Count 82: True Form
Suasana menjadi sunyi. Hazen, Tiamat, Syceil dan Azumi hanya mendiamkan diri.
Leon dan Elucia berpanjangan sesama sendiri. Elucia menarik nafas lalu menghembuskan nafasnya.
Tiamat menjungkit sebelah kening apabila merasakan daya kuasa Elucia bertambah kuat.
"My daughter, has she improve her power?" Soal Tiamat.
"Yeah." Balas Syceil.
Tetiba mereka semua berada di satu dimensi yang kosong tanpa kehidupan. Kelihatan Hazen menggunakan secebis kuasanya untuk membawa mereka ke dimensi itu. Namun, saat mereka tiba, kelihatan seorang lelaki. Hazen terkejut melihat lelaki itu.
"Ikhwan? What the heck are you doing here!?" Soal Hazen terkejut.
"Err...Sorry for disturbing you guys? Wait, that should be my line...Whatever, see ya! Happy fighting!" Ujar lelaki yang bernama Ikhwan itu lalu menghilangkan diri dari situ.
Mungkin sebab dia terlihat akan keadaan Leon yang sedang hilang kawalan dan Elucia pula dalam mood serius.
Tanpa membuang masa dan tidak mahu masuk campur, dia mengambil keputusan untuk pergi dari situ.
"Hazen, kau kenal lelaki tu? Kenapa aku rasa daya kuasa yang amat kuat dari dia?" Soal Tiamat.
"Aku kenal sangat. Nama dia Ikhwan Syah. Seorang lelaki yang mempunyai kuasa bertahap dewa." Balas Hazen lalu mengeluh. Dia pelik kenapa Ikhwan boleh berada di dimensi itu.
"Kalau kau dengan dia bertarung, siapa menang?" Soal Syceil pula.
"Kau nak tahu ke?" Soal Hazen.
"Jadi? Mestilah aku nak tahu.."
"Well, kalau kau dapat jawab soalan aku dengan betul, aku akan jawab."
"Hah, apa dia?"
Hazen terus menaikkan sebelah tangan. Syceil berasa pelik akan tindakan Hazen.
"Ini apa?"
"Err... Tangan?"
"Salah. Jawapannya adalah kulit." Balas Hazen sambil tersengih sinis.
Muncul urat di dahi Syceil. Dia segera mengepal penumbuk lalu mengeluarkan aura membunuh.
"You want me to kill you?"
"I'm immortal lol. And, only Arthemis's sword can penetrate my skin. Stop dreaming, you weeb dragon. Pfft!!!" Balas Hazen berserta satu sengihan menjengkelkan.
BAK! BAK!
Tiamat tanpa banyak bicara segera mengetuk kepala Syceil dan Hazen. Azumi hanya mendiamkan diri melihat Tiamat yang tidak peduli akan identiti Hazen yang sebenar.
BRAMMM!!!
Satu letusan kuasa berlaku akibat pertembungan Leon dan Elucia! Hazen hanya bersiul seraya tersenyum melihat apa yang berlaku.
Kawah besar terhasil akibat pertembungan itu! Elucia segera menumbuk muka Leon sebelum menendang perut remaja lelaki itu menyebabkan dia terlempar jauh ke belakang!
Muncul sisik naga di tangan dan kakinya! Matanya juga menjadi semakin tajam dan gigi tajam kelihatan dengan jelas setiap kali dia membuka mulut.
"First Form, huh?" Soal Tiamat.
"Guess she still want to test how strong that young man right now." Sampuk Hazen.
"WEAK! YOUR ATTACK WAS WEAK!!" Ujar Leon tanpa sebarang kesan pun pada badannya!
Namun, secara mengejut Elucia muncul dihadapannya berserta satu pandangan tajam!
SHRAKK!!
Tombak milik Elucia dapat menembusi perut Leon! Remaja lelaki itu termuntah darah!
"Guharkk!!"
"Die.."
ZURROOSSSHHHH!!!!
Leon terhempas di tanah setelah tombak milik Elucia menembusi dirinya! Kawah besar terhasil!
Si wanita naga segera meluru ke arah Leon! Remaja lelaki itu mengetap gigi lalu menyemburkan api dengan kuat!
Dia kemudiannya berdiri lalu menarik keluar tombak itu dari badannya! Elucia tidak memberi peluang untuk Leon menyembuhkan dirinya! Dia segera muncul di atas remaja lelaki itu lalu ingin menyerangnya menggunakan kaki!
Leon yang menyedari akan tindakan Elucia itu segera melibaskan Honomaru dengan kuat!
KTINGG!!
Namun Leon terkejut kerana libasannya tidak dapat membelah kaki Elucia! Sisik naga yang dimiliki oleh Elucia amat keras!
"HARGHH!!"
Sekali lagi Leon mencium tanah apabila tendangan Elucia tepat mengenai kepalanya!
Tidak cukup dengan itu Elucia menendang Leon menyebabkan remaja lelaki itu melekat pada dinding tanah!
Dia menghembuskan nafasnya yang berwap. Kelihatan kesan darah Leon melekat pada tangan dan kakinya.
Dia mengetap gigi melihat darah itu! Baginya darah milik Leon adalah darah yang tidak patut dia sentuh!
Kali ini, sisik naga mula merebak ke seluruh badannya! Hanya mukanya sahaja tidak bersisik! Warna sisik naga miliknya juga berubah. Dari merah terang bertukar menjadi merah gelap! Iris matanya segera bersinar keemasan!
"Hey, your daughter really want to kill him. She even use her Third Form." Ujar Hazen dan Tiamat hanya mendiamkan diri.
Tanpa disangka, aura milik Leon juga bertambah kuat! Dua lagi tanduk di kepalanya kali ini bersinar kemerahan! Warna badannya juga berubah menjadi gelap! Dia menjerit seraya meletuskan kuasanya!
"Yup. Congratulation, Hazen. Your new candidate has officially turn into demon. I wouldn't recommend him as one of the Guardian of Divine Realm." Ujar Tiamat.
"Say that to Ashriel. I'm not choosing this person. But she is. If you have any complain, just say to Ashriel." Balas Hazen.
Dia hanya risau jika dia terpaksa menghapuskan Leon di sini. Kuasa yang Leon miliki sekarang ini buatkan dia teringatkan akan satu entiti yang membuat para dewa dewi mengulang semula dunia ini.
Ya, entiti itu adalah raja segala kejahatan. Segala bentuk negatif yang terhasil dari dulu hingga kini adalah berasal daripada dia. Dan jika dia hendak membunuh Leon, dia perlukan satu alasan yang kukuh untuk diberitahu kepada Ashriel.
"If I'm going to kill him, I need better reason." Ujar Hazen sendirian.
Secara mengejut satu dentuman kuat menyebabkan dimensi itu merekah! Hazen bersiul kagum melihat ada kuasa yang berjaya buatkan dimensi miliknya.
"Look like your dimension has cracked. Tell me, Hazen. Are you weaker than before?" Soal Tiamat.
"Mind your words, Tiamat. You want me to erase all of your existence right now?" Soal Hazen dingin.
Azumi yang berada di perantaraan mereka berdua sudah kecut perut apabila melihat Hazen mengancam Tiamat.
"Nah. Just kidding. If I'm weak right now, then, I can't really hurt you without lifting my finger." Balas Hazen selamba dan secara mengejut pipi Tiamat luka sebelum sembuh kembali.
"Heh.." Balas Tiamat seraya tersengih.
"I'm guess I will kill you and the those guys.." Ujar Leon dengan suara yang berubah menjadi garau.
Honomaru juga berubah bentuk! Sedikit demi sedikit, retakan di dimensi itu semakin besar.
Leon segera terapung tinggi. Dia menghela nafas lalu memfokuskan kuasanya. Dia mula menutup matanya. Honomaru terserap ke dalam badan Leon.
Elucia yang tahu apa tindakan Leon seterusnya hanya mendiamkan diri. Dia segera berubah balik ke bentuk asal lalu menghela nafas.
"Using that in human form will be pain in the ass." Ujar wanita itu lalu badannya bercahaya.
Tidak lama kemudian muncul seekor naga. Bersayap enam dan mempunyai empat tanduk.
Naga yang kelihatan amat memukau apabila dipandang. Tiamat sendiri tersenyum melihat Elucia yang sudah semakin membesar.
"Last time I saw her, she just have 2 wings. Right now, she already added 4 more. What a splendid daughter."
Muncul enam larikma magis purba di sekeliling Elucia! Tidak lama kemudian, larikma magis itu mula bercantum menjadi satu!
Elucia membuka mulut dan mengecas kuasanya! Mereka yang lain mula merasakan peningkatan kuasa daripada Elucia.
Leon membuka matanya lalu muncul satu bebola api yang amat besar di belakangnya!
Honomaru muncul dengan bentuk seperti busur panah! Leon segera menarik tali busur itu lalu terbentuk satu anak panah berapi!
"Foolish mortal who dare to bare its fang to me,
I shall bring down a judgement,
Repent all of your mistake,
For I, the embodiment of wrath.."
Selesai mengucapkan mantera, Leon mengetap gigi lalu melepaskan anak panah! Satu serangan amat kuat dan besar meluru ke arah Elucia!
"STARFALL!!!!!"
Melihat serangan daripada Leon, Elucia juga turut melepaskan kuasa miliknya!
Satu serangan yang sama besar menuju ke arah Leon!! Tiamat, Hazen dan Azumi hanya mampu melihat apa yang bakal terjadi apabila dua serangan bertembung.
Namun, sebelum dua serangan itu bertembung, muncul seseorang di perantaraan Leon dan Elucia.
Secara mengejut serangan mereka terbatal dan dimensi milik Hazen pecah. Kini mereka berada di satu dimensi yang lain pula.
Hazen tidak menyangka akan kedatangan orang itu. Begitu juga dengan Tiamat dan Azumi.
"So, you finally come. Ashriel, The Goddess of Time."
*********
Leon's Inverse Form
Tiamat The Ancient Living Calamity (Human Form)
Elucia The New Living Calamity (Dragon Form)
Yo, agak lama aku tak update huh? Siapa suruh. Dah dipesan jangan minta update cepat. Ada juga yang komen macam tu.
Terimalah akibatnya. Pesan banyak kali still ada yang komen macam tu.
Bila ditanya semua beri alasan yang sama.
"Baca tak habis chapter."
Jadi, kiranya apa yang selitkan di sini hanya sia-sia selama ni. Sebab bukannya dibaca pun hujung chapter ni.
Okay, full stop. Masing-masing dah besar. Dah pandai beza. Sekarang, siapa nak terasa silakan. Aku dah tak nak amik tahu.
And tahniah kepada reader lain yang sabar menunggu update aku. Syabas aku ucapkan kepada korang.
Okay, back to our main topics.
Amacam dengan chapter kali ni? Aku ada selitkan gambar. Okay tak? Hahahahahaha!
Ehem!
Pertarungan antara Leon melawan Elucia berada di dimensi lain. Kalau berada di Realm of Life, Crystal City boleh hancur.
Dan, apa yang mengejutkan ialah Leon dah sepenuhnya bertukar menjadi demon mengikut apa yang dikatakan oleh Tiamat.
Dan, juga ketika mereka tiba di dimensi itu, seorang lelaki bernama Ikhwan telah berada di situ namun beredar setelah tahu akan situasi yang berlaku.
Jangan salah sangka, aku pinjam karakter utama dan terkenal @Wanzenith hahahaha!
So, diakhir pertarungan, Ashriel muncul dan dengan senangnya menghentikan pertarungan itu.
Apa yang bakal terjadi? Sila sabar menanti update aku seterusnya.
Korang bolehlah beri komen di ruangan tersedia.
Ingat, patuhi SOP demi kesejahteraan masing-masing.
Aku rasa itu sahaja daripada aku.
Ciow!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top