43
"Dah bangun?". Suara garau dia menyapa telinga ku ketika baru sahaja aku membuka mata. Selimut yang membaluti tubuh aku ditarik sedikit tinggi lalu baru lah aku anggukan kepala, menjawab persoalannya.
"Sofeah bangun, mandi. Nanti kita dah nak balik". Dia merendahkan sedikit badannya agar dapat membisikkan kata-kata itu ke telinga ku.
"Tak larat lah...".
"Kenapa?". Shahmi tergelak kecil. Eh eh gelak pula dia eh?! Aku hempuk sat lagi, tahu lah dia.
"Shahmi la! Dah perut besar macam ni pun still lagi nak--". Tak sempat aku nak habiskan kata-kata aku, dia terlebih dahulu menekup mulut aku menggunakan tangan kanannya.
"Shh, nanti nenek dengar". Pesannya. Malu lah tu!
Tahu pun malu, semalam tu gatal sangat siapa suruh?! Ini semua salah si penulis ni ha. Siapa entah suruh dia kasi Shahmi ni pov sendiri. Kan dah jadi pakcik miang.
"MI! KELUAR SEKEJAP, ADA ORANG DATANG NI!". Tiba-tiba sahaja di pagi-pagi buta tu, nenek memekik memanggil nama Shahmi, suami aku. Takkan suami korang pulak kan?
"Mimi... Nenek panggil".
Tangannya dilepaskan daripada terus menekup mulut ku dan terus dia turun daripada katil, menyarungkan baju T yang ada di kepala katil dan membuka pintu untuk menjenguk ke luar.
Manakala aku masih lagi bersenang lenang atas katil ini. Malas nak bangun! Sejuk noks pagi-pagi ni! Rasa nak tidur je sepanjang hari.
"Siapa, nek?". Daripada kejauhan, aku dengar suara Shahmi bertanyakan soalan itu kepada nenek.
Tapi jawapan nenek terlalu perlahan untuk aku dengar. Akhirnya, dapat dengar Shahmi cakap 'okay' sahaja. Entah apa yang okay nya pun tak tahu.
Tak lama lepas tu, Shahmi kembali menutup pintu dan berjalan ke arah ku. Dia duduk di birai katil lalu mengeluh kecil.
"Kenapa ni, Mimi?". Aku dah mula rasa tak sedap hati.
Lama dia berdiam sebelum soalan tadi dibalas dengan soalan, "Sofeah sayang saya tak?".
"Apa pulak tanya macam tu?! Sayang la! I love you sooooo much!!! I love you in my entire love. Entire universe". Aku tersengih-sengih lepastu tangan ku naik memeluk lehernya. Selimut yang menutup badanku sehingga terjatuh tapi cepat-cepat ditarik ke atas semula oleh Shahmi.
"Nak jadi isteri yang baik tak harini?". Soalan pelik versi dua.
"Nak!".
"Kalau macam tu, duduk dalam bilik ni sampai saya datang balik. Jangan keluar walaupun Sofeah dengar apa yang tak patut Sofeah dengar, okay?".
Muka ku yang ceria tadi kembali muram. Rasa tak sedap hati tadi semakin membuak-buak. Apa Shahmi nak pergi berperang ke?
" Okay... ". Kata nak jadi isteri solehah, jadi aku turutkan saja lah.
Shahmi tanpa banyak cakap, terus mencium dahi ku sekilas dan keluar daripada bilik itu. Pintu ditutup rapat.
🦋
Lama aku menunggu tanpa ada apa-apa kedengaran...
Sampailah satu saat...
(andaikan tulisan senget ni perbualan 'mereka' di luar bilik Sofeah ya?)
"Tapi Kila sukakan abang! Daripada dulu lagi! Kenapa abang tak pernah pandang Kila?!".
"Sebab abang dah ada isteri! Kila faham tak sekarang ni?!!".
Aku terkejut. Tak pernah aku dengar suara Shahmi setinggi itu. Bahkan di masa hari Maira menampar muka aku tu pun, tak sekuat itu Shahmi menengkingnya.
"Kila sanggup jadi isteri kedua abang! Maybe I can better than her!".
"You understand NOTHING SYAKILA! Noone is better than her in my eyes! Dia sempurna bagi abang. Hati abang hanya ada dia. Allah dah tulis nama DIA dekat sebelah nama abang. Dia jodoh abang daripada Allah dan BUKAN SYAKILA! YOU NEED TO UNDERSTAND THAT!".
Pengakuan Shahmi tika itu berjaya membuatkan aku terpaku. Sepanjang setahun lebih kahwin, dia jarang menuturkan kata cintanya kepada aku dan aku faham sebabnya. Shahmi ialah seseorang yang lebih kepada act of service type of man than words affirmation guy. Tapi aku tahu. Kami berdua tahu yang Shahmi cintakan aku. Tak perlu diungkapkan dengan kata-kata pun.
"Abang yakin ke dia sempurna dan terbaik untuk abang? Nak mengandung pun susah... Kila ni kalau abang nak anak, Kila boleh--".
"SHUT UP! Before you keep talking bad about my wife, cermin diri kau dulu! Ya, mungkin Sofeah ada kekurangan dia. Rezeki zuriat kami tiba lewat. But you must remember that, Allah has prepared to best for each of us. At the end, Allah tetap bagi rezeki untuk Sofeah mengandung. Untuk kami ada zuriat. But what about you, Syakila? Have you tried to be pregnant? You think it is easy? Sofeah yang kau cakap susah nak mengandung tu tanggung segalanya sebab dia tak tahan orang cakap dia mandul. But when she's pregnant, people still talking about her dan yang paling aku kecewa sekali, orang itu ialah kau dan keluarga kau. Saudara yang aku hormat".
Diam.
Setelah kenyataan panjang itu dikeluarkan oleh Shahmi, semuanya kembali diam. Tiada lagi balasan daripada Kila mahupun sambungan daripada Shahmi.
Tiga saat kemudian, pintu bilik kedengaran dibuka dan ditutup. Tapak kaki kedengaran menghampiri katil, tempat aku berbaring dan apabila aku angkat muka aku, terlihat lah Shahmi. Shahmi yang matanya merah. Dia...
Menangis...
"Shahmi...".
Apabila mendengarkan tiada respon, terus aku memeluk badannya. Dia berdiri di sisi katil itu malah aku melutut. Jadinya, muka aku ni tersembam dekat perut dia.
"Saya minta maaf, Sofeah...". Ucapnya perlahan.
"Ya Allah, kenapa ni? Shahmi tak salah lah". Makin terus pula esakannya. Aku pula yang pening sekarang ni fikirkan cara nak memujuk. Barangkali, inilah perasaan Shahmi setiap kali aku merajuk atau menangis.
"Orang jahat sangat dengan Sofeah... Saya tak boleh buat apa-apa pun selama ni. Sofeah yang tanggung semuanya. Saya minta maaf sangat-sangat. Im really sorry, my Sofeah... Really sorry...".
"Shh, it's nothing. Yang penting sekarang ni, we will having our first baby kan? The past didn't matter anymore. Jangan lah nangis Shahmi, buruk". Uno reverse card aku gunakan. Selalu dia yang cakap aku buruk kalau nangis, kalini biar aku pula yang cakap macam tu dekat dia.
Dan aku berjaya buat dia gelak hehe!
"Buruk?". Dia melepaskan pelukannya dan memandang wajah ku yang sedikit mendongak itu.
"Yeee! Tapi comel jugak!". Pipi yang dibasahi air mata itu aku cubit kedua-dua belahnya.
Dia mengerutkan wajahnya.
"Baby, betul lah kan ayah ni comel?". Aku menundukkan kepala ku. Acah-acah bercakap dengan bayi dalam rahim aku tu.
Shahmi turut berbuat demikian lalu menekup telinganya ke perut ku yang hanya berlapik selimut itu.
"Anak kita cakap apa?". Aku tanya dia.
"Dia cakap ibu bising. Dia nak tidur". Tengok tu! Ada je nak kenakan aku! Kalau tahu tadi, malas pujuk!
"Ish! Mana ada!".
"Dia cakap lagi... Sebising mana pun ibu, ayah tetap sayang dia sorang je. Forever and ever. For eternity. Baby cakap yang ibu ni eternal love ayah". Kepalanya diangkat dan matanya merenung lembut mata ku.
"Saya sayang awak, Sofeah". Dan badan ku sekali lagi dipeluk olehnya.
🦋
Shahmi tukar karakter kejap.
Suka Shahmi yang ini atau yang sebelum ni?
Atau Shahmi di pov dia sendiri?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top