5
Hidup ini tidak seindah kita bayangkan,
Tapi sebaliknya itu tersimpan hikmahnya.
"Liana!"
Haiqal melambai tangan ke arah aku yang jauh beberapa meter. Aku senyum nipis seraya melambai ke arahnya. Aku berjalan ke arah Haiqal. Biasanya, kami berdua akan ke kelas sama-sama.
Tanpa sangka, salah satu kaki tiba-tiba di hadapan membuatkan aku tersungkur ke bawah.
"Oops, tak sengaja!" ujar Kakak dan menarik kakinya. Dua kawannya lain tergelak. Aku terkebil-kebil dan mataku panas apabila dikenakan.
"Nangis ya? Sorrylah. Tak sengaja. Lain kali jalan elok-elok" ujar Kakak dan berlalu pergi bersama dua kawannya.
Mataku memandang lutut kanan. Seluar terkoyak pada bahagian lutut itu dan keluar cecair marah. Sakit.
"Liana!" Haiqal berlari ke arah aku. Dia melutut sejajar sama rendah dengan aku.
"Kau sakit mana?" soal Haiqal prihatin.
"Tak sakit pun." Aku mengukir senyum untuk menghilang kegusaran hatinya. Mata Haiqal jatuh memandang luka pada lututku.
"Ini semua salah kakak gedik kau tu!" Wajah Haiqal merah dan tangannya digenggam penumbuk. Sebelum dia sempat berdiri, aku sempat menarik tangannya.
"Jangan. "
"Tapi..."
"Biarkan je. Lagipun tak nak tolong Liana ke?" soalku. Haiqal mengeluh. Baru dia mahu belasah si gedik itu, tapi Liana menghalang.
Haiqal mencapai sesuatu di dalam begnya sebelum dia mengeluarkan sapu tangan. Dia mengelap lukaku dengan air bersih sebelum membalutnya.
Aku hanya memerhati saja tingkah laku Haiqal. Seketika otak ku merewang mengingat kembali pertemuan aku dan Haiqal dahulu.
Loceng nyaring bergema satu sekolah menandakan waktu rehat. Aku menyimpan buku dan alat tulis dahulu sebelum keluar ke kantin. Bekal makanan ku dibawa. Aku memang tak biasa beli makanan di kantin. Makan makanan dengan air tangan sendiri lagi sedap. Ceh, angkat bakul sendiri.
Aku melalui jalan yang jarang orang lalu ke kantin. Sebab jalan ini sangat pintas, tapi ada sesetengah orang malas nak lalu jalan ini, kawasan itu seperti 'hutan' dan dibiarkan. Tapi, aku 'relax' saja.
Ketika aku melalui kawasan itu, ada tiga susuk tubuh yang ku kenal sangat menghalang aku.
Kakak angkat aku...
Mia Maisara,
Bersama dengan dua kawannya,
Neldia dan Khairina
Mereka bertiga macam belangkas, sentiasa bersama. Mereka sangat popular di sekolah disebabkan kecantikan mereka dan kuat membuli, juga mulut nak kena penampar.
Muka aku ini bukan cantik sangat. Tapi aku juga popular juga. Sebab aku budak terlebih genius dan adik kepada si popular. Tumpang popular.
Okey, kembali topik asal semula.
"Hai adik" sapa kakak lembut. Tangannya tiba-tiba saja memeluk bahu aku. Tersentak aku apabila kakak buat sebegitu. Tak pernah dia buat kepada aku.
"Hai Liana..." Sapa Neldia dan Khairina. Bibir mereka hias dengan senyuman. Aku tidak tahu lakukan apa-apa, hanya membalas senyuman.
"Hai,"balas aku dengan nada meleret. Badanku cuba undur ke belakang untuk menghilang rasa kekok di sini.
"Eh, Liana nak pergi mana?" Soal kakak dan mencengkam bahu ku. Dengan kukunya yang macam hantu, membuatkan lengan aku sakit. Aku cuba menahan kesakitan itu dan pura-pura tidak sakit. Kakak berdencit.
"Kakak nak minta sesuatu boleh?" soal Kakak. Kata-katanya yang meleret membuatkan ku seram.
"A- apa?" Mulutku tergagap-gagap. Neldia dan Khairina senyum sinis.
"Senang je..." Kakak menjatuhkan tangannya ke atas poketku.
"Sebenarnya kak nak...."
"Aduh!" Aku tersungkur ke bawah. Kakak menyilang tangannya di atas dada. Manakala Neldia memegang bekal ku dan Khairina memegang wangku.
"Terima kasih adik bagi makanan dan duit kau" ujar kakak. Sebelum mereka beredar, sempat lagi kakak menyepak tanah dan batu kearah aku.
Badan ku cuba bangun. Aku menepuk belakang ku yang terkena dengan lumpur tanah. Mataku sangat panas. Makanan diambil, duit kena rampas, dan kini baju hampir kotor.
Derapan kaki dari arah belakang menarik aku untuk menoleh ke belakang. Seorang lelaki berkaca mata lari ke arah aku.
"Kenapa baju kamu kotor? Kamu tidak apa-apa ke?" tanya lelaki itu prihatin.
"Tiada apa-apa" jawab ku malu. Aku akan cepat malu kalau berbual dengan lelaki.
Tiba-tiba, perut ku berkeroncang kuat. Tangan ku menekan perutku. Aku sangat lapar.
Lelaki itu mendengar bunyi keroncang perut aku. Wajahku merah.
"Kau lapar?" Tanya nya.
Aku menangguk dan wajahku sayu.
"Takpe. Aku belanja. Sebelum tu kau tukar seluar dulu. Aku ada bawa"
Aku terkejut.
"Jangan risau seluar tu tak kotor. Jom. Lupa pula nak perkenalkan diri, aku Haiqal "
"Saya- Liana"
Haiqal mengangguk dan senyum. Aku membalas senyumannya.
"Liana! Ooi!"
Haiqal melambai tangan di hadapan ku. Aku terus tersedar.
"Kau ni, berangan tak bertempat," ujar nya. Aku sengih. Mataku jatuh memandang lututku. Luka ku sudah dibalut dengan sapu tangan Haiqal.
Aku cuba bangun. Cepat-cepat Haiqal membantu ku berdiri. Aku cuba seimbang badanku supaya tidak terjatuh.
"Terima kasih Haiqal" ucapku dan senyum manis. Haiqal menangguk.
"Sama-sama. Dah jom pergi kelas"
Aku dan Haiqal berjalan bersama-sama ke kelas.
**
"Wei Mia. Kau tak cemburu ke Liana dapat berkawan?" Soal Khairina. Kening Mia bertaut.
"Apa aku nak cemburu?" Soal Mia. Kakinya disilang ke atas paha.
"Yerlah. Dapat berkawan. Sepatutnya dia tidak dapat kawan. Biar merana"sampuk Neldia.
"Amboi korang. Sepatutnya aku yang paling banyak berdendam dengan dia, tapi korang yang lebih-lebih,"ujar Mia. Neldia dan Khairina tersengih.
"Okey. Aku setuju cadangan korang. Best nak tengok dia merana. Hahaha!" Mia terkekek ketawa di ikuti Neldia dan Khairina.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top