10

- L O S T-
Dari kenang apa yang kau hilang
Baik jaga apa yang kau ada

BOLA salji itu dibelek. Senyuman terukir di wajah Blaze. Bola salji itu diberikan oleh Papa sempena hari jadinya. Papa sanggup membuat kerja tambahan demi membelikan hadiah untuknya.

"Masih tengok hadiah tu lagi?" Tanya Ice berselang - seli dengan menguap. Padahal baru sahaja dia mandi namun masih mengantuk lagi.

"Ni kan satu - satunya hadiah arwah papa yang aku sempat bawa." Ice mengetap bibir mendengar kata - kata Blaze, menahan sebak.

Blaze tertawa melihat keletah Ice. "Ala, kau jangan risaulah. Aku tak sedihlah."

Tiba - tiba, Taufan masuk ke dalam bilik mereka sambil mengurut pelipis matanya. Blaze dan Ice memandang antara satu sama lain sebelum memandang ke arah Taufan semula.

Taufan main baring sahaja di atas katil Blaze. Blaze dan Ice sempat lagi bermain 'osom' supaya dapat menentukan siapa yang mahu bercakap dengan Taufan.

Blaze merungut perlahan apabila dia kalah dengan Ice. Lupa pula si Ice ni selalu guna simbol 'air'. Tidak guna betul.

"Taufan." Blaze menggerakkan bahu Taufan, lembut. "Kau okay?"

Taufan bangkit dari tempat pembaringan. "Aku ambil Solar dengan Thorn tadi. Diorang kena buli lagi."

Blaze menyising lengan bajunya. Ah, sudah. Mood raksasa Blaze dah muncul. "Apa? Budak mana yang asyik buli diorang tu?"

"Mana Solar dan Thorn?"

"Tengah mandi."

"Huarghh~ Kenapa kau tak bagitahu pengetua?" Soal Ice dalam masa yang sama memberikan pendapatnya.

Taufan mengeluh panjang. "Dah, tapi tak sangka Pembuli tu anak si Pengetua. Pembuli tu apa lagi. Mengampulah bapak dia. Huh!"

Taufan menekup mukanya dengan sebelah tangan. "Sampai aku rasa aku ni abang yang teruk."

"Mana ada kau macam tu." Blaze menidakkan.

"Huargh~ Kenapa aku asyik menguap saja?" Taufan dan Blaze memandang Ice yang menutup mulutnya yang asyik menguap dengan muka toya.

"Perkara - perkara macam ni selalu Gempa yang bijak uruskan. Aku ni dahlah tak da bakat sangat nak jadi Gempa." keluh Taufan. Dari nadanya, kedengaran dia sudah putus asa.

"Hei, siapa yang bagi idea nak duduk dekat rumah landak ni? Siapa yang bagi idea nak kerja dekat kedai Tok Aba? Kau kan?" Blaze cuba memberikan semangat pada Taufan, dalam masa yang sama mengutuk si Fang.

Ini kalau si Fang ini dengar, memang dikejar Blaze dengan bazooka.

"Kau tak perlu jadi Gempa ataupun Hali." Ice menambah. "Apa yang kau perlu jadi hanya diri kau sendiri. Itu lebih baik."

Taufan tersenyum sambil mengelap air matanya yang sedikit terkeluar. "Terima kasih korang.

" Kau nangis ke? "Soal Blaze.

Taufan tergelak sedikit." Kaulah buat aku terharu. "

Fang tiba - tiba masuk ke dalam bilik mereka dengan membawa vakum. Dibersihkan setiap inci lantai bilik mereka sehingga mereka terpaksa mengangkat kaki dan duduk bersila.

" Tumpang lalu. Tumpang lalu."

Setelah dibersihkan dari hujung lantai sehingga hujung lantai yang lain, baru si Fang itu keluar. Lagaknya seperti cleaner sahaja.

"Asal kemas - kemas ni?" Tanya Ice apabila Fang telah keluar dari bilik.

"Ala, biasalah Fang kan suka mengemas." Kata Blaze, menganggap hal ini hal biasa sahaja.

"Tapi siap si Gopal tu kemas." Taufan menunjukkan ke arah Gopal yang meluru ke arah mereka sambil mengemop lantai.

"WOAH!" Mereka bertiga sekali lagi mengangkat kaki apabila Gopal mengemop lantai bilik mereka.

Siap ditolak lagi beg sekolah Blaze dan Ice ke hujung dinding. Nasib si Taufan simpan tempat lain. (Sangkut belakang pintu)

"Kenapa kemas kemas ni abang Gopal?" Soal Taufan kepada Gopal yang sibuk mengemop.

"Abang Fang nak datang!"

Tiga beradik itu saling berpandangan. Abang Fang?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top