Chapter 17
♡ ; do check out previous chapter <3
10K 🤍
*********************
"Em.. Chul.. aku nak luahkan sesuatu."
"Sesuatu? Apa? Asal serius sangat?"
"Kau.."
Mata terkebil kebil menanti apa yang Jungkook cuba luahkan, dalam pada masa yang sama aku menelan liur. Otak cuba diperah memikirkan apa yang terjadi dalam mimpi, sebenarnya sampai sekarang aku masih tak tahu Jungkook suka siapa memandangkan yang dulu dia tak pernah luahkan dekat aku. Kalau Minju tu aku tahu lah yang dia suka Jungkook.
Ahhh, asal aku tak sedap hati.
"Kau?"
"Kau buruk gila harini."
"Pucek."
Jungkook tertawa besar, "Serius! Kau dari mana weh? Dah lah still pakai uniform sekolah, kotor pulak tu. Kau pergi bengkel ke apa. Kau tahu tak aku segan orang tengok tengok beruk mana lah aku kutip agaknya. Bila Minju nak sampai ni, biar dia tapis sikit malu aku tu."
Egh.
Nasib baik dia kutuk aku, kalau dia betul betul luahkan perasaan. Aku rasa aku yang tak rilek. Sebab lelaki yang aku suka tu bukan dia. Walaupun aku pernah cium dia. SHSHHSHS.
"Em betullah. Aku dari bengkel. Buat kerja amal. Tolong abang abang repair kereta, mulut kau nak kena repair?"
"Hahahahahha. Rilek lah. Gurau je. Aku memang nak luahkan sesuatu. Tapi tunggu Minju sampai." sambung Jungkook tenang kemudian bangun menuju ke kaunter untuk mengambil dulang makanan. Kali ni dia dah kembali buat aku rasa gelisah. Jungkook ni putar belit betul kalau dah bersembang, macam paria. Tahan je tangan ni nak hempuk dia guna besi.
"Wo wo! Mian lambat weh. Aku sakit perut."
Akhirnya Minju muncul kemudian masuk ke kerusi belah dalam berhadapan dengan aku, kebetulan Jungkook pun sampai bawak makanan. Keluhan ditarik kuat kemudian dihela dengan penuh hati hati.
"Kau dari mana?" soal Jungkook.
"Home sweet home." Minju menoleh ke arah aku, "Kau kenapa muka macam tu?"
"Ah.. tak ada apa apa. Sakit perut jugak. Hehe."
"Oh ya guys, aku nak luahkan sesuatu ni."
NOT NOW KUK.
Jantung aku automatik berdebar, rasa ayam goreng dah macam rasa habuk. Tak ada rasa. Kunyah pun macam terpaksa sebab masih tertanya tanya apa yang Jungkook cuba nak luahkan. Kali ni memang serius sebab nampak dari air muka budak lelaki tu.
Jungkook, suka Minju?
Tapi tak akan dia nak luah masa bertiga? Mesti settle berdua.
Mungkin sebab kitaorang kawan. So dia tak nak ada salah faham. AGH MOLLA.
"Aku.."
"GEUMAN."
Mereka berdua terus memandang aku dengan mulut yang berhenti mengunyah. Mata terkebil kebil dungu macam hantar mesej kau-dah-kenapa-mi-chin. Kepala digeleng laju, tak boleh. Aku tak boleh dengar apa apa sebab otak aku tengah serabut. Penuh dengan pelbagai kemusykilan. Masih menyesal kenapa aku decide untuk ingat mimpi tu, sekarang rasa tak tenang seribu abad!
"E..Eoh aku kena balik. Jack opah suruh sebab dari balik sekolah aku tak jumpa dia. OKAY BYE."
"YAH! Park Mi Chul!"
******************
♡
******************
Michul lena. Lagi.
Untungnya kelas dah habis, macam mana dia boleh tak kantoi? Apa lagi kalau bukan dengan bantuan Taehyung, lepas Soo Hyun saem dah keluar. Buku yang masih berdiri tegak tu dia turunkan. Sebelah tangan ditongkat pada dagu menghadap ke arah budak perempuan polos tu. Entah apa yang dia buat sampai penat sangat, sejak kebelakangan ni makin seronok tidur dalam kelas.
Walaupun hakikatnya dia tertidur.
Penat satu hal, mengantuk dengar benda sama pun boleh jadi hal.
Taehyung ambil keychain bulu bulu bulat yang tergantung pada pencil box Michul kemudian dia main pada bahagian telinga budak yang tengah tidur tu. Terletus tawa halus dari bibir lelaki dingin yang jarang sekali kelihatan begitu. Puas, dia galih pula ke arah lubang hidung Michul.
Tergerak gerak hidung Michul menahan rasa geli dan gatal yang mengganggu tidur.
"H..HACHUM!"
Mata Taehyung terpejam rapat.
"Omo! MIAN!" Michul terus tersedar bila dia bersin tepat dekat muka Taehyung, tak sangka boleh jadi macam tu walaupun asalnya cuma nak kenakan si Michul. Balasan orang panggil.
Spontan dia menarik tali leher Michul kemudian membersihkan serpihan rembesan yang mengena wajah tampannya.
"Weh mian. Tak sengaja. Hidung aku gatal."
"Dah tiga kali."
"Huh? T..Tiga kali? Baru sekali lah!"
Taehyung cuma mengukir senyuman pendek lalu bangun dari duduknya untuk ke tandas, apa lagi kalau bukan nak cuci muka dia. Sementara Michul pulak dah tercengang memikirkan sesuatu. Perit liur ditelan. Masih bingung apa punca Taehyung cakap macam tu atau dia mamai sebab baru lepas bangun tidur.
"Tae nak ikottttt!" dengan gedik Jungkook mengekori budak lelaki tu keluar.
"Igae bwoya..."
"Yah Chul. Kau gelabah sangat balik semalam, aku yang kena habiskan makanan kau tau. Btw, Jack opah marah tak yang kau balik lambat? Pelik lah aku baru nak tanya asal kau still pakai baju sekolah, comot pulak tu." ujar Minju yang sudah berpaling ke belakang.
"Em aku hehe. Aku err terjatuh masa kat hospital semalam. Jumpa bapak aku gitew, tu yang comot."
"Kesian Kuk, dia luahkan sesuatu."
"B..Bwo.. dia.. luahkan apa."
"Kau tahu lah kan uncle Jeon? Katanya kalau game akan datang ni tak menang, dia nak halau Kuk keluar dari sekolah dia ni."
FUH. LEGA.
Nasib baik dia luah benda tu. Masa dalam mimpi Jungkook ada jugak luahkan yang bapak dia marah, masa tu lah aku start gaduh dengan Minju. Apa pun yang penting tak ada perkara yang tak diinginkan berlaku. Kalau tak memang rosak lah segala benda. Aku tak nak bergaduh dengan Minju lagi, tak nak berpecah belah. Sakit wo.
"Kau suka ke harnut?"
"M..MANA ADA. Aku sedih lah! Nanti aku tenangkan Kuk okay!!"
*******************
♡
*******************
Dalam perjalanan nak keluar sekolah tapi aku masih terfikir fikirkan ayat Taehyung. Aku baru je sembur muka dia sekali, dalam mimpi tu memang banyak kali lah kalau nak diingatkan balik. Tapi tak mungkin Taehyung ada kaitan dengan mimpi tak guna tu.
Aish.
Apa sebenarnya yang berlaku. Sakit otuck.
"EO EO!" aku berlari ke arah lelaki itu apabila dia melangkah tenang ingin keluar dari sekolah. Kedua belah tangan aku depang tepat di hadapan Taehyung yang sudah mengerutkan kedua belah alisnya, bingung.
"Bwo?"
"Kau nak skip training kan! Kau tahukan akan ada game nanti! Jangan berani nak keluar!"
"Pikyeo." seloroh Taehyung sepatah kemudian cuba untuk melewati aku, namun dengan pantas aku menarik semula tangan dia sekuat hati. Sambil tu sengaja labuhkan punggung dekat lantai supaya lebih berat.
"Jebal.."
Aku tahu.. kau nak pergi cari kerja.
Kalau kau pergi, kau akan bergaduh dengan Jungkook sebab tak jalankan tanggungjawab kau as leader. Hubungan korang akan dingin. Sedangkan Jungkook pernah kata yang dia rindu kau.
Dia rindu.. bila tengok rantai yang korang pakai.
"Kenapa kau nak sibuk?"
"Sebab kita kawan. Kau.. yang nak jadi kawan aku. Kan? So mulai harini aku akan masuk campur urusan kau. Lagipun siapa suruh kau nak jadi kawan aku? Siapa yang jadi kawan aku memang macam ni lah hidup dia, tak tenang."
Taehyung tertawa halus, "Arraseo."
"Bwo?"
"Arraseo." dia tekan lagi ayat tu.
"Kau.. betul tak pergi?"
"Eoh. Berapa lama lagi kau nak pegang tangan aku?" kata Taehyung dengan lagak tenangnya, apabila aku cuba untuk lepaskan pautan malah lelaki tu eratkan genggaman seraya menarik aku supaya bangkit berdiri. Hampir je aku nak langgar dada dia sebab tak stabil.
Fuh.
Kenapa aku masih dugeun dugeun dengan si Kim Taehyung ni.
Mungkin sebab aku suka dia.
"Aku tahu. Kau buat semua ni bersebab. Ga." dia melambai ringan lalu berjalan tanpa menoleh sekilas pun ke belakang, masuk semula ke dalam sekolah. Beku sejenak tubuh aku menghadam apa yang Taehyung lontarkan tadi. Ayat dia seakan akan dia faham aku walaupun hakikatnya dia tak tahu apa apa.
Taehyung.. kau tahu apa yang terjadi?
"Ark!" aku menahan bahu yang barusan dilanggar oleh seorang budak lelaki berkaca mata empat.
"Joseonghaeyo!" (Maaf.)
"Eo? Kuan Lin!"
"M..Macam mana sunbae tahu nama saya?"
Dua ulas bibir diketap. Ashiteu.
Sah lah aku tahu nama dia dah kalau Kuan Lin ni bakal jadi adik beradik tiri aku. Lagipun appa belum bawak aku jumpa dengan mak dia, dah kenapa aku lancar sangat panggil nama budak ni. Serius Michul anda layak terjun bangunan sekarang.
"Ah.. eoh...."
"Sunbae saya kena pergi training. Mianhaeyo. Pergi dulu!" seusai dia berlari meninggalkan aku, saat tu salur nafas kembali lancar.
"Ah gurae~ Pergilah wahai budak~"
*********************
♡
*********************
Semalam cuti kerja lap tingkap. Duit untuk beli ubat pun dah hampir cukup. Lepasni boleh lah bagi dekat Taehyung dalam diam. Lagipun Puan Kim mesti dah keluar hospital, dia masih bergantung dekat ubat untuk terus sihat memandangkan keluarga tu tak mampu dapatkan rawatan terapi. Tak sabar rasanya nak jumpa Puan Kim lagi, tapi bukan dalam keadaan dia sakit.
Dua garis bibir diukir. Aku berjalan dengan lambat seraya menilik satu per satu buku yang tersusun pada rak. Sekarang ni aku dekat library, sendiri tak tahu macam mana langkah kaki nak masuk sini.
"Rindunya nak cop buku.."
"Macam mana boleh rindu kalau tak pernah buat?"
"KAMCHAGIYA." aku tersentak ke belakang apabila mengesan susuk tubuh figura yang duduk di penjuru seraya membaca buku yang terletak kemas pada tangannya. Liur ditelan kuat. Bibir yang terbungkam aku terkup rapat.
"Siapa jerit tu? Ingat ya ini library!" pesan Daeul dari arah depan. Walaupun tak nampak tapi masih jelas suara dia.
"T..Taehyung-ah."
"Bwo? Jelaskan."
"J..Jelaskan apa? Sejak bila kau dekat situ."
"Lama."
"Oh! Ha ha hahahaha! Kalau macam tu sambung lah. Aku pergi dulu. Annyeong, jumpa esok dekat kelas kawan baru!"
"Ark!" sebaik sahaja aku buat cubaan untuk meloloskan diri, pantas Taehyung menarik semula pergelangan tangan aku. Membantutkan pergerakan kemudian langkah diatur menuju ke satu bilik tempat penyimpanan buku. Pintu ditutup. Lampu dibuka.
"Y..Yah. Sakitlah!" bentakku perlahan. "J..Jom keluar nanti orang fikir kita buat apa pulak."
Sebelah tangan dia naikkan ke arah dinding mengadang jalan aku. Sekali lagi jantung nak gugur sebab terlalu takut. JANGAN KATA KANTOI AKU PELIK.
Taehyung memakan jarak antara kami berdua.
"B..Bwo?"
"Kau tak ada apa apa nak bagitahu aku?" soalnya.
"Em yang mana satu? Aku tak rela jadi kawan kau? Atau aku sebenarnya tak nak pun kawan dengan kau? Atau kau—"
"Aku?"
"Kau tahu apa yang jadi.." lambat aku habiskan jugak ayat dengan berani. Nak padam semua tanda soal yang menghantui hari hari aku, sebab reaksi dia setiap kali sesuatu berlaku mesti Taehyung seakan akan dapat tangkap dengan mudah. Tak mungkin sebab dia pandai.
"Eoh. Aku tahu. Kau, dengan mimpi tu."
___________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top