22
Flashback
"Sha, ni Alif bagi kat kau". Darwish hulur sehelai kerta beserta sebungkus Cadbury paket paling besar. Yang plain punya.
"Aku tak makan yang plain punya, tak suka. Kau makan je la". Aku jeling coklat tu sekilas lepastu aku pass dekat Darwish.
"Aku ambil eh? Kau tak nyesal?". Sempat lagi Sameon tu tanya.
"Hm. Ambik la. Taknak aku coklat dia. Dasar--".
"AYESHA! WEY SABAR JAP! BERDIRI DEKAT SITU WEY!". Suara Ayana yang terpekik daripada jauh membingitkan lorong depan koperasi yang sudah sedia bingit itu.
"Apa?!".
"Ni... Ni... Shah--Shahmi bagi...". Termengah-mengah cuba untuk bernafas.
"Cuba kau tarik nafas dulu, baru bercakap".
"Okay, jap".
Tarik.
Hembus.
Tarik.
Hembus.
"Okay, dah. Ini Shahmi bagi. Dia cakap, happy birthday. Malu nak jumpa kau depan-depan. Satu lagi, dia cakap, dia taknak tengok muka kau sebab kau ada jerawat harini. Dia taknak kau malu dengan dia". Kau yakin 100% Shahmi tak suruh pun dia sampaikan pesan terakhir tu.
"Dia kasi apa?".
Terus Ayana menghulurkan sebuah kotak kecil berukuran 5×5 dan sebuah lagi kotak berukuran 15×15. Dua-dua nampaknya macam--
"Ya, dia lipat sendiri origami tu". Yup, kotak origami tu, memang Shahmi buat sendiri.
Kotak pertama aku buka. Di dalam kotak kecil itu terdapat sebentuk paper ring bewarna merah jambu. Di bahagian dalam cincin kertas itu tertulis inisial 'S²'. Membuatkan aku terfikir maksud di sebalik inisial itu.
"S² sebab satu S tu untuk Shahmi. Satu lagi S untuk Sofeah". Mana Ayana tahu ni, pun aku tak tahu.
Kotak kedua, aku buka.
Dekat dalam kotak tu, ada sebuah origami kek yang tertulis diatasnya, 'Happy Birthday Sofeah... Jangan nangis lagi, kau hodoh bila nangis'.
Dan bila aku buka origami kek yang boleh dibuka itu, ada beberapa biji gula-gula berperisa salty lemon di dalamnya.
"Tinggi kan effort dia?". Soal Ayana sambil tersengih-sengih.
"Kau pegang ni jap. Aku nak pergi jumpa dia".
"Woi!". Jerit Ayana apabila aku sudah memecut laju ke kelas 5C.
🦋
"Shahmi!". Seru aku lalu mengambil tempat duduk di sebelahnya. Dia macam biasa la, bukannya nak layan aku. Sibuk dengan earphone dan buku Matematik dia tu.
"Shahmi! Tengok la aku kejap!". Terus aku tarik cabut dia punya penyumbat telinga tu.
"Apa?". Dia angkat muka dia.
"Kau buat sendiri eh origami dengan kotak tu?".
Dia angguk sekali.
"Terima kasih. Kau ingat rupanya tarikh lahir aku kan?".
Dia angguk lagi sekali.
"Kau suka aku eh?".
"Ya". Straight to the point giler mamat ni!
"Jom couple". Dia yang suka aku, aku pula yang kena ajak bercinta. Hampeh!
"Okay".
"Good! So today, we are officially girlfriend and boyfriend. Hai Shahmi, boyfriend saya!". Aku tongkat dagu guna dua-dua belah tangan aku sambil tenung muka dia.
"Hai Sofeah". Masih dengan muka tak ber-reaksi dia tu. Suka ke tidak dia ni? Tak boleh beza langsung. Because he is totally feelingless, emotionless.
"Suka ke tak ni? Macam takde reaksi je? Malas arh".
"Sofeah dah makan?". Itu kali pertama keluarnya ayat tu. Ayat yang dia akan ajukan sekiranya aku sedang marah atau merajuk sebab dia tak reti nak pujuk guna cara lain. Yup, itu kali yang pertama.
"Belum. Tadi Alif ada kasi coklat tapi tak ambil pun sebab tunggu yang Shahmi hehe".
"Teman aku makan". Dia lalu mengeluarkan dua kotak air kotak berperisa coklat dan pisang. Dan dua plastik roti berperisa coklat.
"Aku--".
Belum habis cakap lagi, terus dia tolak ke arah ku air kotak berperisa pisang.
"Girlfriend saya tak minum air kotak coklat. Ya saya tahu". AAAA MAK, KAKAK BLUSHING!
"Eee comelnyaa! Geram!". Rasa nak cubit-cubit je pipi dia masani!
Sementara tu, orang dalam kelas tu ternganga tengok kitorang. Lagi-lagi Aisy dan Saiful. Dasar single!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top