16
Flashback
"Kenapa kamu lewat?". Tanya Cg Asma, cikgu Fizik sebaik sahaja aku yang termengah-mengah itu melangkah masuk ke dalam bilik belajar itu. Harini, ada program Mentor Mentee.
Orang yang lemah dalam subjek Fizik akan diajar oleh seorang Mentor muda, pelajar yang advance sikit dalam subjek ni.
Cuba teka aku yang mana.
Of course la aku salah seorang daripada pelajar lemah tu. Huhu...
"Ibu saya isi minyak tadi cikgu". Sebelah tangan pegang pintu, sebelah lagi pegang dada. Penat woo berlari 100 meter pecut tadi.
"Banyak la kamu! Pergi ambil tempat, sana".
"Jap cikgu, Mentor saya siapa?". Aku bertanya kepada Cg Asma.
"Masih ada dua pelajar yang belum ada Mentee. Alif dan Shahmi. Siapa yang nak jadi Mentor kepada Ayesha?". Tanya Cg Asma kepada 2 orang pelajar itu.
Alamak! Shahmi? Aku tak nak Shahmi! Tapi tak nak Alif jugak! HUWAAAA!
"Sa--". Baru je Alif nak angkat tangan, Shahmi dah berdiri dulu, memotong kata-kata Alif.
"Saya cikgu. Saya nak jadi Mentor kepada Sofeah Ayesha". Kata Shahmi, penuh bersemangat tapi muka dia tetap macam kena paksa. Heh!
"Bukan Mentee kamu Syafiqah ke?".
"Saya nak tukar, cikgu. Saya nak Sofeah--". Eh? APA YANG DIA CAKAP TU HUWAAA?!
MASA NI, SEMUA ORANG PANDANG AKU DAN DIA!
"Erk, maksud saya... Saya nak jadi Mentor Sofeah, cikgu". Dia garu-garu sikit kepala dia sambil tertunduk malu.
"Suka hati la. Nanti Alif jadi Mentor Syafiqah tau". Kata Cg Asma lagi.
"Okay, cikgu". Pasrah Alif menjawab.
🦋
Takut-takut aku nak tanya dia soalan yang aku tak faham. Bukan takut sebenarnya, aku malu. Awkward gila situasi sekarang ni.
Bayangkan, orang yang SUKAKAN kau, jadi Mentor kau. Menyaksikan kebodohan kau. Mesti lepasni dia dah tak suka aku kan?
EH? APA AKU CAKAP NI?!
"Sofeah?".
"HA, YE?". Alamak, terkuat suara lah pulak.
"Boleh?". Dia tarik sikit kertas aku tapi aku tarik balik sebab aku belum tulis apa-apa.
"Tak boleh".
"Kenapa tak tanya?".
"Ha nak tanya la ni! Sabar boleh tak?!". Aku marah dia. Sampai terangkat sebelah kening dia. Dia mesti macam, 'minah ni asal?'.
"Okay". Dia tunggu aku bertanya sambil mengetuk-ngetuk pen dia dekat kertas dia.
"Hm... h tu apa?". Aku tunjuk sebuah huruf 'H' kecil yang ada di sebuah formula untuk mengira apa entah.
"h tu pemalar Planck. Diperkenalkan oleh Max Planck. Salah satu kegunaan dia adalah untuk mengira kuantum tenaga". Fizik Tingkatan 5, Bab 7.
"Oh... Jadi guna h untuk kira soalan ni la? Boleh tak ajar aku? Aku tak suka kira-kira ni". Aku menghulurkan kertas aku kepadanya sambil menunjukkan soalan 1.
"Okay". Dia tarik kerusi dia untuk duduk dekat sikit dengan aku tapi aku jauhkan sikit kerusi aku. AKU MALU!
"Kenapa?". Dia bertanya.
"Jauh lah sikit".
"Tak nampak".
"Pakai la glasses kau". Aku alihkan pandangan aku. Makkk tachod! Dia punya debaran tu, macam aku pula yang sukakan dia.
"Tertinggal".
"Pergi la ambil!".
Dia mengeluh kecil sebelum sebelah tangannya bertindak untuk menarik kaki kerusi aku, mendekatinya.
"WOI! APENI SHAHMI?!".
"Diam Sofeah. Nanti cikgu marah".
EEEE GERAMNYA KAU DENGAN DIA NI!!!
"Mula-mula awak...". Dan dia mulai mengajar aku soalan 1 itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top