45- [HIGHSCHOOL - Shahmi's Pov]

Flashback

Tengah aku berjalan-jalan nak balik ke kelas lepas habis rehat dekat kantin tu, aku nampak lah Sofeah a.k.a crush a.k.a bestfriend aku tengah duduk sorang-sorang dekat bangku tepi padang. Aku pun apa lagi; dah ada peluang kan, jadi aku datang lah mendekat dengan dia.

Aku tak tegur pun dia tapi aku hulur hujung botol air ice lemon tea sejuk tu ke pipi kanannya.

"Huh!". Terkejut beruk Sofeah Ayesha dibuatnya.

Haih...

Muka terkejut pun comel!

"Kau ni dah kenapa? Eee aku hempuk kang!". Sikit lagi Sofeah nak hempuk aku guna buku rujukan Fizik yang boleh dikatakan tebal nak mampus tu. Nasib baik aku sempat elak.

"Sofeah duduk sini kenapa?". Dengan suara mendatar, aku bertanya. Sebenarnya aku cuba untuk mengawal diri sendiri daripada blushing dekat depan ni kerana astagfirullahalazim, Sofeah Ayesha kelihatan comel sangat dengan gaya lipatan tudung anti-stres nya itu. Tambahan pula kulit dia yang berona sawo matang + mata coklat dia!

"Study ni haaa... Susah lah, Shahmi...". Perempuan berumur 17 tahun itu merengek dengan suara comelnya. Aduhai... Nak kahwin plithhh!

"Meh".

"Apa yang meh?". Soal Sofeah dengan tanda tanya yang seolah-olah penuh di wajahnya. Pelik agaknya kenapa aku mintak dia punya buku rujukan.

"Buku tu".

"Nak buat apa?". Sofeah bertanya lagi.

"Bagi je".

Dia yang terpinga-pinga tanpa berfikir panjang, terus menghulurkan aku buku rujukan itu.

"Ada kelas fizik tak nanti?". Aku tanya dia lalu dia menggeleng dalam keadaan yang masih bertanya-tanya, macam... 'dah kenapa dia ni?'. Ha gituew.

"Okay".

"Shahmi ni kenapa? Tiba-tiba mintak buku orang... Nak pinjam ke?". Sofeah bertanya lagi. Mungkin geram dengan aku yang tidak seperti mahu menuturkan sebab di sebalik tindakan aku itu.

Tanpa jawab soalan dia, aku pun bla.

Sempat aku kerling tengok muka dia yang masam cemberut ni.

Comel nak mamp--

🦋

Sedang aku tuntun basikal keluar daripada pagar sekolah tu (ya harini aku pergi sekolah naik basikal), aku nampak Sofeah Ayesha pujaan hatiku tengah duduk sorang-sorang dekat bus stop betul-betul depan sekolah tu. Mungkin tengah tunggu ayah dia agaknya.

Aku tuntun basikal ku mendekatinya pastu aku tongkat. Kaki aku terasa ringan je sewaktu aku melangkah ke arahnya. Dan dia masih tak perasan. Sibuk tengah baca novel cinta dia tu.

"Ehem, ehem". Aku berdehem.

"Eh? Shahmi? Tak balik lagi ke?". Dia bertanya sekali dengan pakej muka clueless dia tu. Haih, lemah betul lah aku!

"Saya yang patut tanya Sofeah soalan tu".

"Hm, belum. Ayah datang lewat sikit kut". Lepas je dengar ayat tu keluar daripada mulutnya, tanpa banyak bicara, aku terus mengeluarkan telefon pintar ku. Nombor ibu Sofeah ditaip.

Kau tahu apa, aku ada nombor mak crush... Kau ada? Lambat lagi...

"Shahmi telefon siapa tu?".

Aku diam, menunggu gagang diangkat.

"Hello, assalamualaikum. Mi, kenapa telefon ibu ni?".

"Waalaikumussalam ibu. Ni Mi nak mintak izin ibu ni. Boleh tak kalau Mi nak bawa Sofeah balik dengan Mi? Sebab rasanya ayah lewat lagi".

Terus membulat mata Sofeah apabila mendengar ayat yang dituturkan itu.

"Shahmi!!! Tak payah lah!". Sofeah dekat sebelah tu dah menjerit berbisik sambil menarik-narik tali beg sandang ku.

"Balik naik apa, Mi?".

"Basikal. Itu pun kalau ibu bagi lah. Kalau ibu tak izinkan, Mi tunggu kat sini sampai ayah datang". Bicara aku selembutnya. Yelah, dengan bakal mak mertua kannn...

"Hm, ye lah. Ibu izinkan. Tapi jangan duduk dekat-dekat sangat".

"Okay, ibu".

"Okay... Nanti ibu bagitahu ayah".

Terasa cubitan ketam halus di lengan ku kemudiannya. Sudah semestinya lah dibuat oleh Sofeah. Dia dah geram sangat tu.

"Terima kasih, ibu".

"Sama-sama, assalamualaikum".

"Waalaikumussalam".

Telefon ditutup dan terus aku masukkan dalam poket.

"SHAHMI HAQIEM!!!". Sofeah punya jeritan tu boleh dengar satu sekolah tahu tak? Punya lah kuat dia panggil nama penuh aku.

"Dah, jom balik". Tanpa banyak soal lagi, terus aku angkat beg galas merah jambunya itu dan berjalan ke arah basikal ku. Terkedek-kedek Sofeah ikut daripada belakang.

"Nak galas sendiri ke nak suruh saya galaskan?". Masa ni aku berharap sangat yang dia nak suruh aku yang galaskan. Yela, boleh feel feel macam hero kdrama kan? Kan?

"Takpela, Shahmi kan dah ada beg Shahmi. Biar saya galas sendiri je". Tapi, dah namanya Sofeah Ayesha... moto hidup dia, 'i don't need a man in my life' (kecuali ayah dia, abang dia dan aku, obviously).

"Tukar".

"Huh?".

"Kita tukar. Beg Sofeah tu berat. Biar saya yang galas. Sofeah galas beg saya ni". Pujuk aku lagi membuatkan gadis comel itu berfikir-fikir.

"Hm, okay!". Dan akhirnya dia bersetuju juga.

Aku lalu membuang beg sandang ku lalu aku sangkutkan ke lehernya, beg galasnya yang aku pegang tadi pula, kini aku galas.

Ada la beberapa mata-mata yang memandang. Terutama sekali geng-geng Amir (eh ke apa entah nama ex crush Sofeah tu). Tapi aku buat de' je.

"Dah?". Aku tanya dia.

"Hm".

"Naik, selesakan diri".

"Okay!".

🦋

Extra: Sofeah's pov.

Baru saja aku nak buka beg aku, baru aku perasan yang beg aku kalini lain sikit. Asal warna hitam erk? Bukan beg aku warna merah jambu ke? Pastu kenapa tiba-tiba bertukar jadi beg sandang erk?

EH....?

EHHHH--

INI BEG SHAHMI LAH!

Aduhai, ini mesti kes tadi tak ingat nak tukar balik ni.

"Haih, nasib baik aku takde kerja sekolah harini". Aku tarik nafas lega tapi tak lega sangat bila aku terfikirkan yang kemungkinan Shahmi mempunyai kerja sekolah yang perlu disiapkan secepat mungkin.

Dengan kalutnya, aku buka beg nya untuk di cek.

Jangan risau, aku dah biasa buat spot check beg dia dan dia tak kisah pun.

Niat aku, aku nak tengok samaada dia ada kerja sekolah atau tidak tapi benda lain pula yang aku jumpa.

Cuba teka apa.

Salah!

Aku jumpa buku rujukan Fizik aku.

Ya, yang Shahmi ambil tadi.

Aku buka muka surat pertama buku tu dan aku jumpa satu sticky note.

Hi.
Dalam ni saya dah ada sediakan few acronyms or tips untuk Sofeah senang ingat untuk Fizik ni. Maaf, buku rujukan Sofeah saya ada tampal banyak sticky notes (bila Sofeah dah belek nanti, Sofeah akan nampak). Belajar elok-elok.
Jangan tidur.
-Shahmi Haqiem.

Tersenyum sendiri aku dibuatnya.

"Comel...".


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top