48
Tengah-tengah aku tidur tu, tiba-tiba aku terbuka mata. Aku tengok jam dekat dinding tu, eh baru pukul 2 pagi. Lepastu aku tengok manusia tak berbaju sebelah aku, eh tak tidur lagi. Bila aku jenguk sikit, rupanya dia tengah buat kerja guna laptop dia. Kat atas katil tu. Bersebelahan dengan aku.
Aku pun apa lagi.
Terus ambil inisiatif untuk kacau dia. Siapa suruh, lewat-lewat macam ni tak tidur lagi kan?
"Shahmi...". Aku merengek sambil tangan ku naik memeluk pinggangnya.
"Hm?". Sepatah sahaja dia balas. Matanya masih melekat dekat skrin laptop itu. Huh! Dasar Shahmi workaholic!
"Tidur la... Saya tak boleh tidur kalau takde Shahmi...". Aku gesel-geselkan muka aku dekat lengan dia. Tak sasa pun lengannya tapi cukup lah buat peluk masa tidur. Kau ada? Takde kan.... Kalau takde, diam. HEHEHEHE...
"Im literally beside you all the time, Sofeah".
"Ala tak sama... Shahmi kena tidur. Tutup mata. Peluk saya". Pujuk aku lagi.
"Sekejap lagi". Jari jemari kasarnya masih sibuk menaip dekat atas papan kekunci laptop berjenama HP itu.
"Taknak... Sekarang la...". Sofeah kalau tak mengada, memang bukan Sofeah lah. Tolong faham perkara itu ya?
"Sofeah Ayesha. Sekejap". Dia tak marah pun, suara dia macam biasa je. TAPI MASIH MEMBUATKAN AKU GERAM. Aku terus bangunkan sikit badan aku dan menggunakan jejari aku, aku tutup semua tab yang ada dekat laptop dia tu lepastu aku shut down benda tu. Aku tutup laptop tu, letak kat tepi dan peluk dia balik.
Terpaku Shahmi dibuatnya.
Terus dia diam.
"Dah. Dah boleh tidur".
"Sofeah...". Dia memanggil dengan suara datarnya.
"Hm?".
"Itu report yang saya kena hantar esok dan saya tak sempat save lagi tadi". Shahmi berkata dengan suara yang berserah.
Alamak...
Gulp!
"Huh? Sies la?".
Shahmi mengangguk perlahan.
"AAAA SORRY HUSBAND ku sayanggg! Saya tak sengaja. Saya nak suruh Shahmi tidur je". Bersungguh-sungguh aku meminta maaf.
"Nevermind. Lets just sleep". Shahmi simpan laptop dia atas meja lampu dekat side dia, masuk ke dalam selimut dan teruz berbaring membelakangi aku.
Mesti dia tengah marah tu.
Aku kenal Shahmi.
Kalau dia marah, mesti dia taknak pandang aku. Katanya, dia takut terlepas nanti. Dia sebolehnya taknak tinggikan suara dekat aku (tak pernah pun sebenarnya).
Aku yang dah diselubungi rasa bersalah itu terus memeluk pinggangnya kemas.
"Shahmi... Jangan lah marah...". Kedua tangan ku digunakan untuk mengusap perut nya. Lebih tepat lagi tempat di mana abs dia berada; usaha untuk memujuknya. Namun, dia tetap tak bersuara.
Maka!
Muncul lah teknik terakhir!
Cuba teka apadia?
"Shahmi...".
Sob, sob...
Yup. Aku merajuk balik.
Senang kan kerja aku? HEHEHE...
Dan tak sampai sesaat setelah mendengar tangisan sayu ku, Shahmi terus berpaling dan memelukku semula. Bahagian belakang badan ku digosok.
"Saya tak marah. Cuma jangan buat macam lagi, okay? I worked hard for that report. Saya minta maaf juga sebab tak teman isteri manja saya ni tidur. Sofeah maafkan saya ya?". Shahmi berbisik di telinga ku lalu aku mengangguk kecil di dadanya. Aku suka membenamkan wajah ku ke dadanya. Haruman badannya di situ sangat lah kuat dan aku suka akan hal itu.
Nyaman.
" Kalau tak marah, bacakan lah saya Surah Ar Rahman... ". Setelah seketika, aku buka mulut lagi untuk bersuara. Walaupun kedengaran agak tidak jelas kerana mulut aku betul-betul bercium dengan dadanya, namun Shahmi tetap faham lalu dia angguk kecil.
Dia merapatkan lagi pelukan kami dan mulutnya didekatkan dengan telinga ku sebelum diciumnya sekali. Lepastu, baru lah dia mulakan bacaannya.
"Bismillahiramanirahim...".
"Ar Rahman...".
"An lamal Quran...".
"Qholaqol insan...".
Tengah-tengah sedap aku dengar dia membaca surah itu, aku tarik tangan dia dan letak dekat pinggang aku.
"Hm?". Terhenti sekejap bacaannya.
"Tepuk".
Shahmi turutkan sahaja dan terus menepuk pinggang ku sambil meneruskan bacaannya.
Tapi aku hentikan tangannya setelah seketika.
"Bukan kat situ".
"Dahtu kat mana?". Shahmi bertanya.
"Dekat punggung. Buat macam mana Shahmi akan tepuk punggung baby kita untuk dodoi dia nanti". Craving rare ibu mengandung.
"Mengada". Dia cakap je macam tu, alih-alih dia buat jugak. Dia menepuk perlahan punggung ku sambil meneruskan bacaan surah Ar Rahman itu. Seolah sedang mendodoi bayi.
Tak lama selepas tu, aku tertidur dalam pelukan hangat si suami.
Terima kasih, Shahmi.
Hihi.
"Sama-sama, Sofeah".
...
Please do understand yang 'tepuk punggung' in this context means cutely not sexually. Sebab tu author cakap macam dodoi bayi.
Jangan salah faham ya?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top