46

Harini hari jadi aku. Ya, harini hari jadi Sofeah Ayesha yang comel, kiut miut, terpaling baik dan terpaling cantik. Hehehehe... Seronok lah dapat puji diri sendiri ni. Kita suka!

Dan disebabkan harini ialah hari spesial aku, Shahmi ajak aku keluar makan malam dekat sebuah restoran di hotel yang agak terkenal. Dia dan tempah satu ruangan dekat restoran tu untuk makan malam itu sekaligus untuk meraikan hari lahir aku ni.

Semua dah ada dekat sini.

Umi, Babah.
Ada juga kakak dia dua orang. Adik beradik dia yang lain tinggal berjauhan belaka. Jadi, tak semua boleh datang.

Itu aku tak kisah sangat.

Yang aku kisah sekarang ni, tuan yang menyewa ruangan restoran ini masih lagi tak sampai-sampai. Nasib baik lah dia membuat reservation ni atas nama aku. Kalau tak, sampai ke sudah lah tak boleh masuk tadi.

Makanan sudah tiba namun batang hidung Shahmi masih lagi aku tak nampak.

"Uminya, telefon lah Mi tu. Kesian menantu kita ni tunggu ha". Babah menyiku lembut lengan umi yang kelihatan sedang sibuk menaip sesuatu di telefonnya itu.

"Babah ni, umi tengah cuba nak contact dia lah ni". Umi berbisik kembali kepada babah. Barangkali tidak mahu membuat ku semakin risau.

"Lambat lah Mi ni, pergi mana entah!". Komen kakaknya yang mesra dipanggil Wani itu pula.

"Dia sibuk agaknya. Takpela, kita tunggu sekejap lagi. Kalau dia tak datang jugak, kita makan jela dulu. Kesian korang semua lapar". Aku sebenarnya tengah memujuk hati sendiri ni. Mana taknya, haritu anniversary kami berdua, Shahmi balik lewat. Takkan harini pun dia nak datang lewat?

"Hm, ye lah Ayesha...". Jawab umi, agak berserah.

🦋

Lebih kurang tiga puluh minit berlalu, Shahmi masih juga tak munc--

"Assalamualaikum". Ucap suara yang sedang tercungap-cungap itu. Barangkali baru lepas berlari. Dan bila aku angkat muka aku, aku nampak seorang lelaki yang segak berkemeja putih dengan seluar hitam memakai kaca mata, di tangan kirinya ada sejambak bunga ros putih dan di tangan kanannya ada sebuah kotak lutsinar berisi sebuah kek yang juga berwarna putih.

"Lambat kamu, Mi. Pergi mana?". Soal umi sambil anak lelakinya itu meletakkan kek itu ke atas meja
lalu menyalami tangan kedua ibu bapa serta kakak-kakaknya yang kelihatan agak bengang itu. Bengang sebab adik bungsu mereka ini tiba lewat GILER.

Lepas je sesi bersalam tu, Shahmi merenung mata ku buat seketika tapi cepat-cepat aku alihkan. Taknak tengok mata dia, nanti aku nangis lagi!

"Mi pergi am--".

Trrrtt...

Bunyi kerusi ditarik.

Dan ya.

Itu kerusi aku.

Aku bangun daripada tempat duduk ku untuk berlalu daripada situ namun sempat ditahan seketika oleh Shahmi.

"Sofeah nak pergi mana?".

Aku tak jawab sebaliknya aku lepaskan genggaman tangan dia daripada tangan ku lalu aku terus berjalan ke hadapan.

Namun, sempat aku dengar suara umi berkata...

"Harini hari lahir dia kan, Mi... Isteri kamu tu dah la tengah mengandung. Mana dia tak merajuknya". Umi mengeluh perlahan.

🦋

Tengah-tengah aku duduk sorang-sorang dekat sebuah bangku depan hotel tu, eh tahu-tahu ada juga 'manusia tu' duduk dekat tepi aku. Tangan kanan aku, dia capai lalu digenggam sehingga aku dapat rasakan kehangatan tangannya yang menggenggam.

"Selamat hari lahir, Sofeah Ayesha". Ucapnya ringkas. Bunga ros putih yang masih ada di tangan dihulurkan olehnya kepada ku.

"Kalau Sofeah taknak bercakap pun takpe. Harini giliran saya yang banyak cakap. Tapi harini jela".

Aku masih lagi diam.

"Selama beberapa tahun saya kenal Sofeah Ayesha, Sofeah tahu yang saya ni tak banyak cakap sangat kan? Mesti Sofeah rasa saya tak sayang Sofeah kan? Saya bukan jenis lelaki yang pandai berkata-kata manis. Jadi, jarang sangat saya cakap yang saya sayangkan Sofeah. Sejak daripada sekolah menengah lagi. Kan? Tapi harini, bersempena dengan hari lahir isteri saya ni dan bersempena dengan setahun lebih usia perkahwinan kita ni, I wanna be the word of affirmation guy. Boleh?". Usapan di tangan ku semakin melembut. Namun, aku masih lagi diam. Tengah tahan air mata sebenarnya.

" Sofeah Ayesha isteri saya, saya sayang Sofeah sepenuh hati saya. Since when I was 16 years old. Sejak daripada kali pertama saya nampak awak tengah muntah sebab awak terminum susu coklat dekat tepi longkang masatu. Sejak daripada tu jugak saya tahu yang Sofeah benci susu coklat. Sejak daripada saya nampak Sofeah buat muka jijik bila makan roti perisa jagung dekat kantin beberapa hari selepas kejadian susu coklat tu. Sejak tu saya tahu yang Sofeah tak suka roti perisa jagung. Sejak daripada saya tahu Sofeah suka Amir, ke apa entah nama ex crush Sofeah tu. Saya hilang harapan sekejap masa tu tapi saya tunggu jugak Sofeah cuz Im so in love masatu cuma saya pandai sembunyikan. Takde sorang pun yang tahu. Saya tunggu dan tunggu Sofeah".

Okay, tak boleh tahan dah. Terus berjurai air mata aku.

Malam ni, merupakan kali pertama Shahmi mengucapkan kata cinta sepanjang ini.

"Saya belajar lipat origami untuk Sofeah sebab kakak saya cakap, perempuan suka origami. Kalau Sofeah perasan, setiap hari akan ada origami cincin kertas dekat atas meja Sofeah. Saya yang buatkan semua tu. Sofeah suka tak?". Shahmi ketawa kecil di hujung ayat tanyanya. Comel comel comel!

" Saya tak suka pakai cermin mata saya dulu tapi bila saya terdengar Sofeah cakap yang Sofeah suka orang pakai cermin mata, saya start pakai dengan harapan yang Sofeah akan perasan kewujudan saya dekat sekolah tu. Tapi, masatu Sofeah tak kenal pun saya. Sampai lah hari di mana gambar dan video Sofeah tidur tu tersebar. You came to me". Shahmi ketawa lagi.

"Saya nervous masatu. Dan masatu juga Aisy dan Saiful dah tahu yang saya sukakan Sofeah jadi haritu juga mereka encourage saya untuk luahkan perasaan saya dekat Sofeah. Dan masa tu tiba. Sofeah datang kepada saya dalam keadaan marah tapi saya ambil kesempatan tu. Saya luahkan perasaan saya. Fortunately, tak lama lepas tu, kita jadi kawan. From friends to lovers. Sampai lah universiti dan setahun lepas, I finally have you as my wife. Few months ago, I finally knew that Im gonna have a child with you. My highschool crush. Rasa macam tak percaya aje kan? Shahmi Haqiem si introvert ni dapat kahwin dengan crush zaman sekolah menengah dia".

Tangan kanannya naik menekup wajah sendiri. Barangkali sedang malu.

"Saya sayang awak sangat-sangat, Sofeah Ayesha. Sampai saya dah tak tahu nak cakap macam mana. Sebab tu saya selalu tak cakap hehe. But I really do. I really love you. Saya minta maaf sebab datang lewat harini, saya pergi ambil kek tadi. Lambat pula dia siap". Kalini dia menggaru-garu kepalanya pula.

"Maafkan saya ya, Sofeah?".

Dan kalini juga lah, aku baru menolehkan wajah untuk melihat mukanya yang comel itu. Dalam cahaya malap pun comel! Segak!

Chup!

Aku cium hidungnya cepat-cepat.

"Huh?".

"Panjang jugak erh cerita Shahmi". Tanya ku sambil tersenyum.

"Dah tak marah dah?".

"Lain kali cerita la panjang-panjang lagi". Pujuk ku sambil memeluk lengannya.

"No. Today's an exception". Kembali kepada Shahmi versi default. Benci!

"Eleh, takpe takpe. Yang penting saya tahu Shahmi sayang saya. Kan kan kan?".

"Sayang kucing lagi". Balasnya selamba. Hilang dah mood romantiknya tadi tu.

"Heh! Taknak mengaku pula".

"Ya, Sofeah Ayesha. Saya sayang awak. Lebih daripada kucing dekat rumah umi tu". Shahmi tersenyum lagi sebelum mencapai kepala ku untuk dilentokkan ke bahunya.

"Saya sayang Shahmi Haqiem jugak!".

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top