29

Flashback

"Wey, kau couple dengan Shahmi ke wey?". Setempek terus kena soal dengan Bea lepas dia nampak aku bermanis-manis gula masa Hari Sukan haritu.

"Ma--mana ada". Ya, aku nafikan. Sebabnya aku tahu, Shahmi tak suka orang campur private life dia. Sebabnya, dia ni ketua MPP, orang pemes lah katakan. Tak tahu lah macam mana boleh jadi ketua MPP sedang kan dia ni introvert.

Jadi, nanti kalau orang tahu aku ni tunang dia, nanti habis semua sibuk nak soal siasat dia. Ha, dia tak suka tu.

"Eleh ye ye je. Yang haritu bergula semacam je apasal?".

"Lah, biasa lah tu. Kau ni!". Aku tepuk bahu Bea sambil gelak fake namampus.

Tapi...

Aku berbeza dengan Shahmi. Aku nak orang tahu yang aku ni tunang dia. Payah sangat ke? Aku cuma taknak junior lain menggatal dengan dia. Yeah, walaupun dia tak layan... Aku tetap cemburu.

🦋

" Hai Sofeah". Dia sapa aku dengan suara paling perlahan sewaktu aku cuba untuk mencapai roti berperisa chicken floss di kafeteria kolej itu.

"Hai Shahmi". Aku pandang dia dan senyum semanis boleh. Yup, benar tekaan anda. Dia tak senyum pun! Ceh.

"Makan apa?". Dia tanya sambil pilih-pilih roti untuk dibeli.

"Roti serunding, fav saya. Awak?".

"Nasi".

"Dahtu buat apa kat sini?".

"Wanna checkup on my darling". CAIR CAIR CAIR! SOFEAH AYESHA CAIR! TOLONGGG!

"Elok-elok lah Shahmi".

"Nak cakap, umi suruh balik rumah dia harini. Nak bincang pasal nikah dan majlis. Ibu ngan ayah pun ada nanti".

"Hm, okay! Shahmi ambil saya ke nanti?". Aku tanya dengan wajah yang penuh keterujaan.

Dia angguk sekali.

"Okay, nak matchy matchy tak nanti?".

Dia angguk laju sambil senyum senipis boleh. Kalau orang tengok ni, mesti orang cakap aku beria kan? Padahal 5 tahun lepas, dia yang confess dulu. Heh.

"Ni". Dia hulur kepadaku sebuah beg kertas.

"Dalam ni ada flannel shirt saya, biru. Sofeah pakai la. Nanti saya pakai biru juga".

Aku pun ambil lah beg kertas tu. Shahmi ni, kalau korang nak tahu, semua love language dia tahu. Kecuali words of affirmation sebab dia malas bercakap dan physical touch sebab kitorang belum boleh bersentuhan. Yang paling terer, act of service.

"Thank you, Shahmi".

"Hm". Dia senyum sekali sambil berjalan pergi.

🦋

"Tadi aku nampak...".
"Aku rasa kan...".
"Eee melepas lah...".
"Tapi kan...".

Aku dengar je pelajar di sepanjang hallway bercakap sambil pandang-pandang aku. Apahal dorang ni?

"Wey, kau...".

Pap! Ada seseorang yang menolak bahu aku. Hampir sahaja aku terjatuh. Siapa?

Maira. Diva kampus.

"Kau bercinta dengan ketua MPP tu eh?". Soal Maira.

"Layak ke kau dengan dia dho?". Ini Nabiha, geng dia la ni.

"Kau sedar tak yang kau tu kecikkkk je kalau nak dibandingkan dengan Shahmi. Nak dibandingkan dengan aku? Fuh, jauh sekali! Ey kau tak layak lah dengan dia!". Maira tolak lagi bahu aku. Kalini, lebih kasar.

Lah asal dia? Nak gaduh ke? Macam budak-budak tak matang je.

" Aku--".

" Ya, dia tunang saya. Sofeah Ayesha daripada Computer Science Faculty is my fiancé. Whats the problem?". Yup, itu Shahmi. Mengejutkan bukan? Dia sekarang ni tengah berdiri di hadapan aku sambil tangannya memegang sebelah daripada tali beg kertas yang diberikan tadi. Sebelah lagi? Aku pegang.

" Tunang ketua MPP kolej ni. Muhammad Shahmi Haqiem. Puas? Itu ke yang korang nak dengar?". Shahmi yang sentiasa beriak tenang itu seumpama memerahi seluruh orang yang memerhati tika ini.

"Mulai hari ni, noone, i repeat, noone can ever talk bad about her again". Tajam dia mencerlung semua orang. Terutamanya Maira.

Semua terkejut tengok perubahan ketua MPP diorang ni. Sebabnya, Shahmi ni terkenal dengan sikap pendiam dan baik hati dia. Dia TAK PERNAH marah sesiapa pun sebelum ni.

"Sofeah okay?". Dia berpaling, pandangannya melembut.

"Terima kasih, Shahmi".

"Dah, tak payah buat muka kesian sangat. Hodoh".

EEE JAHATNYA SHAHMI! BARU NAK BERGULA-GULA TADI!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top