Chapter 7
♡ ; sorry guys menyepi lama ㅠㅠ mungkin ramai dah lupakan LBSLP. tsktsk. chan akan start daily update sampai abis. ehek. 🥺✨
***********************
♡
************************
Walaupun bagaikan mimpi, terima mesej yang ayatnya sopan dari Kim Taehyung telah pun membuatkan jantung aku berdegup laju. Biar betul ini budak lelaki sebelah meja? Itu lah persoalan yang asyik berlegar sepanjang aku menyarung hoodie dek kerana cuaca di luar teramat lah sejuk ya.
Mana dia dapat nombor aku? Okay, mungkin dari Park Jimin atau Jeon Jungkook. Itu tak penting, kenapa dia nak jumpa aku malam malam macam ni? Esok kan ada.
ENTAH ENTAH dia tahu aku beli 30 set chicken tak?! Aaaongok lah, tak akan cepat sangat kantoi? Aku buat kerja clean and fresh kot?
"Agassi nak pergi mana tu?" soal Jack opah si pengawal peribadi seketika kami berlaga di hadapan pintu masuk. Soalan dia mengeluarkan sengihan pendek pada garis bibir sementara mendongak sedikit.
"Nae? Eohhh, nak jumpa member jap. 10 minit je. Please?" aku merayu dengan mengepit suara agar lelaki ni berasa lebih kesian dan tersentuh hati. Sebenarnya aku memang tak boleh ke mana mana tanpa pantauan si Jackson. Semua benda dia kena report dekat bapak aku, itu yang kadang kadang kena panjat pagar rumah sendiri sebab tak nak kena follow.
"Seulpeohajima no no no. Tak boleh agassi ku sayang. Dah pukul 8, agassi cuma dibenarkan keluar malam hanya untuk ke tuition sahaja. Hari ni tak ada kelas tak bermaksud agassi boleh keluar sesuka hati." ujarnya tanpa ada terbit rasa kesian secebis pun untuk aku.
Bawah bibir diketap, otak mula berfikir. Takkan aku nak kecewakan Taehyung yang aku tak boleh keluar sekarang? Mana boleh, macam mana aku nak beli cinta dia kalau aku tolak tawaran yang seribu tahun sekali terjadi tu.
Haritu aku dah pernah mintak dekat appa yang aku nak jumpa Jungkook. Kalau mintak lagi kalini memang mintak penampor agaknya.
"Jebal~~? Sekejap jeee. Serius 10 minit. Chul errr Chul nak cakap sekejap je dengan dia."
"Kan boleh cakap dalam phone?"
"Andwae! Nak kena tengok muka dia. Sebab dia handsome tau, rugi tak tengok depan depan." lah tibeh aku bagi alasan tak masuk akal. Jackson mengerutkan dahinya seraya bercekak pinggang. Aku tak rasa nak berlari sekarang sebab dah malam, kalau kena tangkap pun sesia je.
"Jungkook? Nak jumpa budak lelaki tu ke?"
"Haah. Haah."
"Arraseo."
"YAH CEPAT SIOT."
Tik tik tik. Jack opah dah pasang timer 10 minit seperti yang dijanjikan. Aku apa lagi, tanpa fikir panjang terus larikan diri sepantas yang boleh. Laju betul dia ni buat kerja, patut lah appa percaya sangat. Tak pernah mengecewakan.
Kim Taehyung, mu tunggu aku dateng.
***********************
♡
***********************
Keluhan nafas tercungap cungap dihela. Akhirnya aku berjaya tiba di taman seperti yang dijanjikan. Kepala tersengguk sengguk mencari bayang lelaki bernama Kim Taehyung. Tapi bukan setakat bayang, habuk pun tak ada. Jangan kata aku kena scam nyah.
"Mana dia ni. Dah lah 10 minit je."
Taptap. Bahu aku disentuh dari belakang, tanpa fikir panjang aku menoleh. Penuh ruang mata dengan riak wajah Taehyung yang sudah bosan menanti.
"Hehe mian lambat." ujarku. Tidak bersuara Taehyung cuma mengulurkan buku nota kemudian membuka langkah untuk pergi. Tetapi aku lebih pantas menghalang dengan memaut lengan lelaki itu.
"Yah. Sebab ni je kau nak jumpa?"
"Eoh. Apa yang kau harapkan?" balasnya mendatar.
"Wait, macam mana kau ada buku aku?"
"Tak sengaja terambik sebab aku hadang— ani, molla. Ada latihan yang kena guna buku tu dan hantar esok. Sebab tu aku pulang. Ga." selesai terangkan apa yang dia nak cakap sekali lagi Taehyung buat cubaan untuk pergi. Tak mengalah, aku mengadang jalannya dengan berdiri tepat di hadapan.
"Patut lah saem tak nampak aku tidur. Kau hadang rupanya! Atotooo, kau dah jatuh cinta dengan aku ye?! Ahuck!"
"Pikyeo." dia menunjal dahi aku kemudian menggunaan ruang lain untuk meneruskan langkah kaki. Hidup tanpa mengenal erti putus asa merupakan motto aku sekarang, jadi aku masih nak berduaan dengan dia. Bukan selalu peluang macam ni. Abaikan je timer 10 minit tu.
"Kim Taehyung, aku suka kau. Tapi kenapa kau tak nak terima?"
Dia cuma membisu dan abaikan.
"Hmm, lately hidup aku sendu, bosan dan menakutkan.. kadang kadang aku rasa semua tu memang betul akan terjadi. Tapi aku tak sempat nak halang." sambung aku lagi. Walaupun dia tak faham pasal mimpi yang menghantui aku tu, aku tetap nak luahkan.
"Mungkin sebab hari hari aku tengok kau. Aku rasa selamat. Eheh!" sengihan panjang menghiasi bibir. Malangnya Taehyung langsung tak kisah. Tak apa dah biasa.
Sebaik sahaja kami melewati sebuah kedai runcit yang terang menyala, lelaki itu berjalan masuk ke dalam tempat tersebut. Ada sesuatu yang perlu dibeli, jadi aku cuma menunggu di luar. Dia tu nak masuk pun tak nak bagitahu. Kedua belah tangan memeluk diri sendiri dek kerana deruan angin terlalu sejuk. Buku nota tu aku buat hadang sebahagian muka. Bibir menguntum senyuman seketika lagak tenang Taehyung melangkah keluar dari kedai.
Entah kenapa, senyuman aku sekarang betul betul ikhlas. Sebab dia datang dekat aku. Kim Taehyung tengah jalan untuk dapatkan aku.
Senyuman mati sekelip mata apabila ada satu tin hangat ditekap pada dahi. Lambat lambat buku nota tadi aku turunkan. Tak cukup dengan dahi, Taehyung tekap badan tin pada bahagian pipi aku. Mata tak berkedip menilik wajah fokus dia. Terpadam rasa dingin yang menyerbu, hangat dengan perbuatan dia.
Jantung aku.
"Nah." dia mengulur minuman tersebut. "Nak aku hantar balik?" suara serak basah itu bertanya menanti jawapan.
Reaksi aku sekarang seperti sedang diserang dengan cinta Kim Taehyung. Kenapa dia kena jadi manis tapi dengan lagak cool macam tu?!
"E..Eoh.. gomawo. Em tak payah lah hantar balik. Dah dekat dengan rumah. Kau balik lah. Jumpa esok! Annyeong, josimhae!" aku menyambut tin di tangannya kemudian berlari meninggalkan kawasan tu. Tak nak bagi dia nampak yang muka aku dah mengebas disebabkan dia.
Kim Taehyung.. kenapa aku rasa aku betul betul dah suka dia?
Okay tak pun.
**********************
♡
**********************
Hari ni aku rasa segar semacam.
Mungkin sebab kepala aku sekarang dah timbul satu idea baru iaitu nak daftar sebagai pembantu pustakawan. Sebab utama dah tentu lah Kim Taehyung. Dia tu ketua pustakawan, dulu pembantunya Daeul.
Dengar cerita budak perempuan tu nak tukar kelab masuk kraftangan yang membosankan tu. Ini lah peluang aku untuk merebut tempat kosong. Walaupun sebenarnya aku tak rela, bayang lah muka macam aku ni jaga library. Sentuh buku pun jarang jarang, lagi nak sibuk menyusun. Bukan setakat menyusun, banyak lagi kena belajar.
Haih, ini semua demi Taehyung.
Kalau aku tak dekat dengan dia, mungkin jantung aku boleh drop lagi.
Beg yang hampir melorot jatuh aku naikkan talinya mengena bahu. Senyuman melebar mekar sebaik sahaja terlihat bayang Taehyung yang sedang berjalan tenang masuk ke perkarangan sekolah. Tangan dia sibuk melakukan sesuatu. Tanpa berlengah aku pun terus berlari untuk dapatkan dia kemudian menerjah belakang badannya dengan tamparan kedua tapak tangan kuat.
"KIM TAEHYUNG!"
Tindakan aku menyebabkan beg lelaki itu jatuh terhempas ke tanah. Mata aku membulat apabila ada pil yang turut terabur mendarat, dah jadi kotor. Mungkin sebab Taehyung tadi pegang benda tu. Tubuh kami berdua terpaku sejenak.
"M..Mian! A.. Aku.."
"Kau." Taehyung memejam matanya rapat, tampak kesal dan sakit hati. Tetapi dia tak lepaskan kemarahan malah meragut beg sekolahnya serta botol pil kemudian berjalan tinggalkan aku. Jelas dia memang marah sekarang.
Gila.
Aku dah buat kesalahan besar. Separuh dari botol pil tu dah berterabur dekat atas lantai.
Tsktsk. Eotthokee.
"Chul kenapa ni?" Jimin muncul bertanyakan soalan sebaik sahaja dia melewati tempat aku sedang berdiri.
"Aku tak sengaja terlanggar Taehyung. Ubat dia jatuh..."
"J.. Jinjja?! Aigoo Mi Chul. Masalah lah kau ni. Aku kan dah kata jangan tambah beban dia? Kau tahu tak ini mesti pil yang Taehyung bagitahu aku semalam." ujar Jimin dengan nada suara yang sedikit tinggi.
"P.. Pil apa."
Dia menghela keluhan, "Ini pil yang Taehyung beli untuk mak dia guna gaji yang dia dapat semalam. Pil tu mahal kau tahu tak. Mak dia dah keluar hospital sebab tu dia struggle nak belikan ubat ni."
"W.. Weh macam mana ni!" aku menarik narik blazer milik Jimin sekuat hati. Malangnya tangan aku ditampar teruk oleh Hwayoung yang entah muncul dari mana.
"Jangan sentuh boyfriend orang."
"AGHH." jeritan tu dibuat demi hilangkan rasa yang terbuku di dada.
"Taehyung-ah MIANHAE!" aku mengejar bayang lelaki tu dari belakang walaupun dia dah menjauh. Laju gerak kaki sehingga tiba ke dalam kelas. Dia ada dekat tempat duduk tu.
"Taehyung-ah.. maafkan aku. Lepas ni aku dah tak terjah dah. Aku tegur elok elok. Serius aku tak tahu kau tengah pegang benda tu.." suara aku memujuk tetapi dia langsung tak endah. Nampak yang Taehyung betul betul marah sekarang dan bina dinding antara aku dengan dia supaya tak ada komunikasi.
Serba salah menerpa diri.
"Aku cuma nak bagitahu kau.. aku nak jadi pembantu pustakawan. Itu je. Tapi aku tak sengaja buat kau jatuhkan benda tu tadi. Kau jangan lah marah..." hujung lengan bajunya aku tarik perlahan tetapi dia rentap semula dengan kasar.
"Kau bagitahu aku nama pil tu nanti aku ganti. Serius."
"Aku sanggup buat apa je asalkan kau maafkan aku. Tak kisah lah benda bodoh sekali pun. Jebal?" bibir diketap sejurus Taehyung menghadiahkan aku jengilan mata yang tajam. Akhirnya dia toleh sebab dah rimas dengar suara aku agaknya.
"Gurae? Lepas habis sekolah aku nak kau berdiri dekat padang sambil pegang banner 'Mianhae.' sampai malam. Sanggup? Kalau tak, berhenti ganggu aku."
***********************
♡
**********************
Sekarang semua orang sudah pun mula tersenyum lebar dek kerana tamat sesi persekolahan untuk hari ini. Tetapi Mi Chul seorang diri di dalam kelas menulis sesuatu pada kertas kadbod milik si Namjan. Dia menggunakan marker dengan mencoret 'MIANHAE' seperti yang Taehyung suruh.
Disiapkan dengan tebukan tali, Mi Chul menyarung banner tersebut pada bahagian lehernya kemudian mengukir senyuman nipis. Berharap bahawa Taehyung akan maafkan dia, sebab kesalahan dia kali ni betul betul besar. Mungkin ini tanda tanda dia tak patut dapatkan cinta Kim Taehyung, malah mati je.
"Gurae. Aku bersalah. Tsktsk. Kaja."
Budak perempuan polos itu berjalan keluar menuju ke padang. Dia berdiri di tengah tengah pusat, tak tahu apa motif sedangkan semua orang dah balik. Tapi kelakuan Mi Chul ditangkap oleh Soo Hyun saem yang berada di dalam pejabat guru.
"Apa pulak Mi Chul buat dekat sana tu?!" tegur Soo Hyun saem.
"Pergi tengok dia saem. Ada ada je lah si Mi Chul ni." ujar si pengetua yang turut melewati tempat yang sama. Soo Hyun saem menunduk separa tubuh kemudian membuka langkah laju ke arah padang. Sempat kepala menggeleng kesal, pelik pelik budak zaman sekarang ni.
"Mi Chul-ah!"
"Eoh?! Saem! Annyeonghaseyo."
"Apa kamu buat dekat sini? Kan dah boleh balik? Apa ni, mianhae?"
"Em. Saya nak tagih maaf seseorang. Bagus lah saem nampak, jadi saksi tau? Saya kena stay sampai malam. Langit dah gelap nanti saya blah. Saem boleh abaikan saya macam hantu." ujar Mi Chul mesra membuatkan Soo Hyun saem menampar dahinya.
"Mi Chul pergi balik sekarang. Saya tak nak kamu berdiri dekat sini."
"Ala saem.."
"Now."
"Arraseo. Saem tak nak saya berdiri dekat sini, saya berdiri dekat sana. Hahahuck! Bye." Mi Chul terlompat lompat riang menuju ke bahagian pinggir padang. Tak tahu suis apa yang putus dekat dalam kepala budak tu agaknya. Tapi Soo Hyun saem dah tak mampu nak halang.
Saat.
Minit.
Jam.
Kian berlalu. Mi Chul masih setia berdiri walaupun ada beberapa orang budak lelaki yang datang semula ke sekolah untuk latihan memandangnya dengan riak aneh. Tapi itu semua tak lunturkan semangat dia untuk jalankan misi minta maaf dekat Kim Taehyung.
Jungkook sekali pun tak mampu nak halang Mi Chul supaya berhenti dan balik ke rumah.
"Kau boleh mati kesejukan dekat sini. Ikut aku balik." arah Jungkook yang sudah menyarung blazer miliknya pada tubuh budak perempuan itu. Tetapi malah Mi Chul enggan dan menolak.
"Shireo. Aku.. dah buat salah."
"Boleh tak kau jangan degil? Kenapa kau sanggup buat macam ni demi si Kim Taehyung tu?!"
"Kenapa kau nak marah marah ni! Pergilah! Aku tak kata pun aku perlukan bantuan kau!"
Jungkook terletus tawa kesal apabila dia ditengking kembali, tak percaya dengan sikap Mi Chul. Dia meragut beg serta botol mineral kepunyaannya kemudian berlalu pergi meninggalkan tempat tersebut.
Sebab aku suka kau.
***********************
♡
***********************
"Jungkook-ah kita boleh bincang! Jangan! Weh chill!" Jimin yang dah terlepas bagitahu tempat Taehyung bekerja terus berusaha halang budak lelaki tu dari menyerang. Tapi semua tu dah tak penting, apa yang penting sekarang dia nak selamatkan Mi Chul yang ada kebolehan besar untuk jatuh sakit kalau dia masih bekeras nak buat bodoh tu.
Terlihat Taehyung sedang memasukkan kotak chicken ke dalam box motosikal miliknya, Jungkook datang tanpa menegur lalu mencengkam kuat kolar baju lelaki itu.
"Bwo?"
"Yaish. Aku nak kau pergi sekolah dan suruh Mi Chul balik. Kau tahu tak dia buat apa yang kau suruh semata mata nak tagih maaf kau?!"
"Dia layak."
"WO WO!" Jimin sempat menepis penumbuk Jungkook yang sudah naik dan hampir menyapa wajah Taehyung barusan tadi.
Kelopak mata dipejam, Jungkook melepaskan kolar Taehyung kemudian menguak rambutnya ke belakang. Keluhan berat dihela. Dia tahu dia cuma perlu berlembut dengan Taehyung.
"Jebal?"
"Aku tengah kerja." Taehyung menyambung tugasnya dengan menutup zip box tersebut tanpa memikirkan apa yang sedang berlaku.
"Kau seronok huh? Ada budak perempuan yang kejarkan kau dan kau boleh buat apa je dekat dia untuk puaskan hati kau?" suara Jungkook kembali kedengaran. Taehyung mematikan geraknya sejenak kemudian memandang langit.
"Wae? Sebab kau suka Mi Chul?" tenang nada husky itu bertanya, Taehyung menoleh ke belakang tepat memandang Jungkook.
"Kau boleh ambik dia Jungkook, sebab aku.. tak suka dia."
___________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top