14
"Hyera."
Aku mengangkat kepala. Jin mengambil tempat di sebelahku.
"Kenapa tak jaga Hoseok kat dalam?"
Aku diam.
"Dia perlukan awak. Awak tak sayang dia?"
Aku sayang Hoseok.
"Tak." Aku gelengkan kepala.
"Saya tahu awak tipu. Jangan tipu diri awak Hyera,jangan biar ego kuasai diri awak. Hoseok buat semua tu ada sebab." Kata Jin lembut.
"Awak dah tahu dia sakit, kenapa tak bagitahu saya?" Aku cuba menahan geram.
"Hoseok taknak awak risaukan dia."
Aku ketawa sinis. "Saya isteri dia,saya berhak tahu. Tapi awak dengan yang lain sanggup sorokkan hal ni dari saya!"
"Hoseok sayang awak. Dia taknak awak sedih bila dapat tahu perkara sebenar." Namjoon pula datang.
Aku menjeling tajam.
"Kalau awak nak tahu,semua surat yang kami serah kat awak tu,semuanya dari Hoseok." Sampuk Yoongi yang berada di sudut dinding.
Aku tersentak seketika. Maknanya.....
"Ya,surat pertama yang awak dapat daripada Hoseok,sebenarnya dari dia sendiri." Jungkook dan Taehyung yang datang entah dari mana menuju ke arahku.
"Dia suruh awak buka surat tu bila tiba masa dia pergi nanti." Jimin keluar dari bilik yang menempatkan Hoseok di situ.
Aku kaku. Hanya air mata sahaja yang keluar.
"Maafkan kami sebab tak bagitahu perkara sebenar."
Tanpa sempat mereka bercakap lagi,aku cepat berlari masuk ke dalam bilik pesakit Hoseok.
Tetapi....
Titttttttttt.
Aku terlambatkah?
•••
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top