20

- L O  S T -
Dari kenang apa yang kau hilang
Baik jaga apa yang kau ada

THORN tergelak sambil cuba melarikan diri daripada disentuh Solar. Aksi kejar - mengejar itu berlanjutan sehingga masuk ke kawasan dapur.

   Mata Taufan yang kuyu itu menjadi segar bugar apabila suara jeritan keriangan milik Thorn menyapa halwa telinga.

   Seronoklah kau orang. Aku ini kena masak ikan siakap tiga rasa untuk makan malam nanti.

   Sejak dia menghidangkan ayam masak kicap kepada semua, secara tidak langsung dia dilantik menjadi pembantu tukang masak oleh Kaizo dan Fang. Memandangkan Fang malas mahu masak hari ini, si Fang itu suruh dialah.

   Huhuhu, apalah nasib. Sudahlah Blaze dan Ice ada kelas tambahan. Tinggallah dia yang sendu memasak seorang diri.

   Beberapa minit telah berlalu maka siaplah ikan siakap tiga rasa hasil air tangan Taufan setelah dia bersilat dan berkarate di dapur tadi.

   Taufan mengelap peluh di tepi. Sofa dituju dan disandarkan tubuhnya pada sofa.

   Riak wajah Taufan menunjukkan seperti dia baru sahaja dikejar oleh kerbau jantan. Nampak penat sangat! Walhal dia hanya memasak di dapur sahaja.

   "Boleh duduk?" Soal Kaizo dengan penuh sopan santun.

   Namun Taufan tidak memberi apa - apa kata putus lagi, Kaizo sudah duduk. Hrm, biarlah. Dia pun sudah penat sangat ini.

   "Dah selesai memasak ke?" Sapa Kaizo dengan nada lemah lembut.

   Taufan mengerling ke arah Kaizo. Apa fasal jadi baik semacam ini? Meremang pula bulu roma aku. Jangan suruh dia cuci atap bumbung sudahlah.

   "Sudah, bang. Kenapa?" Soalan Kaizo berbalas soalan.

  "Taklah, saja tanya." Balas Kaizo dengan muka selamba. Seperti biasa tepat pukul 5 petang, pasti Kaizo akan tercegat di sini sambil menonton rancangan televisyen.

   Suasana sepi seketika. Hanya bunyi yang keluar dari televisyen kedengaran.

  "Maaflah kalau 'buli' korang lima beradik sejak tinggal di sini." Kaizo mulakan perbualan dengan memohon maaf kepada Taufan.

   "Hahaha." Taufan tergelak kekok. "Tak pa bang, saya okay je." Sebenarnya adalah juga aku geram sebab kena suruh macam bibik. Taufan bersuara dalam hati.

  Naya kalau diluahkan kena hempuk dengan abang Fang. Tidak fasal - fasal koma setahun.

   "Okaylah kalau macam tu." Kaizo menyambung menonton siaran berita.

   Atmosfera di sekeliling Taufan dan Kaizo menjadi janggal seketika tetapi diendahkan Taufan. Taufan menutup mukanya dengan topi sebelum mula tidur.

   "Hari tu aku tengok kau serius semacam. Bukan macam diri kau yang sebenar. Kau okay ke waktu tu?" Kaizo bertanya pada Taufan yang baru melelapkan mata.

   Ketika itu, Taufan merasakan terdapat air mata palsu keluar dari tubir matanya. Huhuhu, aku baru mahu tidur!

   Topi yang melindungi mukanya disarungkan kembali di atas kepala. Taufan membetulkan posisi duduknya sebelum menjawab lambat - lambat. "Sebenarnya waktu tu Thorn... Dia rindukan Gempa."

  "Kalau bukan sebab Thorn main pensel, mesti abang Gempa dan Abang Hali masih hidup." Thorn melindungkan wajahnya dengan tangan. Terdengar esakan kecil keluar dari mulut Thorn.

   "Jadi saya ingat, dengan cuba menjadi seorang Gempa ataupun seorang Halilintar, mereka akan tidak rasa kehilangan dia orang. Tapi saya silap." Taufan mengeluh.

   Kaizo setia mendengar cerita Taufan itu menoleh. "Apa yang kau dah buat?"

   "Sudahlah kami adik beradik kehilangan Gempa dan Hali. Kalau saya sendiri pun cuba meniru perangai Gempa dan Hali." Taufan melukiskan senyuman pada wajahnya. "Mereka juga akan hilang saya. Dan saya takkan biar perkara itu akan terjadi."

   Berita TV33 mula beralih  kepada siaran iklan.

   "Aku tak pandai nasihat apa - apa tapi satu benda sahaja yang aku mampu beri nasihat pada kau." Kaizo berhenti sejenak sebelum menyambung bicaranya. " "Dari kenangkan benda yang kau dah hilang, baik jaga apa yang kau masih ada. Sebelum kau hilang segalanya."

   "Dahulu aku pun sama macam kau juga. Rasa terpukul dengan kehilangan mak dan ayah aku. Sampai aku tak sedar yang Fang telah hilang diri aku yang sebenar." Kaizo menghirup sedikit air teh hijaunya. Bibirnya tersenyum nipis, mungkin teringat memori lama.

  " Satu hari tu aku dengar dari mulut adik aku sendiri. Dia kata dia sunyi. Dia kata aku tak ada dengan dia. Waktu tu aku sedar, aku kena lepaskan benda yang sudah tiada dan teruskan hidup."

   Pandangan Kaizo pada skrin tv beralih pada Taufan yang sedang berdengkur. Kurang asam punya budak! Punyalah aku mengimbas nostalgia  tadi, kau menyulam mimpi di sebelah.

   Haih... Sabar sahajalah!

"Mula mula mula ku cintamu. Tiba - tiba dia sakitkan hatiku. Tak apalah. Terima kasihlah. Jadi kekasihku."

   Amboi, lagu Aisyah jadi nada dering telefon. Bukan biasa - biasa abang Kaizo kita ini!

  Kaizo mengangkat panggilan. "Hello? Oh, ya Fang?"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top