7

- L O S T -
Dari kenang apa yang kau hilang
Baik jaga apa yang kau ada

"ADUH, aduh. Huhuhu, hati - hatilah Solar."

    Solar berdecit mendengar abang kembarnya mengaduh sakit. Diperah kain sebelum ditekap kembali pada muka Thorn yang lebam.

   Nasib baiklah dia terjumpa si Thorn ketika Thorn dibelasah oleh tiga orang senior. Kalau tidak, mesti Thorn terkandas di hospital.

   "Tahanlah sikit." Kata Solar sambil membersihkan luka yang ada pada Thorn.

  "Yalah."Thorn mengeluh. Nanti tidak dengar cakap, kena smackdown pula.

  " Kenapa tak ajak aku? "Tanya Solar.

  " Dah kau tak tanya. "Jawapan Thorn membuatkan Solar ingin menepuk dahi sehingga lebam. Nasib badanlah dapat kembar macam kau ni.

  "KRING! " Thorn dan Solar menoleh ke luar bilik sakit. Sudah balikkah?

   Solar menggalas begnya dan turut mengangkat beg Thorn. "Jomlah. Nanti Taufan tunggu kita pula."

  "Eh, Solar. Biarlah aku bawa beg aku." Thorn cuba merampas begnya dari Solar tapi beg itu dijauhkan darinya.

   "Eh, kau kan sakit. Bagilah aku bawa." Solar memegang kepala Thorn, sekaligus menghentikan pergerakkannya yang cuba merampas begnya semula.

   Thorn akhirnya akur sebelum mencebik. "Yalah."

...

   "Apa dah jadi ni?" Taufan membelek muka adiknya yang lebam.

   Thorn hanya membiarkan Taufan membelek mukanya seperti wajahnya sebuah lukisan.

   "Ada orang buli dia tadi." Thorn memandang muka Solar. Eh, budak ni. Apa fasal beritahu Taufan pula.

   "Apa?" Blaze menyising lengan baju sekolahnya.

   "Kurang ajar betul. Meh aku cari dia." Blaze melangkah ke dalam sekolah dengan gaya ingin bertempur namun cepat - cepat Ice menghalang.

   "Woi woi sabar. Bukannya kau tahu pembuli tu kat mana."

   "Kenapa diorang buli kau? Soal Taufan dengan nada yang agak kesal. Tidak sangka kes pembuli masih berleluasa. Huhuhu, dulu pun aku kena buli.

   Thorn senyap senyap membuka topinya sedikit dan menunjukkan pada helaian rambut putihnya. "Sebab ni."

   Taufan tergamam tanpa reaksi. Jadi sebab ini ke Gempa menyuruh dia memakai topi?

...

   Taufan baring di belakang kedai KokoTiam Tok Aba sambil merenung langit. Berehat untuk sementara waktu. Eh, budak ini. Tidak takut ke baring atas tahi kucing ke.

   Kenapa ada orang suka asyik menghentam sesuatu kelainan dari mereka.

   "Abang buat apa tu?" Taufan menoleh ke kiri dan ke kanan apabila kedengaran suara budak perempuan. Namun, tiada kelibat budak kelihatan.

   "Abang?"

   Taufan meneguk air liur. Baik, ini seram. Huhuhu, jangan serang aku wahai makhluk halus!

   "Abang, kat sinilah."

   Taufan mendongak ke atas. Cepat - cepat dia bangun apabila melihat seorang budak perempuan merenungnya , membuatkan dia berlaga kepala dengan budak itu.

  Bukan ikan laga ya?

  "Aduh, sakitlah." Budak perempuan itu memegang dahinya.

   Ketika itu Taufan panik. Mampuslah kalau dia nangis. Kena kejar dengan bapa dia dengan parang nanti.

  Taufan cepat - cepat menukar topik sebelum air mata kanak - kanak itu jatuh. "Ha, kenapa adik panggil abang?"

   "Pipi nak kata je... Abang tidur atas tahi kucing."

   Taufan lekas memeriksa 'katil'nya tadi. Eh, ada najis muttawasitahlah! Huhuhu, habislah belakang aku.

  "Saya Pipi Zola! Abang buat apa termenung kat sini?" Soal Pipi Zola. Mendengar nada suaranya, pasti dialah selalu buat pembentangan dekat tadika.

   "Pipi Zola?" Taufan mengerutkan dahi. Macam pelik je nama tu.

  "Ya, Pipi! Putri Intan Payong Indah." Pipi melakukan simbol peace. "Zola! Zulaikha Odelia Ladasyia Abshari!"

  Taufan mengangguk - angguk. Ini kalau lafaz akad nikah , tidak cukup nafas suami kau nanti, dik .

   "Abang ada masalah ke?" Pipi duduk mencangkung di sebelah Taufan. Tidak mahulah duduk bersila, kena tahi kucing atau najis mughallazah, mahunya menangis sebulan.

   Taufan mengeluh panjang. "Bolehlah juga."

   "Pipi tahu!" Kata kanak - kanak itu dengan nada teruja. "Papa Pipi kata kalau ada masalah selesaikan dengan kebenaran"

   Taufan memandang muka Pipi dengan wajah menoya 😑. Apa benda budak ini merepek.

   "Mama kata papa maksudkan selesaikan dengan penuh sabar sebab walaupun bukan kita yang benar di hadapan orang tapi kita benar di hadapan mata sendiri." Jelas Pipi dengan panjang lebar membuatkan Taufan termenung sejenak. Tidak tahulah budak pakai topi ini faham ke tidak.

  "Pipi!" Kedengaran suara cemas seorang lelaki.

   "Okaylah. Papa cari Pipi. Bye abang topi!" Pipi segera beredar dari situ.

   Taufan baring kembali. Mungkin betul apa yang budak itu cakap. Selang tiga saat, barulah dia sedar dia terbaring lagi atas tahi kucing.

   "WARGH!" Taufan sudah terbau benda aneh. Sudahlah, dia kena mandi selepas balik ni.

  

   

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top