Chapter 13
♡; chapter ni korang akan pening macam nak muntah.
********************
♡
********************
Sebaik sahaja pulang dari sekolah, Taehyung diberitahu oleh jiran bahawa ibunya jatuh pengsan di tempat kerja lalu terus dikejarkan ke hospital. Lelaki itu tidak fikir panjang lagi selain mendapatkan tubuh wanita itu. Sempat beg sekolahnya di lempar kasar, air mata sedaya upaya ditahan agar tidak jatuh.
Dia hanya mampu duduk bersandar pada dinding apabila Puan Kim perlu jalani pembedahan segera setelah mendapatkan izin dari anaknya. Taehyung menghantar mesej kepada Jimin, iaitu orang yang akan selalu tahu keadaan semasa budak lelaki itu dan sudah tentu Jimin akan khabarkan kepada gadis bernama Michul.
Selepas mendapat mesej, Michul dihantar ke hospital oleh Jack opah.
"Kim Taehyung-ah.." nafasnya berombak kencang, serba salah melihat wajah lemah Taehyung yang langsung tidak berdaya.
Apabila melihat informasi yang terpancar pada skrin.
Doktor Park Mi Geun.
Lelaki yang sedang berjuang menyelamatkan Puan Kim adalah bapa kepada Michul. Perlahan lahan dia menghampiri Taehyung, punggung dilabuhkan di sebelahnya. Terlihat ada air mata yang jatuh terbit melalui iris yang berkaca.
"Taehyung-ah.." sebelah tangan naik menyentuh lembut bahu lelaki itu. Namun tiada reaksi darinya, hanya membeku tidak bersuara.
"Kim Taehyung!" jerit Jimin yang sedikit lewat seraya berlari mendapatkan tubuh lelaki itu, dia terus mendakapnya erat. Tahu apa yang sedang terjadi pasti berat untuk dipikul.
Sementara bibir Michul sudah menggeletar, dia merasakan ada yang salah.
*********************
♡
**********************
Sejurus kejadian Michul pilih Jungkook secara mengejut walaupun lelaki yang dia kejar adalah Taehyung, Minju jadi celaru dengan perasaan dia sendiri dan cuba hadam apa yang sebenarnya terjadi. Disebabkan dia rasa yang keadaan tak sepatutnya sebegitu, Minju merancang untuk berjumpa dengan Jungkook di sebuah cafe.
"Annyeong, mian lambat." ujar Jungkook menyentakkan lamunan panjang gadis itu. Minju membalas dengan senyuman yang diselitkan gelengan kecil.
"Aniya. Gwaenchana."
"Kenapa nak jumpa? Chul mana? Tak ajak lepak sekali?"
"Aku.. just nak jumpa dengan kau. Tanpa Chul. Sebab aku nak cakap sesuatu yang tak perlu ada dia dan ini bukan dipanggil lepak. Boleh kan?"
Jungkook tertawa halus, "Yah deo bwoya? Aku jadi seram lah. Kenapa serius sangat bunyinya? Ha boleh je, mana tahu kau ada benda tak puas hati dengan aku kan. Heheh, ha apa dia apa dia?"
"Gurae.. memang banyak benda aku tak puas hati dengan kau, Jungkook-ah." Minju menguntum senyum kelat. "Kau cuma jadi diri kau, dan aku benci benda tu. Sebab semua tu buat situasi kita jadi tak tentu hala. Aku yang terjerat, tapi kau.. okay je." luahnya berlapik, Minju cuba menghantar mesej melalui kata kata terlebih dahulu.
"Em. Apa maksud kau?"
"Aku suka kau."
Kenyataan direct tanpa lapik tu membuatkan reaksi Jungkook tergamam sejenak. Dia mengetap dua ulas bibir seraya menggosok belakang tengkuknya, tak sangka apa yang Minju luahkan barusan tadi tu kedengaran serius dan langsung tak berbunyi gurauan. Itu yang menyebabkan Jungkook sukar untuk bagi reaksi pantas.
"Kalau aku confess dekat kau sebelum ni, kau akan terima aku?" soal Minju lagi. Dia ingin tahu apa yang akan berlaku sebelum pengakuan hari ini.
Mata Jungkook terkebil kebil, dia terimbas sesuatu. Kata kata budak perempuan yang dia suka.
"Hm sadis member kau ni. Macam member aku jugak."
"Member kau? Siapa?"
Rupanya, Im Minju.
"Ada lah. Kau tak kenal. HAHA."
"Pada aku lah, aku tak suka lelaki reject perempuan. Seeeee? Aku kena reject dengan Taehyung bape kali siot."
"Tapi serius, lelaki kena lah belajar untuk suka perempuan jugak. Ingat senang ke nak simpan perasaan tu lama lama?"
Jungkook mengukir senyuman nipis, dia mendekatkan jarak pada meja untuk melontarkan kata katanya setelah memikirkan situasi mereka berdua. Perit liur ditelan kuat, Minju rasa berdebar nak dapatkan jawapan yang selama ni dia tunggu dari Jungkook. Lelaki yang dia suka untuk sekian lama.
"Minju-ah. Kalau kau awal sikit, mungkin aku terima kau. Sebab.. aku akan belajar untuk suka kau juga. Aku tahu susah nak simpan perasaan tu lama lama. Tapi..." ayat Jungkook tergantung, dia ambil sedikit masa untuk teruskan. Minju pula masih fokus meniti bibirnya.
"Tapi?"
"Tapi disebabkan.. Chul pilih aku berbanding Taehyung.. aku jadi tak nak putus asa. Sebab aku pun, dah lama sukakan dia. Mungkin benda ni agak mengejutkan kau tapi aku tak tahu yang selama ni antara kita bertiga.. ada yang simpan perasaan berbeza." ujar lelaki itu dengan nada paling lembut dek kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Sememangnya apa yang keluar dari mulut Jungkook agak menyakitkan, malah teramat pedih untuk diterima. Minju menyisip secawan coffee miliknya untuk meredakan diri. Tekak yang sudah kering akhirnya kembali tenang.
"Arraseo.. aku harap, kau dengan Chul bahagia."
***********************
♡
***********************
Sejak nasib malang yang menimpa Kim Taehyung, dia jadi kembali dingin seperti biasa. Puan Kim koma setelah berjaya melangsaikan pembedahan, wanita itu tidak sedarkan diri. Berita itu sudah mula dibicarakan di setiap pelusuk sekolah disebabkan Taehyung tak hadir melapor diri. Situasi jadi semakin parah dan itu yang mengganggu hidup Michul. Dia menangis mengenangkan nasib Taehyung, jadi sedih dan serba salah.
Tapi apa yang lebih teruk, hubungan persahabatan mereka turut keruh kesah.
"Kenapa kau makin jauhkan diri dari aku? Boleh tak kau jangan macam ni lagi Im Minju?"
"Mian. Buat masa sekarang aku cuma perlukan ruang, tolong jangan desak aku Chul. Aku tahu kau pun tengah sedih tapi aku tak faham sebenarnya apa kena dengan kau. So.. aku rasa better kita jauh dulu. Jangan salah faham, aku tak marahkan kau." Minju cuba untuk melewati budak perempuan itu namun langkahnya dihalang. Michul mendepang tangan di hadapan Minju yang sudah menghela keluhan berat.
"Aku tak nak kita macam ni. Aku salah sebab pilih Jungkook masa tu, tapi kau fahamkan aku keliru. Aku akan cuba buang perasaan aku kalau benda tu boleh pulihkan hubungan kita!"
Minju tertawa palsu, "Geumanhae Park Michul, kau sendiri tak tahu perasaan kau sendiri. Kau sedar tak kau dah musnahkan harapan orang? Kalau tak disebabkan mimpi tak guna tu, Jungkook akan terima aku. Yah.. Park Mi Chul. Berhenti sakitkan lagi ramai orang. Aku dah penat dengan semua ni, jebal?"
Saat itu, tiada apa lagi yang mampu menghalang jalan Minju. Dua ulas bibir yang menggeletar dia ketap. Budak perempuan tu tahu, semua benda malang ni terjadi berpunca dari dia.
Semua ni salah dia.
Tapi Michul sendiri tak faham apa yang tak kena, dia pun rasa sakit macam orang lain rasa. Terkurung, tak tahu nak buat apa. Tapi dihempap berbatu rasa serba salah.
*******************
♡
*******************
Sedang Taehyung duduk sendirian meniti wajah emaknya, pintu wad diketuk sebanyak dua kali. Dia menoleh ke belakang seraya berdiri tetapi malah riak wajah berubah pegun. Hampir tidak mampu bergerak melihat seseorang yang selama ni dia tunggu akhirnya muncul.
"H..Hyung.."
"Taehyung-ah.." senyuman kelat diukir Jinyoung, dia mendakap tubuh budak lelaki yang sudah menitiskan air matanya. "Jaljinaesseo?" ujar si abang sebak.
"E.. Eung.." dia mengeratkan pelukan dengan menyembunyikan wajahnya pada bahu bidang lelaki itu. Membiarkan suasana dipenuhi dengan tangisan air mata gembira, sedih, terharu dan sebak.
Taehyung rasa lega bila dia ada orang yang akan damping di sisi ketika dia betul betul perlukan seseorang untuk bergantung, ini memang saat bahagia dalam hidup dia setelah sekian lama terpisah dengan si abang. Namun dia tak tahu yang Jinyoung datang bawa seribu satu kedukaan di benak hatinya.
"Mianhae, hyung.. cuba cari kau dengan eomma. Tapi hyung duduk dekat California lama sangat, ini yang baru dapat jumpa korang berdua." redup suara Jinyoung menyatakan apa yang selama ini hanya mampu terbuku di dada.
"Gwaenchana.." jawab Taehyung.
"Taehyung-ah.. jeongmal.. mianhae."
Taehyung tertawa, "Gwaenchana hyung! Kenapa kau tak henti mintak maaf ni? Aku.. okay.. cuma aku gagal jaga eomma. Aku lega sangat kau ada sekarang. Eomma mesti gembira kalau dia bangun nanti." budak lelaki polos itu menyeka air matanya menggunakan hujung lengan.
"Eomma.. tak akan bangun."
Tersentak Taehyung dengan kata kata dari si abang.
"Jangan berani cakap yang bukan bukan, eomma akan bangun. Dia cuma perlukan masa. Kalau kau datang untuk cari gaduh, keluar." sekelip mata Taehyung berubah apabila dia merasakan Jinyoung bukan lagi berkongsi darah kerana ungkapan itu agak kejam.
"Taehyung-ah.. hyung.. ada benda nak bagitahu kau. Tapi hyung harap kau tak marah. Lepas ni.. kau boleh tinggal dengan hyung. Keluar dari rumah tu. Eoh?" pujuk Jinyoung dengan nada lembut.
"Bwo? Apa yang kau nak?"
"Hyung.. perlukan hati eomma. Hyung nak mintak izin kamu untuk jalankan pemindahan t—"
DUSH!
Wajah Jinyoung disinggah penumbuk, terletus cecair merah dari hujung bibir. Dia sedar yang dia memang layak terima benda tu dari Taehyung memandangkan budak lelaki tu sekarang terlalu diselubung dengan rasa marah. Datang setelah bertahun tapi meminta sesuatu yang tak masuk akal. Berombak dada Taehyung, terjerumus dengan seribu satu perasaan kelam.
"Kau boleh keluar."
*******************
♡
********************
Perlahan lahan, aku mendekati Taehyung yang sedang duduk di ruang rehat. Lepas je balik dari sekolah, memang ini pun jadi destinasi aku untuk tahu keadaan dia. Sekarang hati aku belum pulih sepenuhnya memandangkan Minju dah jauh. Tapi aku tak nak hilang Kim Taehyung jugak.
"Taehyung-ah."
Sebaik sahaja sedar kehadiran aku, dia terus bangun dan buat keputusan pergi dari tempat ni. Untuk kali kedua aku tahan orang yang cuba tinggalkan aku.
"Aku.. mintak maaf."
Taehyung perlahan lahan melepaskan tangannya kembali seraya menoleh ke arah aku dengan mata yang dingin, sama seperti dulu.
"Bahagia? Kau kata.. hidup aku akan bahagia. Jangan.. sakitkan orang kalau kau tak mampu nak sembuhkan dia. Cukup diam dan pergi dari hidup aku macam yang aku suruh dari awal." ujar lelaki itu mendatar, tepat menusuk jantung.
"Aku salah.. aku tak patut cakap macam tu.. aku cuma cakap apa yang aku nampak dari mimpi tu. Serius aku tak tahu semuanya boleh jadi macam ni, aku mintak maaf sangat sangat Taehyung." tak dapat nak tahan, air mata aku jatuh lagi. Betul betul sebak merasakan semua ni berpunca dari aku.
Aku memang sepatutnya diam dari dulu dan tak buat apa apa macam yang dorang suruh.
"Kau senang tapi aku menderita. Mungkin kalau kau tak muncul dulu, hidup aku tak macam ni." ujar Taehyung untuk kali terakhir sebelum mengorak langkah jauh.
Kim Taehyung dah pergi.
Dua ulas bibir diketap kuat. Raungan aku lepas sepuas hati, membiarkan air mata jatuh deras. Kedua belah lutut dipeluk sendiri. Lemah tidak berdaya.
Kalau kau tak selamatkan aku, hidup kau mungkin akan berubah.
Tapi kau selamatkan aku, Taehyung-ah.
********************
♡
*******************
Keluhan dihela.
Mata aku bengkak sebab menangis seharian. Aku hilang orang yang sayang sekelip mata. Walhal aku sendiri tak tahu apa yang sebenarnya terjadi, kenapa semua ni berlaku. Kejam sampai aku rasa hidup aku tak berguna dan musnahkan hidup orang dengan sebab percaya mimpi bodoh tu.
Dasar.
Aku keliru dengan pilihan aku. Tak tahu apa yang aku patut buat, aku cuma nak cuba semua kemungkinan memandangkan ada yang salah dengan mimpi tu. Tapi aku gagal, mungkin aku memang akan mati dan aku tak boleh elak benda tu.
Satu per satu langkah lemah aku atur, bawah langit yang gelap aku masih berbaju sekolah lengkap. Cuma cahaya lampu jalan yang menemani, niat untuk tenangkan diri setelah melalui hari yang panjang.
"Yah Park Mi Chul.."
Sebaik sahaja aku mendongak, terlihat susuk figura yang mampu untuk buat air mata aku bertakung lagi. Lelaki itu berlari ke arah aku lalu memasukkan tubuh aku ke dalam dakapannya, erat. Bagai membakar segala masalah yang aku hadapi. Aku tenang, sebab ada dia.
Dia, Jeon Jungkook.
"Yah gwaenchana? Kau tahu tak aku risau? Kau menghilang lepas balik sekolah, bila aku tanya Minju. Dia kata dia tak nak ambik tahu. Kau bergaduh dengan dia?" soal Jungkook gelisah.
"Eung.. semua ni.. salah aku. Tsk."
"Y..Yah.. uljima." ibu jari lelaki itu naik menyentuh air mata yang tak habis. Entah bila nak kering pun aku tak pasti.
"Gwaenchana. Aku ada." sambungnya lagi.
Mulut aku terbungkam, tubuh keras membeku sebaik sahaja terlihat sesuatu yang menarik perhatian aku daripada Jungkook. Lelaki itu turut terkebil kebil dungu dengan reaksi yang aku bagi. Lambat lambat satu tangan naik ke arah leher budak lelaki tu, tali halus yang tergantung aku raih sehingga muncul satu rantai yang membuatkan liur aku ditelan.
Rantai ni.. rantai yang sama dengan Kim Taehyung.
Rantai.. lelaki yang muncul dalam mimpi aku.
Tapi dia, Jeon Jungkook.
"Selama ni.. k.. kau?"
"Nae?" dia bingung, memang Jungkook tak tahu apa apa.
Aku dah sedar selama ni aku kejar orang yang salah. Kim Taehyung bukan lelaki tu, memang patut ciuman dia langsung tak mengubah apa apa malah keadaan jadi lebih parah dan keruh selepas aku buat keputusan untuk kejar dia.
Aku.. perlukan cinta lelaki yang cintakan aku.
Jadi aku cuma perlukan ciuman Jeon Jungkook.
_____________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top