7
"Weyh! BAHAHAHAHA! Kau kahwin dengan Akak Speaker ni?". Ceh! Aku dah kata dah. Akak Speaker dia panggil aku? Kurang asam punya mamat!
"Asal aku baru tahu dho? Kau kahwin senyap-senyap ke?".
Semua yang ada kat situ terkejut bila Ketua Biro Perhimpunan mereka a.k.a pelajar lelaki paling top, paling kacak dan paling alim serta terpaling introvert kahwin dengan aku yang dah macam minah senget ni.
Shahmi hanya anggukkan sahaja kepalanya.
" Saya dah cakap, diorang akan bahan saya". Aku bisikkan ke telinganya.
Terus bad mood aku harini disebabkan dua ekor tu. Lagi-lagi Saiful!
"Sofeah nak makan?".
"Saya nak balik".
"Majlis belum habis la".
"Manja eh kau, Ayesha. Dulu bukan main kau reject Si Shahmi ni sebab sukakan entah siapa-siapa tu. Sekarang, boleh pulak eh berubah macam tu. Kau bagi dia makan apa Mi?". Rusyid, salah seorang lagi kawan Shahmi mulai menyampuk.
"Kita balik". Shahmi bangun sertam-merta lepas dengar ayat tu dan pegang tangan aku, nak ajak pergi daripada situ. Eh eh, tadi dia yang taknak pergi.
"Lek arh lu bro, aku gurau je".
"Sejak bila kau jadi bitter macam Ayesha ni, bro?".
"Im not being bitter or what but she is my wife and you don't have the right to talk bad about me and her. So, imma leave now before it will be getting on my nerves". Orang lain pasti akan mendengar apa yang Shahmi cakapkan kan? Aku tak. Aku kira patah perkataan yang keluar daripada mulut dia.
36. Aku rasa la.
"Wey, Shahmi. Sorry la".
"Accepted".
Kami lalu berjalan pergi daripada situ.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top