14
- L O S T -
Dari kenang apa yang kau hilang
Baik jaga apa yang kau ada
"HA, mana duit perlindungan tu?" Tangan si ketua pembuli itu dihulurkan di hadapan Solar dan Thorn. Pembuli itu tersengih suka melihat kedua mangsanya. Bolehlah jimat duit lagi!
Lain pula halnya bagi Solar. Baru sahaja melangkah masuk ke dalam sekolah, sudah diminta duit pampasan. Tidak berbaloi langsung untuk orang kacak sepertinya!
Sekurangnya bagilah mereka berdua masuk dan letak beg dahulu. Dasar pembuli.
Thorn yang berura - ura mengeluarkan wang saku yang diberikan Taufan tadi dihalang Solar. Terkebil - kebil mata Thorn memandang adiknya. Apa yang Solar cuba buat?
"Jangan bagi. Buat tak peduli." Solar berbisik pada Thorn supaya tidak tunduk pada arahan si Pembuli. Sampai bila mahu jadi seperti lembu dicucuk hidungnya?
"Oh okay." Thorn mengangguk.
Mereka berdua berjalan menuju ke kelas bagaikan tiada apa - apa berlaku menyebabkan si pembuli dan dua konconya tercengang ditinggalkan oleh mangsanya.
"Berlagak betul, kan bos? Memang nak kena ajar diorang ni!" Si Botak (Ren) berkata sambil mengepal penumbuknya.
Si ketua mengetap bibir. Rasa tercabar egonya tidak diendahkan oleh mangsa yang berumur setahun muda darinya. Dengan sepenuh tenaga, dikejar Solar dan Thorn seperti lembu yang sedang mengamuk.
"Bos, tunggu! "
"Kejar bos, Ren! Kang terlanggar tiang pula!"
Solar dan Thorn yang baru melepasi tingkat satu itu tiba - tiba dirempuh oleh seseorang. Si ketua itu tersenyum puas melihat mangsanya tergolek jatuh seperti nangka busuk.
"Itulah balasan sebab pedulikan aku!" Tutur si ketua itu sambil ketawa bongkak.
Thorn bangun dan menyentuh dahinya yang terasa lebam. Air matanya tiba - tiba jatuh kerana merasakan kesakitan itu. Pandangannya teralih pada Solar yang masih dalam posisi menelentang itu.
Terketar - ketar tubuh Solar menahan amarah. Habis muka kacaknya bertemu lantai! Nanti hilang followers aku di Instagram ! Tanpa pedulikan sebarang risiko, Solar bingkas bangun dan cuba melompat dari tingkat 1.
Si ketua itu mulai panik. Malah lebih panik dari Thorn. Kenapa pula dengan budak ini? "Wey budak. Apa kau buat tu?"
"Kau nak aku mati kan?" Kaki Solar diacah mahu melompat. "Aku boleh je mati sekarang."
Si pengetua juga merupakan ayah kepada si ketua pembuli kebetulan baru turun dari pejabat terbeliak mata melihat salah seorang pelajar berani mati terjun dari tingkat satu. "Hey, kamu! Apa kamu buat."
"Solar. Turunlah. Nanti kita lewat ke kelas." Thorn menarik tangan Solar untuk turun tapi dihiraukan Solar.
"Tuan pengetua, tengok apa anak pengetua buat kat abang kembar saya. Lebam dahi dia! Agak - agak kalau saya mati baru anak pengetua tak buli saya kan?" Terkejut si ketua pembuli mendengar kata Solar.
Si ketua pembuli itu menoleh ke belakang. Oh my god, my daddy!
Pengetua memandang anaknya, tidak percaya." Betul ke, Gardenia Bin John?"
" Saya akan terjun kalau dia tak minta maaf. "Sebelah kaki Solar sudah tidak mencecah tanah.
" Aku... " Tergagap - gagap Gardenia berkata. Tidak mungkin dia mahu jatuhkan maruahnya semata - mata mahu selamatkan nyawa budak itu?
" Solar, turunlah!" Air mata Thorn sudah mencurah - curah turun kerana terlalu risaukan nyawa Solar.
Ah, dia tahu ini tindakan berani mati, tetapi terpaksalah. Solar melaung kuat. "Baiklah, saya terjun sekarang!"
"Nanti dulu!"
"Kau ni! Gila betullah!" Taufan menumbuk bahu adiknya. Sampai menangis teruk Thorn dibuatnya menyangka Solar benar - benar ingin bunuh diri.
Solar mengetap bibir, masih tersimpan geramnya pada si Gardenia itu. "Bukan apa. Dah si roti Gardenia tu tiba - tiba rempuh aku macam lembu lari dari kena sembelih. Habis penyek muka hensem aku. Mana aku tak marah?"
Taufan tergelak kecil mendengar nama pembuli itu. "Dia minta maaf tak?"
Thorn mengangguk, perlahan. "Dia dah minta maaf dah dekat Solar. Siap janji tak buli lagi kitaorang."
"Kalau followers aku hilang sebab dia... Siap roti Gardenia aku letak dalam pembakar roti sampai hangit." Getus Solar. Siap digosok - gosok tangannya seperti penjahat filem Melayu.
"Dah tak payah berdendam sangatlah. Dia minta maaf dah kan?" Kata Taufan sebelum menghela nafas lega. Nasib baik adik - adiknya tidak dibuli lagi.
Ingatkan Solar ini hanya mempunyai sifat berlagak sahaja, rupanya mempunyai sifat gila - gila. Haih, macam - macamlah!
"Taufan." Thorn menarik baju Taufan. "Mana Blaze dengan Ice?"
Taufan mengusap dagunya. Tiba - tiba ingatan dia kabur. Ini mesti termakan sandwich yang ada semut tadi.
Melihat Taufan yang berada di dunianya sendiri, Solar terus memijak kaki Taufan.
"Aduh, sakitlah!" Taufan melompat setempat sambil memegang kaki kanannya yang terasa sakit. Dua kali pandang, macam orang bersenam tepi jalan pula.
Si Solar itu memandang ke tempat lain, pura - pura tidak bersalah.
"Oh, diorang kat PT3 tahun ni. Diorang ada kelas tambahanlah. Dah cepat sikit jalan. Petang ni ada kerja ngan Tok Aba pula." Taufan berjalan laju diikuti adik - adiknya.
Kalau lambat, kena denda dengan anak jiran sebelah Tok Aba pula! Nampaknya peribahasa 'biar lambat, asalkan selamat' jarang digunakan rakyat Malaysia.
🔸🔸🔸
MasyaAllah.
Kenapa aku tak guna cara Solar tu masa kena buli zaman sekolah rendah?
*Facepalm*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top