Chapter 5


************************

*************************

Selepas kemunculan Kim Taehyung, budak perempuan tu terus berjalan ke arah meja belakang iaitu tempat duduknya sekarang lalu menghempas punggung dengan perasaan sedih. Kepala disembam ke permukaan meja bersama tangan yang melindungi wajahnya dari terlihat menangis.

Mata Taehyung terkebil kebil bingung dengan sikap Mi Chul namun dia melangkah tenang duduk di sebelahnya.

Bahu gadis itu terhincut hincut, nampak sangat memang dah berhingus. Iris lelaki itu beralih ke arah Minju yang langsung tidak menoleh belakang.

Tapi kenapa dia nak kisah? Bagus Mi Chul tu nangis, tak payah dengar suara dia bising.

"Chul! Minju!" langkah Jungkook turut perlahan sebaik sahaja masuk ke dalam kelas apabila Minju mengalihkan pandangan ke arah kiri dan Mi Chul sedang meratapi kepiluan hati.

Taehyung menjungkit bahu dua kali tanda dia tak tahu bila Jungkook angkat kening. Sendu betul budak perempuan tu hari ni lepas persahabatan dia hampir runtuh.

Kelas semakin dipenuhi dengan lebih ramai murid, Soo Hyun saem turut melapor diri.

Tapi cuma Mi Chul masih tak bangun dari menyembunyikan muka dia yang kemerahan. Jari Taehyung teragak agak nak jengah keadaan dia, tapi kepala menggeleng laju, seperti ada sesuatu yang berbisik di telinga.

Jangan ambik kisah. Peduli. Lantok dia nak meraung sekali pun.

Disebabkan tak nak kantoi yang Mi Chul tak fokus dalam kelas, Taehyung mendirikan buku teks miliknya. Mengadang pandangan gadis itu dari ketahuan oleh saem.

"Kim Taehyung boleh bagi jawapan?"

"Eoh. Nae?"

"Apa yang berlaku semasa zaman Goryeo?"

"Ah, undang-undang dikanunkan, sistem perkhidmatan awam diperkenalkan, dan budaya yang dipengaruhi oleh Buddhisme berkembang." cermat jawapan markah penuh diberikan oleh lelaki itu tanpa cela ataupun gemuruh. Dia menghela keluhan ringan apabila Soo Hyun saem menerimanya.

Satu jari Taehyung sekali lagi naik, mengalih sedikit bangs Mi Chul yang melindungi wajah gadis itu ketika ini dengan penuh hati hati. Di balik rambut itu, ada kelopak mata yang terpejam.

Mi Chul tidur.

***********************

***********************

Aku menggerakkan tubuh sedikit. Pandangan yang kabur semakin jelas, terlihat wajah Kim Taehyung memenuhi ruang mata. Dia sedang membaca buku dengan lagak tenangnya tanpa rasa terganggu. Kepala aku masih bersandar pada meja memerhati dia. Tak pernah terfikir bila aku bangun tidur, pemandangan aku Kim Taehyung.

SFUWKKFSO Dia tengok.

"Bwo?"

Cih dingin betul.

Mata ditenyeh tenyeh acacah baru sedar kemudian meregangkan segala otot otot sendi sehingga ia kembali segar. Baru teringat yang aku tidur lepas tu sekarang masih dekat kelas yang bising namampus macam tak ada hari esok. Depan aku ada Jungkook yang tengah dengar lagu guna earphone, bila diteleng ke kiri ada Minju yang sedang bermain game.

Oh ya, aku gaduh dengan Minju. Tsktsk.

"Yah. Kelas Soo Hyun saem dah habis ke?!"

Taehyung mengangguk tanpa menoleh. Daebak, macam mana aku boleh tidur dengan aman damai harum semerbak tanpa kantoi?!

Sekarang aku kembali murung mengenangkan yang Minju dah tak nak bercakap dengan aku. Serius tak boleh bayang bergaduh dengan dia disebabkan seketul Kuk. Padahal sikit pun aku tak kisah dengan budak depan aku ni, belum sempat tangkap cintun. Tapi aku tak tahu Jungkook suka siapa ekceli.

TING! Otak aku memberi satu idea untuk mintak maaf secara terbuka dengan budak perempuan tu memandangkan dia tak nak terima permintaan maaf aku secara tertutup tadi.

Aku bangun dari duduk seraya menuju ke hadapan. Pen marker yang berada di bawah papan putih itu aku gapai kemudian menulis dengan besar 'MIANHAE URI MINJU'. Setelah itu aku mengambil dua langkah dengan penuh perasaan takut dan gemuruh. Bibir dinipiskan sejenak. Tak sangka ada beberapa budak lain dah mula tumpukan perhatian, padahal bukan untuk dorang pun.

"Ehem. Yah Im Minju! Baca depan ni." aku melagakan kedua belah jari.

Srek. Srek. Srek.

Kening aku berkerut setelah mendengar bunyi yang terhasil. Bila aku pandang belakang, dah tinggal tulisan 'Mi' sahaja. Ini boleh mendatangkan kemarahan!

"YAH NAMJAN! KAU PERNAH BREAKFAST CARUT?"

Si Namjan membetulkan spek teropong angkasa miliknya seraya terkebil kebil dungu tanda dia tak faham apa yang berlaku. "Bwo? A.. Aku cuma nak bersihkan papan putih."

"Kau tak nampak ke aku tengah buat scene menyentuh hati?!"

Tiba tiba si Seok Jin datang menyerang dengan dada terbuka luas, "Yah kau pahal nak marah marah dia? Dia buat tugas dia sebagai presiden kelas je kan!"

"Kau pahal nak backup backup dia?! Kau isteri simpanan ke apa?!"

"J.. Jangan cakap macam tu eh dekat Jin!" dengan berani Namjan memarahi aku dengan suara terkepitnya. Jin sempat terharu tanda tak percaya yang Namjan akan maju demi dia. Harnut, dorang buat tengah shooting We Got Married Season 100 ke apa.

Jari aku naikkan, mencungkil cermin matanya yang tersangkut di batang hidung, dengan satu tuisan spek teropong angkasa tersebut jatuh mencium lantai.

"YAHHHHHHH!!!"

"ARGHHHH!!!"

Rambut aku ditarik tarik oleh Jin tanpa belas kasihan, tak kenal erti mengalah aku pun ikut tarik rambut si Namjan sebab yang aku geram dekat dia bukan si Seok Jin. Hoseok pulak dah tergelak gelak sambil merakam. Namjan yang ikut tertarik tu pergi tarik pulak rambut Hoseok.

Aku dengar budak lain dah tergelak tengok drama tak berbayar depan kelas ni.

Tapi kemudian semua orang terdiam termasuk aku dan beruk beruk yang lain apabila Minju bangun dari duduknya dengan riak kesal kemudian keluar dari kelas.

"YAH SALAH KORANG TAHU TAK."

"APAHAL LAK KITAORANG."

Jungkook berlari menerpa tubuh aku, "Yah, apa yang jadi sebenarnya."

"Sebenarnya salah si Jungkook ni ha!" tibeh Hoseok mencelah, semua mata menjengil tajam ke arahnya sehingga dia terpaksa menerkup mulut. Sementara aku pulak dah mendekatkan diri pada telinga si Jengkuk.

"Kau tak ajak dia malam tadi, so dia fikir dia tak penting lah bengong."

Dengan lagak second lead Jungkook terus berlari keluar dari kelas untuk mendapatkan Minju. Gurae, pergi lah berjuang jelaskan ketahian apa yang sedang berlaku. Sekarang tak pasal aku hidup dalam rasa serba salah disebabkan tahu pasal mimpi tu.

"K bye. Penat malas layan korang."

***********************

***********************

Disebabkan appa kata malam ni ada dinner dengan kawan dia, lepas je balik sekolah aku terus bersiap dan dihantar oleh bodyguard kesayangan iaitu Jack opah. Hari ni badan terasa letih sangat padahal aku tidur je sepanjang kelas, tak tahu apa yang penat.

MiChulope
>> macam mana? minju cakap apa?

Jeykuk Kur
>> eum, aku dah jelaskan yang aku tak ajak dia sebab rumah dia kan jauh dengan kita. takkan lah aku nak biar dia jalan malam sensorang semata mata nak dengar cerita sendu aku?

>> then, dia diam je.

MiChulope
>> salah kau ah. bedebah

Jeykuk Kur
>> nanti dia okay lah tu.

MiChulope
>> aku kat spital ni. ADA MISSION RAKLUH

Jeykuk Kur
>> taehyung lagi?

seen

Skrin dimatikan.

Sementara tunggu appa habis kerja, aku baru teringat seseorang yang membuatkan aku tertanya tanya. Ya, wanita yang dilawat oleh Kim Taehyung tu. Nasib aku ingat lagi tempat tu, tak fikir panjang aku datang menjengah.

Kim Sang Hee. 35 tahun. Muda lagi. Betul lah keluarga Kim. Aku baca kertas yang terlekat dekat depan kaki katil.

"Nae?"

"Kamchagiya!" tubuh aku tersentak sejenak apabila ditegur sebegitu rupa, "E.. Eoh. Annyeonghaseyo ahjumma-nim. Park Mi Chul imnida! Saya kawan sebelah meja Taehyung."

"Ahh.. uri adeul."

Okeh. Bingo, mak Taehyung!

"Hehehe. Ahjumma gwaenchanayo?"

Wanita bertubuh ramping itu mengukir senyuman, "Gwaenchana. Hari sabtu ni dah boleh keluar." dia mengerutkan dahi sejenak, "Kamu kawan rapat dengan Taehyung? Selalunya Daeul yang muncul jadi ahjumma cuma kenal dengan budak perempuan tu je."

"N..Nae he he.. rapat jugak cuma baru tahu ahjumma dekat sini sebab Taehyung tu susah nak bercakap orangnya." untung ayat aku buat mak dia tergelak, tak bengis macam si anak. Suara pun halus mulus je.

"Ahjumma memang kenal sangat perangai dia tu, susah nak berkongsi cerita orangnya. Tapi kawan Taehyung cantik cantik." wajah aku disentuh lembut. Hm, lain rasanya sentuhan seorang ibu. Hati aku jadi berbunga bunga.

Mata aku membulat sebaik sahaja terlihat bayang Taehyung di balik cermin pintu. Tergopoh gapah aku mencari tempat untuk bersembunyi, sempat aku buat signal 'Shh' dekat ahjumma Kim sebelum melengkor dekat atas lantai. Kemudian aku bergerak persis ulat gonggok kesakitan masuk ke bawah katil.

Mesti mak dia fikir aku gila.

"Eoh eomma. Gwaenchana? Hari ni macam mana?"

"Gwaenchana.. kamu dari sekolah?"

"Eoh. Baru habis latihan."

Jelas aku dengar semua perbualan. Anak contoh betul Taehyung ni, bila bercakap dengan mak dia merdu je. Cuba kalau cakap dengan aku? Madah nak bergaduh. Huh!

"Taehyung-ah. Kamu dah ada yeochin ke?"

Aku menerkup mulut.

"Eoh? Eobseo."

"Tak ada yang kamu suka?"

FHAIOFKA. Ahjumma ni mesti tanya sebab nak bagi aku dengar. SHSHSHH. Boleh kamcing ni.

"Tae tak ada suka sesiapa, tak ada rasa nak berhubungan dengan mana mana perempuan. Geuman. Eoh?" Taehyung memujuk ahjumma Kim supaya berhenti tanya soalan macam tu.

Penipu. Padahal suka Daeul.

"Kamu ni.. keras hati sangat. Cuba lah cari yeochin. Boleh buat teman kamu.."

"Eomma ada pun dah cukup." sepertinya Taehyung sedang mendakap tubuh wanita itu dengan manja. Alolo, aku dekat bawah katil terasa sungguh soft walaupun agak takut ya bila katil ni bergerak. Macam nyawa aku diancam gitew.

"Tae nak pergi toilet."

"Eung. Ga."

Fuhh.

Aku nampak kaki Taehyung dah menjauh dan meninggalkan ruangan ni. Tanpa fikir panjang lagi aku terus je menyelinap keluar. Baju dibetulkan seraya tersengih janggal kepada ahjumma Kim.

"Hehe. Saya rapat-yang-tak rapat sangat dengan Taehyung. Tapi saya budak baik ahjumma jangan risau!" kepala aku dah tersengguk sengguk tengok pintu keluar.

Ahjumma Kim tertawa halus, "Comel kamu ni."

"Hehehehe. Saya kena pergi dulu, bapak saya mesti dah tunggu. Annyeonghaseyo! Semoga kita jumpa lagi. Klak!" aku buat bunyi guna lidah sambil hadiahkan wink dekat mak Taehyung.

Untungnya makcik tu nak melayan karenah aku.

"Eung.. josimhae!"

Terbongkok bongkok aku berjalan keluar dari bilik yang mempunyai empat katil pesakit tersebut. Mungkin yang lain tadi tengok aku dengan pandangan menyedihkan sungguh budak ini. Tapi yang penting sekarang aku dah berjaya keluar. Tanpa menukar posisi aku masih melangkah laju dengan gaya yang sama untuk menuju ke pejabat Park Mi Geun.

Bap! Malangnya aku berlaga dengan sesuatu yang keras sehingga membuatkan kepala perlahan lahan mendongak.

Oh. My. God. Kim Taehik.

"Kenapa kau jalan macam baru lepas mencuri?

Aku menegakkan badan, "M..Mana ada! Aku curi hati kau je! Hehe."

Tiba tiba dia mendekati aku selangkah demi selangkah dan aku terpaksa mengundur serentak dengan geraknya. Tetapi apabila jarak kami semakin besar, pantas Taehyung menarik lengan aku supaya berhenti. Aku memejam kelopak mata apabila tangannya naik tinggi.

"Habuk."

Keluhan lega dihela. Rupanya dia ambik habuk yang terlekat pada rambut aku. Shshsh!

"Kau buat apa sampai rambut berhabuk? Tak basuh?"

"Yah! Mana ada orang tak cuci rambut sampai berhabuk!"

"Huh. Kau je." dia berjalan tenang melewati aku setelah menutur kata kata sejenis hinaan yang menyakitkan hati. Aku tak mampu nak buat apa selain memukul mukul angin dari belakang. Geram!

***********************

***********************

Kami berdua sedang menanti kawan appa yang tak henti disebutkan olehnya. Tak sangka special betul kawan dia sampai pilih restoran mewah. Okay, perut aku dah berkeroncang main lagu fekelope. Tapi ini semua fekehope.

"Perempuan ke laki kawan appa tu?"

"Perempuan. Dia Taiwanese. Kawan appa sejak zaman college dulu. Panggil Aunty, arraseo?"

Kepala cuma mengangguk menurut perintah, tak lama kemudian tempat ini dikunjungi oleh seorang wanita yang agak feminin dan cantik. Tak boleh dilupakan di sisinya ada seorang budak lelaki tinggi lampai yang sedang mengukir senyuman mewah. Serentak itu kami berdua bangun dari duduk untuk menyapa.

"Eoh annyeonghaseyo. Eh wo ke ai. Wo ai ni." awal awal lagi aku dah keluarkan aura mandarin yang terpendam dalam diri.

Nasib baik semua orang gelak.

"Anak awak ke? Kiyowoo.." dia memuji seraya bermain dengan pipi aku, dicubit cubitnya geram. Tak sangka hari ni ada dua orang makcik sentuh muka aku.

"Eo? Sunbae?"

Lelaki handsome tu menegur. Ya ampun, otak cepatlah berfungsi di manakah engkau mengenali manusia tampan sebegini rupa.

"Nae?"

Dia tertawa, "Pagi tadi. Tolong saya jatuh?"

AHH BUDAK YANG MINJU LANGGAR. Ya ampun otuck aku sangat memberi kerjasama! Rupanya aku tolong dia bangun, tapi sebab sibuk sangat pandang Minju sampai muka dia pun tak sempat scan.

"Ahh! Ingat ingat!"

"Aiguuu, terima kasih lah tolong Kuan Lin. Dia baru je masuk Ggull hari ni." ujar emaknya ramah siap memeluk aku dari sisi. Kami tertawa seraya melabuhkan punggung.

Okay sekarang aku dah tahu nama junior aku ni Lai Kuan Lin. Sungguh indah, hampir air liur aku meleleh tapi aku kesip. Cuma aku tertanya tanya perjumpaan keluarga jenis apakah yini. Ada bau bau ikan. Tapi dorang berbual pasal kerja je dari tadi.

"Lepas ni dah boleh lah panggil noona kan?" ujar budak lelaki tu, bibirnya menguntum senyuman.

"Eoh. Boleh jee. Hekhek. Sunbae macam formal sangat. Sebab uri parents pun saling kenal so kita pun dikira kawan gitew." panjang aku bebel budak ni cuma ketawa je kerja dia.

Nasib comel.

***********************

***********************

Hari ni berlalu dengan sangat membosankan. Mungkin sebab Minju masih tak nak bercakap dengan kitaorang so aku tak ada benda nak buat, dah lah budak sebelah kiri aku ni kerja asyik belajar je. Nak naik muntah aku tengok.

Tiba tiba meja kami dilawati oleh Daeul yang sudah menguntum senyuman lebar di bibirnya.

"Taehyung-ah, hari sabtu ni awak ambik?"

"Eoh."

"Okie. Jumpa sabtu." ujar Daeul mesra kemudian kembali ke depan. Dari belakang aku tengok dia semangat semacam. Entah entah nak pergi date dengan Kim Taehyung. Mata akh menjengil budak lelaki tu tajam, siut betul. Semalam sembang dengan mak dia tak suka mana mana budak perempuan!

Sembang kencang.

Tapi, kalau Daeul memang betul dengan Taehyung. HABIS AKU?

Tak boleh jadi. Dorang tak boleh togeder geder.

Kerusi aku rapatkan sedikit ke arahnya, budak lelaki tu dah mula dongak dengan pandangan bengisnya ke arah aku. Sebelah tangan aku sandar menghadap dia sepenuhnya seraya mengerdipkan mata gedik gedik.

"Bwo?"

"Yah. Aku rasa kau dah kena start pandang perempuan dan bukan buku. Kau ni asyik study je, cuba sekali tu tengok aku ni ha aku. Sikit punya cantik kau nak lepaskan."

"Mi-Chin." dia ubah nama aku lagi. EH SIUT.

"Pikyeo." halaunya sepatah.

"Shireo." aku menutup semua buku yang terbukak, termasuk sekali dengan buku dekat tangan dia. Berbulu dah mata aku tengok dia asyik membaca, menulis, membaca, menulis, repeat macam tak ada hari esok.

"Yah. Kenapa kau nak kena serius sangat belajar? Kau tahu tak yang kau tak normal?"

"Apa yang normal?"

"Normal bila kita ada masa untuk diri kita sendiri, belajar bila waktu belajar, sukan bila waktu sukan, dengan kawan tibah waktunya, ulang kaji bila dah nak exam. Ha itu semua normal. Bukan sepanjang masa!" penerangan lebar aku cuma dibalas dengan tenungan kosong.

"M.. Maksud aku, kau kena lah bukak ruang untuk orang lain masuk jugak. Contoh terdekat, aku."

Taehyung mendekatkan dirinya sejarak, aku menelan liur gemuruh. Kenapa setiap kali dia buat sesuatu aku rasa perut aku ada rama rama berkuak? Semacam berdebar tapi tak mungkin disebabkan dia.

"Kau nak kata aku boleh give up dengan study sebab perempuan? Goda aku. Kita tengok hasil nanti macam mana." suara serak basah itu hanya dikeluarkan untuk aku sahaja dengar. Cabaran tu buat aku gugup. Tak pernah pernah Taehyung macam ni.

"Gurae, kau tak nak? Biar aku yang goda kau." sambungnya lagi.

_________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top