THIRD GALLERY
First of all sorry ni bukan update chapter baharu cuma sekadar update galeri untuk watak-watak. So, here we go...
Scarlet A. Einsley
Like her name, her hair is red as well. Hahahaha. Karakter ni merupakan antara karakter jenis cool. Cuma dia akan bertukar jadi 'imouto-type' bila bersama dgn Leon. Juga salah satu pengguna magis api.
Victor Heilheim
Merupakan pasangan kepada Scarlet. Mampu berubah menjadi lembing pelbagai jenis saiz mengikut kesesuaian Scarlet. Juga merupakan antara karakter paling jarang bercakap.
Rina Baker
Salah satu Ahli Elit dan berwatakan kebudak-budakan. Juga merupakan remaja berwatakan Happy-go-lucky. Mempunyai kuasa kilat berwarna kuning yang mempu membuatkan dia menjadi pantas. Juga kuat mengusik rakannya.
Allison Weiss
Merupakan pasangan kepada Rina. Mempunyai perangai agak sama dengan Rina. Mampu berubah kepada Gauntlet dan Armor Boots. Kebolehan dia bertukar menjadi jenis senjata ini merupakan sesuatu yang ideal bagi Rina untuk menggunakan kuasanya.
Sayaka Shinsuin
Merupakan Second in Command dalam Divisyen Tiga. Juga merupakan antara teman rapat Leon selain daripada Freya dan Steve. Lahir dari susur galur keturunan ninja ataupun shinobi. Mampu menghasilkan apa sahaja senjata yang dia pernah lihat. Seorang yang agak sukar dijangka perwatakannya.
Yu Kurokawa
Merupakan pasangan kepada Sayaka. Juga lahir dari susur galur keturunan ninja. Seorang yang agak pendiam namun kuat mengusik Sayaka. Mampu berubah menjadi cincin. Mungkin di mata orang lain kebolehan dia dia bertukar menjadi cincin tidak berguna akan tetapi, dia mampu menaikkan jumlah Mana dalam badan Sayaka. Juga turut menguatkan kuasa magis Sayaka dan memberi stamina yang tinggi kepada Sayaka serta menaikkan kekuatan membuatkan mereka berdua adalah pasangan sempurna apabila menjalankan misi membunuh.
*************
Chiyo/Cathrine Fallione
Merupakan wanita Demi-human yang telah membina Flowery Kingdom. Juga merupakan antara karakter tertua pernah muncul dalam siri ini. Dan Syceil menggelarnya sebagai 'Cath'. Walaupun dia nampak lemah lembut namun, apabila dia menarik keluar katana miliknya yang mana merupakan antara Divine Weapon pernah wujud, musuh akan mati tanpa sempat mereka sedari.
Syceil Dragon Form
Syceil Humanoid Form
Yup, dia merupakan antara naga terkuat di Realm of Life. Dia sekarang tinggal di Flowery Kingdom, menjadikan kerajaan itu merupakan antara kerajaan paling selamat. Even umurnya dah mencecah 5000 atau 6000 tahun, still berperangai seperti kebudak-budakan.
Rambut putih: Matsushita Satomi
Rambut hitam kebiruan: Matsushita Saori
Mereka merupakan antara pasangan kembar yang tinggal di Istana Sakura. Walaupun mereka agak muda namun kebolehan mereka untuk bertempur agak mengagumkan.
*******************
So, amacam dengan galeri kali ni? Ok? Tak ok? Hahahahaha!
Alright, aku dah update untuk galeri kedua. Kalau ada pertambahan karakter aku akan update galeri ketiga pula.
That's all.
Dan jangan nak minta update cepat eh?
Ciow!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top