24

- L O S T -
Dari kenang apa yang kau hilang
Baik jaga apa yang kau ada

"PASTI ke nak buat semua ini?"

   "Sudah tiada jalan lain, Taufan! Dah dapat benda penting itu?"

   "Dah."

   "Okay. Jom."

...

   Solar menghirup air coklat sejuk. Fuh.. Sedap dia memang tidak boleh dikatakanlah! Tengoklah siapa buat air itu. Aku, bukan?

   Eleh, padahal Tok Aba tolong buatkan. Teruk betul tahap perasan budak kecil ini.

   "Huh... Huh..." Taufan dan Ochobot menghempaskan punggungnya ke atas kerusi. Wajah masing - masing calar balar seperti dicakar.

   "Amacam, delivery?" Blaze menyoal soalan berbaur usikan.

   "Tak lawak... Huh... Huh... Sumpah tak lawak." Ochobot memberi jawapan sarkastik dalam nada termengah - mengah.

   "Haih... Takkan hantar dekat rumah Pak Senin Koboi tu dah penat macam ni?" Tanya Amato melihat Ochobot dan Taufan seperti baru berlari keliling padang sekolah.

   "Kata suap tiga biskut Yaya, kucing Pak Senin Koboi itu terus pengsan. Menipu aje Blaze. Kita orang makin dikejar adalah." Taufan meletakkan kesalahan di atas bahu Blaze.

   Masih segar dalam memori dia dan Ochobot dikejar oleh kucing sewel milik Pak Senin Koboi bagai berlari di taman.

  Blaze menjongket bahu. "Manalah aku tahu. Aku tanya Fang macam mana nak tewaskan kucing sewel tu dia kata sumbat tiga  biskut Yaya je."

   Thorn yang sibuk menempel dengan Ice yang mengambil pesanan pelanggan mendekati mereka.

   "Abang Taufan dengan abang Ochobot. Kenapa muka penat ni?" Soal Thorn.

   Mereka berdua tidak menjawab tetapi menunjukkan ke arah Blaze.

   Blaze tercengang melihat dua jari telunjuk yang menghala ke arahnya. "Eh, aku pula. Dah, dah nak hantar makanan kat pelanggan ni.

   Eh, apa jadi dengan si Stanley itu?

   Oh selepas diberitahu oleh pihak sekolah yang Blaze baru sedar dari koma kerana lemas tempoh hari, cepat - cepat Stanley bertandang ke hospital dengan tujuan minta maaf. Sekali dengan emak dia datang minta maaf.

   Haih... Makin malu si mak cik bawang itu mahu keluar bergosip bersama ahli Persatuan Mak Cik Bawang yang lain.

   Blaze mempunyai hati yang baik jadi dia pun memaafkan Stanley dan turut meminta maaf kepada Stanley melalui aplikasi What's App kerana meletakkan lipas ke dalam begnya semasa dia berkunjung ke hospital tadi.

  Kini, adik beradik BoBoiBoy tinggal bersama Tok Aba dan Amato. Hahaha, selepas ini pasti Fang dilantik menjadi chef tidak rasmi dalam rumah itu.

  "Ha, Taufan, Ochobot. Buatlah kerja." Solar yang sedang goyang kaki itu mengarah Taufan dan Ochobot seperti dia bos gerai KokoTiam tersebut.

   "Eh, habistu kau buat apa?" Taufan menegur Solar, tidak puas hati. Belum panas lagi kerusi yang didudukinya!

   "Tolong tengok."

   "Apa kau cakap?" Ochobot terus menggeletek Solar sehingga tergelak terbahak - bahak budak itu.

   Ini nasiblah followers hang tidak melihat kerenah hang, kalau tidak makin naik followers.

   "Wey cepat rakam ni. Biar hilang followers dia." Taufan cepat - cepat membuka telefon bimbitnya sebelum merakam aksi Solar yang gelak seperti watak filem penjahat Melayu.

   Solar meronta - ronta sebelum berjaya melepaskan diri. "Padam video tu!" Solar terus membuka langkah, mengejar Taufan yang masih merakam.

   Amato yang sedang membuat air itu tersenyum. Syukurlah anak - anaknya sudah kembali ke pangkuannya walaupun bukan semua.

   "Ayah, cepat ambil. Ada video Solar ini!" Taufan meletakkan telefonnya atas tapak tangan Amato dalam masa yang sama mengharap Amato bekerjasama mengenakan Solar.

   "Jangan bagi Solar, Pak Cik Ato!" Ochobot melaung kuat hingga menarik perhatian Tok Aba yang sedang berborak dengan pelanggan.

   Tok Aba menayangkan wajah menoya pada mulanya mengukirkan senyuman sekilas dan menggelengkan kepalanya. Macam - macamlah budak ni.

  " Ayah..." Solar bersuara seakan - akan merajuk tatkala Amato tergelak melihat video yang merakamkan hidung Solar yang terkembang - kembang semasa sibuk tertawa.

   "Yalah. Yalah." Amato menyeka air matanya yang mengalir disebabkan gelak kuat sangat tadi.

   "Dah, korang. Buat kerjalah. Jangan usik Solar lagi."

   Tetapi dari kenang apa yang kau sudah hilang, baik kongsi kenangan dengan orang yang kau masih ada, bukan?

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top