Chapter 12
♡ ; guys abang taehyung tu, jinyoung tau. chan tak sedar masa taip dekat c10. HAHA. btw tengs yang masih stay 🥺💜
**************************
Kebetulan Namjoon dan Seokjin barusan keluar dari pejabat setelah siap menghantar buku, mereka ternampak seekor kucing yang berbulu lebat serta memiliki mata yang gelap. Tidak ragu ragu lelaki itu mendukungnya dengan lemah lembut. Namjoon pula sedang sibuk membetulkan tali leher sehingga ketat, tak tahu nak ketat sampai tercekik agaknya.
"Aigu aigu comelnya!"
"Em kita kena tinggalkan kucing ni dekat sini sebab Michul allergic bulu dia." ujar Namjoon prihatin sebagai presiden kelas yang berwibawa walaupun hakikatnya dia tidak menyukai perangai sememeh Michul yang sering mengganggu ketenteram hidup dia.
"Jinjja? Assa! Ini lah masa untuk kita balas dendam. Kau tak ingat ke yang dia tarik rambut kita masa kes bergaduh dekat depan kelas? SAKIT SIOT."
Dalam diam Namjoon menguntum senyuman nipis. Serba salah tapi bila terkenang yang spek teropong angkasa dia turut jadi mangsa, akhirnya Namjoon tidak membantah.
"Hekhek. Kaja." Jin terlampau seronok untuk lihat reaksi orang utan dari Michul sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas.
Sedang budak perempuan tu fokus bermain game bersama Minju, tiba tiba muka karakter alam maya berubah kepada muka seekor kucing. Mata Michul terus membulat besar lalu dia hampir melempar telefon pintarnya ke udara.
"ARGHHHH KUCENK KUCENK ARGHHH YAH DEO PABOYA JINJJA!" bagai dirasuk, Michul melarikan dirinya mengelilingi kelas dengan tangan yang terangkat seperti menyanyikan lagu Mansae.
Seokjin gelak terbahak bahak namun masih mengejar dari belakang. "HAMBEK."
"Bangang lah dua ekor ni." setepek Minju mencemuh.
"IM SORRY BUT I LOVE YOU DA GEOTJIMAL, IYA MOLLAESEO, IJEYA ARRASEO." terdesak nyanyian Michul yang sudah naik di atas kerusi demi meraih simpati SeokJin supaya berhenti mengejarnya.
"NEGA PIRYOHAE!" sambung Jin dengan bahagia lalu menyambung sesi larian mereka, Namjoon dah ke hulur ke hilir nak suruh dorang bertenang dan berhenti main memandangkan terlalu mengganggu. Kot kot ada orang tengah study (even tak ada pun.)
"SHIREOO!"
BAM!
"ARGH!"
Sebaik sahaja gadis itu menerpa pintu kelas, dia berlaga dengan Jungkook yang turut ingin masuk dari arah luar. Namun apa yang terjadi malah dia terjatuh rebah di atas tubuh lelaki itu sehingga tertolak ke dinding. Sempat Jungkook mengerang kesakitan malah mata Michul membulat besar dengan posisi mereka.
"Y..Yah deo gwaenchana?"
Kelopak mata perlahan lahan lelaki itu celik, raut wajah Michul terlalu dekat ketika ini membuatkan detak jantungnya menggelegak dengan sendiri. Perit liur dipaksa telan. Dah bertahun, tapi dia masih simpan perasaan yang sama. Cuma budak perempuan tu yang clueless.
Kebetulan Taehyung yang turut lewat koridor tersebut menghentikan langkahnya apabila terlihat keadaan pasangan itu. Keluhan berat dihela, bola mata digulingkan sebal. Sepatutnya dia tak perlu hirau apa yang budak perempuan tu nak buat sekali pun, tapi kenapa dia tak boleh tengok adengan mesra dorang berdua?
Satu per satu langkah diorak mendekati mereka yang masih bertukar pandangan.
Taehyung merangkul siku Michul sehingga dia berjaya bangkit.
"E..Eoh. Gomawo. H.. HA.. HACHUM!"
Sunyi.
Masih sunyi.
Raut wajah Kim Taehyung penuh dengan semburan air liur Michul yang sedang mengalami alahan bulu kucing. Terpejam kelopak mata lelaki itu, tubuh statik membeku. Michul tergamam sekejap melihat kejadahan yang berlaku.
"HAHAHAHAHAHHAHAHA." riuh kelas mentertawakan nasib malang Taehyung. Puas hati Jin, dia memang cuma nak kacau sampai budak tu bersin je. Ingatkan Jungkook yang makan lunch air liur harini, tak sangka Taehyung.
Apa yang berlegar dalam kepala Taehyung sekarang cuma, menyesal.
"T..Taehyung-ah.. MIANHAE. HUWAA." dengan pantas Michul menggunakan tali leher lelaki itu sendiri kemudian cuba membersihkan wajahnya. Namun Taehyung menyeluk poket blazer gadis itu bingkas mendapatkan sapu tangan miliknya dan dia gunakan tanpa izin. Michul dah buat muka okay tak okay memandangkan salah dia sebab silap sembur.
"Huh." selesai bersihkan muka, Taehyung sengaja menyapu semula permukaan kain pada wajah Michul lalu melangkah masuk ke dalam kelas dengan tenang.
"YAH!"
********************
♡
*******************
Tapak tangan ditekap pada dada.
Berdebar. Tapi ada dua bayangan figura yang berlegar. Tak tahu untuk yang mana satu, otak keliru dengan perasaan sendiri. Kenapa aku rasa macam aku dah betul betul jatuh cinta? Tapi sebenarnya untuk siapa?
Lepas kejadian aku bertembung dengan Jungkook tadi, aku rasa masa bagai bergerak lambat dan terbit satu aura yang berbeza. Rupanya Taehyung pun ada dekat situ dan tolong aku. Jadi aku tak tahu aku gemuruh disebabkan oleh siapa, samada kawan baik lelaki aku sendiri atau sebenarnya budak lelaki yang aku kejar selama ni?
"Kau okay? Tak nak makan ke? Asal doh muka macam nak berak." seloroh Minju.
"Weh. Eum. Kalau kita suka orang tu, kita memang auto berdebar ke eh? Or rasa something yang ala you know, yang.. mengganggu. Tak rilek."
"Eung. Even when orang tu buat benda simple pun jantung rasa tak rilek an? Macam tu lah aku boleh suka dekat si Jungkook tu. Padahal dia betulkan rambut aku je, tapi benda benda kecik macam tu yang dia selalu buat boleh jadikan kita berdebar tau." jelas budak perempuan tu, memang betul dan tepat.
"Geuji? Haih.." keluhan dihela. "Selama ni aku kejar Taehyung sebab aku cuma nak kan perhatian dia berpunca dari mimpi tu. Tapi aku yakin yang aku tak ada perasaan dekat dia. Walaupun selama ni aku baru tahu yang dia guardian angel aku."
"Hmm tu lah. Aku terkejut jugak dengar pasal benda tu. Tapi dah lama kot kau kejar dia, takkan tak ada perasaan langsung? Sikit pun?" soal Minju seraya memasukkan sandwich ke dalam mulutnya.
"Sometimes tu pernah lah jugak, tapi aku rasa kalini lain macam lah. Dia yang macam lain ah."
Confuse.
Aku suka Taehyung sebab dia selamatkan aku atau sebenarnya memang aku dah jatuh cinta dengan dia? Tapi kenapa bila Jungkook ada, aku rasa perkara yang tak sama. Memang selama ni Jungkook lah budak lelaki yang selalu ada dengan aku. Tapi takkan aku dah terjerat dengan benda mengarut tu.
Macam mana dengan Minju.
Aduh aku serabut. Ketahian apa ni.
Bila Taehyung sakit, aku rasa dua kali sakit. Tapi kalau nak dikatakan Jungkook sakit, aku rasa triple lebih sakit.
APA BENDA NI.
"Habis tu kau berdebar sangat tu dekat siapa kalau bukan Taehyung?" kali ini soalan Minju membuatkan aku terdiam.
Mungkin Jeon Jungkook.
*******************
♡
*******************
Daeul sempat menguntum senyuman kepada orang yang menghadiahkan kepadanya, lalu dia melewati pintu masuk kelas. Terlihat ada beberapa orang pelajar perempuan sedang bergossip di meja tengah. Suasana kelas agak renggang memandangkan sekarang waktu makan siang.
"Ye weh! Aku rasa Taehyung jealous sebab tu dia tolong Michul tadi! Hakhak! Untung lah Chul dapat budak dingin tu, handsome nak mampos."
"Kan! Tapi Taehyung tu siot ah, kalau dia tak sombong confirm aku pun dah on-crush dekat dia tau. Siapa je tak nak do, dah lah handsome, pandai, perfect gilos!"
"Betullah tu aku rasa Taehyung memang suka Michul, kita tengok je pengakhirannya nanti. Tapi Chul tu bukannya lawa sangat. Just sebab dia anak orang kaya je. HAHAHAHA." dia memperlahankan suara di hujung baris ayat.
"Ahh.." Daeul mengerang kesakitan seraya menyentuh lengannya yang konon sengal. Riak wajah sengaja diubah cemberut.
"Eh Daeul. Gwaenchana? Kenapa tangan kau?"
"Em.. gwaenchana, jangan risau. Just, lately saya banyak bertugas dekat library. That's why." jawab Daeul dengan nada lembut, dua garis bibir seperti memaksa diri untuk tersenyum. Walhal segala tugas diselesaikan oleh Michul.
"Eh kau kan dah tukar kelab? Bukan Michul ke kena uruskan library? Ini mesti kes kau manjakan sangat dia kan?!"
"Yek ah tu! Michul tu menyampah lah pulak aku tengok. Dah pandai nak menggedik jaga library, kena lah pandai settle kerja jugak. Kesian Daeul weh."
Gadis itu berpuas hati dengan lakonannya, dia berjaya membutakan mata mereka dengan sekelip mata. Ini semua disebabkan dia agak cemburu apabila mendengar perbualan yang Taehyung seperti menyukai budak perempuan bernama Michul tu. Perkara tu tak akan terjadi kalau Daeul tak bagi dia peluang masa tu. Sekarang keadaan dah semakin keruh.
"Eum tak apa korang. Saya okay je. Biasa lah, Chul kan baru lagi. Jadi dia tak tahu apa sangat. Saya yang volunteer tolong." tambahnya lagi.
"Kau ni baik sangat lah Daeul! Tahu tak kalau baik nanti orang pijak kepala!" jerkah Jiyeon.
"Entah! Aku ada idea. Lepas ni kan subjek sukan. Apa kata kita...."
**********************
♡
***********************
Sekarang masa untuk bersukan. Mereka berada di dalam gelanggang tertutup untuk bermain bola beracun seperti yang dirancangkan sewaktu makan siang, cuma Michul dan Minju dan beberapa orang budak lain sahaja yang tak tahu apa sedang berlaku. Dalam diam budak perempuan yang lain saling mengangguk kepala sebagai tanda isyarat.
"DUA TEAM DUA TEAM." jerit Michul semangat. Dengan mudah mereka dipecahkan kepada dua kumpulan, yang menyerang sudah tentu Jiyeon and the gang. Sementara Daeul dan Michul berada di dalam team yang sama.
"StArttttt!" jerit Minju mengetuai permainan.
Awalnya bola perlahan diagih agih kepada setiap orang, lalu sebaik sahaja tiba di tangan Jiyeon, dia terus melempar kuat ke dalam bulatan atau lebih tepat Michul.
"Woo woo. Slow sikit bro." pesan Minju yang berada di sebelah ketika merasakan lontaran itu agak kasar.
"Chill. Game?"
"Huh."
BAM!
BAM!
BAM!
Orang yang sama.
Struggle dia nak elak.
Michul pulak dah rasa tak sedap hati bila dia dah banyak kali kena aim. Sementara sempat mata menangkap mulut mereka yang sedang tertawa halus. Minju yang menjaga di baris luar turut terbit perasaan tak puas hati bila member dia kena game dalam game.
BAM!
BAM!
Sedar bunyi yang kuat tu terhasil dari sekumpulan budak perempuan, mereka terus tersengguk sengguk ingin melihat keadaan. Awalnya Taehyung dan Jungkook tak peduli dan cuma fokus dengan bola, tetapi perkara itu semakin dibicarakan.
"Dorang main bowling ke bunyi sampai macam tu." ujar Doyoung.
"Argh!"
Tepat mereka mengesan yang Michul jatuh rebah, pantas Taehyung melempar bola yang berada ditangannya lalu berlari ke arah mereka. Jungkook turut mengekori dari belakang walaupun dia tak pasti apa yang sedang berlaku, cuma dia kenal suara yang menjerit.
Daeul dapat tangkap kehadiran Taehyung, cepat cepat dia berlakon. Minju perhati memang budak perempuan tu punya angkara, dia dah sinsing lengan nak serang tapi lain pula yang jadi.
"Geumanhae! Yedeura!" jerit Daeul yang mendepangkan tangan di hadapan Michul, tetapi tubuhnya ditolak oleh Taehyung sehingga tergalih ke tepi.
"Agh!" Daeul melepaskan erangan seraya memeluk lengannya.
Lelaki itu tidak menghirau malah menjatuhkan kedua belah lututnya di atas lantai. "Gwaenchana?" soalnya lembut.
Sementara Jungkook yang barusan tiba terus menerpa tubuh Michul. "Yah, kenapa ni?! Kau okay tak?"
Gadis itu menelan liur, dia langsung tak kisah yang dia kena attack atau apa tapi sekarang dia rasa lebih marah bila dia tak tahu yang jantung dia berdebar untuk siapa. Apa yang pasti, tindak balas memang akan berbeza kalau melibatkan dua orang lelaki ni. Matanya bergilir gilir menatap antara Jungkook dan Taehyung.
"Kaja." serentak dua orang budak lelaki itu bersuara, menghulurkan tapak tangan mereka. Spontan mata Taehyung dan Jungkook bertembung.
Dup
Dap
Dup
Dap
Kim Taehyung
atau
Jeon Jungkook
Dup
Dap
Dup
Dap
Bawah bibirnya diketap perlahan, tangan yang sedikit menggeletar itu akhirnya bersatu dengan kepunyaan yang lain. Perit liur ditelan dalam diam. Mianhae, Im Minju.
"Kaja.. Jungkook."
_____________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top