Chapter 8
♡ ; ingatkan ramai dah lupa fanfic yini sksksk, dun forget to checkout previous chapter oukeh! ✨
******************
♡
*******************
Alkisahnya sekarang Mi Chul tak sekolah disebabkan demam yang melarat. Jungkook langsung tak bersuara hari ni, mungkin masih sakit hati dengan sikap dingin Kim Taehyung yang tak endahkan apa berlaku. Soo Hyun saem cuma mampu menggeleng kepala perlahan melihat tempat duduk kosong milik Mi Chul. Walaupun budak tu suka timbulkan kekalutan atau masalah, tapi dia percaya Mi Chul budak perempuan yang baik.
Kepala Minju perlahan lahan menoleh ke belakang, ketiadaan Mi Chul membuatkan dia berasa serba salah kerana terlalu lama merajuk.
Sunyi tak dengar suara budak senget tu.
"Kadang kadang, kita rasa kita tak ada sesiapa yang faham kita dalam hidup. Tapi kita lupa, ada yang sentiasa sokong kita. Siapa?" sesi pembelajaran Soo Hyun saem diteruskan, menekan isu yang agak emosional.
"Kawan."
"Bila kita jatuh, dia ada. Bila kita gembira, dia turut tertawa. Bila kita seorang diri, dia teman. Tinggi nilai kawan ni dan kita kena hargai dia, macam mana? Kalau dia buat salah kita maafkan, kalau dia susah kita tolong, balas semula jasa dia. Tak elok selfish."
Minju dan Taehyung bagai termakan dengan kata kata tajam Soo Hyun saem. Walaupun Mi Chul masuk air, tapi kehadiran dia lah yang membuatkan garis gigi terlihat jelas.
Taehyung mula menoleh ke sisi, tempat duduk kosong itu ditatap. Ada bayangan wajah Mi Chul yang sedang tertidur di dalam kelas selepas menangis bergaduh dengan kawan baik dia.
Tak lama kemudian bayangnya terhapus bagai debu, menghilang.
"Hmm, lately hidup aku sendu, bosan dan menakutkan.. kadang kadang aku rasa semua tu memang betul akan terjadi. Tapi aku tak sempat nak halang."
"Mungkin sebab hari hari aku tengok kau. Aku rasa selamat. Eheh!"
Suara gadis itu bermain di dalam kotak fikiran Taehyung, dia akui yang sikapnya agak dingin dan menyebalkan. Tapi orang pertama yang mengganggu hidup dia tu, Park Mi Chul.
Jin mengangkat tangannya, "Saem kalau kita suka kawan kita sendiri macam mana?"
Mata Jungkook dan Minju terkebil kebil sendiri, dua dua simpan perasaan dekat kawan mereka. Walaupun hakikatnya tak sehati.
Menagih cinta orang yang berlainan dan apa yang lebih menarik, mereka saling tidak tahu isi hati masing masing.
"Eum, kalau macam tu kita kena belajar terima apa jua keputusan yang kawan kita buat. Tak semua benda kita boleh paksa, nak cakap pasal perasaan. Lagi lah sensitif dan mengelirukan. Kena lah untuk berfikiran terbuka, jangan mudah memberontak."
"Tak salah pun ada rasa suka, sebab perasaan tu lahir semula jadi. Kita sendiri tak mampu nak halang."
Jin mencuri pandang Namjoon bersama bawah bibirnya yang digigit perlahan, spek mata teropong angkasa tu sungguh menawan hati. Katanya budak lelaki tu sesuai dengan gaya yang ditampilkan. Rawr.
"Saem. Gay tak boleh kan." selamba Hobie menyampuk, nak musnahkan mood indah Seok Jin.
"Tak boleh!"
******************
♡
*******************
Senyuman mekar di bibir Daeul apabila hari ini dia ditemani oleh Taehyung. Mereka berdua sedang bertugas di dalam perpustakaan, ini lah antara punca kenapa dorang sering terlihat mesra bersama. Kalau kemana pun, ada muka pasangan tetap ni. Rasa berat pulak hati Daeul nak lepaskan jawatan tu nanti.
"Saya dah survey beberapa orang student yang boleh ganti saya as pembantu awak. Nanti awak pilih yang mana awak selesa, eoh?"
"Ganti Mi Chul." suara husky yang kedengaran mendatar itu bagai tersalah masuk gegendang telinga Daeul. Keningnya berkerut tidak setuju.
"Wae?"
"Dia nak."
"No. Sesiapa pun tapi bukan Mi Chul. Saya tak rasa dia boleh buat kerja, dan saya tak nak dia tambah beban awak lagi. Saya rasa dia selalu timbulkan masalah sejak saya setuju untuk tukar tempat duduk."
Taehyung bermain dengan jari jemarinya, diketuk pada permukaan meja, "Tolong dia. Aku nak kau tolong dia kalau dia tak tahu. Saem kata itu maksud kawan."
"Tapi.."
"Mi Chul bukan kawan kau?"
"Aniya! M.. Memang lah dia kawan saya."
"Kalau macam tu jangan ubah pandangan aku dekat kau, aku cuma nampak kau budak perempuan yang baik."
Daeul menundukkan wajahnya, rasa terkurung bila dia tak boleh nak luahkan apa yang dia rasa dan pendam. Perasaan sekian lama terhadap lelaki pendiam tu sememangnya sukar untuk digambarkan. Lebih lebih lagi asyik terngiang kata kata Mi Chul yang Taehyung akan reject dia.
Walaupun sepatutnya dia tak perlu percaya.
"Tapi kita boleh suka kawan kita sendiri." perlahan Daeul mengeluarkan suaranya.
"Eoh?"
"Awak cuma nampak saya sebagai budak perempuan yang baik?"
Mata Taehyung terkebil kebil seperti menghantar mesej apa yang dia patut nampak selain benda tu. Tak ada pandangan lain yang mengaburi matanya walaupun Daeul seorang yang sangat cantik dan manis. Namun rupa mewah itu tidak memberi kesan lain.
"Aniya. Lupakan."
******************
♡
*******************
"HAHAHAHAHA! Ya ampun kelakor siot! Asal dia pakai macam tu! HAHAHAHA!" terbahak bahak aku gelak bila dah lama tak tengok kartun dekat rumah di hari cuti yang berbahagia. Walaupun dahi dah bertampal cool-fever tapi tetap tak sedar diri.
"Agassi."
"HAHAHAHA PALEOTAK."
"AGASSI."
Kelam kabut aku matikan suara laptop, "Naip ahjumma?"
"Ada kawan kawan agassi datang melawat. Dah boleh izinkan masuk?"
"BWO? Nugu?!"
"Minju dan Jungkook."
"ALAMAK KEJAP. 5 MINIT." aku terus tutup muka laptop kemudian menyeretnya sehingga jauh kemudian merosakkan rambut persis member member mak lampir. Bibir digosok kuat sehingga menjadi pucat dek kerana aku macam popcorn tadi. Dah selesai aku rebahkan badan pada tilam.
Selesai! Fuh! Adventure!
"Mi Chul..?"
Aku acacah pejam mata.
"Dia tak tidur pun. Masuklah."
SPOILLLLL. Hmm, ahjumma Shim memang jarang berada di pihak aku ya. Kalau si Jack opah tu boleh handle lagi. Tapi yang seorang ni tegas sebab dah lama bela aku. Terpaksa lah redho dengan membuka kelopak mata, penuh ruang mata dengan raut wajah bimbang dua orang bespen forever.
"Tsktsk! Uri Chul!" Minju terus mendakap tubuh aku teresak esak, "Mianhae chingu-ah! Aku sedar aku salah sebab merajuk lama lama! Jebal jangan tinggalkan aku! Tahu tak aku risau macam apa bila dengar kau sakit!"
"Aigoo. Gwaenchana. Demam ringan jew. Tak ada hal sangat lah." mata aku beralih ke arah Jungkook yang cuma membisu. Lalu Minju menerkup pipi aku, memastikan yang keadaan aku seratus peratus baik.
"Jungkook-ah. Mianhae sebab marah kau semalam. Hope kau tak kecik hati."
"Gwaenchana. Aku salah sebab tengking kau dulu." ujarnya. "Nak peluk jugak." dia mencebik bibir mengada seraya mendepang kedua belah tangan.
"Meh." kami bertiga saling berpelukan mesra seperti buat reunion setelah 20 tahun tak berjumpa. Aku tak pasti apa yang dorang belajar dekat sekolah tadi sampai masing masing insof dan belajar menghargai aku yang agak kesenduan hidup ni.
Baru nak acacah sakit supaya dorang kesian. Tsktsk.
"Eum Chul. Macam mana dengan mimpi kau tu? Kau masih rasa ada kaitan dengan Taehyung?" soal Minju.
Kepala diangguk, "Eoh. Masih. Sebab apa yang aku nampak semuanya betul dan aku nak terus percaya memandangkan aku mengalami anxiety dimana aku akan ma.. ti."
"Jangan lah cakap macam tu weh. Kau tahu tak aku risau macam apa?" bentak Minju.
"Chill. Aku cuma perlukan Kim Taehyung je. Urusan lain aku tak nak campur dah."
"Tak boleh ke kalau kita cuba abaikan mimpi tu?" Jungkook mencelah, "Maksud aku, selain effect degupan jantung mungkin kita boleh check benda lain? Aku tak rasa kau perlukan Taehyung dan kau pun tahukan layanan dia dekat kau macam mana."
"Alolo. Jangan lah risau sangat Kuk. Aku akan pastikan aku dapat jawapan tu nanti. Korang cuma kena support aku je okay?!"
Mereka berdua saling berpandangan kemudian mengangguk lambat, "Arraseo."
Sebab, ada sesuatu yang aku nampak untuk hapuskan mimpi ni.. dan korang tak akan tahu.
******************
♡
*******************
Dicuba sedaya upaya tetapi tetap tak boleh nak kawal senyum tu dari naik terus ke telinga. Ini semua sebabnya sekarang Mi Chul dah berjaya dilantik sebagai pembantu pustakawan yang akan mengurus tempat tu menggantikan Daeul. Walaupun tak rela, tapi atas permintaan Taehyung terpaksa lah budak perempuan tu tunjuk ajar.
"Lepas tu bahagian ni hanya untuk novel, dan sebelah dia sastera. Tak boleh campur aduk sebab dah masuk dalam sistem. Nanti susah student nak cari." Daeul akhiri ucapannya kemudian menyerahkan kad yang akan tergantung di leher Mi Chul sebagai orang penting.
Hampir 20 minit cuma mulut Daeul yang berbuih bagi keterangan dan Mi Chul mengangguk serta mencatit nota.
"Hekhek gomawo Daeul-ah."
"Eoh. Goodluck." dia melambai ringan kemudian berlalu pergi untuk menghadiri pertemuan pertama dengan kelab kraftangan. Menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya pada Park Mi Chul.
"Naip! Annyeong!!" dengan semangat dia mengeluarkan telefon pintar kemudian menghenyak punggung pada kerusi, sengihan di bibir masih belum terpadam.
MiChulope
>> aku dengar kau yang suggest aku supaya bertugas dekat sini ><!!
>> kau dah suka aku iyeken iyekennnnn!!
seen
Bola mata Mi Chul mengecil tajam. Siapa lagi yang berani palau dan merosakkan mood indah budak perempuan tu kalau bukan Kim Taehyung,
"Oh, mesti dia kerja. Hmm." seloroh Michul sendirian. Teringat yang Taehyung balik awal sebab kerja separuh masa. Sedangkan team basketball pun dia boleh left, apatah lagi nak datang library. Cara dia bertugas cuma penuhkan hujung minggu dengan berada dekat tempat ni.
"Chul-ah!"
"Eoh! Minju!!"
"Kemain sekarang hakuck hakuck buku. Aku datang nak jengah je, dah nak gerak bilik seni ni. Nanti apa apa roger lah."
Mi Chul terhambur gelak, "Yashe yashe je. Eum aku rasa tak boleh lah balik dengan kau harini. Sebab banyak buku baru aku nak kena susun dekat rak. Taehyung tak ada harini."
"Oh ye lah. Jumpa esok! Annyeong josimhae!"
"Eung! Josimhae ga!"
Senyuman nipis diukir, Michul kembali memenuhkan tangki semangat yang berkobar dalam dirinya bingkas memulakan tugas. Baru 10 minit susun buku dah mula sakit pinggang. Terbongkok bongkok macam mak nenek hampir nak merungut tapi dia batalkan niat dengan segera sebaik sahaja terbayang wajah Kim Taehyung.
Ting! Idea muncul di benak fikiran.
Gadis itu mula menaikkan telefon pintarnya sesambil menekan butang kamera. Ckik!
MiChulope
>>
>> taehyung-ah help me juseyongg, parcel buku baru ni tak ada cop. nak buat macam mana 👉🏻👈🏻
Taeheol 💜
>> -_-
MiChulope
>> buang ke
Taeheol 💜
>> yah hajima!
>> letak tepi. nanti aku uruskan.
MiChulope
>> hekhek arraseounggg
Tersengih sengih sendirian.
Akhirnya Taehyung nak balas mesej budak perempuan tu walaupun sebenarnya sibuk bekerja. Dia risau juga Michul sorang sorang selesaikan masalah kemasukan buku buku baru tu. Tapi harapnya tak ada benda buruk yang terjadi.
"Ahh penatnya!"
Niat nak rehat 5 minit, malangnya Michul terlena untuk sekian lama.
******************
♡
*******************
DRumm!! DRumm!!
Bunyi guruh berdentum mengejutkan Michul yang sedang lena. Dia mencelikkan kelopak mata berulang kali seraya melihat pandangan yang hanya bertemankan warna gelap. Dengan pantas dia mengesot tergesa gesa ke penjuru dinding. Kedua belah kaki dipeluk erat ketakutan.
"E.. Eomma.. Eomma..."
Bawah bibirnya bergetar. Dia tak tahu yang dia dah lama terlanjur tidur di bahagian rak yang belakang. Pengawal memikirkan bahawa semua pelajar sudah pun balik lalu dia mengunci tempat tersebut memandangkan hujan mula membasahi bumi sejak sejam yang lalu. Sekarang langit pun dah berubah gelap. Lampu terpadam. Langsung tak ada cahaya selain sinaran bulan dan lampu jalan dari arah tingkap.
"Tolong saya..." perlahan suara terketar ketar itu meminta bantuan. Akibat terlalu takut dihantui dengan kisah silam, Michul memberanikan diri berlari ke arah pintu keluar, namun hasil yang dia dapat adalah gagal.
"Bukak pintu! Ahjussi! Ada orang dekat dalam! JEBAL!!"
Namun jeritannya tidak kedengaran dan kedap.
DRumm!!
"Arghh!!" Michul rebah ke lantai. Seluruh jari jemarinya menggeletar ketakutan, bagai ada roh lain yang mengawal. Iris sudah pun berkaca mengalirkan air mata.
"Tolong... eomma... appa.."
DRumm!! Berderam derum petir memanah bumi. Setiap kali bunyi dentuman itu meletus, Michul merasakan yang dia tiada harapan. Tetapi demi menyelamatkan diri, gadis itu berusaha mencapai telefon pintarnya lalu menekan butang call.
Taehyung tidak menjawab akibat sedang membuat penghantaran dan meredah hujan menggunakan motosikal.
Menggigil Michul menekan keyboard.
MiChulope
>> selamatkn saya
Dia cuba menelefon Jungkook tetapi hanya missed call. Mungkin budak lelaki itu tidak mendengar ringtone yang memanggil. Michul putus asa kemudian melempar telefon ke tepi. Dia paling benci hujan dan berada di tempat yang gelap pada masa yang sama.
Ini semua berpunca kisah silam yang buruk.
Kebetulan Taehyung berhenti di pinggir stesen bas kerana sudah basah kuyup. Dia berteduh lalu mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar. Keningnya berkerut melihat panggilan masuk dari Michul dan mesej yang dihantar.
Dia cuba menelefon tetapi budak perempuan itu tidak menjawabnya. Bawah bibir diketap bimbang. Sebaik sahaja dia teringat sesuatu ketika memandang langit, Taehyung terus menghidupkan semula motosikalnya lalu menuju ke sekolah.
Begitu juga dengan Jungkook yang barusan keluar dari bilik mandi dan menyalin pakaian. Dia bingung kenapa Michul menelefon dia pada waktu begini dan matanya terbuntang luas sebaik sahaja menyedari situasi yang mungkin sedang berlaku.
Mereka berdua menuju ke tempat yang sama, untuk mendapatkan budak perempuan yang sama.
"Ahjussi! Ada orang dekat dalam!"
"Jinjja?! Masuk pergi ambil dia!"
Taehyung tiba terlebih dahulu, dia dan pengawal sekolah berlari mengorak langkah ke arah perpustakaan. Segala gari dibuka dengan kunci yang tersedia ada. Kaki Taehyung tak senang duduk dan asyik tersengguk sengguk ingin melihat keadaan Michul.
Prang! Kunci terbuka.
Taehyung orang pertama yang menerpa masuk ke dalam tempat itu. "Yah Park Mi Chul!"
Tubuh yang lemah itu dia raih penuh bimbang, sementara Michul lambat lambat mengesan lelaki di hadapan mata. Sepatutnya dia perlu masuk ke dalam dakapan Taehyung dan keluar dari kepompong yang melemaskan itu tetapi lain yang jadi apabila bayangannya berubah ketika mereka berusia 8 tahun.
Raut wajah Taehyung sekarang berubah jauh lebih muda, di tepi jalan, bersama baju putihnya.
Michul takut, dia enggan.
"Yah.. gwaenchana. Kaja.." Taehyung cuba memujuk tetapi Michul malah lebih takut, bibirnya terketar sendiri menjauhi tubuh lelaki itu.
"Mi Chul!" Jungkook tiba sedikit lewat dengan nafas yang tercungap cungap, turut mandi untuk kali kedua dengan air hujan.
"Jungkook-ah..."
Apa yang berlaku, Michul masuk ke dalam dakapan Jungkook dan menerima lelaki itu supaya menyelamatkannya berbanding Taehyung yang tiba lebih awal. Ini semua kesan dari kisah silam yang menakutkan.
Sejak kejadian 10 tahun lepas, Michul mula memasang rasa benci pada lelaki bernama Kim Taehyung dan lelaki itu turut merasakan hal yang sama. Mereka tetap saling membenci dan tiada apa mampu ubah fakta tersebut.
Tapi sejak Michul sendiri cuba membuang rasa benci dan mendekati Taehyung demi mempercayai mimpinya, malah mereka berdua sendiri keliru dengan perasaan masing masing.
Kenapa Kim Taehyung orang pertama yang dia nak lelaki tu datang dan selamatkan dia?
Kenapa budak perempuan tu membuatkan jantung Taehyung hampir berhenti disebabkan terlalu bimbang dan takut?
Sedangkan mereka cuma, musuh.
_________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top