Count 10: Why You Are So Dense?

Kelas berjalan seperti biasa. Tiada apa yang menarik yang diajar. Leon seperti biasa, duduk dan menongkat dagu sambil memandang ke arah laut.

Tapi, salah satu sebab yang buatkan dia begitu ialah kerana dia ditenung oleh Sarah dengan pandangan garang.

Semua yang berada di kelas tu sedar akan hal itu. Chloe yang mengajar juga sedar.

"Sarah? Sarah?" Chloe cuba memanggil nama Sarah tetapi dia tetap tidak menoleh. Chloe mula kegeraman.

"Sarah J. Robert!!" Kali ini Chloe memanggil nama Sarah dengah penuh dan lantang. Sarah terkejut apabila Chloe memanggil namanya dengan lantang.

"Hah, ada apa panggil?"

"Boleh jelaskan, bagaimana Pasangan boleh menggunakan 'Evolve'..??" Soal Chloe seraya memeluk tubuh.

"Cara bagi sesebuah Pasangan itu untuk menggunakan 'Evolve' ialah mereka kena mempunyai kepercayaan yang teramat kukuh. Kuncinya ialah kepercayaan yang teramat kukuh. Jika sesebuah Pasangan itu tidak mempunya kepercayaan yang kukuh, mereka tidak akan mampu menggunakan 'Evolve'. Sekarang, 9 Warriors of Humanity boleh menggunakan Evolve. Hanya, seorang yang tidak boleh menggunakannya. 2 orang lagi mempunyai 'Evolve' yang agak istimewa."

Semua yang berada di kelas itu terdiam dengan penjelasan daripada Sarah. Chloe mengangguk setuju dengan penjelasan Sarah.

"Baiklah, seterusnya, apa yang berlaku sekiranya sesebuah Pasangan itu menggunakan 'Evolve'...??" Soal Chloe lagi.

"Banyak kelebihan yang akan diterima sesebuah Pasangan itu."

"Contoh?"

"Contohnya, Pasangan itu boleh bertarung dengan lebih lama. Dengan erti kata lain, kekuatan mereka akan meningkat dan stamina mereka tidak akan berkurang. Dan, mereka juga boleh lepasi limit mereka. Jika perlukan contoh, boleh ambil contoh dari Aleysha Sieghart dan Mikaile Regunoff, apabila mereka menggunakan 'Evolve'...mereka jadi tidak terkalah. Malah, Aleysha boleh menghancurkan ribuan musuh dengan hanya sekali petikan jari. Ini terbukti pada 5 tahun dahulu apabila The Second Unknown Invansion terjadi." Balas Sarah dengan panjang lebar.

"Bukan itu sahaja, pengetua akademi kita juga pernah menggunakan 'Evolve'. Ini juga terbukti apabila The Second Unknown Invansion terjadi. Dia menggunakan kuasanya untuk menyeru 3 Strongest Spirit Guardian iaitu King Arthuria of Auntumn, Queen Celestia of Elkia dan Zelraga of Raging Clan untuk bertempur di samping dia." Sambung Sarah.

"Tambahan pula, Ryuusaki Kojiro juga telah menggunakan Red Tsukuyomi dan telah menyeru 'Aka no Susanoo' milik Akane Sanada, salah satu daripada Pahlawan yang dipilih oleh God Hazen iaitu God of Destruction untuk melindungi Divine Palace daripada dicerobohi oleh kegelapan. Dia-"

"Okay, berhenti di situ. Penjelasan kamu sudah lebih dari cukup. Honestly, bagaimana kamu mempunyai kebolehan untuk mengetahui sejarah-sejarah kuno? 3 Strongest Spirit Guardian? Aka no Susanoo? Perkara seperti itu hanya Profesor tertinggi sahaja yang tahu." Kata Chloe seraya menghela nafas.

"Profesor tertinggi? Maksud cikgu Profesor Keilan Weelfield?" Soal Sarah.

"Takkan itu pun kamu tahu!? Sudah! Duduk..!" Balas Chloe marah.

Sarah duduk dengan penuh pertanyaan. Pelajar yang lain mula berbisik sesama sendiri. Freya, Steve, Rina dan Allison turut terkejut dengan pengetahuan yang dimiliki oleh Sarah.

"Sudah! Senyap semuanya. Kita sambung pembelajaran!" Kata Chloe.

Sarah tersentak lalu menyambung semula merenung Leon dengan pandangan yang garang. Leon hanya mampu mengeluh.

Kelas berjalan seperti biasa. Sejam kemudian, loceng berbunyi tanda rehat sudah bermula. Leon tanpa membuang masa segera keluar diikuti oleh Sarah.

Leon menuju ke arah kantin untuk membeli makannya dan Sarah lalu mereka berlalu pergi dari situ dan menuju ke satu tempat lapang dan tersembunyi.

Mereka berdua duduk di bawah sebatang pokok yang besar. Leon mengeluh sekali lagi.

"Kau boleh tak jangan tenung aku macam kau nak makan aku. Seriously. Buatkan aku tak selesa." Kata Leon lalu makan makanan yang dia beli.

"I demand explaination." Kata Sarah dingin.

"Pasal apa?"

"Pasal tadi pagi. About my attitude."

"Oh. Pasal tu ehh. Baiklah, kau nak aku jujur?" Soal Leon. Sarah mengangguk.

"Baiklah. Harap kau tak marah aku. Jujur aku cakap, kau ialah seorang yang sangat kurang ajar, mulut tak bertapis, ganas macam lelaki, dan tersangat 'dense' orangnya. Kalaulah kelakuan kau seperti seorang perempuan, aku sudah pasti jatuh cinta dengan kau." Kata Leon meluahkan pendapatnya tanpa berahsia.

"Seriously??" Soal Sarah pelik.

"Yup. Kau tak sedar perangai kau, cara percakapan kau menyerupai lelaki? Cuba betulkan sedikit? Kau sudahlah cantik, rambut merah bak delima dan mata keemasan sudah cukup buatkan aku terkedu masa pertama kali kita berjumpa. Namun, apakan daya. Kelakuan yang menjadikan aku kurang tertarik dengan kau." Balas Leon yang menyandar pada pokok.

"So, maksudnya..Aku ni sudah cukup cantik untuk buatkan kau jatuh cinta dengan aku?" Soal Sarah.

"Yeah." Balas Leon selamba.

"Tapi aku ingat kau ada kekasih. Yelah. Kau pun apa kurangnya. Kau tak perasan reaksi pelajar-pelajar dari tahun pertama masa kita berada di kantin tadi? Semua mereka berbisik."

"Berbisik pasal apa?" Soal Leon pelik.

"Pasal wajah kau yang tampan." Balas Sarah selamba.

Leon segera terbatuk mendengar balasan Sarah. Kelihatan remaja perempuan itu tersengih melihat reaksi Leon.

"Hah? Aku? Tampan? Pfft!! Jangan nak jadi buta. Aku tak tampan. Wajah aku biasa-biasa je. Ramai lagi tampan di sini. Contohnya, Allison dan Steve. Mereka berdua tu boleh kata antara pelajar yang paling tampan di akademi ni." Balas Leon.

"Eh..? Betul ni?"

"Kau fikir aku nak tipu kau?" Soal Leon.

"Well, aku tak kata kau nak tipu aku. Tapi tulah. Kau pasti dah ada kekasih..Hurmm..Let me guess, Freya?? Or Claire, our queen in the class."

"Hah? What the hell? I'm single okay? For god sake, not even once I'm in relationship with someone! You can say, I'm virgin..!" Balas Leon dengan nada sedikit tinggi.

"Eh..." Sarah tersengih sinis.

"But, its true that there are one girl I like.."

"Eh? Really? Who?"

"I can't say her name yet. But, she has red hair and golden eyes. When I'm first met with her, I become speechless. I don't even now what to say. Until now, I'm still save my confession. Until the right time has come...Yeah. Until the right time has come.." Balas Leon tersenyum seraya memandang ke arah kawasan lapang.

Sarah hanya mampu menjungkit sebelah keningnya seraya memandang Leon dengan pandangan penuh curiga. Dia tidak lama menghela nafas.

"Whatever, Leon. Jom balik ke kelas. Masa rehat dah nak habis. Lepas ni kita ada ujian kecergasan dan kau jangan mengantuk pula. Mentang-mentang sekarang ni waktu sesuai untuk tidur.." Kata Sarah lalu bangkit dan meninggalkan Leon.

Melihat Sarah yang meninggalkannya, Leon hanya tersenyum lalu berdiri.

Dia menghela nafasnya lalu memasukkan kedua tangannya ke dalam poket seluar.

"Why you are so dense, Sarah? Red hair dan golden eyes? Do you ever realize who the girl I'm talking about?"

*************

So, korang dah boleh agak siapa perempuan yang Leon cakapkan? Hahahaha!! Aku rasa hint tu terlalu senang🤣

Ehem! Sekali lagi aku nak beri peringatan.

Korang dah baca bukan? 3 Strongest Spirit Guardian? Aka no Susanoo?

Hah. Mereka ni ada kaitan dengan novel ni eh. Seperti yang korang tahu, Karakter2 dari TALE OF THE GREAT IMMORTALS & ZEN SIEGFRIED: THE NEXT LEGEND berkait dengan novel ni.

Dan pasal Susanoo. Jangan ingat aku amik konsep ni dari Naruto. Korang boleh check kat dalam Wikipedia dan type 'Susanoo'. Korang boleh tahu siapa sebenarnya Susanoo ni.

Itu sahaja dari aku. Korang boleh beri pendapat korang di ruangan komen.

Ciow!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top