o n e
penatlah tulis ff ni auto jadi noob
saya minta maaf ya kawan-kawan 😔
jangan lupa vote dan komen hikhik :3
『 ► now on air : love hostage 』
|| chapter 1
"NOW."
Isyarat diterima dari earpiece. Park Jimin menghabiskan wain di dalam gelasnya. Sempat dia kenyitkan mata ke arah seorang perempuan berdress merah darah yang memandangnya sejak tadi.
Jimin tersenyum kecil, menyeluk tangan ke dalam poket. Dia mula mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Seorang lelaki hidung mancung yang sedang berborak mesra dengan tetamu lain dijeling singkat.
"Sir?" Seorang pelayan menahan Jimin dari terus berjalan di tingkat atas rumah agam itu. Keningnya terangkat sambil sedaya-upaya bibir tersenyum.
"Can I help you?"
"Another glass for lady down there." Jarinya melunjur ke arah perempuan tadi.
Si pelayan mengerutkan dahi, mula ragu-ragu dengannya. Jimin dipandang lama. "Sure thing, sir. Tapi.. you can't be here. This is a restricted area-"
Telefonnya yang bercahaya ditalakan pada pelayan tersebut. Dia tergamam sekejap, kemudian berdehem. "This way, sir."
"Thanks."
Jimin menepuk bahu pelayan itu pelan, mencarik senyuman dan terus berjalan. Ekor mata mengerling pintu-pintu yang dilintasi. "Mana bilik dia ni siot." Gumamnya.
Jejaka itu akhirnya menghentikan langkah kaki di depan pintu berwarna coklat, dengan ukiran singa dan bunga ros mengelilinginya. Dia sembunyikan senyuman.
Pintu itu dibuka dan ditolak perlahan-lahan. Jimin memboloskan diri ke dalam bilik yang penuh dengan aroma bunga ros. "Welcome."
Satu suara lunak menegurnya.
"What a sweet of you." Jimin membalas, mendekati seorang gadis yang sedang duduk di atas sofa, membelakanginya. Tinggal beberapa tapak hingga dia dapat berdiri tepat di belakang.
Namun dia terus berhenti saat gadis itu bangun, dan memalingkan badannya ke belakang. Pandangan mereka bersatu.
"Nice suit."
"Sweet lips."
Tch. Gadis itu berdecih. Tak menunggu, kain dress kembangnya diselak dan pistol jenis revolver yang tersimpan ditarik lalu diacu tepat ke wajah Jimin. "Siapa hantar kau kali ni?"
"So you are Miss Cheon Lilith, hm?" Senyuman Jimin makin melebar. Crush kot.
"Kau nak apa dari aku?"
Jimin menjungkit bahu. Tangan kiri mengeluarkan pistol dari suit putih yang dia sarungkan. Dihala ke wajah bujur sirih milik Lilith. "Personally? Heh. Nak kau."
Bibir dijilat kemudian dia mengekeh perlahan.
"But I need to kill you. Baru selesai kerja aku harini. Kenapa orang cantik macam kau juga yang perlu dibazirkan? Killing your brother might be easier."
Lilith mengetap bibir sekali lagi. Dia melangkah mendekati Jimin. Hujung pistol menunjal dahi si lelaki yang tak sudah senyum sejak tadi.
Tak mahu kalah, Jimin turut meletakkan pistolnya disisi kepala Lilith. Jejaka itu tertawa sekali lagi, rambut panjang milik Lilith dilurut dan dicium. Matanya terpejam, suka.
"Come on, Jimin. Kill me. Aku bagi kau peluang."
Jimin memandang Lilith. Beku sahaja riak gadis itu sejak tadi. Tak berperasaan. Makin Jimin suka. Ihik. "Nah." Pistol dari diturunkan dan dia menapak ke belakang. "You're too pretty to be a corpse."
Matanya jatuh ke arah seulas bibir Lilith yang dioles dengan gincu merah. "Wanna be my bedmate instead?"
BANG!
Jimin tersenyum tenang. Telinga yang sedikit berdesing akibat peluru dan subangnya yang bergeser tadi diusap-usap. "Subang Chanel aku ni mahal tau."
"Lilith.." dia menapak ke arahnya. Tangan yang memegang pistol ditarik dan dikilas kasar ke belakang. Badan Lilith terpusing dan leher dikunci dengan lengan Jimin.
Revolver tadi diletakkan di bawah dagu Lilith. "How about a deal between us? Aku taknak bunuh kau. Aku serius."
"Pergi mati." Lilith cuba menghentak kepala Jimin namun pergerakannya telah dijangka. Jimin tersengih. Dia mengelak dan terus memegang kuat tangan Lilith. Kaki yang cuba menendangnya disepak kasar.
Lilith mengerang perlahan. "Sakitlah, tak guna!"
"Aku cakap baik-baik je kot."
"We're on our way." Earpiecenya kembali berbunyi, menyedarkan Jimin yang dia sebenarnya sedang menjalankan misi untuk membunuh Cheon Lilith, anak gadis seorang mafia terkuat Korea Selatan.
"Sibuk je." Dia mencebik. Lilith masih belum berhenti cuba untuk melepaskan diri dari Jimin. Kaki Jimin ditendang-tendang.
"Lepaslah!"
Dengan refleks, tubuh Lilith diangkat dan dilempar ke sofa. Tak sempat Lilith bangun, dia sudah dikepung oleh si lelaki.
"Dengarlah sini." Kedua-dua tangannya dipegang. Jimin merendahkan wajah hingga nafas hangat menyapa pipi satu sama lain. Dada Lilith naik turun menahan geram.
"Apa kata.."
"Aku serah diri?"
Dahi Lilith berkerut keliru. "Kau? Serah diri?"
Kepala Jimin bergerak ke atas dan ke bawah, mengangguk. "Macam yang aku cakap tadi. Aku taknak bunuh kau. I think my heart skipped a beat when I see you. So take me with you, Lilith. Make me your hostage."
My heart skipped a beat? Pergh, sampah apa aku dengar tadi.
"Ingat aku bodoh sangat ke? I ain't buying that stupid shit."
"Betul?" Jimin mengangkat sebelah kening, matanya mula menjalar ke sekitar wajah Lilith. Cantik. Rugi kan kalau mampus macam tu je?
"76, we're here."
Tangan Lilith ditarik dan mereka berdiri semula, menghadap satu sama lain. "Kiss me."
"The fuck?"
BBAM! Pintu ditolak kuat dari luar. Rahang Lilith terus ditarik dan nafas gadis itu diragut tanpa amaran. Membulat besar mata Lilith.
"PARK JIMIN!" Tiga orang lelaki lengkap berpakaian kalis peluru menurunkan pistol, terkejut dengan apa yang mereka lihat sekarang. Masing-masing terjatuh rahang.
Jimin tersenyum polos pada Lilith. "You piece of shit!"
"Hyung." Jimin mengangkat tangan selamba ke arah mereka. "Apa kau buat ni?"
"Hmm.." Lilith dikerling semula. "Aku dah kena tangkap."
"Mwo?" Soal mereka tak percaya. Seokjin menggenggam penumbuk. Langsung tak pernah jangka Jimin akan jadi sebodoh ini.
Jimin antara yang terhandal dalam organisasi mereka, sebab itulah dia dipilih untuk jalankan misi kali ini.
Dan apa? Kena tangkap?
Namjoon berdecih dan mengalihkan pandangan, makin sakit hati pandang Jimin lama-lama.
"Dia depan mata kau. Bunuh dia, Jimin. She's our enemy!"
Jimin mencebik. Revolver yang dia pegang sejak tadi diserahkan pada Lilith. "Take this." Dia berlalu ke belakang dan memeluk Lilith erat. Dagu direhatkan di bahu gadis itu selamba.
Tangan kanan Lilith diangkat seraya senjata api itu menghala tepat ke arah Taehyung yang berdiri di antara Seokjin dan Namjoon. Mata Taehyung membesar.
"Jimin."
Senyuman Jimin melebar. "She owns me now. Move or I'll kill you."
『 ❚❚ to be continued : love hostage 』
A/N
dahlah penat tau penat
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top