Chapter 14
♡ ; nampaknya semua dah gabra. tapi memang itu storyline asal, plot twist gtew. biasa la sweet-fantasy kan. ehek. chan macam cepatkan sikit story ni sebab nanti korang bosan lak chan ngarut lelama HAHA
so happy reading <3
***********************
Selesai mandi aku terus turun ke tingkat bawah untuk makan siang, tak tahu kenapa kalau dulu aku tak suka cuti sekolah memandangkan tak dapat tengok muka member tapi lepas segalanya dah musnah disebabkan pilihan aku sendiri. Aku jadi, seronok terperap dalam rumah. Rasanya kemunculan aku cuma untuk menambah perasa huru hara dalam hidup orang lain.
"Chul, kamu okay? Kenapa mata kamu bengkak sayang?" tegur appa.
"N..Nae? Aniya. Tak cukup tidur."
Kami sambung makan dengan tenteram dan aman. Semua makanan yang sedap terasa kelat, sukar untuk ditelan. Malah nak hadam pun ambik masa.
"Kamu kenalkan Kim Taehyung?"
"Eung."
"Budak malang. Kalau kamu jumpa dia, tenangkan dia ya? Dia setuju untuk buat pemindahan organ tu untuk teman wanita abang dia."
"BWO?"
Appa mengukir senyuman pendek, "Eung. Sebab peratus untuk Puan Kim terus hidup agak tipis dan bila bila masa dia boleh meninggal atas sebab kegagalan peredaran darah. Jadi, Taehyung setuju. Mungkin berat juga untuk dia hadap, appa just nak dia kuat. Kamu tolong tengok tengokkan dia ya?"
Tak mampu nak bagi reaksi lagi.
Kim Taehyung dah tak ada tempat bergantung, dia masih bawah umur.
Tubuh aku lemah. Tak mampu nak bayangkan hidup Taehyung tanpa seorang ibu yang lembut bicara dan berhati baik begitu. Sedangkan dia berhempas pulas bekerja semata mata untuk rawat Puan Kim dan bagi yang terbaik sebagai seorang anak. Abang dia pulak muncul dan hancurkan lagi hati dia.
Aku rasa semua ni salah aku.
**********************
Michul berjalan dengan tenang menuju ke kaki lima hospital yang ada pelbagai tangisan dari keluarga Kim. Anak lelakinya Taehyung sedang duduk memeluk lutut seraya menghambur air mata tanpa mengeluarkan suara sementara si abang hanya mampu duduk terbelenggu dihempap serba salah yang menggunung.
"Mianhae.. Kim Taehyung."
"Annyeong.." (Selamat tinggal)
Perlahan suara dari jauh Michul menemaninya, bingkas budak perempuan itu berlalu pergi dari tempat tersebut. Dia tak sanggup untuk berhadapan dengan Taehyung waktu sekarang. Terasa seperti semua kni berlaku angkara dia walhal Michul cuma mengatakan apa yang dia lihat di dalam mimpinya.
MiChulope
>> jumpa.. dekat tempat biasa
Mesej dihantar.
Langkah kaki dipijak lagi berhenti tepat di hadapan rumah rakan baiknya, Im Minju.
"Minju-ah.. annyeong.." (Selamat tinggal)
Selama budak perempuan tu kejar Kim Taehyung, dia langsung tak ada taruh perasaan sama sekali. Apa yang diharap cuma cinta yang dia patut beli. Tapi semuanya malah hancur lebur.
"Eoh? Rantai ni? Ahh, aku dengan Taehyung beli masa kitaorang rapat dulu. But since asyik gaduh dengan dia, aku jadi rindu pulak." jawapan Jungkook kelmarin betul betul menjawab semua tanda soal.
Masa Michul cari pemilik rantai dulu, cuma Jeon Jungkook lelaki yang dia tak periksa dan pastikan.
Mimpi tu, terbalik.
Apa yang Michul nampak cuma pantulan. Ia realiti yang kejam dan pilihan yang tidak tepat. Perasaan yang mengelirukan, emosi yang putar belit, perwatakan manusia yang berubah ubah. Semua tu membuatkan dia sedar apa yang sedang berlaku dan dia hanya perlu tamatkan sampai di sini.
Berhenti.. sakitkan lagi ramai orang.
"Eoh. Chul!" Jungkook melambai dari jauh. Melihat wajahnya yang penuh senyuman membuatkan hati dilanda sebak. Lelaki itu berlari mendapatkannya yang masih statik berdiri tanpa berganjak.
"Annyeong. Kenapa nak jumpa?"
"Mianhae.. Jungkook-ah."
"Eoh?"
"Aku.. keliru. Aku tak tahu apa yang jadi sebenarnya. Semua ni salah aku. Tak sangka semua akan jadi buruk sampai macam ni sekali. Apa pun aku janji.. lepas ni aku akan buat yang terbaik dan berhenti buat pilihan yang akan sakitkan semua orang."
Jungkook tertawa, "Kenapa serius sangat? Apa jadi sebenarnya? Okay bagitahu aku, eung?" lembut lelaki itu memujuk seraya menyentuh kedua belah bahu Michul.
"Mianhae."
Setelah berkata seperti itu, Michul menarik kolar baju Jungkook lalu mencium bibirnya tanpa lapik dengan gerak yang pantas.
Saat itu, masa seperti bergerak sangat lambat. Mula terasa keheningan yang berpanjangan tiada penamat. Gaya Michul masih tidak berubah namun dia tidak sedar akan perubahan yang berlaku di sekitarnya. Kelopak mata yang terpejam membutakan segala hal. Alis berkerut bingung.
"Huh..." Michul tersentak lalu mencelik apabila dia berasa seperti di awangan.
"Annyeong.. dah bangun?" suara tua itu menegur.
Michul terkebil kebil seraya melihat keadaan dirinya sekarang, dia berada di atas katil dan masih berpakaian lengkap sebagai pesakit yang dirawat di hospital. Perit liur ditelan, di hadapan ada seorang lelaki tua yang sedang duduk tenang berselitkan senyuman lebar pada bibirnya.
Ini kali kedua mereka berjumpa.
"H..Harabeoji.."
"Geokjongma. Kamu tak mati."
"K..Kenapa harabeoji buat saya macam ni?! Saya tahu semua mimpi tu terbalik kan?! Apa yang saya nampak semua salah!" budak perempuan itu akhirnya mampu membentak.
"Maja. Hahahaha. Kamu cuma dimanipulasi dengan figura kedua. Walaupun sangat mudah untuk cari orang yang mencintai kamu. Tapi kamu pilih jalan susah untuk rebut hati manusia yang bencikan kamu. Salah saya?" ujarnya membuatkan Michul tersentak.
"Eum. Apa yang menarik, perasaan Taehyung berubah." sambung lelaki tua itu lagi.
"B..Berubah?"
"Eung. Dia dah mula ada rasa cinta terhadap kamu. Tapi malangnya hidup dia porak peranda disebabkan percaya dengan kata kata kamu. Malah dia kecewa dan terpaksa berpijak pada duri untuk terus bernafas."
"Geumanhae.. kenapa harabeoji perlu buat macam ni? Wae?"
"Mudah. Manusia sekarang selalu kejar sesuatu yang mustahil sehingga dia abaikan sesuatu yang berharga dan menantinya. Jadi nak tak nak kamu cuma perlu sedar yang kamu perlukan Jungkook, sebab itu pengakhiran yang sahih. Kim Taehyung bukan untuk kamu, kalian hanya musuh."
Mata Michul berkaca, menitiskan air mata yang mengandungi seribu satu keperitan.
"Sebab tu.. saya keliru dengan perasaan saya sendiri?"
"Eoh. Saya yang hantar perasaan tu. Kalau tidak, kamu akan lebih cintakan Taehyung memandangkan dia yang selamatkan kamu dulu dan ending tak seperti yang diatur. Apa pun, menyeronokkan."
Budak perempuan itu tertawa palsu, "Memang menyeronokkan. Sebab saya percaya mimpi tu, geuji?"
"Majayo. Kebanyakan manusia tak percaya dengan mimpi yang saya hantar, tapi kamu berbeza Park Mi Chul. Itu lah yang mengujakan saya."
"Tapi kenapa jantung saya sakit masa tu bila nampak Taehyung dengan Daeul."
Lelaki tua itu mula bangun dari duduknya bersama tongkat lalu menghampiri Michul dengan kepala yang digeleng berulang kali. Pelik gadis itu dibuatnya setelah melihat reaksi si atuk yang terbongkok lemah.
"Jantung kamu akan bertindak balas apabila Jungkook bersentuhan dengan perempuan lain. Ingat kejadian tu? Kalian bergaduh dengan Seok Jin dan saling tarik menarik, masa tu Minju yang menahan cinta kamu. Tapi kamu terlalu fokuskan Kim Taehyung. Aigu aigu~"
"AGHHH sudah! Saya penat. Bunuh je lah saya! Saya dah tak sanggup nak hadap semua ni!"
"Aip. Janji saya, saya akan padam memori kamu dan kamu akan berbalik pada tarikh kamu jatuh longkang. Terima kasih kerana percaya dengan mimpi saya, kamu antara manusia yang berbeza." sebaik sahaja tangan lelaki tua itu naik, Michul memejam mata dengan rapat.
"JAMSIMAN. Fuh fuh... s..sekejap. Habis tu kalau saya tak ingat apa apa, lepas ni kalau saya buat silap yang sama macam mana?"
"Jadi kamu tak nak dipadam memori tu?"
Michul menggigit hujung jari. Memikirkan semula kejadian buruk yang menimpa, dia jadi takut untuk ulang perkara yang sama. Jantung berdegup kencang terbayang semua orang sakit disebabkan oleh kebodohan dia. Tak mampu nak tahan lagi.
"Eoh.. saya.. nak ingat mimpi tak guna tu."
"Mimpi cuma lah mainan tidur."
"Agh molla! Saya tak nak ada yang sakit dengan pilihan bangang abadi saya. T..Tapi, akan ada perubahan ke dengan perasaan kawan kawan saya?"
"Perasaan kawan kawan kamu tak berubah, cuma kamu yang tak tahu. Lagipun mimpi sebelum ni memang sudah ditetapkan. Boleh jadi ia palsu atau tepat. Sebab tu ianya jadi rumit. Lepas ni kamu cuma jalani hidup seperti budak perempuan sekolah biasa, Park Mi Chul."
Gadis itu mengetap dua ulas bibirnya.
Dia bimbang.
"Jadi.. nak padam atau tidak? Cepat sikit lenguh tangan memegang tongkatnya ni ha."
"Saya.. tak nak padam."
*********************
♡
*********************
Mata dicelik berulang kali dengan rentak perlahan. Pandangan yang kabur semakin jelas. Aku membuntangkan bola mata dengan luas seraya terbangun dari katil, ruangan penuh dengan warna putih itu aku tilik mengejut. Nafas aku berombak naik turun, terasa macam hayat aku dekat hujung tanduk.
Aku dekat hospital, yang sama.
"Yah Mi Chul! Gwaenchana?"
"Weh kau jatuh longkang je asal pengsan lama sangat?!" terpa Minju.
Mata aku menilik kalendar yang tergantung pada dinding, 1 April. Memang betul, aku dah balik semula ke hari yang sama di mana aku dapat mimpi tak guna tu. Semua keadaan masih sama, tiada perbezaan.
Air mata aku mengalir dengan sendiri. Sebak dan terharu. Rasa lega pun ada, aku sanggup bangun sekarang semata mata untuk percaya yang nasib malang tu tak pernah terjadi. Semua keperitan yang aku lalui sebelum ni cuma mimpi yang panjang.
"Eoh dah sedar, bagus lah. Lama betul kamu lena." ujar doktor bernama Park Mi Geun yang merupakan bapak aku. Lelaki itu terlihat lebih muda dari sebelum ni, mungkin sebab aku nampak dia terlalu sibuk dengan kerja.
Dalam mimpi tu, sekarang aku tanya Minju pukul berapa dan berlari ke sekolah untuk halang Kim Taehyung. Tapi semua tu tak akan berlaku lagi sebab ini realiti.
"Tsk."
"Yah kenapa kau menangis ni? Terharu sangat ke masih hidup? Rilek lah jatuh longkang tak mati pun." ujar Minju seraya mengusap belakang badan aku, disebabkan tenggelam dengan emosi bingkas tubuh budak perempuan itu aku peluk erat. Sekuat hati.
Aku rindu dia!
"Aiguu drama apa ni. Hah, rest. Lepas ni hati hati jangan main langgar je. Appa keluar dulu. Jangan skip ubat." ujar doktor itu, sempat dia merosakkan rambut aku seketika sebelum berlalu pergi.
"Eung arraseo." tangan aku melambai ringan.
"Yah lepas!" Minju meleraikan pelukan hingus kami dengan kasar kemudian menerkup kedua belah pipi aku.
"Kau kenapa ni? Cuba cerita!"
"Panjang ceritanya. 13 episod lepas tu memeningkan, so aku tak nak cerita. Apa pun janji dengan aku yang kau tak akan tinggalkan aku. Walaupun semuanya tak sama lagi tapi aku tetap sedih dan pilu bila teringat apa yang pernah terjadi. TSKKKK." hingus ditarik sepenuh tenaga, satu jari kelingking disua.
"Aigoo. Jatuh longkang otak makin mereng." Minju menyatukan jari kelingking kami berdua, setuju dengan apa yang aku cakap.
Dia bukan faham pun apa yang terjadi. Kitaorang gaduh besar dan aku rasa macam nak bunuh diri je kalau hilang makin ramai orang.
Lagi lagi yang aku sayang.
***********************
♡
**********************
Selangkah kaki berpijak pada perkarangan sekolah. Senyuman kelat automatik terukir. Tak sangka lepas dah beberapa hari rehat, aku akhirnya berjaya sampai ke sekolah. Takut gelisah semua ada. Kalau boleh aku memang nak jauhkan diri dari orang orang yang tak berkenaan. Sebab risau kehadiran aku boleh lukakan dia.
"Hai Chul!" tegur Hoseok mesra.
"Eum hai."
"Asal muka kau murung semacam? Dah sihat?" sampuk Seok Jin yang sedang mengemas buku bukunya. Tiba tiba kejadian buruk antara kitaorang terimbas, serius dalam mimpi tu aku dengan dia dah macam anjing kucing. Madah nak bergaduh. Bila dia tanya aku elok elok macam ni rasa nak hempuk pulak.
"Em. Dah. Sikit je jatuh longkang. Yashe lah kalau macam terbodoh sikit. Oh ya mana budak laki yang lain?"
"Dorang dekat bawah lah. Ada training. Kaja Joon, Hobie." ujar lelaki itu kemudian bangkit bersama meninggalkan aku sendirian.
Keluhan dihela.
Susah jugak nak bawak parut lama. Patutnya aku padam je, tapi aku lagi tak sanggup kalau tengok perkara yang sama berulang. Semua orang akan sakit nanti.
Lambat lambat aku bangun seraya menuju ke arah tingkap, terlihat mereka yang sedang berkejaran dengan bola antara satu sama lain. Mata menangkap bayang Jungkook dan Taehyung yang saling tertawa. Bibir aku spontan ternaik dengan sendirinya, gembira pulak tengok dorang rapat. Kalau tak sebab Taehyung ada masalah, dia pun tak akan berhenti jadi team leader.
Hmm. Bahagia betul suasana realiti.
"HDIAKROAKFL!" cepat cepat aku menyorok dekat bawah lepas perasan yang Taehyung tengah tengok aku.
TsKKKK. Andwae! Aku tak boleh libatkan diri dengan dia walaupun hakikatnya berbeza! Dia cuma budak lelaki biasa yang normal kalau kau tinggalkan dia sensorang! Gurae, jangan ganggu hidup Kim Taehyung.
Aku happy tengok Taehyung yang sekarang walaupun dia cuma Taehyung yang sama.
Mianhae.. sebab buat kau menderita dulu.
Gomawo.. sebab selamatkan nyawa aku.
**********************
♡
**********************
Tangan didepang luas. Menikmati deruan angin macam dalam kdrama gituh. Kemudian mata dipejam rapat bersama dagu yang didongak sedikit. Indahnya dunia. Gembira sangat dapat balik lagi. Rasa letih betul hadap mimpi yang macam pucek tu. Mungkin ianya happy-ending untuk harabeoji peramal tu, tapi ianya sad-ending untuk seketul budak perempuan macam aku.
Tembok dipanjat. Melihat pemandangan di bawah. Bangunan bangunan yang tersusun rapi ni memang memuaskan hati. Rooftop tempat terbaik untuk hilangkan stres.
"Bogosipda! BogoSipda! Eolmana! Gidaryeo ya!"
Lah tibah nyanyi.
"Eo?" ada sesuatu yang terlekat pada hujung kasut, jadi aku membongkok untuk mengutipnya.
"ARGHHHH!"
Tiba tiba pergelangan tangan ditarik dari belakang lalu tubuh aku dicempung kemas oleh seseorang membuatkan sebelah lagi tangan terpaksa meraih lehernya supaya tidak terjatuh. Bola mata aku terbuntang luas sebaik sahaja ruangnya dipenuhi dengan raut wajah seseorang. Nafasnya berombak bersama pandangan mata yang dingin dan tajam.
"Kau nak mati ke?"
"Kim.. Taehyung."
____________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top