42- [Shahmi Haqiem's POV]

Takut pula aku nak tegur bini aku tu bila dia diam je daripada tadi. Naik kereta nak pergi sarapan, diam. Masa dekat kedai pun, diam. Ini dah nak tidur pun diam. Dia terasa ke eh? Tapi dia tahu tak yang aku ni memang takkan kahwin lebih daripada satu? Aku ni sayang giler nak mati kut dekat dia.

Bile tengok Sofeah dah masuk dalam selimut tu, aku pun turut masuk juga. Badan ku didekatkan sedikit dengan badannya yang membelakangi ku itu sehingga jarak antara kami terhapus.

"Tak baik tidur membelakangi suami". Bisik aku di telinganya. Cuping kanan itu aku cium lembut. Haih, sukanya cium isteri ni. Rasa macam nak cium selalu aje.

Sofeah, tanpa banyak bunyi terus berpaling ke arah ku. Sofeah Ayesha memang seorang isteri yang sangat patuh walaupun dia ni degil + nakal + suka merajuk sikit. Tapi dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai isteri. And thats what I like about her.

"Harini nak suruh baca surah apa?". Sudah menjadi kebiasan kami sebelum tidur untuk aku membaca surah pilihannya sambil mengusap perutnya yang sudah terbentuk itu agar Allah mampu merahmati kami dan bayi yang dikandungnya.

"Ar Rahman". Perlahan sahaja suara Sofeah. Ini bukanlah seperti Sofeah yang biasanya. Mungkin fikirannya masih tak betul--eh maksud aku, mungkin fikiran dia masih keliru.

Aku terus menarik badannya untuk semakin mendekat lalu muka ku disembamkan di ceruk lehernya. Tangan ku dimasukkan ke dalam baju tidurnya untuk menyentuh kulit perut itu. Perlahan-lahan aku usap sambil mulut ku terkumat-kamit membacakan surah yang diminta.

Ini bukan aku gatal ya, sebaliknya Sofeah memang suka kalau aku buat macam ni. Katanya nanti baby dalam rahim dia dapat rasa juga suamnya tangan ayah dia ni. Walaupun aku tak tahu datang daripada mana logik dia tu, aku setuju jela.

Half way through the surah, I heard someone crying and the sound was coming from my wife... my only beloved wife, Sofeah Ayesha.

Terhenti sekejap aku pada ayat ke 30. Pelukan diurai dan aku memandang lembut ke dalam matanya.

MashaAllah, mata pun dah cantik.

Again and again and again, aku jatuh cinta dengan isteri sendiri. Terima kasih, Ya Allah.

"Sayang... Kenapa nangis ni?". Aku yang panggil dia 'sayang', aku pula rasa nak tergolek-golek suka sekarang ni. Logik tak logik?

"Shahmi...". Baru lah aku dengar buat pertama kali malam ni, dia panggil nama aku.

"Yes, my Sofeah...".

"Shahmi betul-betul nak kahwin lagi ke? Jangan lah tau... Saya sayang giler dekat Shahmi. Saya tak nak kongsi Shahmi dengan orang lain. Saya tak suka kongsi. Shahmi kan hak kepunyaan sendirian berhad saya. Perempuan lain... Perempuan lain mana boleh ambil. Suruh la Kila tu cari lelaki lain. Tak nak kongsi Shahmi... ". Sampai tersedu-sedan dia merengek. Kedua tangannya naik memeluk erat pinggang ku.

Lain kali, nak buat Sofeah merajuk lagi lah sebab aku suka bila dia merengek. Comel sangat! Manja! Pastu boleh dapat pelukan percuma HEHEHEHE...

"Ya--".

"Ya?!". Alamak! Aku tak habis cakap lagi, dia dah potong. Makin kuat pula lah tangisannya.

"Eh bukan... Maksud saya, ya, saya ni Sofeah sorang punya je. Saya takkan kahwin dua, Sofeah". Aku cuit hidungnya sekali.

"Tipu tipu je".

"Tak percaya, sudah". Biasa lah, aku bukan reti sangat memujuk ni.

"Jahat lah Shahmi ni, benci!". Sofeah mendengus kasar. Konon tengah marah lah tu walaupun muka dia terlampau comel sekarang ni.

Jatuh cinta lagi~
Lagi lagi ku jatuh cinta~

Sempat lagi hati aku menyanyikan lagu itu.

"Dahtu nak suruh saya cakap apa?". Aku menyoal.

"Cakap yang Shahmi sayangkan saya dan Shahmi takkan kahwin dua dan Shahmi sayangkan saya double triple cheese burger. Shahmi kena cakap tu dekat satu dunia". Pinta si ibu mengandung tu membuatkan aku ligat memikir macam mana nak menjerit (cakap kat satu dunia) tengah-tengah malam.

Sebelum tiga saat kemudian, aku mendapat idea.

Bibir ku dirapatkan dengan cuping telinganya kemudian aku berbisik,

"I love you so much, my Sofeah. Only you. You are my world, sayang". Bahagian tepi lehernya aku cium sekali membuatkan dia tergelak kegelian.

"Sofeah sayang saya tak?". Aku tanya dia. Selalu dia yang tanya aku nak dekat seribu kali sehari. Dan aku tak pernah bosan menjawab segala persoalannya.

"Sayang! Sangat-sangat!".

"Kalau macam tu...".

Perlahan-lahan aku membacakan serangkap doa yang mampu membuatkan budak hyper dekat depan aku ni terpaku. Diam terus dia. Mukanya cuak.

"Shahmi jangan macam-macam eh, kita dekat rumah nenek ni. Lagipun surah Ar Rahman tadi belum habis". Kedua tangannya menahan dada ku daripada terus merapat dengannya.

"Sikit-sikit je".

"EEE SEJAK BILA SHAHMI JADI GATAL NI?!!". Dia menjerit berbisik.

"Boleh tak ni?". Kena minta izin dulu.

"Erk... Bo-boleh kut...". Sofeah menyorokkan mukanya di ceruk leher aku. Malu lah tu!

Dan ya...

Selamat malam bagi anda semua...

🦋

Gatal betul Shahmi kalau dah dapat pov sendiri ni... menyesal saya bagi 😔

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top