41- [Both's POV]

Datang-datang je dekat aku yang tengah elok duduk dekat sofa kayu ni, terus Shahmi usap kepala ku yang tak tertutup tu. Lalu dia mengambil tempat duduk di sebelah ku.

"Hai, Shahmi! Pergi mana tadi?". Terus aku sapa dia dengan penuh keceriaan. Yela, rindu sikit bila bangun-bangun tadi dia hilang daripada rumah nenek. Kata nenek, Shahmi ke masjid subuh tadi. Entah la nak buat apa.

"Masjid".

"Buat apa? Pukul 10 macam ni baru balik". Ini aku bukan marah ya, anak-anak. Aku cuma ingin tahu.

"Tadi subuh saya imamkan jemaah masjid. Lepastu saya tolong dorang gotong royong sekali sebab tu balik lewat. Maaf, saya tak bagitahu Sofeah dulu". Tangan kanannya yang berbalut dek kerana luka kelmarin itu naik menggosok perut ku.

"Aww, bangganya saya dengan suami saya ni. Mesti banyak anak dara yang terpikat dengan Shahmi kan? Cemburu lah saya". Tangan ku pula naik mencubit pipinya membuatnya dia berkerut dahi, menahan sakit.

"Erk...". Bila dia buat bunyi macam tu, terus aku memandang runcing ke arahnya.

"Shahmi....".

"Sebenarnya ada yang tegur sebelum saya balik tadi. Dia tanya saya ni siapa. Lepastu saya jawab yang saya ni suami orang". Shahmi bercerita dengan muka yang kalau boleh nak datar macam jalan tar tu ha. Aku pula kat sini dan sakit perut gelakkan dia.

"Apa pula jawab macam tu!". Lengannya aku tepuk perlahan.

"Lepas jawab tu, saya balik terus and here I am".

"Thanks". Ucap ku secara tiba-tiba.

"Hm?".

"Sebab jaga hati saya". Terus dia tersenyum lebar mendengar ucapan ku itu. Mungkin sebab aku ni comel sangat kut, kan? #pujidirisendiri

"Sofeah dah makan?".

ALAMAK!

JENG, JENG, JENG!

Kesat rasanya air liur nak ditelan. Soalan maut ni.

Kalini, bukan aku tak nak makan ya. Cuma...

"Belum. Tapi bukan saya taknak makan, cuma-".

"Berapa kali saya nak pesan ni, Sofeah? You need to eat to take care of yourself and the baby. Sofeah tahu tak saya susah hati setiap kali Sofeah tak nak makan macam ni?". Shahmi bebel. Jarang dapat kita lihat dan dengar ya. Mungkin harini hari spesiel.

"Tak... Dengar lah dulu saya nak cakap apa ni...". Aku cuba untuk capai tangan dia dan dia biar kan sahaja. Usapan aku di tangannya tidak berbalas seperti selalu. Shahmi memang betul-betul marah ni.

"Apa?".

"Tadi Kila sekeluarga datang. Pagi tadi. Sebelum Shahmi balik daripada masjid tu, mereka dah balik rumah. Jadi saya tak selesa lah nak makan sedap-sedap tapi tetamu kita takde apa nak dijamu. So, saya hidangkan mereka semua bihun goreng yang nenek buat pagi tadi. Hidang-hidang dalam beberapa pinggan macam tu, tahu-tahu bihun tu dah habis. Yela, keluarga Kila kan besar juga. Dia bawa semua ahli keluarga dia tadi. Entah la nak buat apa, sebab bila keluarga dia bincang dengan nenek tu, saya pergi jemur pakaian dekat luar. Kesimpulannya, saya tak sempat nak makan bihun tu sebab dah habis. Bukan saya tak nak makan. Shahmi jangan lah marah ya? Saya tak suka Shahmi marahkan saya. Nanti saya nak merajuk dengan siapa?". Panjang lebar aku ceritakan peristiwa yang berlaku pada pagi tadi. Tanpa ada tertinggal sedikit pun maklumat.

" Oh".

OH JE?!! BIAR BETUL LAKI AKU NI? INI AJE REAKSI DIA?!!!

"Jangan lah 'oh' aje. Cuba cakap, abang sayang ni masih marahkan saya ke?". Aku peluk lengan dia lepastu aku gesel-geselkan muka aku dekat lengan tu.

"Tak".

"Kalau tak... Jom keluar breakfast. Lapar giler tunggu Shahmi balik tadi". Aku cebirkan bibir. Biar nampak macam anak itik tengah merajuk gitu.

"Kat mana?". Soalnya.

"Warung Pak Ehsan tu. Situ ada nasi lemak sambal sotong. Jom jom jom!". Teruja pula aku nak keluar makan dengan manusia kat sebelah ni.

"Okay.... Pergi lah pakai tudung dulu".

"Okay, Shahmi!". Aku cium pipi dia sekilas sebelum berlari laju masuk ke dalam bilik.

Shahmi's pov:

Terkejut jugak la bila kena cium macam tu. Tapi... Aku suka... Gedik kan aku? Nampak je diam macam ni tapi kalau dengan Sofeah, aku lah yang paling gedik/manja.

Baru je aku nak bangun daripada sofa kayu tu untuk pergi panaskan enjin kereta sementara tunggu isteri comel aku pakai tudung tu, nenek datang ke arah ku. Langkah orang tua ni, biasalah... perlahan kan? Jadi, aku tunggu je sampai dia duduk di sebelah aku.

"Nak ke mana, Mi?". Soal nenek.

"Nak keluar sarapan dengan Sofeah. Dia tak sempat makan bihun nenek tadi". Haih, sebut nama je dah blushing nak mati. Betapa simp nya aku dekat isteri sendiri kan? YELA DIA CRUSH AKU DARIPADA UMUR AKU 16 TAHUN KUT! Siapa je tak angau kalau dapat kahwin dengan crush sendiri?

Kau ada?

Kau takde...

"Oh... Ni nenek ada nak cakap sikit ni...".

"Apadie nek?".

"Tadi keluarga Syakila tu datang. Dia ada hajat sebenarnya...". Nenek memulakan bicara dan aku dah boleh agak ke topik mana perbualan ni akan pergi.

"Nenek, no. Mi tak nak dengar lagi dah sebab Mi dah tahu apa yang nenek nak cakap dan Mi takkan pernah setuju. Mana mungkin Mi yang cinta mati dekat Sofeah tu nak duakan isteri Mi sendiri? Takkan pernah terjadi nek". Berkerut-kerut dahi ku cuba untuk bagi nenek faham.

Tolong lah nek, cucu mu ini cinta mati dekat isteri comel kiut miut mengada gedik suka merajuk dia tu.

"Nenek faham. Nenek pun terkejut dengan niat mereka tadi. Nanti nenek tolak baik-baik ya?".

Aku hanya mengangguk.

Serabut betul aku dengan Kila tu. Haritu dah la menggedik dengan aku. Tahu-tahu ini masuk merisik aku pulak dah? Dengan nenek pula tu!

Bila aku angkat je muka, terkejut aku dibuatnya apabila aku nampak Sofeah berdiri tegak di belakang nenek. Wajanya sugul dan muram. Tak seceria tadi. Mungkin dia sudah terdengar segala perbualan kami.

No, sayang. Jangan salah faham, please...

"Sofeah...". Panggil ku.

"Jadi ke nak keluar makan?". Bila dengar suara bergetar Sofeah tu, nenek turut berpaling.

end of Shahmi's pov.

🦋

Macam mana?
First time kan jumpa konflik dalam cerita cinta comel ni?
Hehe jangan risau, konflik ringan-ringan je...
Author buat konflik ni pun sebab (ingatkan) saya dah nak habiskan cerita ni dekat bab 50 nanti hehe <3

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top