Chapter 6
***********************
♡
***********************
Keluhan dihela.
Jungkook melangkah tenang masuk ke dalam rumah tetapi gerak kakinya terhenti dek kerana ada seseorang yang sedang berdiri menanti kepulangannya. Dia ialah ahjussi Jeon, bapa paling menakutkan walaupun di luar dia kelihatan amat mesra.
"Baru balik latihan?"
"Nae abeoji." sopan Jungkook membalas, kepala dijatuhkan pandangannya. Tidak mahu bersatu iris disebabkan terlalu gugup yang dia akan dimarahi. Setiap kali ahjussi Jeon pasang muka bengis, mesti akan ada sesuatu yang dia tidak puas hati.
"Kalau kamu kalah inner-match kali ni. Abeoji takkan diam. Dah lah akademik pun ke laut, sukan pun nak ke laut? Buat malu betul, yang hadap muka pengetua tu abeoji. Tahu?"
"Naip." pendek anak lelakinya menjawab. Dua ulas bibir diketap. Mula rasa tertekan dengan sikap ayahnya sendiri yang tak pernah faham akan kesulitan yang dia lalui. Pada ahjussi Jeon, dia merupakan pengarah terkuat Ggull High School. Tetapi prestasi anaknya terlalu memalukan pada pandangannya sendiri.
"Dah malas nak berkeras fizikal dengan kamu. Cukuplah main mental. Kalau pukul pun tak ada perubahan, harapnya pakai mulut ni kamu sedar. Kalau tak jugak, abeoji nak kamu keluar dari Ggull. Berhenti buat malu. Arraseo?"
Kali ni kata kata itu membuatkan Jungkook mendongak, "K..Keluar dari Ggull?"
"Eoh. Pindah sekolah."
"G..Geundae abeoji.."
"Tak ada alasan." langsung sahaja lelaki separa abad itu mengorak langkah tenang melewati Jungkook yang masih terpaku dengan ugutan mulut dari si ayah. Memang berkesan untuk buat dia berasa takut.
Kalau keluar Ggull, itu cukup memberi maksud yang dia tak boleh dekat dengan gadis mereng bernama Park Mi Chul.
***********************
♡
***********************
Hidup tanpa seketul Im Minju membuatkan hari aku sangat bosan. Masa cuti, memang lagi lah sendu, aku main game pun sorang je. Lepas tu team nub namampus. Stress ya ampun rasa nak mencarut satu kamus. Ajak Jack opah pun dua kali lima kenubannya kalau ada perkataan lain selain nub yang tinggi levelnya boleh lah cop dekat dia.
Masa makan siang pun aku tak turun kantin, duduk tangga dekat gelanggang tu je ha cuci mata.
Jungkook? Sibuk dengan latihan. Lagipun dia jarang lepak dengan aku, sebab dia pun ada member lelaki. Kadang kadang je kitaorang rapat.
Ke manakah semangatku untuk ke skul.
Tali beg yang hampir terlorot aku betulkan semula posisinya dengan lemah.
Langkah kaki aku terhenti, kemudian mengundur beberapa tapak ke belakang dengan kening yang berkerut bingung. Mata tertancap pada satu susuk tubuh figura yang amat dikenali iaitu Park Jimin.
HEOL. KANTOI CURANK.
Benda benda berharga macam ni kita memang tak boleh nak lepaskan. Kegunaan untuk masa depan amatlah hebat. Jadi aku mengeluarkan telefon pintar dari dalam poket blazer lalu diangkat mengambil gambarnya bersama seorang junior perempuan.
Aku tak pasti lah siapa dan tak nak tahu pun.
Kcek.
Cun. Ini kalau Hwayoung tahu, goodbye Jeman, han namja ga iseoo neol neomu saranghae~
Tiba di kelas, mata aku tertumpu pada Minju sedang duduk seraya bermain dengan phone. Bila aku toleh dekat budak lelaki belakang dia iaitu Kim Taehyung, dia tengah tidur. Dah lah haritu cakap nak goda aku. Lepas tu dia jentik dahi aku sambil kata 'Jangan harap.' Pucek.
"Annyeong." aku melabuhkan punggung. Namun mata dia langsung tak bergerak, fokus betul tidur. Dah lah menghadap aku. Nak tak nak terpaksa lah aku usha sekejap.
Tangan aku naik melambai lambai. Lena teghuk.
Tanpa menanti, aku ikut membetulkan posisi sama sepertinya. Meletakkan kepala di atas meja dengan bersandarkan satu tangan kanan di atas. Wajahnya dari kelopak mata turun ke hidung dan bibir. Apabila berhenti di titik tu, jantung aku seperti bertendang. Tekak bergerak menelan liur.
Betul lah, tengok dekat dekat dia ni handsome.
Bahaya.
"Yah Taehyung-ssi. Aku bosan. Bangun lah." perlahan suara aku memanggil. Tapi dia memang tidur betul.
Pelajar contoh jenis apa ni.
"BANGUN. Mowning saem!"
"Morning. Duduk." Soo Hyun saem sedang sibuk mengambil kehadiran. Disebabkan ada terbit satu rasa kesian dalam hati aku yang suci murni seharum downy, buku teks milik Taehyung tu aku naikkan mengadang dirinya dari kelihatan oleh Soo Hyun saem. Tak tipu kalau tidur dekat meja kitaorang ni memang jarang kantoi sebab saem spesis pemalas nak bergerak.
Tapi entah kenapa bila aku ternampak Daeul yang tengah berbual dengan Soo Hyun saem tu membuatkan rasa curiga. Iris aku melihat Taehyung.
"Cih. Kau penat sebab dating dengan Daeul?"
Ni mesti pasal yang hari Sabtu bagai tu. Tak tahu pahal marah membuak buak, tanpa fikir panjang aku jatuhkan buku teks tu kemudian mengangkat satu tangan tinggi ke atas. Menarik perhatian Soo Hyun saem.
"SAEM. Taehyung tidur."
"Kim Taehyung!"
Padan muka.
Lelaki tu mencelikkan matanya berulang kali seraya meregangkan badan. Dia terus berdiri apabila Soo Hyun sudah pun menjengah tempat duduk kami. Tubuhnya ditunduk 90 darjah sebelum meminta maaf.
"Dah lah kamu skip latihan weekend. Macam mana saya nak pertimbangkan masalah kamu ni? Kamu kata mak kamu dah keluar hospital." perlahan sahaja Soo Hyun menutur, hanya aku dan Taehyung yang mampu dengar.
"Joseonghamnida."
Aku terus pandang depan bila dia jengil mata tajam. Memang niat aku nak tolong dia tapi bila fikir yang dia tidur sebab dating dengan Daeul membuatkan rasa kesian tu hilang sepantas 1 saat.
Jap, kenapa aku nak kisah kalau dia dating dengan Daeul pun?
***********************
♡
***********************
"Jangan lupa siapkan soalan yang saem dah sertakan. Jumpa esok."
"NAE."
Setelah habis kelas Taehyung kembali meletakkan kepalanya di atas meja, sepanjang sesi pembelajaran pun aku perasan yang dia tak fokus. Asyiklah tenyeh kelopak mata. Tak kan lah dating sampai penat macam tu sekali.
Menyampah.
"Yah." panggilan suara garau yang lemah tu membuatkan aku ragu ragu nak menoleh. Tapi disebabkan aku tak nak timbulkan masalah, kepala diteleng memandangnya seraya mendongak dagu.
"Bwo?"
Taehyung tak membalas malah matanya tercelik celik perlahan kemudian tertutup rapat, kening aku berkerut bingung. Dia panggil sebab nak suruh aku tengok dia tidur atau dia memang dah fikir nak marah aku pasal tadi?
SREK.
Bahu aku tersentak apabila kerusi Jungkook dengan kasar ditolak ke belakang, budak lelaki itu bangun kemudian menuju ke arah meja Kim Taehyung yang sedang lena. Jantung aku berdegup laju apabila reaksi muka dia agak menggerunkan. Jungkook jarang buat riak macam tu. Bawah bibir digigit sesambil mengekori langkahnya.
Semua orang terkejut apabila kolar belakang uniform Taehyung ditarik dengan kasar sehingga dia bangun.
"Yah Jeon Jungkook. Kau ni tak sopan betul buat orang macam tu!" aku bersuara dengan nada tinggi sementara Taehyung sedang cuba menyedarkan diri dia.
"Kau boleh tidur? Kau tahu tak team huru hara sebab kau?" dia langsung tak pandang aku tapi masih meluru pada budak lelaki sebelah. Taehyung menghela keluhan, hujung kening dihadang lelah. Aku perasan Jimin dah bangun dari duduk sebab nak halang Jungkook.
Oh. Ni mesti kes skip latihan.
"Aku keluar." Taehyung cuba untuk kembali tidur tetapi geraknya dimatikan oleh Jungkook dengan cara yang lebih kasar.
Berdiri budak lelaki tu apabila kolar bajunya digenggam sepenuh tenaga. Tangan pendek Jimin terkapai kapai ingin menghentikan mereka. Tapi aku tengok budak lelaki lain macam okay je kalau dorang gaduh. Mungkin sebab dorang faham situasi Jungkook dan berada di dalam kasut yang sama.
"Yah. Kau fikir kau keluar boleh selesaikan masalah ke?! Kau nak lepaskan semua bala macam tu?!"
"Habis apa yang kau nak? Kau marah sebab aku yang jadi leader dan bukan kau. Tak ada apa yang kau boleh buat untuk Ggull. Geuji?"
Kali ni baris ayat Taehyung betul betul membuatkan perasaan Jungkook meluap dan tak mampu nak tahan diri dia sendiri selain menghadiahkan penumbuk di wajah bersih milik Taehyung. Ada satu cecair merah yang keluar menyapa. Puas hati Jungkook agaknya, aku pun tak tahu siapa yang salah sebab tak dengar dua dua belah pihak. Aku cuma tahu situasi Jungkook. Memang betul dia selalu kena marah dengan ahjussi Jeon. Aku faham Jungkook stress.
Mata aku menangkap Daeul yang dah tak tahan dengan sikap classmate, tak ada sorang pun berani maju untuk bantu Taehyung. Tak nak benda tu terjadi, cepat cepat kedua belah bahu Taehyung aku sentuh.
"Yah gwaenchana? Kaja." aku perasan yang perangai acacah baik ni menarik perhatian semua orang termasuk Jungkook sebab tak backup dia. Tapi aku cuma tak nak tengok Taehyung rapat dengan Daeul sebab nanti jantung aku sakit siapa nak settle.
Tak tahu apa pandangan Minju dekat aku sekarang tapi mi ane, Chulgonis rakluh.
***********************
♡
***********************
Sekarang kami berdua dekat bilik rawatan, niatnya memang nak tempel plaster dekat hujung bibir dia. Tapi Taehyung buat benda tu sendiri sebab budak lelaki ni tak rela aku jadi heroin agaknya. Hyo Joo saem pulak cuti harini, terpaksa jalan own service.
Struggle dia nak pastikan yang posisi plaster tu betul untuk dia lekat sepenuhnya. Cara dia tu mendatangkan kemarahan dekat aku sebab lambat gila macam siput. Sakit pulak hati.
"Ish. Sini lah." aku merampas plaster tu dari tangan dia kemudian mendekatkan jarak sedikit untuk memasangnya. Siap.
"Tu pon susah?"
"Keluar." sebaik sahaja Taehyung dah get ready nak tarik selimut aku halang dengan memegang kedua belah lengannya kuat. Dia dah terasa macam tak ada tenaga tapi aku kena jugak bebel.
"Yah. Aku nak kau mintak maaf dekat Jungkook. Dia tu bukannya hamak nak jadi leader tapi perangai kau ni memang tak sesuai jadi leader tahu tak? Dia terdesak. Kalau dia kalah, nanti ahjussi Jeon marah. Kau apa tahu?"
"Aku dah kata aku keluar." suara Taehyung memang malas nak layan aku atau fikir apa apa sekarang tapi selagi tak dapat jawapan aku kena push jugak. Kesian aku tengok muka Jungkook tadi, dia tak nak pun berkasar tapi aku faham dia betul betul terpaksa. Lagi lagi berhadapan dengan manusia macam ni.
"Kalau kau keluar, habis team tu macam mana? Kau nak biar dorang kalah? Boleh tak kau bagitahu aku apa sebenarnya masalah kau?"
"Kenapa kau sibuk dengan masalah aku?"
"Sebab aku nak beli sesuatu dari kau."
Taehyung tertawa pendek, "Aku tak ada apa apa yang kau boleh beli. Bwo? Kau nak beli kepandaian aku? Mimpi." dia akhiri dengan menunjal dahi aku. Tetapi aku tak mengalah dengan menerkup kedua belah pipi lelaki tu.
"Cinta. Aku nak beli cinta kau. Syaratnya kau cuma boleh pandang aku. Kau tak boleh dekat dengan perempuan lain, contoh terdekat Daeul. Itu je. Berapa pun harga aku bayar."
Tiba tiba dia tak berhenti tenung aku, rupanya aku baru teringat yang tangan aku dekat pipi dia. Ragu ragu aku lepaskan seraya berdehem menghilangkan rasa janggal. Perit liur ditelan dalam diam. Keluhan nafas dihela perlahan, jantung aku terasa segar.
"Michin yeoja."
"Aku serius!"
"Siapa ajar kau cinta boleh beli? Kau fikir semua benda boleh beli dengan duit kau yang berkepuk tu?"
"Cerita ni romance bukan melodrama. Tak payah nak jiwang sangat. Aku betul betul nak cinta kau. Tahu tak kalau kau rapat dengan perempuan lain, jantung aku macam tercucuk cucuk. Sakit." ayat aku cukup untuk buat Taehyung meletuskan tawa perlahan dan anggap benda ni bodoh.
Dia baru dengar 9% kebuduhan dari mimpi tu, kalau aku cakap aku boleh mati agaknya digelakkan aku macam tak ada hari esok.
"Y.. Yah."
Aku mengundur pada bahu sofa apabila Taehyung memakan ruang antara kami berdua dengan pandangan menggoda miliknya. Iris hazel itu menikam mata aku tanpa belas kasihan setitik pun. Tangannya ditahan pada sisi wajah aku seperti mengurung. Sumpah aku rasa perut aku memulas, dah kenapa entah dia berubah 360 darjah.
"Gurae, aku akan ubah cerita kau jadi melodrama."
"W.. Wait. Bukan macam tu maksud aku.." tangan aku naik menekap dadanya dari terus maju tanpa fikir apa yang akan terjadi kalau kitaorang berdua tertangkap dengan posisi bangang macam ni walaupun tak ada apa apa yang berlaku.
Srek. Bunyi langsir dikuak.
Ketika itu ada wajah yang kelihatan kecewa, dia Jeon Jungkook.
***********************
♡
***********************
MiChulope
>> tak ada apa apa jadi. tadi tu aku bergurau je dengan taehyung, you are my only one boy bespen *puppy eyes*
sent to JeyKuk Kur ✨
Skrin dimatikan.
Hantar mesej macam tu sebab tak nak dia salah faham je. Lepas Jungkook jengah tadi, dia pandang lantai lepas tu tutup langsir. Tak sempat aku nak kejar, Taehyung pergi gari pergelangan tangan aku supaya gagal. Macam pucek perangai.
"Ha kenapa Chul? Perlu ke kita jumpa senyap senyap macam ni?" mangsa telah pun turun padang, siapa lagi kalau bukan Park Jimin.
"Hehe. Aku ada sesuatu nak tanya kau. Mesti kau tahu kan kenapa Taehyung macam tu? Sebab tu kau sorang je yang bangun nak backup Jungkook tadi. Kalau tak mesti kau macam Doyoung, dengan yang lain."
"Sebab Taehyung pun kawan aku."
"Kalau Taehyung kawan kau mesti kau tahukan apa sebabnya?"
"Ish malas layan. Kau tanya dia sendiri. Aku busy, nanti Hwayoung nampak kita macam ni. Dia salah faham." Jimin yang cuba untuk bangun dari duduk tu aku halang supaya jatuh balik. Dari riak muka dia aku baca memang dia tahu pun apa yang berlaku tapi tak nak bocor.
"Kau rasa kalau Hwayoung nampak ni, salah faham ke gaduh terus? HAHA. Aku tahu gelpen kau tu jenis macam mana, dan aku yakin kau lebih tahu. So? Nak settle?" aku menayang gambar Jimin dengan junior yang aku nampak pagi tadi.
"Y.. Yah. Budak tu just nak bagi aku hadiah."
"Kau fikir Hwayoung kisah ke budak tu nak bagi kau apa? Hadiah pun bermaksud kasih sayang, uish ini kalau aku hantar dekat Hwayoung. Better kau standby je tisu nak menangis tak berlagu."
Tanpa membantah Jimin terus menyulamkan tangan dengan sopan sambil menundukkan kepala. Bibirku diketap kuat menahan gelak. Nampaknya ugutan ni berhasil, Hwayoung tu spesis over-thinking lain punya planet level dia.
"Hajima. Jebal Mi Chul paling cantik, paling lawa, paling gojes, paling meleTOP."
"Ha takpe takpe jangan puji. Jawab je soalan. Aku takkan mention nama kau. Jangan risau."
"Serius? Kalau Taehyung tahu. Aku mati."
Aku mengangguk, "Eung. Rahsiamu tersimpan rapi wahai anuck muda."
"Sebenarnya.. Taehyung kerja. Dia nak cari duit untuk beli ubat mak dia dengan bayar bil hospital sebab majikan ahjumma Kim tak nak tanggung. Sebab tu dia selalu skip latihan. Kalau boleh dia tak nak orang tahu apa masalah dia. Aku tahu pun tak sengaja terbeli chicken haritu. Dia naik motor hantar pakai baju delivery." cerita Jimin dengan nada perlahan tetapi penuh emosi.
Aku pun terikut sebak.
"Asal mata kau berair?"
"Eoh?" aku menenyeh kelopak mata, tak sangka cerita tu buat aku feeling mendalam. Kesian pulak tengok Taehyung, usia macam tu sibuk bahagikan masa untuk tolong keluarga. Sedangkan aku dekat sekolah asyik stres kan dia, marah dia asyik study. Padahal mesti dekat rumah dia tak ada masa nak buat macam tu. YAISH.
Aku serba salah. Tsktsk.
"Kalau boleh kau jangan lah tambah beban Taehyung. Dia pun stres tau. Aku lagi stres bila orang tak tahu apa masalah dia." ujar Jimin lagi. Dia menepuk bahu aku perlahan. Betul aku asyik merimaskan Taehyung, dia tidur dekat kelas mesti sebab dia penat. Tapi aku pergi kantoikan dengan selamba.
Ya ampun. Betul lah mimpi tu, aku memang layak pergi je dari dunia ni.
***********************
♡
***********************
Aku tertunduk tunduk mencangkung sambil usha depan, ada Taehyung yang dah tukar baju informal dengan suit Tasty Chicken dia. Sementara Jack opah dekat sebelah mesti dah pandang aku apa-lagi-lah-masalah-anak-orang-ni. Tapi ini je salah satu cara untuk perhatikan dia dari dalam kereta.
"Siapa tu? Crush?"
"Haah. Ikut dia, ikut dia. PALLI."
Jack opah menurut kata dengan mengekori motosikal Taehyung menuju ke restoran. Aku cuma nak tahu perjalanan budak lelaki tu sepanjang habis waktu sekolah, salah satu punca dia mengantuk dalam kelas dengan skip latihan sampai sanggup berhenti.
"Kalau ya pun crush, pergi lah tegur. Perlu ke tertonggeng tonggeng dah macam ayam golek dekat sini."
"Gila ke? Kena maki ada ah. Mampus Chul esok dekat sekolah."
"Eumm. Muda lagi tapi sibuk kerja. Tak mengganggu sekolah ke?" Jack opah mengurut dagunya bingung. Semua orang pun akan fikir macam tu, memang mengganggu kalau dah latihan pun tak datang.
"Dia pandai."
"Ohh. Ini kalau Chul kerja. Mesti makin jatuh an ranking? Tersungkur tanpa bicara HAHAHAHhaa.. ha." semakin mati letusan tawa tu apabila aku menghantar pandangan membunuh ke arahnya.
"Hah! Dia dah pergi. Nak ikut ke?"
"Hajima. Tunggu sekejap." aku keluar dari pintu kemudian berlari ke arah restoran tersebut, tak masuk pun cuma jengah pintu depan dan ambil nombor telefon. Senang cerita, aku nak tolong Taehyung dengan beli chicken dia banyak banyak hari ni. So dia boleh lah balik awal untuk rehat dan teman mak dia kalau chicken habis. Sepantas kilat aku masuk ke dalam perut kereta semula apabila selesai.
"Fuhh. Hehehehe. Opah lapar? Harini kita makan chicken. 30 set."
"Banyak sangat lah agassi! Nanti membazir!"
"Kita bagi jiran. Sedekah."
***********************
♡
***********************
Subjek: Kim Taehyung 김태형 🚮 (page 3)
Title: Tasty Chulken Wazzah Wazzah
-Disebabkan aku beli 30 set chicken. Aku dapat 5 kupon. Orang tu kata boleh dapat free 1 set bila bila masa. Whehehe. Walaupun benci dekat Kim Taehyung tapi aku seronok dapat tolong dia. UUING! <//3
Pen diletak dengan senyuman lebar. Kupon yang aku dapat tadi ditampal pada muka surat tersebut dengan penuh hati hati dan aesthetic.
Harini mesti Taehyung balik awal sebab chicken sudah pun sold out. Kitaorang ambik 2 set je tapi disebabkan orang dalam rumah ni tak ramai, berdengkik jugak nak habiskan. Selebihnya tu aku tak pasti Jack opah buat apa, yang penting aku dah selesaikan misi dengan sempurna tanpa pengetahuan dia.
Tubuh yang lelah direbahkan di atas permukaan tilam. Aku mendepang tangan luas seperti ingin menguak. Siling ditenung dalam, terfikir kenapa aku beria sangat tolong Kim Taehyung.
Dia, musuh aku.
Tapi, entah lah.. dia baik. Cuma dia tak suka orang nampak sisi dia yang tu, dan benda tu lah yang membuatkan dia menarik.
Patut lah Daeul jatuh cinta. Huh.
Ting!
Tangan aku meraba raba atas kepala mencari telefon pintar, apabila skrin dihidupkan serentak itu kening aku berkerut bingung. Nombor tak dikenali tibeh hantar mesej.
Unknown
>> jumpa dekat u-garden.
MiChulope
>> sorry tak layan fans. dah ada boyfriend
Unknown
>> oh, siapa boyfriend?
MiChulope
>> kim taehyung. awas, dia menakutkan
Unknown
>> kalau macam tu layan aku
MiChulope
>> penat lah sembang dengan orang gini. bye.
Unknown
>> sebab aku boyfriend kau, kim taehyung.
__________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top