40

"Shahmi! Nak yang tu!". Terjerit-jerit aku memanggil namanya. Nama lelaki yang sedang memanjat pokok mangga itu. Kenapa? Aku suruh dia ambil yang tak masak punya. Masam! Sedap kalau cicah dengan colek.

"Yang mana?!".

"The one on your right!". Tanpa banyak soal lagi, terus dia memetik sebiji mangga yang masih hijau kulitnya yang berada tidak jauh daripada tangana kanannya itu. Sesudah memetik mangga itu, terus dia turun ke bawah.

Bajunya yang terkena habuk pokok itu aku sapu-sapu sedikit. Biar bersih.

"Cepat la kupaskan Shahmi... Nak makan ni...". Aku merengek sambil memeluk pinggangnya. Ya, dekat depan-depan rumah nenek Shahmi tu.

"Jangan peluk". Shahmi pula sibuk duk menolak badan ku ke tepi. Dia... Malu ke dengan aku?

"Before you start, don't. Saya bukan malu, cuma badan saya berpeluh. Sofeah kan dah mandi". Bila dia dah nampak je wajah nak merajuk aku tu, terus dia cakap macam tu cepat-cepat.

"Alah... Biar lah... Saya suka bau badan Shahmi". Aku sengih macam kerang busuk sebelum aku peluk lagi badan dia.

"Kupas sendiri la mangga nanti". Suara mengugut. Benci!

"Ish, yela yela. Nak peluk pun tak boleh. Kedekut! Cepat la kupas... Tak sabar dah ni. Sambal kicap manis pun dah siap tu...". Jari aku ditunding ke arah sebuah pangkin yang ada di bawah pokok mangga itu. Di atas pangkin itu ada sebuah dalam yang di dalamnya ada semangkuk colek kicap, sebilah pisau dan sedikit minyak masak untuk menanggalkan getah mangga.

"Kejap". Shahmi pun bawa mangga tu ke tepi tangga rumah nenek untuk dibasuh terlebih dahulu kemudian baru lah dia datang balik dekat aku yang dah duduk bersila atas pangkin tu.

"Cepat lah Shahmi...". Aku gesa dia sambil menunjukkan ke arah mangga hijau yang aku beria-ria suruh dia petik tadi.

Dia jeling aku tajam sekali untuk menyuruh aku untuk sabar. Terus terdiam aku dibuatnya.

"Oops, okay sorry. Take your time hehehe". Aku pun gelak tak bersalah sambil menekup mulut ku.

Shahmi lalu mengambil mangga hijau yang aku tunjuk tadi lalu mula perlahan-lahan mengupasnya menggunakan pisau pengupas kulit buah tu. Tahu kan? Yang ulu dia warna oren tu. Tahu tak? Tak tahu, pergi tanya pakcik Google.

Perlahan-lahan dia kupas sampai satu saat ni, dia terbersin agak kuat lalu pisau pengupas yang dipegang tertolak terlalu ke hadapan menyebabkan bilahnya menghiris sedikit kulit jari hantu suami aku tu. Aku pun apa lagi, menggelabah lah...

"YA ALLAH, SHAHMI! Darah! Banyaknya!". Dengan panik, aku mengambil kain pengelap di ampaian dan cuba untuk mengelap darah yang sudah mulai banyak di jarinya itu.

"Shahmi.... Macam mana ni? Sakit tak?". Yang kena hiris jari tu, relaks je. Aku yang menggelabah teruk. Sampai terketar-ketar kaki. Aku risau!

"Sofeah...". Panggil dia lembut namun tak aku endahkan. Aku terlalu risau. Apatah lagi melihat yang darah di jari Shahmi masih mengalir. Dalam tak sedar, air mata ku menitis. Ni semua salah aku. Kalau aku tak gesa dia kupas mangga tadi...

"Shahmi... Saya minta maaf. Mesti sakit kan? Saya minta maaf tau, tau, tau...". Kataku diselangi esakan kecil. Sedih lah, sebab kita, suami dah sakit. Nasib baik tak terputus jari ni ha.

"Sofeah Ayesha...". Tangannya yang tidak dipegang oleh aku itu menahan kaki ku daripada terus bergetar.

"Hm?". Aku mengangkat muka, memandangnya.

"Kenapa nangis ni, sayang?". HUWAAA!!! Dah dia tanya macam tu, makin kuat la aku nangis.

"Saya minta maaf... Sebab saya--Shahmi luka...".

"Hey, hey... Ya Allah. Sofeah tak salah lah". Teruk dia tarik muka aku untuk disembamkan ke dadanya. Kedua tangan ku naik memeluk erat pinggang Shahmi. Esakan ku kedengaran semakin kuat di dadanya. Sesekali terdengar juga dia ketawa kecil. Mungkin geli hati tengok aku yang masih berperangai kebudak-budakkan ini.

"Jangan lah nangis dah. Nanti takde siapa nak makan mangga tu. Biar saya balut ni sekejap, lepastu kita makan sama-sama, hm?". Pelukan dilepaskan dan dia merenung lembut mata basah ku. Air mata di pipi ku dilap perlahan.

"Sorry tau...".

"You did nothing wrong, Sofeah...". Shahmi senyum nipis sebelum dia mencium kedua belah mata ku yang masih kebasahan dek kerana tangisan tadi itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top