38

INFO I: This scene ahead was insipired by a chinese drama/movie and saya dah lupa tajuk dia huhu.

INFO II: Sofeah Ayesha ni memang perwatakan dia suka merajuk. Jadi, kalau setiap bab saya tulis dia merajuk tu, readers kena redha lah ya? Kalau tak suka, boleh drop cerita ni. Saya tak paksa readers baca <3

🦋

Ceria aku untuk sambut Shahmi balik bekerja tadi terus hilang apabila aku nampak depan mata aku sendiri, bekal yang aku sediakan untuk Shahmi tadi lelaki itu buang begitu sahaja di dalam tong sampah di hadapan rumah kami.

Aku yang tercegat dekat depan pagar tu masih lagi tidak dia perasan. Sampai lah aku sendiri yang berjalan menghampirinya yang masih berdiri di samping tong sampah besar itu dan mengambil bekas makanan yang sudah kosong itu daripada tangannya.

"Sofeah? Bukan Sofeah ada kelas ke?". Dengan penuh rasa bersalah dan terkejut, Shahmi bertanya.

"Saya tak berapa sihat harini. Awak macam mana kerja?". Dengan senyum yang memaksa, aku mencapai kot putihnya.

"Sofeah... Saya--".

"Awak mesti penat kan? Masuk la dulu, rehat. Saya nak basuh bekas ni dulu". Dengan mata yang berair, aku masih lagi tersenyum pahit. Siapa je tak terasa kalau kita yang beralahan mengandung + demam ni masak penat-penat untuk suami, suami buang, kan? Depan mata pula tu.

"Sayang...". Dia cuba untuk mencapai tangan ku namun aku menepis lembut.

"Saya masuk dulu, nanti jangan lupa kunci pagar tau". Sekali aku kelip mata, terus bercucuran air yang keluar. Rasa macam hati ni dicarik-carik je.

Shahmi pula hanya berdiri terpaku di situ dengan riak wajah yang serba salah.

🦋

Tengah-tengah aku sibuk cuci bekas bekal makanan Shahmi tadi, terasa ada dua tangan yang melilit di sekeliling pinggang ku. Bahu kanan ku juga terasa berat seolah ada beban diletakkan di situ. Terhenti sekejap perbuatan ku yang sedang menyabun bekas itu.

"Awak lapar? Nak saya masak kan?". Pili ditutup. Tanpa berpaling sedikit pun, aku bertanya. Air mata masih tak kering di pipi. Hari ini memang aku terasa betul dengan tindakannya! Lebih daripada kes donut strawberri haritu.

"Im sorry...".

"Nothing to be sorry for. Awak tak buat salah pun. Mungkin makanan tu kurang sedap sebab saya masak masa saya tengah tak sihat kan? Saya yang patut minta maaf". Esakan kecil yang ditahan-tahan sejak tadi mulai kedengaran. Sofeah memang suka nangis!

"Tak, bukan macam tu".

Jeda.

Aku tak tahu nak cakap apa lagi dah.

"Sofeah, saya-".

"Awak, lepas boleh? Saya nak cuci ni". Pinta ku perlahan apabila merasakan yang pelukannya semakin erat. Sebelah tangannya juga naik mengusap perut ku yang sudah kelihatan sedikit boyotnya itu.

"Selagi Sofeah tak maafkan saya, saya tak nak lepas". Shahmi berkeras. Jarang ya nak nampak Shahmi versi yang macam ni.

"Awak... Saya ada banyak kerja lagi ni. Awak jangan lah ganggu saya". Tangan bersabun ku itu masih cuba untuk meleraikan lilitan tangannya. Namun, gagal. Membuatkan aku tertunduk dan menangis lagi. Kalini dengan esakan yang lebih kencang.

Dengan sekelip mata, dia memusingkan badan ku dan mengangkat aku untuk duduk di sebelah singki tempat aku membasuh pinggan itu.

"Tell me my Sofeah, did I hurt you that much today?". Soalnya dengan penuh kelembutan. Aku yang sudah menangis teruk seperti bayi itu sampai kabur mata.

"YE LA! Saya bangun penat-penat pukul 5 pagi sebab nak masakan Shahmi nasi goreng dengan ayam goreng tu tau! Shahmi boleh pulak tak makan lepastu buang macam tu je! TAK BERSYUKUR LANGSUNG! At least, bagi saya balik pun takpe dah!". Aku akhirnya meluahkan segala yang terpendam di hati. Membuatkan laki aku tu tersenyum nipis. Aku tahu, sisi aku yang ini yang dia suka. Sisi yang meluahkan segalanya dan tak suka memendam. Kerana baginya, makin lama aku pendam... makin teruk jadinya nanti.

"Saya makan la, Sofeah". Respon Shahmi membuatkan aku terkedu.

"Huh?".

Terus lelaki itu mengeluarkan telefonnya daripada seluar kerja yang masih tidak bertukar itu. Aku lihat tangannya menekan-nekan skrin sebelum telefon itu dipusing agar skrin yang kini menunjukkan sebuah video berdurasi 30 saat itu dapat aku lihat.

" Sofeah... Makanan yang awak masak ni, basi la. Mungkin sebab saya makan lewat sangat and sebab awak tutup masa dia tengah panas kut. Tapi jangan risau, saya dah rasa sikit. Sedap...".

Empat baris ayat itu dituturkan oleh Shahmi setelah dia (dalam video itu) merasa sesudu nasi goreng yang aku masak untuknya pagi tadi, lalu video itu berakhir.

" Saya rekod sebab dah tahu akan jadi macam ni. Saya minta maaf ya, Sofeah?". Tangannya mengusap lembut bahagian sisi pinggang aku. Memujuk.

"Serius la basi?".

Shahmi angguk.

"Saya siap bagi co-worker saya sekali rasa. Diorang cakap memang basi. Kalau Sofeah tak percaya, saya boleh telefon Dr. Adam sekarang. Nak?". Bersungguh-sungguh dia menerangkan untuk membuatkan aku mempercayainya.

"Tak payah la... Shahmi mesti lapar kan? Tak makan seharian lah ni kan?".

Dia angguk lagi.

" Kesiannya... Saya masakan okay? Shahmi nak makan apa?".

"Sofeah dah maafkan saya ke?". Dia bertanya dan aku mengangguk laju.

"Saya nak nasi goreng yang sama macam tadi. Boleh?".

"Boleh, boleh".

"Tapi, saya yang masak. Sofeah ajarkan je". Kata-katanya itu membuatkan aku mencebik laju. Dah macam itik gayanya.

"Ala... Kenapa?".

"Sofeah tu demam. Jangan degil".

Pap!

Dia jentik dahi aku.

"Ish! Sakit la!".

"Padan muka". Dia senyum tak bersalah lepastu cium sekilas dahi yang dia jentik tadi tu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top