Chapter 11

♡; chapter ni korang perlu berfikir sikit and trobek previous chapter. giteww HAHA. so baca elok elok ya. kalau boleh double reading. cewah.

*********************

*********************

Keluhan berat dihela.

Sekarang ni emosi aku agak terganggu dan tak pasal panggil Minju untuk datang rumah. Sembang sembang kopi hangat seraya memikirkan masalah yang terjadi. Tak dapat nak luahkan rasa tu macam mana. Terkurung!

"Kenapa kau resah sangat?"

"Kenapa aku masih ingat mimpi tu? Sepatutnya dah terpadam dan akan jadi sesuatu!"

"Maksud kau? Macam mana benda tu boleh terpadam? Aku tak faham lah. Dari tadi tau kau duk ke ulang alik sampai naik pening dah kepala otak aku. Sebelum kau terima rembatan kaki kiri lebih baik kau stop." ugut Minju yang sudah tidak tahan dengan kelakuan aku. Nak tak nak terus duduk bersila.

"Eum malu lah wei nak bagitahu. Tapi aku rasa kau kena tahu!"

"Ha bagitahulah!"

"Aduuu MALU."

Tak terluah apa yang nak disebutkan, rasa kerongkong aku tersekar sebab segan tahap tak boleh bawak bincang.

"CAKAPLAH."

"K.. Kalau nak hapuskan mimpi puaka tu, a.. aku kena.. ki.. kisseu.. dengan Taehy—"

"BWO? HEOL! DAEBAK! DAEBAK!" Minju menggantikan tempat aku tadinya untuk terus ke hulu ke hilir sambil mencengkam kuat rambutnya. "K.. Kau! Dah! Ki.. Kisse—"

"Shh! Nanti bapak aku dengar tak pasal aku kena bedah!" mulutnya aku terkup penuh nafsu memandangkan suara Minju macam nak bagitahu satu taman perumahan.

"Tapi pelik weh! Aku sepatutnya dah boleh lupakan mimpi tu, dan tukang ramal dalam mimpi tu kata akan terjadi sesuatu! Tapi biasa je! Aku masih ingat and tak ada apa apa yang berlaku!"

Minju terkebil kebil seketika, "Mungkin lelaki tu bukan Kim Taehyung? Macam mana cara kau pastikan ianya Kim Taehyung dulu?"

"Eum. Rantai. Rantai lelaki yang ada dalam mimpi tu. Tapi aku pernah kata, aku nampak kabur muka dia so aku tak pasti. Tapi apa yang pasti Taehyung ada rantai tu. Ingat tak aku dah pernah check masa tu sampai bergaduh dengan Namjan dan Seokjean?"

"Ingat ingat! Waduh. Parah ni. Entah entah ciuman tu tak agresif? HAHAAHAHA."

"Kena berus otak kau ni. Kisseu simple pun sepatutnya dah cukup."

Kami berdua melabuhkan punggung di birai katil, keluhan berat serentak dihela seperti tiada hala tuju. Yakin memang terlebih yakin yang lelaki tu Kim Taehyung, dan aku perlu beli cinta dia. Tapi kenapa lepas aku berjaya tambat hati mamat dingin tu dengan segala usaha dan susah payah, end up tak ada perubahan?

Ke cinta Kim Taehyung tak ikhlas?! PUCEK.

"Hmm. Lagipun, bila fikir balik. Effect jantung kau sakit tu sekali je kan? And, tak pernah terjadi lagi. So aku rasa kau boleh je hidup tanpa Kim Taehyung."

"Maksud kau.. lelaki tu bukan Kim Taehyung?"

"Eung. Aku rasa kau kena scam dengan mimpi sendiri. Look, tak logik langsung. Memang apa yang kau nampak tu terjadi, tapi kau pasti ke betul? Huh?"

Bawah bibir diketap, "Okay okay aku pening. Cuba bagi satu contoh?"

"Eum. Okay, contoh aku suka Jungkook. Kau tahu dari mana?"

"A.. Aku nampak kau akan confess dekat dia, then.. Jungkook reject."

"Kau yakin ke Jungkook akan reject aku? Okay bukan aku nak kata dia tak akan reject, tapi kita tak pasti apa yang akan berlaku. Geuji?"

Tak tahu nak kata apa, otak sedang sibuk memproses baris ayat Minju dengan penuh tekun dan saksama. Maklum lah, duduk je sebelah budak pandai tapi aku slow.

"Okay contoh lain. Kau nampak Taehyung terima Daeul kan? That's why kau halang dorang masa tu, sebab kau perlukan Kim Taehyung. Tapi kau yakin ke Taehyung akan terima Daeul? Huh?"

"WEH. OH MAI GOD. Aku tak boleh lah weh. Setelah mendengar kata kata genius darimu, bulu roma aku meremang. Aku tak tahu apa yang sedang terjadi! MAKSUDNYA aku kena tipu dengan mimpi aku sendiri ke macam mana? Otokeh?!"

Minju 'lock' kepala aku dekat bawah ketiak dia sampai hampir lemas, "Diam! Kau sedar tak kau bodoh? Kitaorang dah pernah kata, cuba lupakan mimpi tu dulu and tengok ianya jadi macam mana. Tapi kau gelabah!"

Aku menolaknya dengan kasar serta penuh emosi.

"Siapa je tak gelabah kalau kau tahu kau akan mampos?!"

"ARgh! Tapi benda boleh chill!"

"ArGHH! Habis sekarang macam mana?!"

Akhirnya kami berdua decide untuk tenang dan tidak meneruskan kebuduhan yang berepisod demi menjamin kesejahteraan masyarakat insan nilai murni lah tibeh otak aku semakin mereng. Minju menepuk lembut peha aku, kepala diteleng bersemuka antara satu sama lain.

"Chul, kalau kau fikir balik. Mustahil ianya Kim Taehyung. Sebab.. kau pun ingatkan kejadian baru baru ni? Kau takut dengan dia walaupun dia cuba tolong kau. Kenapa? Sebab dia tinggalkan kau dulu, masa kau terdesak untuk hidup dan perlukan bantuan dia. Kisah silam yang tak henti menghantui kau setiap kali hujan. So, macam mana kau nak hidup dengan dia?" perlahan suara Minju membuka topik yang turut berlegar dalam kepala aku sejak kebelakangan ni.

Aku benci Kim Taehyung berpunca dari kejadian gelap tu. Tak boleh bayang macam mana nak hidup dengan dia.

"Bila cakap pasal kes tu.. aku masih terfikir siapa guardian angel yang tolong aku dulu."

"T.. Tolong.." rintihan Michul semakin perlahan. Terlalu lemas dengan ketakutan yang dia sedang dikejar lelaki jahat yang cuba merosakkannya itu.

Namun pandangan mata kabur dan akhirnya terpadam.

Apbila dia celik, untungnya Michul sudah berada di atas katil pesakit. Mendengar berita bahawa lelaki itu berjaya ditangkap oleh polis. Genggaman tangan erat bersama si ayah yang menjaganya tanpa seorang isteri di sisi.

"Appa.."

"Nae Chul-ah.. appa mintak maaf.." Park Mi Geun menangis teresak esak tidak henti kerana gagal menjaga Michul, sedangkan budak perempuan itu baru berusia 8 tahun.

Sejak dari itu, ahjumma Shim dan Jack opah telah pun ditugaskan untuk memastikan Michul dalam keadaan yang selamat dan lengkap segala keperluannya.

"Siapa.. yang tolong.. Chul?" lambat suaranya bertanya. Namun lelaki itu sendiri tak pasti untuk menjawab.

"Nurse kata wad kecemasan terlalu sibuk. Bila tengok cctv pun tak dapat kesan siapa orang yang baik hati bantu kamu. Gwaenchana, kalau kita jumpa dia.. appa akan bagi dia ganjaran besar. Eoh? Sekarang kamu jangan fikir, rehat secukupnya sayang..." si ayah mengusap lembut rambut anaknya.

Walaupun dah berpuluh tahun berlalu, masih lagi tiada siapa yang tahu. Michul hanya berpegang pada satu benda, iaitu barang yang terjatuh dalam pangkuan dan ianya milik orang tersebut.

*********************

*********************

Walaupun pelik, tapi hari ni Kim Taehyung turun gelanggang dan duduk tenang di bangku penyokong. Memerhati latihan basketball yang sedang berlangsung tanpa perlu bimbang yang dia akan dipanggil untuk turut serta. Doyoung menyiku pinggang Jimin supaya menumpu ke arah lelaki itu. Jungkook turut perasan kehadirannya, namun cuma mampu menggeleng perlahan.

Lagipun apa yang menariknya, latihan hari ini termasuk dengan budak budak junior.

"Kamu datang sini sebab kamu baru lepas accident? Kamu sebenarnya rindu kan nak main? Penatlah saem layan ego kamu Kim Taehyung." ujar Soo Hyun saem seraya berpeluk tubuh.

"Aniya. Saja datang." tenang lelaki itu menjawab. Walaupun sebenarnya betul, sebab dia rindu tapi tak boleh nak main. Tangan pun dah cedera, boleh jadi alasan kuat untuk terus menonton.

Sementara Michul dan Minju terlompat lompat riang menuju ke gelanggang tertutup itu demi mendapatkan Jungkook dan Taehyung. Lagi beberapa minit akan masuk waktu makan siang, itu yang dua ketul ni muncul.

"Annyeonghaseyoung saem!" mesra Michul menegur Soo Hyun saem, tetapi lelaki itu kali ini mampu tersenyum dengan pemberian coffee darinya. Lega harini Michul tak timbulkan masalah pelik pelik.

"Gomawo. Susah susah je datang nak jumpa saem."

"Aniya. Kitaorang datang nak jumpa dorang, bYE-BYE!"

"Pft." tersedak Soo Hyun yang sedang meneguk coffee itu barusan tadi. Fikirnya memang datang untuk dia, tapi sangkaan tu sekelip mata meleset jauh.

Mata Michul terkebil kebil sejenak sebaik sahaja melihat susuk tubuh figura yang dikenali iaitu Kuan Lin. Lelaki tinggi lampai itu turut mengukir senyuman seraya melambai ringan.

Manakala Jungkook dan Taehyung terus berkerut bingung. Dalam hati rasa tak tenang.

"Eoh! Kuan Lin ah! Nihaoo!"

"Shh. Noona jangan expose yang saya dari Taiwan."

"Hekhek mian! Macam mana dengan aunty? Sihat? Lama lah tak jumpa! Wahahahaho!"

Lagipun Michul tahu yang parents mereka sedang hangat bercinta. Mungkin akan disatukan tak lama lagi. Mesra mereka berdua borak sesambil bertepuk tampar.

Namun keriangan itu dijengil tajam oleh dua orang lelaki.

"Kau tengok apa?" tegur Minju, cuba untuk mengekori iris Jungkook yang seperti ingin mencekik budak lelaki itu.

"Ah tak ada siapa."

"Jom lunch sesama?" ajak Michul.

"Gurae, kaja." dengan mudah budak lelaki itu bersetuju, lagipun dia selesa berdekatan dengan Michul. Sejak hari pertama mereka bertemu lagi, terasa ada satu ikatan istimewa antaranya.

Sementara Taehyung menolak lidah dari dalam mulut tanda dia tidak puas hati. Huh, perasaan apa ni. Cemburu?

*********************

*********************

Disebabkan tangan dia cedera, tak boleh nak bawak motosikal. Jadi perjalanan Taehyung balik sekolah adalah menggunakan kaki. Dia terus keluar dari kelas sebaik sahaja tamat sesi pembelajaran tanpa mengetahui ada seorang budak perempuan yang sedang mengejarnya dari belakang.

"Yah tunggu lah! Kim Taeh!"

Taehyung berpaling sejenak, kemudian meneruskan langkahnya selamba.

"Huh! Dapat pun!"

"Nak apa?"

"Cih! Berani kau tanya nak apa? Kau tu cacat, so aku kena lah hantar kau balik rumah. Kot kot kau mengelamun lagi lepas tu kena langgar buat kali kedua? Siapa susah?"

"Aku." jawabnya sendiri.

"Okeh okeh. Memang lah kau. Tapi ish whatever lah." Michul dah malas nak bertikam lidah dengan lelaki tu. Mesti dia akan kalah tersungkur belebub belebub jatuh.

"Kenapa? Kalau aku kena langgar lagi, kau risau aku tak boleh nak bagi cinta aku dekat kau? Macam dalam mimpi?"

Mata gadis itu terkebil dungu, "A-aniya! Kau cakap bunyinya macam aku pergunakan kau pulak. Hmmm. Jangan lah gitew."

"Huh. Apa lagi yang kau nampak?"

"Ohhh kau berminat jugak ek dengan mimpi aku? Eleleh, berlagak macam tak kisah tapi mesti kau terfikir kan? Hekhek, eum aku cuma perlu kata kau tak perlu risau dan jalani hidup macam biasa. Sebab semuanya bahagia dan selamat!"

"Bahagia." Taehyung berdecit kecil mendengar perkataan itu memandangkan hidupnya terlalu huru hara sehingga tak sempat merasa bahagia. Lagi lagi apabila sudah tahu keberadaan si abang.

"Wae? Kau tak percaya ke? Serius semuanya akan elok. Termasuk keadaan eomma kau. Percaya lah."

Taehyung mengukir senyuman pendek, walaupun dia tak pasti apa yang akan berlaku tetapi kata kata Michul membuatkan dia sedikit lega. Cukup lah orang yang dia sayang berada dalam keadaan yang sihat. Taehyung tak sanggup nak lalui detik detik pahit sepanjang hidup dia. Pengorbanan selama ni terlalu memakan masa muda lelaki itu sendiri.

"Arraseo." rambut Michul disentuh lembut.

Tindakan mengejut dan manis itu membuatkan Michul gagal untuk menahan senyumnya, kembang kempis hidung. Mereka berjalan seiringan sehingga tiba di sebuah rumah sederhana. Tak sangka Michul habiskan masa pulang dengan Kim Taehyung. Dia patut tulis dalam diari untuk kejadian hari ni.

"Dah sampai."

"Tak nak jemput masuk ke?"

"Tak."

"Hmmm."

Taehyung memaut pergelangan tangan gadis itu lalu membawanya naik ke tingkat dua, di mana rumahnya terletak di situ. Michul tersengih dalam diam disebabkan terasa yang kelakuan Taehyung agak menyentuh hati.

Pintu dikuak.

Lelaki itu masuk terlebih dahulu sebelum Michul di belakangnya tersengguk sengguk menjengah ke dalam. Terlihat seorang wanita muda sedang duduk di kerusi kayu sesambil tangan mengait sesuatu. Lebar senyuman menyambut kepulangan si Taehyung.

"Eoh kamu dah balik."

"Annyeonghaseyo." Michul memunculkan diri, menunduk separa hormat ke arah wanita itu.

"Eoh kamu... Park Michul? Kawan sebelah meja Taehyung?"

"Mana eomma tahu?" bingung Taehyung dengan kenyataan terlalu terperinci dari si emak sedangkan dia cuma pernah bawa Daeul dan bukan Michul. Sekarang budak perempuan tu dah gelabah sambil tertawa palsu disebabkan dah kantoi yang dia pernah jumpa dengan Puan Kim.

"HEHEH. Pergi lah masuk buat air!" Michul menolak belakang badan Taehyung agar topik tersebut dilupakan.

"Laa. Ni mesti melawat tak bagitahu Taehyung kan? Aiguu, sepatutnya kamu cakap dekat ahjumma." bisik Puan Kim ramah.

"Hehe gwaenchanayo. Ahjumma macam mana? Dah sihat ke?"

"Hmm macam yang kamu nampak. Tak ada apa pun. Jangan fikir." Puan Kim menampar bahu gadis itu lembut. Walaupun tampak sihat, tapi sejujurnya wanita itu berjuang dengan dirinya sendiri dalam diam.

"Aigu Taehyung ni lama betul buat air! Kejap ahjumma pergi tengok ya?"

"Naip!"

Puan Kim meninggalkan Michul sendirian untuk melihat keadaan Taehyung di dapur. Sempat lah mata Michul bersiar melihat isi rumah tersebut. Banyak juga pingat yang tergantung. Maklum lah, budak pandai.

Mata gadis itu terkebil kebil sejenak berhenti di hadapan satu frame kecil di mana seorang ibu sedang mendukung dua orang budak lelaki yang agak seiras wajahnya.

"Kim Taehyung ada adik beradik lain?" seloroh Michul perlahan.

Kemudian matanya tertancap pula ke arah satu 'barang' yang mampu membisukan mulut serta membekukan tubuhnya sekali gus. Itu adalah kereta mainan yang serupa dengan milik Michul yang berada di rumah.

Kebetulan? Tapi macam mana Kim Taehyung boleh ada kereta mainan yang sama untuk koleksi berpuluh tahun lalu?

"Abeoji! Jebal...!" Taehyung terus menerus menjerit, lariannya di dalam hujan itu sangat memberi seribu satu kepedihan.

"Tolong saya..."

Langkah kaki Taehyung terhenti. Dia berpaling ke belakang sesaat terlihat seorang budak perempuan sedang menagih simpati. Bajunya lusuh dan kotor, rambut pula kusut masai, tangannya dicemari luka. Mata Taehyung yang berkaca melihat budak perempuan itu seketika.

"Tolong saya..."

Taehyung teragak agak,

Dia ingin mengejar abang dan ayahnya yang pasti belum jauh.

Sedangkan budak perempuan itu memerlukan bantuannya, tetapi Taehyung berlari pergi.

Namun gerak kaki budak lelaki itu terhenti sejenak apabila dia berpaling wajah semula ke belakang. Terlihat Michul sudah pun jatuh pengsan akibat terlalu lemah dan tidak berdaya.

Taehyung ragu ragu, dia cuma ada dua pilihan.

Samada kejar ayah dan abangnya, atau tolong budak perempuan tu.

Tetapi akhirnya dia patah balik lalu menerpa tubuh gadis yang sudah pun terlena itu. Hujan masih belum berhenti membasahi bumi. Tangan giat menggoncang tubuh Michul supaya sedar.

"Yah! Ireona! Park Mi Chul!" jerit Taehyung. Dia buat keputusan untuk mendukung gadis itu di belakang pangkuannya. Tanpa dia sedar kereta mainan kecil yang dibelikan untuk hadiah si abang sudah pun termasuk ke dalam poket baju gadis itu.

Tidak sengaja Michul mempunyai kereta mainan yang sama. Setelah berjaya menghantarnya ke hospital, Taehyung terus melarikan diri dari tempat tersebut untuk mendapatkan si ayah dan si abang.

Namun semua itu gagal berpunca dari keputusan yang dibuatnya sendiri.

Itu lah sebabnya, Michul membenci Kim Taehyung kerana berfikir bahawa lelaki itu meninggalkannya dalam hujan.

Manakala Taehyung membenci Park Mi Chul kerana gadis itu punca ayah dan abangnya berjaya melarikan diri.

Michul tergamam tidak mampu bergerak.

Guardian angel yang dia cari selama ni adalah Kim Taehyung. Budak lelaki yang membawa dia ke hospital sesaat dia terdesak memerlukan bantuan.

Ada satu kepastian yang mengganggu dirinya sekarang.

"A.. Aku.. memang perlukan cinta Kim Taehyung?"

_________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top