2
- LOST -
Dari kenang apa yang kau hilang
Baik jaga apa yang kau ada
TAUFAN membetulkan kedudukan tidur Ice. Kalau tidak dibetulkan, pasti ada macam - macam gaya. Gaya tertonggenglah, gaya orang menari zapin sambil baringlah dan berbagai gaya lagi.
Hish, macam - macam!
"Tiket ke Bandar Pulau Rintis. 3 petang... eh?" Taufan terkejut bercampur gembira melihat waktu pergi ke Bandar Rintis yang tentera pada tiket keretapi itu.
"Korang." Taufan memandang adik beradiknya yang masih berdukacita.
Thorn mengesat air matanya yang seperti tiada penghujung. " Hiks.. Ini semua salah Thorn. Kalau Thorn tak pergi tadi, mesti abang Hali dan Gempa masih hidup."
Taufan mengetap bibir apabila Thorn mula menangis dan begitu juga Solar.
Taufan mengukir senyuman pahit, cuba untuk tidak mengalirkan air matanya di hadapan adik beradiknya. "Hei, hei. Korang cuba cek tiket masing - masing."
Mendengar kata Taufan, mereka cepat - cepat memeriksa tiket keretapi yang menjadi tragedi semalam.
Ice mengerutkan dahi. Dia mengerdipkan matanya berkali - kali. "Aku baru bangun tidur ke tiket tu salah tulis."
Thorn menggosok matanya berkali - kali, siap pimjam cermin mata Solar lagi. "Ha'ahlah. Tiket hari ini pukul 3 petang."
Solar merampas cermin matanya dari Thorn. "Kau ni main ambil je." Solar memerhati tiket itu. "Awal lagi ni. Baru 11 pagi."
Seakan mendapat semangat baru, Taufan berkata. "Walau apa pun, kita akan ke rumah kawan abang Gempa. Aku akan teruskan tanggungjawab yang abang Gempa bagi. Jadi, kau orang janganlah sedih."
Sejurus itu, Taufan memeluk adik beradiknya.
"Eh mana duo TroubleMaker tu?" tanya Solar, mencari kelibat Thorn dan Solar. Taufan mendengar perkataan 'TroubleMaker' menjeling Solar.
Kecil besar, kecil besar aku tengok kau. Huhuhu, tahulah aku, Blaze dan Solar dapat gelaran kerana gagal menyediakan makan malam.
" Perhatian kepada penumpang kereta api Rintis, kereta api menuju ke Bandar Pulau Rintis akan tiba 10 minit lagi."
Blaze membuka penutup minumannya sebelum menghirup air sedikit. "Alhamdulillah, sedapnya."
Thorn menarik sedikit baju abangnya. "Eh Blaze, dah nak gerak kereta api itu. Nanti kena tinggal pula."
"Yalah, jom."
Sedang mereka berdua berlari ke arah adik beradik mereka, Blaze terlanggar seseorang menyebabkan mereka berdua terjatuh sesama sendiri.
"Aduh..." Blaze menggosok punggungnya yang terasa kebas. Peringatan untuk diri sendiri, buatlah apa seperti berenang atau berjalan asalkan jangan berlari supaya tidak melanggar orang.
"Maaf, pak cik.". Thorn membantu lelaki itu bangun.
"Tidak mengapa."Lelaki itu menepuk - nepuk seluarnya yang kotor. Lelaki itu menghulurkan tangan pada Blaze.
Blaze menyambutnya sambil tersenyum.
"Terima kasih pak cik. "
Tiba - tiba Thorn menggoncangkan tangannya seperti terlihat ikan jerung menari ." Cepatlah, Blaze. Nanti terlambat pula."
Blaze mengerling pada jam ya sekilas. "Eh yalah! Jom cepat."
Lelaki itu memerhatikan Blaze dan Thorn yang berlari seperti anak kecil.
Minta kaki sahajalah. Tadi bukan main berjanji pada diri sendiri mahu berenanglah asalkan tidak berlari.
🎶"Sejarah yang kan kita bina."
"Kau dan aku"
"Selamanya" 🎵
Lelaki itu mengeluh sebelum menjawab telefon.
"Assalamualaikum..."
...
Fang memandang jelek pada masakan Gopal
"Apa kau pandang macam tu? Aku masak tu, bersyukur sahajalah." Gopal mengomel apabila melihat Fang tidak menjamah masakannya.
"Kenapa kau buat sup ayam?"
Gopal yang mengunyah nasi memandang Fang. " Kenapa apa?"
Fang mengelap nasi yang terpercik pada mukanya. "Kau kan dah janji... NAK BUAT SUP LOBAK MERAH."
"Oh, dah donat lobak merah habis. Aku buat sup ayam," kata Gopal dengan mulut penuh menyebabkan muka Fang tercemar.
"KAU BOLEH TAK JANGAN CAKAP MASA MULUT PENUH DENGAN MAKANAN?"
"Ampun, amma! Appa! Tok Aba! Aunty Wawa! Aunty Yang! Uncle A..." Habis seluruh ahli keluarga dan jiran rumah sebelah disebut Gopal. Mesti terbersin - bersin nama - nama yang disebut itu.
Perlawanan gusti antara Gopal dan Fang terhenti apabila kedengaran bunyi loceng pintu rumah mereka.
"... Cikgu Papa, Cikgu Mama, adik Putri Intan Payong Indah." Gopal berhenti untuk mengambil nafas. "... Zulaikha Odelia Ladasyia Abshari. Tolong saya!"
Fang membuat muka toya. " Dah habis?"
Gopal menyuap nasi ayam ke dalam mulut. " Okey, dah habis."
"Diorang dah sampai dah tu. Kau makanlah. Aku nak buka pintu." Fang bergerak ke sinki untuk membasuh tangan sebelum membuka pintu.
Pintu dibuka dan pemandangan yang dihiasi hanya adik beradik BoBoiBoy tanpa Gempa dan Hali.
"Eh, mana Gempa dan Hali?" Fang hairan apabila melihat ketiadaan sahabat sengalnya.
Tiba - tiba, kelima - lima adik beradik itu menangis dan meraung sebelum memeluk Fang.
Fang mengerutkan dahi.
Apa yang sudah jadi?
...
Bagi mengelakkan pembaca keliru tentang umur diorang, kini saya senaraikan umur - umur bagi adik beradik BoBoiBoy!
BoBoiBoy Gempa (18 tahun)
BoBoiBoy Halilintar (18 tahun)
BoBoiBoy Taufan (16 tahun)
BoBoiBoy Blaze (15 tahun)
BoBoiBoy Ice (15 tahun)
BoBoiBoy Thorn (11 tahun)
BoBoiBoy Solar (11 tahun)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top