Count 20: You Dare?
Sarah terbangun dari tidur yang nyenyak. Dia memerhati sekeliling. Kelihatan selimut berada di badannya.
Dia juga tersedar akan Leon yang sedar tidur di sofa lain. Dia menuju ke arah Leon. Wajah remaja itu dilihat.
"This person. Hold some very dangerous grudge. His face is so calm when he's sleep. Yet, he can be a beast if he want.." Kata Sarah sendiri.
Dia melihat ke arah jam. Dia segera membulatkan matanya apabila melihat jam yang sudah menunjukkan jam 10.30 pagi.
"AHHHHH!! SUDAH LEWAT!!" Jerit Sarah.
Jeritan itu membuatkan Leon terbangun. Dia segera duduk dengan muka mamai.
"Ah? Sedar? Lewat? Apa ni?" Soal Leon yang masih mamai.
"Bangun, Leon! Kita sudah lewat!" Kata Sarah yang menggoncang tubuh Leon.
"Ah? Lewat? Apa benda kau merepek ni, si pendek? Aku nak sambung tidur balik." Kata Leon seraya menguap.
PAK!
"Aduh! Sakit, lahanat!" Kata Leon marah apabila Sarah menampar pipinya.
"Tu untuk kau panggil aku pendek! Lagi satu sekarang jam 10.30 kita sudah lewat untuk pergi ke Pangkalan!" Balas Sarah.
Leon segera melihat ke arah jam. Dia juga membuat reaksi sama dengan Sarah.
Segera dia berlari ke atas untuk mandi dan bersiap.
"SARAH, KAU BOLEH MANDI DI BILIK HUJUNG TINGKAT ATAS!" Kata Leon.
Sarah hanya mengeluh seraya menuju ke arah biliknya.
**************
Kenderaan dipotong dengan mudah. Leon sedang menunggang motosikal miliknya dan Sarah membonceng.
Cara Leon menunggang motosikal agak berbahaya. Dengan kelajuan penuh motosikal itu, memang buatkan Sarah memeluk kuat Leon dari belakang.
"Perlahan sikit, Leon! Kau terlalu laju!" Tegur Sarah.
"Lebih baik dari lambat!!" Balas Leon. Sarah mengetap gigi.
"Kau tak sayang nyawa ke, setan! Kau fikir nyawa manusia ni banyak ke!? Bawa tu perlahan-lahan sikit!!!"
"Baiklah-!"
Belum sempat Leon memperlahankan kelajuan motosikalnya, satu Unknown terhempas di hadapan mereka menyebabkan mereka terbuang ke atas.
Leon segera memaut Sarah lalu mendarat dengan selamat, manakala motosikal miliknya pula terseret dan berhenti berdekatan sebuah bangunan.
"Celaka! Boleh pula Unknown muncul. Not to say, its Level 5! Goddamnit!" Kata Leon dengan marah.
Kelihatan dua gegaran berlaku. Di sekitar bandar. Leon mengetap giginya.
"3 sekaligus dalam satu hari? Bagus. Mood aku memang ke laut..Bagus juga buat buang stress." Kata Leon.
"Jadi, apa kau nak buat?" Soal Sarah yang masih didukung oleh Leon.
"Kill them all." Balas Leon.
Sarah segera berubah ke bentuk Gun-Scythe. Unknown itu berbentuk seperti harimau bintang tetapi mempunyai enam kaki dan berwarna hitam. Juga bersaiz besar dan setinggi 2 tingkat bangunan.
Baru sahaja Unknown itu hendak bangun, kepalanya sudah terbelah dua dan Leon segera menghancurkan permata yang berada di kepala Unknown itu.
"That's one." Kata Leon dingin.
Dia segera melompat ke arah 2 gegaran itu lagi. Setibanya Leon di sana, kelihatan beberapa orang pahlawan kelihatan sukar melawan dua lagi Unknown yang sama jenis dengan Unknown yang Leon bunuh tadi.
Dia dengan selamba menuju ke arah pertempuran itu.
"Hey, kamu! Berundur! Ini bukan tempat seperti kamu!" Kata salah seorang dari pahlawan yang sedang bertempur.
Leon tidak mengendahkannya sebaliknya terus menuju ke arah 2 ekor Unknown itu berada.
Pahlawan itu ingin menangkap Leon, akan tetapi dia dihalang oleh seseorang.
"Sergeant Sayaka?" Soal pahlawan itu.
Ya, orang yang menahan pahlawan itu ialah Sayaka.
"Jangan ganggu, dia." Kata Sayaka. Di sampingnya kelihatan Yu sedang duduk selamba.
"Tapi...!"
"Orang itu merupakan antara 3 orang terkuat di bandar ini. Setakat Unknown level 5 macam ni. Bukan lawan dia.." Balas Yu dengan selamba.
Pahlawan itu kelihatan terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Yu.
Dua ekor Unknown itu perasan akan kehadiran Leon dan segera meluru ke arah Leon.
Namun, pergerakan mereka menjadi tersangat lambat. Pahlawan-pahlawan yang berada di situ terkejut melihat pergerakan Unknown itu berubah perlahan.
"He just slowed the movement of those Unknown? Could he be.."
"Yes. That person is captain of Third Division. Leon A. Einsley." Balas Sayaka akan pertanyaan pahlawan itu.
"Muscle Enhancement: Time Ten." Leon segera melempar Gun-Scythe ke atas lalu melompat ke arah salah satu Unknown itu lalu...
BAAAKKKKK!!!
"THAT'S TWO!!!" Jerit Leon apabila dia dengan senang menghancurkan permata yang berada di kepala Unknown itu.
Masa berjalan seperti biasa semula. Unknown terakhir itu sedar akan dirinya yang tinggal seorang lalu cuba melarikan diri. Namun...
"Little puppy, where are you going? You still owe me." Kata Leon yang sudah berada di hadapan Unknown itu sambil memegang Gun-Scythe.
Unknown itu tahu dia tidak ada cara lain lalu terus meluru ke arah Leon. Remaja itu segera menghalakan atas Gun-Scythe ke arah Unknown itu.
"Gun Mode: Activate." Atas Gun-Scythe itu mula bercahaya.
"Full Power: Release."
DOOOUUUMMMMM!!!
Unknown terakhir itu habis meletup akibat serangan Leon. Angin kencang terhasil akibat letupan itu.
Sarah kembali ke bentuk manusia. Dia menghela nafas.
"Tak sangka, kau boleh jadi kejam rupanya." Kata Sarah.
"Itu yang mereka dapat setelah buatkan aku lebih lambat. Dah, jom. Kita dah betul-betul lewat." Kata Leon lalu dia dan Sarah segera menuju ke arah motosikal Leon berada.
Mereka berdua meninggalkan tempat itu dengan laju. Sayaka dan Yu hanya mampu mengeluh.
"Dari dulu hingga sekarang. Masih tak berubah. Always orang lain bersihkan tempat pertarungan." Kata Sayaka.
"Leon is Leon." Balas Yu tersenyum.
Leon dan Sarah pula tiba di hadapan Pangkalan Tentera Bandar Kristal setelah beberapa minit meninggalkan tempat pertarungan tadi.
Pengawal keselamatan yang berada di pondok kawalan segera menabik hormat ke arah Leon. Remaja itu hanya membalas dengan cara mengangkat tangan.
"Sini ke?" Soal Sarah.
"Yeah. Kau pernah masuk pangkalan ni, kan?" Soal Leon.
"Yeah. Just once.."
"I see.."
Mereka berdua turun dari motor lalu segera menuju ke pusat pangkalan itu.
Ada segelintir orang yang berada di situ berbisik akan kehadiran Leon ada juga yang terus menabik hormat apabila Leon melimpasi mereka.
"Kenapa ada yang tabik kat kau dan ada yang bisik pasal kau?" Soal Sarah.
"Last time aku jejak kaki kat pangkalan ni 2 tahun yang lalu. Masa tu umur aku 16. Dalam 2 tahun, banyak perkara yang berlaku, Sarah. Sebab tu ada orang yang tak sedar siapa aku sebenarnya." Balas Leon dengan selamba.
Secara mengejut seseorang melompat di belakang Leon lalu segera menyerang Leon dengan beberapa belati ais.
Sarah segera mengaktifkan kuasanya lalu menangkis serangan dari orang itu.
"Ouho. What a cute newbie. Unlike her Partner.." Kata orang itu.
Leon segera berpaling ke belakang. Raut wajahnya serius. Ya, kelihatan seorang perempuan sedang berdiri.
"After two years, this is how you greet to your captain, Corporal Janette?" Soal Leon dengan serius.
"Who's Corporal? I'm the one who will be new captain of Third Division." Balas perempuan yang bernama Janette.
"Ouho. You dare to take my position as a captain of Third Division?" Soal Leon seraya mengeluarkan aura miliknya.
Suasana menjadi tegang. Askar yang berada di sekitar kawasan itu mula mengundurkan diri.
Sarah mematikan apinya lalu raut wajahnya seakan dia keliru.
"What the hell is going on here?"
************
Yo! Kita bertemu lagi di chap 20 ni. Hahahahaha. Haih...
Oh ya, kenapa korang tak komen pun yang ada kesalahan di chap 19.
Aku sepatutnya tulis 'Count 19'
But, tertulis 'Act 19'...
Aura2 BETWEEN THE CODES masih ada dengan aku lagi rupanya. Hahahaha! Don't mind about it.. I already fix it.
So, whats your comment about this chapter? Siapa perempuan bernama Janette ni? Kenapa dia menyerang Leon?
Nak tahu sambungan? Sila tunggu di chap akan datang! Hahahaha!
Lagi satu, aku tak nak nampak komen 'update cepat pliss' eh...
Itu sahaja..
Ciow!!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top