19
- L O S T -
Dari kenang apa yang kau hilang
Baik jaga apa yang kau ada
"KENAPA panggil abangnya? Kenapa tidak panggil ibu bapanya?" Perempuan yang mewakili emak Stanley bertanya, tidak berpuas hati. Sepatutnya parents bertemu dengan parents. Barulah adil!
Pengetua Kokoci menghela nafas berat. "Puan, Blaze ini anak yatim piatu. Sebab itu kami panggil abangnya. Kebetulan abangnya satu sekolah dengannya."
"Oh, anak yatim? Patutlah... Kurang kasih sayang rupanya. Nasiblah Stanley saya ini cukup kasih sayang. Kan?" Sinis Emak Stanley berkata.
Stanley mengangguk. "Betul tu, mak."
Blaze menjeling dua beranak itu. Kalau aku tampar ini, tidak dapat apa apa pun.
Anak mak cik terlebih kasih sayang agaknya itu jadi sewel teranjang perut dia tadi. Blaze mengutuk Stanley dalam hati.
"Sudah, nanti pasti Blaze akan terasa hati!" Pengetua Tarung bersuara apabila Emak Stanley sudah melampaui batas.
"Tapi memang be..."
"Erm, maaf, tuan pengetua. Abang Taufan dah sampai." Cattus menunjukkan ke arah Taufan yang berdiri kekok di hadapan bilik pengetua.
"Oh, baiklah. Kamu boleh balik ke kelas. Jangan melencong ke..." Belum sempat Pengetua Kokoci menghabiskan katanya, pelajar bernama Cattus itu menjerit sekuat hati sambil berlari dari situ.
"Tandas!" Tercengang Taufan dibuatnya melihat Cattus itu berlari seperti dikejar anjing. Ini mesti tahan lama sangat.
"Ehem, Taufan, sila masuk." Pengetua menjemput Taufan melangkah masuk ke dalam biliknya. Nasib tidak dihamparkan karpet merah.
Taufan mengambil tempat di sebelah Blaze. Ditenung adiknya yang asyik mendiamkan diri. Hatinya merasa tidak enak apabila dia melihat terdapat banyak luka yang ada pada Blaze berbanding Stanley.
"Adik kamu..." Sekali lagi, Pengetua Kokoci tidak dapat menghabiskan bicaranya. Kali ini dipotong oleh si emak Stanley.
"Adik awak ni dah pukul anak kesayangan aunty sampai berdarah, tau. Awak didik elok sikit adik awak tu. Baru sekolah menengah dah tunjuk gangster? Bila besar, entah - entah jadi penagih dadah. Ha, ini pun pakai topi warna merah pergi sekolah." Sememangnya emak Stanley layak memegang jawatan Ketua Mak Cik Bawang Semalaysia.
Dituduhnya Blaze dan siap kaitkan dengan topinya yang langsung tiada kena mengena dengan kes ini! Apa bendalah mak cik ini. Ini mesti kes makan maggi banyak sangat.
Taufan memandang emak Stanley dengan riak tidak percaya sebelum menyoal Blaze. "Betul ke, Blaze?"
Blaze yang dari tadi kutuk emak Stanley dalam hati bersuara. "Eh, bila masa pula? Stanley yang pukul aku dulu."
"Tak payah tipu aunty. Kamu yang pukul anak aunty dulu kan?" Emak Stanley terus menerus menuduh Blaze.
Nasib Blaze ini boleh dikatakan penyabar juga orangnya, kalau tidak memang ada tayangan perlawanan gusti percuma berlangsung di bilik pengetua.
Anak dan emak. Sama sahaja perangai.
"Jadi kalau macam tu, kenapa adik saya banyak luka dari Stanley?" Pertanyaan itu cukup menggoncangkan hati dua pertalian darah itu.
"Apa kau merepek ni?" Stanley cuba menegakkan benang yang basah.
"Kalau mak cik sendiri tak percaya, mak cik boleh pergi ke kelas sekarang." Kata Blaze dengan nada tegas. "Kembar saya, Ice tu lebam pipinya. Takkan saya nak tumbuk kembar sendiri pula?"
Stanley mengetap gigi. Ah, sudahlah!
Pengetua Kokoci pula hanya duduk memerhati drama swasta yang sedang berlaku di dalam biliknya. Siap makan popcorn lagi!
"Dia ini tuduh saya rampas girlfriend dia, mak cik. Padahal saya cuit bahu girlfriend dia pun tak. Tiba - tiba datang sondol perut saya macam lembu." Terang Blaze dengan panjang lebar. Siap dikutuk lagi Stanley di hujung ayat!
"Err... Err..." Otak Stanley ligat mencari idea untuk menutup kesalahannya dari ibunya. Namun idea yang dicari itu langsung tiada!
"Betul ke Stanley? Setahu aunty, anak aunty bukan macam tu." Emak Stanley ragu - ragu dengan apa yang diberitahu Blaze.
"Jadi apa kata mak cik tanya anak mak cik sendiri?" Taufan mengukir sebuah senyuman, memberi ruang untuk emak Stanley bertanya pada anaknya sendiri.
"Betul ke Stanley?" Tanya Emak Stanley.
Stanley menggeleng laju. "Tak betul, mak! Diora..."
"Mengikut aduan daripada kawan kamu, SimenBot, semalam. Kamu ini ada girlfriend dan semua pergaduhan iaitu 2 kes, selama ini semua sebab cemburu buta kamu." Pengetua berkata setelah 5 minit mendiamkan diri tadi. Bertih jagungnya diletak tepi. "Sama jugalah dengan kes kali ini, bukan?"
Stanley kehilangan kata - kata. Dia meramas tangannya. Ini mesti sebab aku patahkan pensel 2B dia, sebab itulah gatal mulut mahu memberitahu pengetua! Bagaimana sekarang ini?
"Kamu ada girlfriend, Stanley?" Emak Stanley memberi pandangan tajam kepada anaknya."Ya Allah, mak tak ajar pun engkau bercouple - couple ini. Tak cukup ke kasih sayang mak kasi kat kau? Habislah muka mak. Mana mak nak sorok muka mak lepas kutuk anak jiran yang sibuk bercinta tu?"
Taufan dan Blaze memandang emak Stanley dengan muka menoya sekali dengan pakej tersengih. --w-- Memang sah mak cik ini mak cik bawang!
" Disebabkan kelakuan kamu itu, Stanley. Kamu akan digantung sekolah selama seminggu!"
...
Keluar dari bilik pengetua, Stanley sudah dibebel oleh emak kandungnya sehingga menuju ke kelas. Nasib engkaulah Stanley dapat emak kuat membawang.
"Terima kasih tau bela aku tadi." Ucap Blaze sambil tersenyum.
"Alah, tak pa. Aku sebenarnya syak mak cik tu mak cik bawang. Dari gayanya pun aku dah tahu." Taufan mula menduga identiti emak Stanley itu. Sekali dengan Nooroo pun turut tertanya tentang identiti mak cik tersebut.
"Terima kasih, Taufan." Ucap Blaze lagi.
"Eh, kan aku kata.."
Blaze menyambung katanya. "Terima kasih, Taufan. Tak jadi Gempa ataupun Hali."
"Kadang kadang perkara yang paling terbaik untuk kita adalah jadi diri kita sendiri. Itulah yang paling terbaik." Pak Cik Ato membuat simbol 'terbaik' pada akhir kata.
Taufan memandang telapak tangannya. Betulkah?
"Sudahlah adik - adik kamu hilang arwah abang - abang kamu. Takkan diorang nak hilang diri kamu yang sebenar, pula?"
Mata Taufan bersinar terharu mendengar ucapan Blaze. "Sama - sama, Blaze."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top