyak lagi nak kena sumbat ni!

"Makan bersepah."

Terdengar suara Jungkook mengusikku seraya terasa tangannya mengelap lembut tepi bibirku menggunakan tisu.

Terkedu sekejap aku, menahan debaran di dada yang menggila. Perlahan-lahan tisu di tangannya aku ambil sebelum aku lap sendiri bibir aku.

Dari tadi ke dia perhati aku makan dengan comot ni? Huaa!!

Aku pun kalau dah makan, mana tengok kiri kanan! Sampai lupa dia dekat sebelah aku!

Rasa nak je suruh Jimin berhenti, aku nak tukar tempat, duduk dalam bonet! Aaa!!

Sempat aku curi-curi tengok gaya Jungkook makan. Kemas dan tertib je gaya dia makan. Malu aku yang perempuan ni nak dibandingkan cara makan aku dengan dia.

Lepas siap makan Mcflurry, awal-awal Jungkook dah bagi aku beg plastik kosong, letak sampah di situ.

Selepas itu, dia hulurkan pula GCB burger pada aku. Macam tahu-tahu saja dalam banyak-banyak burger dekat Mcd, aku paling suka yang ini! Macam tadi juga, macam tahu-tahu saja aku paling suka Mcflurry.

"Terima kasih."

Bungkusan luar burger GCB itu aku buka dengan dirinya hanya memerhati aku. Setelah cebisan burger berintikan daging ayam grill itu selamat dikunyah oleh aku, barulah dia mengalihkan pandangan seraya tersenyum kecil.

Dia senyum..

Mana mungkin Jungkook tersenyum disebabkan aku?

Tapi itulah kenyataannya sekarang.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top