23

- L O S T -
Dari kenang apa yang kau hilang
Baik jaga apa yang kau ada

BILIK wad ICU yang menempatkan Blaze berada sepi tanpa suara. Hanya kedengaran bunyi mesin pengesan denyutan jantung menjadi latar belakang muzik mereka setakat ini.

   Doktor mengatakan bahawa  tubuh badan Blaze dimasuki banyak air. Mungkin kalau terlambat sepuluh minit, jasad Blaze mungkin tidak akan dikandung roh lagi.

   Kini, Blaze terlantar di atas katil hospital.

   "Hey, Blaze." Taufan menyapa Blaze yang masih tidur sambil menahan sebak. "Kalau aku bagitahu kau, kau mungkin akan terkejut sampai terkentut."

    Ice menyampuk. "Pak Cik Ato sebenarnya ayah kita."

   Taufan tersenyum palsu sekilas. Ice ini potong mood aku pula. Aku baru mahu berdrama.

   "Macam Ice kata tu, Pak Cik Ato sebenarnya... Ayah kita semua. Patutlah dulu Hali beria suruh kita tulis nama kita bin Amato sedangkan nama Papa tak ada pun nama Amato..."

   "Amato, baik kau keluar sekarang!"

   Amato menghela nafas kasar mendengar sayup - sayup suara musuh syarikatnya kedengaran. Malah, si Retak'ka itu siap bawa geng lagi! Dasar penakut!

  "Gempa dan Hali..." Amato memegang bahu kedua - dua kembar sulungnya yang merupakan harta berharga dari arwah isterinya termasuk lima lagi anak - anaknya

   Ketika ini, Gempa dan Hali berumur 7 tahun.

   Gempa terkebil - kebil apabila menerima beg yang fungsinya untuk membawa bayi. Thorn yang berusia lima bulan disautkan ke dalam beg tersebut oleh Amato manakala Halilintar menggalas beg yang membawa Solar.

   "Kenapa ni, ayah?" Gempa bertanya apabila  ayahnya kelihatan tergesa - gesa.

   Halilintar tidak mengendahkan situasi panik yang dirasai Gempa dan Amato tetapi dia bermain dengan adik bongsunya Solar.

   Yang kelakarnya, Halilintar ini walaupun bermain dengan bayi, muka dia serius gila! Hahaha, nasib Solar sudah biasa dengan abangnya.

   "Gempa, panggil adik - adik yang lain. Kita kena lari."

   "Rumah lama kita dibakar dan diletupkan oleh musuh ayah, Retak'ka." Taufan memberitahu fakta tambahan. "Kau nak tahu tak, rumah yang Penduduk Bandar Rintis kata Rumah Berhantu tu adalah rumah kita sebenarnya. Ayah selalu lawat rumah tu. Patutlah masa aku pergi tu ada lembaga. Rupanya ayah selalu datang jenguk rumah tersebut."

   Berdas - das tembakan berbunyi, membingitkan gegendang telinga yang berada berhampiran.

  "Siotlah diorang ini. Main pistol pula." Amato menjenguk ke luar. Kereta - kereta hitam itu asyik mengejar kereta mereka dari rumah tadi.

   Sudahlah letupkan rumah orang, kemudian kejar orang pula. Ingat sekarang ini tengah bermain permainan 'polis entry want to jaga' kah?

  "Ayah, Pak Cik Kumar. Kita nak gi mana sebenarnya?" Soal Taufan, keliru dengan keadaan persekitarannya.

   Dengan bunyi tembakan malah kereta yang dibawa oleh teman ayahnya dibawa laju seperti dalam Filem Fast and Furious... Apa yang berlaku sebenarnya?

  "Kita nak pergi Legoland ke?" Blaze mula teruja membayangkan tempat yang ingin ditujui mereka malam - malam buta ini. Haih, budak ini. Mana ada orang pergi Legoland pukul 1 pagi.

  "Hish, mana ada nak pergi Legoland." Halilintar menyiku bahu Blaze dengan kasar.

   "Hish, sakitlah! Gempa..." Blaze memeluk abang sulungnya yang berada di sebelah. Habis sempit ruang gamaknya! Sudahlah mereka berlima semua menyempit di ruang belakang tempat duduk.

   Amato menoleh ke belakang. Risau pula aku dengan anak - anak aku ini. "Hey, hey. Apa gaduh - gaduh ni?"

   "Hali ni ha!" Blaze menudingkan jarinya ke arah muka Halilintar. Halilintar menayang wajah selamba apabila dipersalahkan oleh Blaze. Ha, yalah, adik. Aku malas mahu layan kau.

   "Aku rasa biar aku alihkan perhatian mereka." Pak Cik Kumar mengambil pistol dan senapang dari bawah laci kerusi memandu. Tangannya sudah dicapai pada pemegang pintu, bersedia untuk lompat dari kereta.

   Mata Amato membulat. "Woi, kau dah gila ke?"

   "Kalau aku gila, aku mesti dah masuk Hospital Tanjung Rambutan." Kumar sempat berseloroh. "Kan Tarung dan Mechabot kata dia mahu on the way. Lagipun bak kata kau, berdikari kan?"

   Amato tersengih sehingga ke telinga. Gila betul manusia ini. "Okaylah kalau kau cakap macam tu."

   Sebaik sahaja mendapat balasan daripada Amato, Kumar terus melompat dari kereta  kemudiannya mendarat ala - ala Spiderman.

   Adik beradik bertujuh itu memerhati kelibat Kumar yang jauh ketinggalan kebelakang. Walaupun kurang jelas, mereka dapat melihat Kumar menembak kereta mereka seperti penembak handal dalam game perang sebelum Tarung dan Mechabot datang membantu beberapa saat kemudian.

   "Ayah, tak apa ke tinggal diorang?" Ice bertanya namun matanya tidak teralih dari memerhati Kumar dan konco - konconya melawan orang - orang Retak'ka.

   "Tak perlu. Biar mereka berdikari!"

    "Ayah pun pandu sampai ke stesen kereta api Bandar Rintis. Ayah ingat waktu tu tiada siapa yang ekori kita tetapi rupanya ayah tersilap."

   "Stesen seterusnya, Pulau Rintis."

   Amato berdesis perlahan melihat lelaki berhoodie berdiri tidak jauh daripada mereka.

  "BoBoiBoy..." Amato merendahkan badannya setaraf dengan ketinggian anak - anaknya.

   "Dengar kata ayah. Lepas satu stesen ni, bersiap sedia untuk lari." Pesan Amato dalam nada yang perlahan, takut didengari oleh lelaki di belakang mereka.

   Ice menayangkan wajah kehairanan. "Nak lari pergi mana, ayah?"

   Kereta api secara perlahan - lahan berhenti dan pintu kereta api mula dibuka, memberi isyarat kepada para penumpang bahawa mereka semua sudah sampai ke Pulau Rintis.

    "Lari."

   Lelaki berhoodie itu menghampiri mereka.

   "Sekarang!"

   "Ayah pun lari dari lelaki berhoodie tu. Nasib baiklah lelaki tu tak bawa pistol, kalau tak mesti rasa panik sebab tak ada senjata bila jumpa musuh dalam FreeFire." Taufan sempat lagi melawak di hujung ayat. "Kita semua ini larilah sampailah ke satu tempat, iaitu rumah Mama dan Papa."

   Ice mengambil giliran meneruskan cerita dalam nada yang mengantuk amat. "Jadi, ayah pun terpaksa tinggalkan kita di sana demi kita semua."

   "Nasib baik Pak Cik Mechabot
ada bantu ayah lari dari orang Retak'ka itu. Dipendekkan cerita, Retak'ka telah dibawa masuk ke dalam penjara" Taufan menamatkan penceritaan sebelum meminum air mineral yang dibeli tadi.

   Rasa haus pula setelah bercerita kisah 'Pada Zaman Dahulu' tadi.

   "Ayah menyesal." Amato menyampuk ketika mereka berdua sedang membuat 'bed story' kepada Blaze. "Kalaulah ayah bagi sahaja syarikat ayah pada Retak'ka, kita semua pasti takkan terpisah."

   Ice yang baru sahaja ingin melelapkan mata dalam wad ICU menggeleng perlahan. "Bukan salah ayah."

   "Jadi..." Taufan menggenggam tangan Blaze. "Tolonglah bangun!"

   "Betul kata abang Kaizo, dari kenang apa yang kita hilang, baik jaga apa yang kita masih ada. Aku dah perlahan - lahan boleh terima kematian Gempa dan Hali, takkan aku nak kehilangan kau pula?"

   Mengejutkan, Blaze turut membalas genggaman Taufan dengan erat.

  "Doktor! Doktor! Anak saya berikan respon positif!"
  
  

  

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top