Chapter 15
************************
♡
***********************
"Kau nak mati ke?"
"Kim.. Taehyung."
"Bwo?"
Cepat cepat aku bangkit dari terus dicempung kemudian mengundur beberapa langkah ke belakang menjauhi budak lelaki tu. Dia berpeluk tubuh dengan riak wajah yang dingin, persis lelaki dalam mimpi masa tu. Masih tak berubah. Jantung aku dugeun dugeun.
Mesti Taehyung fikir,
Penat penat aku selamatkan kau dulu, kau nak mampus macam tu je?
"A.. Aku bukan nak bunuh diri lah!"
"Tak tahu bahaya?"
"Kenapa kau nak kisah?! BWELK." selepas menjelir lidah, dengan perangai tak matang aku terus larikan diri sebab tak nak terlibat lama lama dengan dia. Dalam kepala dia mesti Taehyung ingat aku budak mereng yang tak ada kerja tertonggeng tonggeng dekat atas tembok bangunan.
Huh, ini semua salah plastik gula getah ni ha!
************************
♡
***********************
Tangan ditongkat pada bahu meja dengan mata yang hampir tertutup. Bosan dengar Soo Hyun saem bercakap, dia ajar benda yang sama dalam mimpi aku. Tak ada beza. Cara dia bercakap, gerak dia ke kiri ke kanan. Apa yang dia luahkan satu per satu. Sama seratus peratus. Nak muntah dah telinga aku mendengarnya.
Haih kenapa lah aku decide tak nak padam memori tu?
"Park Mi Chul!"
"Kamchagiya!"
"Kamu ni selalu tak fokus dalam kelas saya. Kamu tahu kan kamu tempat 200 dalam kalangan 200 murid? Atau lebih tepat kedudukan terakhir? Dah sekarang saya nak tukar tempat duduk. Kamu tak boleh duduk sini." ujar lelaki itu tegas membuatkan mata yang kuyu kembali segar.
"BWO?" jeritku.
Bukan apa aku mengantuk dengar benda sama je. Tak ada niat nak tidur pun. Hmm, tak sangka dah bangun dari mimpi pun masih buat masalah.
"Kamu duduk dengan budak nombor 1. Kim Taehyung."
"SAEM! Saya janji saya akan perform exam kali ni! Serius! Saya dah dengar dua kali dah saem ajar benda ni. Percaya lah dekat saya saem. Jebal?" aku terus bangun tegak bila dengar arahan saem. Kepala otak aku menolak permintaan dia sekeras kerasnya sebab kalau aku duduk sebelah Taehyung, aku takut kejadian sama dalam mimpi akan berulang.
Andwae!
"Banyak lah kamu dua kali. Ini baru first time kita belajar topik ni. Mana kamu dengar lagi sekali tu?"
Keluhan dihela, muka aku dah macam nak nangis dek kerana terlepas cakap pasal dua kali tu. Ah, ini sungguh kentut.
"Dalam.. mimpi."
"Pernah kena hempuk sampai ke mimpi? Gerak."
"HAHAHAHAHA." galak budak kelas aku ketawa, mungkin dorang fikir kelakar tapi aku tak sedap hati nak duduk sebelah Kim Taehyung lagi sedangkan semua ni sama macam dalam mimpi jahanam tu.
Aku menoleh ke belakang sepantas kilat, Daeul dengan tenang mengemas barangnya untuk menukar tempat. Mata aku bertembung pula dengan Jungkook dan Minju bersama riak yang paling hodoh sekali. Bila kembali ke arah Taehyung, perit liur ditelan dalam diam menandakan yang aku tak sanggup.
"Yah Daeul. Kenapa kau tak fight?! Kemon! Fight meh! Itu kan tempat duduk kau! Takkan kau nak biar je aku rampas?!"
"Hah?"
Kepala aku ditunjal oleh Hoseok, "Ark!"
"Jangan nak mengarut lebih lebih. Suka sangat ke duduk sebelah si Hobie atau tak nak duduk sebelah Kim Taehyung?" soal Soo Hyun saem seraya menyilangkan tangannya pada paras dada.
"Aniya saem.. s.. saya.. hah saya rabun. Tak boleh duduk belakang! Orang rabun auto pekak saem, nanti saem bebel apa pun saya tak faham. Serius!"
"Tak usah membongak, dalam kelas ni yang rabun cuma Namjoon. Hasil medical checkup tak ada yang rabun selain dia. Pergi duduk sana, jangan nak buang masa saya." ujar lelaki itu lagi tanpa secebis pun ada terbit rasa kesian atau percaya dengan kata kata aku.
Daeul menguntum senyuman manis, "Pergi lah duduk dengan Taehyung. Dia baik, tak makan orang pun."
"Kau tak marah ke? Kau tahu tak kau boleh jadi kejam sebab aku duduk sebelah dia? Aku takut tahu tak? Aku tak nak benda tu berulang. Cukup lah kau baik suci macam ni, aku tak nak kau berubah or tunjuk diri kau yang sebenar disebabkan aku. Hidup aku tak tenang memikirkan apa yang terjadi." bisikku panjang lebar ke arah Daeul.
"Apa awak mengarut ni?" gadis itu tertawa halus.
EYYY SEMUA ORANG TAK FAHAM.
AKU TAK NAK DUDUK SEBELAH KIM TAEHYUNG.
TAK NAK. TAK NAK. TAK NAK!
"Park Mi Chul."
"Huh. Nae algaesseo." dengan lemah aku mengambil barang barang yang tidak tersusun di atas meja kemudian melangkah berat satu per satu menuju ke belakang. Tanpa memandangnya sedikit pun, aku terus duduk kemudian membetulkan posisi punggung.
Jangan. cakap. dengan. aku. jebal.
"Yah."
"B..Bwo."
"Hingus kau."
YAISH. Kenapa lah hingus aku nak terkeluar time time macam ni? Apa ke tak ada jadual lain ke dia nak keluar? Memalukan betul! Dah lah ini pertama kali dalam pandangan semua orang yang aku duduk sebelah Taehyung!
Dengan gelabah aku mencari paket tisu tetapi tak termuncul.
Srek.
Mata terkebil kebil melihat satu paket tisu kecil yang ditolak dari meja sebelah. Lelaki itu langsung tidak menoleh malah fokus dengan papan putih. Entah kenapa harini dua kali aku dugeun dugeun.
************************
♡
***********************
Minju tengah beli air.
Sekarang aku duduk berdua dengan Jungkook.
"Malam jumpa jom."
"SHIREO. ANDWAE. Tak nak! AGHHH! Aku tak nak keluar berdua dengan kau! Tak nak! TAK NAK!"
Kalau aku keluar berdua, then Minju tahu lepas tu kitaorang gaduh besar lepas tu masalah berlarutan hanya disebabkan budak lelaki bernama Jeon Jungkook! Betapa strugglenya dalam mimpi tu aku nak pujuk Minju, terpaksa rasa kesunyian disebabkan tak ada minah tu.
Andwae!
"Huh? Siapa kata berdua? Aku dah ajak Minju."
Aku tertawa palsu, "Ah gurae? Arraseo."
Kebetulan Minju yang sudah selesai melabuhkan punggung di sebelah budak lelaki itu. Aku kembali menghela keluhan berat sesambil menatap makanan.
"Kau okay tak Chul? Kenapa macam murung sangat kena duduk sebelah Taehyung?" soal Jungkook yang sememangnya tak tahu apa apa termasuk aku kisseu dia. Mata beralih ke arah Minju yang turut tak faham apa yang pernah berlaku. Macam aku sorang je pulak yang beria bergaduh dengan dia dalam mimpi.
"Gwaenchana~"
Nasi dikuis kuis dengan sendiri. Tak ada rasa nak mengunyah bila terbayangkan kisah aku kena duduk sebelah Taehyung lagi. Macam mana aku nak jauhkan diri? Paling jauh 10cm.
"Kau kenapa siak? Benci sangat ke dengan Taehyung?"
"Aniya. Kenapa aku nak benci dia.." lemah aku membalas, masih tak bersentuhan bibir dengan nasi tu. Otak kosong macam tin jap. Rasanya pilihan untuk tak padam memori rupanya keputusan yang salah. Ye lah, aku kan Park Mi Chul. Bila je pilihan aku betul.
"Lah sebab kisah silam kau sendiri."
"Aniya.. Taehyung tak salah. Aku yang over."
Jungkook mengetuk kepala aku menggunakan chopstick tanpa fikir panjang atau waras. Tersentak aku menggosok dahi yang agak pedih, tangan dah hampir ragut air yang Minju beli tadi dan nak simbah dekat dia. Tapi tak jadi.
"Yah! Appo!"
"Dulu kau yang beria kata kau musuh dengan Taehyung, lepas tu dia tak salah?" sampuk Minju membela kelakuan Jungkook, mungkin dia pun tertanya tanya.
"Aniya~"
"Okay okay. Habis tu kalau tak benci kenapa tak nak duduk sebelah dia?"
"Sebab— Ish nanti lah aku cerita. Penat lah. Nah makan sampai tercekik. Aku nak masuk kelas dulu."
************************
♡
***********************
"Jack opah. Benti jap. Nak beli roti." ujar aku sebaik sahaja kami dalam perjalanan ingin pulang ke rumah. Lelaki itu mengangguk lalu meletakkan kereta di bahu jalan sementara aku sudah mengorak langkah keluar menuju ke kedai tersebut.
Roti digapai.
"Tak cukup lagi."
"Ah sekejap."
Apabila aku ingin menuju ke kaunter, kaki automatik terhenti dengan secara refleks. Dari belakang dah tahu yang lelaki tu Kim Taehyung, suara lagi lah kenal. Dia tengah sibuk cari sesuatu dari dalam isi beg sekolah. Mungkin duit lebih untuk bayar.
"Ahjumma ni. Bayar dengan dia punya sekali."
"Naipp~"
Aku sedar yang dia tengah pandang aku tapi dengan tabah aku langsung tak teleng sikit pun untuk tengok muka dia. Sikit je lagi kawal aku dah boleh keluar dengan aman, lagipun aku cuma nak cepatkan masa je bukan sengaja nak tolong. Kan dah kata aku tak nak terlibat apa apa dengan dia. Ini sebahagian dari kemanusiaan.
"Ohh kamu satu sekolah ye? Kenal ke?"
"TAK. Kamsahamnida ahjumma-nim." aku mengambil plastik tersebut kemudian sepantas kilat meloloskan diri.
FUH.
"Amboi agassi, beli roti macam mencuri. Laju kemain."
"Em, kita ke hospital jom?"
************************
♡
***********************
Aku sedang duduk di atas kerusi empuk milik Park Mi Geun, siapa lagi kalau bukan bapak aku. Niatnya nak letakkan roti ni atas meja dia sambil dengar dia puji aku seorang anak yang paling baik sekali dia pernah ada. Tapi malangnya lelaki tu tengah merawat orang sakit.
"Annyeonghaseyo. Ni.. pejabat Park Mi Geun? Doktor ada?"
"Eoh.. n..nae. Doktor tak ada. Nanti mungkin dia balik." aku terus menunduk sedikit apabila ada seorang gadis cantik bertanya akan keberadaan appa.
"Nae.."
Dua ulas diketap perlahan. Rasanya tak elok kalau aku duduk lama lama sebab sekejap lagi pun appa akan ada appointment. Jadi dengan molek aku melangkah keluar dari pejabat tersebut, sempat berbalas senyuman dengan pesakitnya yang cantik manis tadi. Tersengguk sengguk aku mengorak pergi meninggalkannya.
"Hm. Agak agak... ahjumma Kim dekat sini ke?"
Andwae!
Jangan masuk campur!
Cukup lah duduk sebelah Kim Taehyung. Aku tak sanggup dah nak hadap perkara yang lebih kurang sama tu lagi. Jantung macam nak gugur bila terimbas segala kepahitan dan keperitan yang orang sekeliling aku lalui. Walaupun semua benda tu ditetapkan dan hanya lah mimpi, tapi tetap aku rasa yang aku bersalah.
Tapi.. disebabkan rasa bersalah. Aku nak sangat tengok keadaan Ahjumma Kim.
"Okay mari."
Satu.
Dua.
Tiga.
Aku mendekati ruang kecil yang memantulkan isi dalam pintu. Ternyata wanita itu masih terbaring di atas katil yang sama, sebak melihat keadaannya. Mesti lelah lalui liku liku yang berat selama menanggung anak lelaki dia dan penyakitnya sendiri.
Tsk. Kenapa aku nak menangis ni.
Sebaik sahaja aku berpaling untuk pergi, tubuh keras membeku sekali gus perit liur ditelan dalam diam. Agaknya nasib aku memang malang hari ni, semua yang tak nak akhirnya terjadi, mulut jadi masin macam air laut.
"Park Mi Chul?"
_______________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top