44
[FLASHBACK]
"Shahmi...".
"Hm?"
"Tak takut ke kalau peminat-peminat Shahmi nampak kita lepak berdua ni?". Sebenarnya aku dan Shahmi tengah lepak tepi tasik kolej ni sambil makan aiskrim. Aku jela makan aiskrim. Shahmi? Lambat lagi dia nak suka benda manis!
"Huh?". Ini tandanya dia tak berapa nak faham dengan ayat aku tu. Mungkin dia fikir macam, 'peminat apa pulak ni?'.
"Yela... Shahmi kan banyak peminat. Kan kan". Aku tersengih-sengih sambil mengangkat-angkat kening ku. Mana tak ramai peminatnya, Shahmi ni MPP kut. Dah la handsome nak mati.
"Sofeah? Takde orang minat?". Orang tanya dia, dia tanya balik. Tapi takpe, aku tahu nak jawab apa.
"Ada!".
"Siapa?". Terus berubah ton suaranya walaupun sebelum ni memang suara dia mendatar macam tu pun. Mungkin ada tercuit rasa cemburu kut.
"Adalah... Dia handsome, tinggi-tinggi macam tu tapi kerek sikit. Tak suka bercakap. Saya je macam beria dengan dia. Padahal dia yang confess dulu". Dah banyak klu aku bagi tu, kalau dia tak tahu juga yang 'peminat' yang aku maksudkan itu ialah dia...
"Siapa, Sofeah?". Cemburu 2.0. Memang Shahmi ni jenis lambat pickup sikit kalau dah cemburu agaknya ni.
"Taknak bagitahu...".
Shahmi tanpa banyak cakap lagi terus galas beg kuliahnya lalu bangun daripada bangku di tepi tasik tempat kami lepak itu. Dia kemudiannya berjalan beberapa langkah meninggalkan aku sendiri. Tercengang dekat situ.
Dasyat juga cemburu si Shahmi ni kan?
"Shahmi!".
Tak berbalas.
"Ish la dia ni!". Aku yang harus mengejarinya itu pun turut menggalas beg aku kemudian berlari anak ke arahnya yang sudah semakin menjauh.
15 saat juga lah baru aku dapat berjalan bersebelahan dengannya. Yela, Shahmi ni kaki panjang. Berjalan dia pun dah macam berlari aku. Laju!
"Hei, Shahmi! Awak merajuk ke ni?". Aku tergelak kecil melihat ekspresi wajahnya yang mulai memerah itu. Orang lelaki kalau cemburu memang macam ni ke?
"Tak".
"Dahtu kenapa tinggalkan saya tadi?".
"Umi telefon". Alasan paling tak munasabah sekali. Kenapa? Sebab...
"Telefon Shahmi ada dengan saya la". Objek petak itu diangkat tinggi oleh aku. Terdiam Shahmi dibuatnya.
Aku yang semakin geram dengannya kerana tidak mahu mengaku yang dia sedang cemburu itu, menarik tali begnya untuk memaksa dia untuk berhenti.
"Tell me now, Shahmi... Or we will walk like this all day".
Tergerak halkum Shahmi, menelan air liur.
"Apa?".
"Shahmi cemburu kan? KAN? KANNNNN?".
Shahmi hela nafas berat sekejap sebelum akhirnya dia mengangguk. Aku pula dah sampai pegang perut gelak kerana lucu dengan perangai comel Shahmi yang jarang-jarang berlaku ini.
"Kenapa gelak?". Shahmi bertanya.
"Sebab Shahmi cemburu tak bertempat. Peminat yang saya mentioned tadi tu, Shahmi la! Kan Shahmi yang confess dulu. Kan saya beria dengan Shahmi je... Tunang saya yang comel niii". Aku rasa macam nak cubit-cubit je pipi dia sekarang tapi ditahan sebab belum halal lagi.
"Oh...". Yup, itu je reaksinya. Takpe, aku dah biasa dah pun.
🦋
Shahmi & Sofeah college era!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top