25
"Eee taknak la. Shahmi tak faham ke?". Aku geleng-geleng kan kepala aku apabila jari laki aku tu sibuk tunjuk dekat seikat sayur sawi di pasaraya itu.
"Please, please, please. Any veggies but bukan sawi. Saya tak suka sawi".
"Sawi".
"Taknak sawiiiiii".
Sebenarnya, dah 5 minit kitorang berdiri depan peti sayur ni sambil 'bergaduh'. Betapa tak sukanya aku pada sayur sawi. Shahmi pula berkeras nak makan sup sawi harini.
"Sayur lain laaaa.... Awak dah tak sayang saya ke?". Ha sudah. Sudah... Mampos arh kau Shahmi. Semenjak mengandung ni, aku suka tanya soalan tu. Dan setiap kali tu la dia akan tepuk dahi dia.
"Sayang...". Ha kalini dia jawab. Rare bethol!
"Dahtu....? Taknak la sawi, okay?". Aku peluk lengan dia.
"Hm". Sedengus sahaja dia jawab. Dah mengalah lah tu hehehehehe!
Aku lalu mencapai terung. Sayur kegemaran aku tu! Shahmi pula tak suka sayur tu. Katanya rasa macam air kosong je. Ceh! Daripada sawi dia yang pahit tu. Kan? Terung > Sawi.
"Lagi?". Tanya dia, bosan.
"Haah. Nanti kan nak balik rumah ibu, ibu cakap nak masak terung sambal belacan. Sedap kan?".
Lepastu dia buat muka judgemental dia tu. Heh.
"Kannnn?".
"Ya, sedap". Dasar suara tak ikhlas!
🦋
Tengah-tengah nak beratur nak bayar ni....
"Sofeah".
"Hm?".
"Nak coklat?". Dia tersenyum kecil sambil mengambil Cadbury berperisa Blackforest di kaunter pasaraya itu.
"Nak! Nak!". Aku apa lagi, teruja la!
Dia angguk sekali lalu meletakkan paket Cadbury besar itu ke atas kaunter, bersama barangan yang lain. Tapi...
Aku terkejut bila dia angkat satu lagi barang daripada bakul kami untuk diletakkan ke atas kaunter.
Barang itu ialah....
SEIKAT SAWI!
"Ohhh, Shahmi cuba rasuah saya ya?".
Bila masa dia ambil pun aku tak perasan. Sumpah wey!
"Ya". Payah jugak dapat husband straightforward ni.
"Tak baik tau. Nanti saya mengadu dekat baby yang ayah dia ni jahat dengan ibu".
"Ngadu la~". Nada menganjing betul. Sebab dia tahu... yang bayi ini akan ikut perangai dia. Seterusnya semestinya la akan backup dia selalu. Yakin je kan seorang Shahmi Haqiem ni?
"Malas arh kawan dengan awak!".
"You're married to me, Sofeah". Dia cubit pipi aku sekali.
Sakit la!
Meanwhile,,,
Akak kaunter tu: *third wheeling*
🦋
Sayang-sayang ku!
Lupa nak bagitahu... Audio yang dalam chapter 24 [college] dalam story ni senanye audio Shahmi yang kena practice sketsa drama dia. Yup, dia masuk kelab berlakon. Entah macam mana boleh tercampak. Dah la introvert. So, jangan risau. Shahmi tak curang pun dengan Sofeah hehe :]
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top