Chapter 19
♡; kita akan bertemu final oyeah <3
********************
Selepas kejadian malam tadi, aku rasa lebih tenang bila bersebelahan dengan Taehyung. Tak terkurung macam dulu. Mungkin sebab dia pun dah faham kenapa aku tak takut dengan dia dalam keadaan macam tu. Nasib baik budak lelaki sebelah aku ni datang, kalau tak em tak tahu lah jadi apa.
Banyak persoalan yang berada di minda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja, otak kata jangan hati pula kata ya, hidup tak menentu adakah ini cinta. Lah tibah menyanyi pulak.
"Kau okay?"
"E..Eoh. Gomawo, macam mana kau tahu aku ada dekat sana semalam?" soal aku nak hilangkan rasa janggal. Sepatutnya dalam mimpi tu aku memang mesej dia. Tapi terkejut jugak bila Taehyung tiba tiba muncul, macam tahu tahu pulak aku perlukan dia. Lepas dah tenang, dia hantar aku balik. Kitaorang tunggu sampai hujan reda.
Aku tak ada lah takut hujan, tapi aku takut bila hujan dan berada di tempat yang gelap dalam pada masa yang sama. Itu yang boleh terbawak kisah silam yang gelap tu. Effect.
"Aku nak mintak Daeul kunci. Ingat nak tolong, tapi dia kata kau dekat sana." jawab Taehyung tanpa menoleh ke arah aku. Baru tersedar yang dia ketua pustakawan, tak pelik pun kenapa dia nak datang sana semalam.
"Ahh. Gurae.."
"Yedeura. Hari ni saem ada meeting, kita akan buat tugasan partner. Korang siapkan soalan ikut turutan yang saem dah sertakan dalam kertas yang Namjoon akan edar. So boleh hantar lusa dekat atas meja, partner kawan sebelah. Arraseo? Kalau tak ada apa apa lagi boleh balik." selesai Soo Hyun saem menghabiskan ayatnya, dia tergesa gesa berlalu pergi.
"Oyeah!"
Mesra Jungkook dengan Minju saling bertepuk tampar. Hmm, bila tengok dari belakang, dua dua nampak gembira je bila kena buat sama sama. Senyuman lebar tu jelas sangat ikhlasnya.
Ni first time aku kena buat kerja dengan budak pandai. Tsktsk, terserlah nampaknya kebuduhan aku nanti. Tiada tandingan.
"Gomawo Joon."
Mata spontan melihat ke arah Seok Jin yang menguntum senyuman mekar ke arah budak lelaki berkaca mata teropong angkasa tu. Manis. Kalau realiti ni betul betul terbalik, maksudnya Jin tak suka Namjoon pun lah?
And, Minju.. tak suka Jungkook?
"Nak jumpa petang?" soalan mengejut Taehyung membuatkan aku tersentak.
"Nae? Eoh! Emm boleh jugak. Kita jumpa dekat taman. Kheol?"
"Kheol."
*********************
♡
********************
Sejak dua tiga hari, langit asyik mendung. Tapi janji tetap janji, nak kena juga siapkan tugasan yang dah diamanahkan oleh Soo Hyun saem. Mereka berdua pun berjumpa di satu simpang, kalau terlalu mencuba nak elak jawabnya memang akan selalu dipertemukan. Nak tak nak Michul buat macam biasa je kalau melibatkan Taehyung, asalkan tak lukakan hati sesiapa.
"Nak beli air dulu?" cadang Taehyung.
"Boleh jugak!"
"Arraseo. Pegang." lelaki itu meletakkan buku yang dia pegang pada pangkuan Michul kemudian masuk dengan hanya bersandarkan beg di bahagian belakang.
"Hmm dah macam couple lah kitaorang. TSKTSK. Tibehh." bisik budak perempuan tu sendirian, seketika dia mendongak ke langit terasa seperti cuaca tidak mengizinkan. Keluhan dihela, dia hanya manpu menanti seraya menguis kaki di atas jalan.
Membentuk nama Kim Taehyung.
"Dah kenapa aku tulis nama dia?" dia geser semula tapak kasut.
Selang beberapa minit kemudian Taehyung keluar bersama dua cawan air. Namun langkahnya terhenti sejenak apabila bertembung dengan dua pasangan yang dikenali. Mata langsung tidak berkedip. Persis lelaki yang sedang berhadapan dengan dia sekarang.
"Yah Taeh, jom lah gerak. Beku apa, dah nak hujan ni." seloroh Michul selamba, tapi bila dia sedar apa yang sedang berlaku. Bibir mula terbungkam.
"Taehyung-ah." panggil si abang, Jinyoung. Ada senyuman kelat di bibirnya, gadis cantik di sebelah mula dikesan oleh Michul.
"Tu bukan perempuan yang ada kanser hati tu ke?" bisik Michul dengan dirinya sendiri. Alis berkerut bingung cuba untuk mentafsir. Persis dengan orang yang dia pernah jumpa dekat hospital. Lambat lambat akhirnya dia faham, lelaki tu memiliki satu darah yang sama dengan Kim Taehyung. Maksudnya perempuan tu adalah teman wanita si abang.
Dalam mimpi tu, Jinyoung akan mintak izin Taehyung untuk jalankan pemindahan organ dari tubuh mak dia sendiri dan Taehyung.. setuju.
"D..Daebak."
"Eoh.. hyung."
"Dah lama, kita tak jumpa." ujar Jinyoung perlahan. "Em korang berdua sibuk ke? Nak makan sekali?"
"Eoh. Sibuk. Lain kali jumpa, kaja.. Chul." Taehyung mengukir senyuman pendek kemudian melewati mereka berdua terlebih dahulu sementara Michul terbongkok bongkok menunduk hormat seraya mengekori Taehyung dari belakang.
Sunyi sepi.
Hanya kedengaran deruan tapak kaki.
"Tanyalah." ujar Taehyung bila dia perasan yang Michul asyik pandang dia dengan muka curious. Dari sejak awal dorang duduk dekat situ sampai lah tugasan dah hampir nak siap.
"Em. Tu abang kau kan."
"Eoh. Mana tahu? Dari mimpi tu jugak?"
"T..Tak. Teka je."
Taehyung tertawa pendek, teka lah sangat.
"Dulu eomma dengan appa aku bercerai, dorang asyik gaduh sebab dah hilang persefahaman. Jadi satu hari tu.. masa birthday hyung. Appa datang, dorang bergaduh lagi. Kebetulan aku balik bawak hadiah. Then.. hyung aku.. peluk aku." suasana jadi kelam sebaik sahaja Taehyung mula bercerita, telinga Michul automatik jadi fokus walaupun hakikatnya sebak.
Taehyung menahan suara yang mula bergetar dengan menipiskan dua ulas bibirnya.
"Em. Aku.. tak sempat bagi hadiah tu. Appa aku keluar dan ambik hyung. Jadi aku kejar dorang.. dan itu kali terakhir aku jumpa Jinyoung."
"Kau.. tak happy dapat jumpa abang kau balik? Kenapa kau macam larikan diri?"
Taehyung tertawa halus, "Aniya. Aku memang dah tahu tempat tinggal dia, dan keadaan dia sekarang. Tapi aku belum bersedia untuk anggap dia keluarga memandangkan kitaorang dah terpisah lama. Jadi, aku nak pastikan eomma betul betul sihat dulu. Aku tak nak hyung salahkan aku sebab gagal jaga eomma."
Michul mengangguk perlahan. Serba salah.
"Ahjumma.. dah makin sihat ke?"
"Eung."
Lega budak perempuan tu mendengarnya. Berkat ubat yang dikirimkan melalui Daeul tu, keadaan Puan Kim semakin baik.
Tik. Satu titis air hujan menyapa wajahnya. Taehyung mengulurkan satu jari kemudian menyeka wajah mulus gadis itu. Tetapi malangnya hujan semakin galak turun. Mereka berdua langsung terburu buru mengemas bahagian meja kemudian berteduh di bawah pokok yang agak besar. Lelaki itu mengangkat tinggi beg sandangnya menutupi kepala Michul tanpa disedari.
"Agak dah mesti nak hujan. Malang betul nasib. huwaaa habis basah. Nak singgah rumah aku dulu tak? Nanti demam lah baju macam ni."
"Eoh?"
*********************
♡
*********************
Taehyung menyulamkan tangan di belakang seraya mengorak langkah satu per satu mengelilingi bilik mewah Michul sementara gadis itu pergi mintak Jack opah dia baju dan seluar ganti. Dia akhirnya memilih untuk melabuhkan punggung pada kerusi di bahagian ruang belajar yang di atasnya ada tersusun buku dan sesuatu yang menarik perhatian.
Kereta mainan tu.
Taehyung mengukir senyuman kecil. Dia beralih pula pada sebuah buku nota berwarna biru terang. Jari menyelak setiap halaman.
Subjek: Kim Taehyung 김태형 🚮
Nama penuh: Kim Taehyung
Umur: 18 Tahun
Sifat: Sombong, Bajet handsome, Suka Daeul, Membosankan, Atlet, Mulut ada emas, Benci budak perempuan nama Mi Chul, Err pandai.
Keseluruhan: 1%
Condition: 5% (Dari dekat dia nampak handsome secebis)
Mission: Beli cinta dia yang berharga....
Subjek: Kim Taehyung 김태형 🚮 (page 2)
Title: What a Malang Day.
- Hari ni aku tersembur air dekat muka Taehyung yang tengah makan tanpa usik orang. Ini semua salah SONG DAEUL. Lehmek, dah kenapa dia nak tanya soalan klise sedangkan dia tahu aku tak ada hubungan dengan Taehyung? Saja ah tu nak buat Taehyung suruh dia 'jangan fikir macam macam, kitaorang stranger'. Huh! —v—
Subjek: Kim Taehyung 김태형 🚮 (page 3)
Title: Tasty Chulken Wazzah Wazzah
-Disebabkan aku beli 30 set chicken. Aku dapat 5 kupon. Orang tu kata boleh dapat free 1 set bila bila masa. Whehehe. Walaupun benci dekat Kim Taehyung tapi aku seronok dapat tolong dia. UUING! <//3
Setiap halaman dia selak, Taehyung akan tertawa halus seorang diri walaupun dia tak tahu apa maksud di sebalik tulisan tu semua. Sebab apa yang Michul tulis tak pernah berlaku. Jadi apa yang Taehyung tahu sekarang, tujuan Michul dulu memang untuk beli cinta dia. Dalam mimpi tu mesti Michul tergila gilakan dia, tapi hakikatnya sekarang budak perempuan tu sibuk larikan diri bila nampak dia.
Senyuman Taehyung mati bila dia sedar yang dalam mimpi tu sepatutnya dia memang kerja. Tapi sejak kebelakangan ni dia sibuk dengan latihan dan ikut semua arahan Michul sebab dia percaya dengan budak perempuan tu, dan bukan mimpi tu.
"Taehyung! Nah!"
Cepat cepat buku nota itu dia seret jauh kemudian menayang lagak seperti tiada apa yang berlaku.
"Eoh. Gomawo."
"Pergilah tukar nanti Jack opah hantar kau balik sebab hujan lebat lagi ni. Tapi lepas ahjumma Shim siap masak. Kita makan dulu tau l—" terbantut bebelan Michul sebaik sahaja tubuhnya di dakap kemas oleh lelaki itu. Degupan jantung automatik berdetak kencang, perit liur ditelan.
"Gomawo, Park Mi Chul."
*********************
♡
*********************
Berdebar.
Suasana yang hangat dan riuh membuatkan mata aku segar, member dekat sebelah dah angkat banner dengan semangat. Siapa lagi kalau bukan Minju.
Sejak kebelakangan ni jantung aku terasa langsung tak tenang. Macam ada sesuatu yang mengganggu dan berdasarkan analisis aku, kalau betul aku dapat pastikan dua benda dekat dalam dunia realiti ni maksudnya memang betul semua yang aku mimpi tu terbalik. Walaupun setakat ni memang banyak yang seperti aku jangka.
Aku agak stres sebab harabeoji tu kata perasaan kawan kawan aku tak pernah berubah, cuma aku yang tak tahu. Maksudnya dia boleh jadi sama, atau memang tak betul.
Itu lah apa yang paling menakutkan. Kalau aku buat kesilapan kedua, semua benda boleh musnah.
"GO KUK GO KUK!" jerit Minju bagai nak tercabut anak tekak.
Bila perhati dia, aku tertanya tanya.. betul ke Minju suka Jungkook?
"Yah! Jeritlah wei!"
"E..Eoh. Go Kuk! Go.. Tae.." semakin perlahan suara bila ternampak bayang Taehyung yang sekarang betul betul tengah berusaha dalam gelanggang. Teringat masa tu dia cuma sorok sorok je tengok perlawanan ni. Kim Taehyung betul betul dekat sana, kenapa aku terharu macam nak menangis ni siot.
PRRRTTT!
Perlawanan tamat.
Aku membeku tak mampu nak bersuara sejenak.
Jangan harapkan keputusan mimpi tu betul, team sekolah kalah walaupun sepatutnya menang. Tapi dorang nampak semangat dan gembira sebab Taehyung ada dekat sana, semua orang lengkap. Kekalahan yang akan membawa kenangan. Semua orang saling berpelukan sesambil tertawa, cuma Jungkook yang menguntum senyuman kelat.
"Weh Kuk macam mana ni?" Minju menitiskan air mata pilu. Aku pun dah terikut ikut sebak.
"Gwaenchana. Kalau betul bapak aku nak halau aku dari Ggull. Aku keluar je lah. Masuk sekolah lain. Jangan risau eoh? Bukannya kita semua putus kawan." jawab Jungkook tenang, memujuk dengan kata kata.
"Ni semua salah aku, kalau aku tak injured mesti team kita menang. Mianhae, yedeura." ujar Jimin masam mencuka, bahunya dirangkul oleh Taehyung supaya tak terlalu tenggelam dengan emosi. Walhal dalam mimpi tu, Jimin langsung tak sakit.
Jungkook akan pergi.
Sebab hakikatnya, dia cuma watak utama dalam mimpi.
Tapi watak utama realiti, orangnya Kim Taehyung.
____________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top