Chapter 1


♡ ; mangat ah nak buat fanfic ni. eHek btw baca prologue okay nanti cam blur blur tak faham. ✨

❀ do vote + comment ❀

check out trailer LBSLP on ig @scarlet.lumi

********************

********************

Keluhan dihela. Sekarang aku dah selamat balik hospital setelah buat kerja gila, yang penting aku dah berjaya ubah mimpi aku. Gurae, tak ada yang boleh buat selain aku sebab aku percaya semua benda tu akan terjadi.

"Haih ada ada je kamu ni. Lepas ni jangan berani keluar sesuka hati, arraseo?" kata Doktor Mi Geun, dia memang tinggi lampai handsome bergaya orangnya. Tak salah puji bapak sendiri. Ehek.

"Nae. Mianhae. Hehe. Terikut nafsu."

"Ahjussi jangan risau. Biar saya yang tengok tengokkan dia." Jungkook bersuara dengan sopan seraya menundukkan tubuhnya. Alolo, okay dia ni bestfriend aku. Selain daripada Im Minju.

"Aigu untung ada kamu berdua. Tengok tengokkan lah dia ya? Ahjussi pergi dulu."

"NAIP!"

Kemain semangat dua orang ni. Lepas je appa keluar, aku telah dipukul tanpa belas kasihan. Aku terkapai kapai menjerit meminta pertolongan, suara rintihan di sana sini memenuhi ruang wad.

"SAKIT LAH!"

"HA! ASTU? Jelaskan lah apahal kau sanggup lari dari hospital, dengan muka sememeh, pakai kasut bulu bulu, baju pun tak tukar semata mata nak confess dekat Taehyung?!" ujar Minju seraya bercekak pinggang, in character bethol.

Jungkook mengukir senyuman nipis, "Hm ruginya aku tak ada dekat sana masa tu."

"Okay okay chill. Sebenarnya, em. Kalau aku cakap mesti korang kata aku gila tapi please dengar dulu penjelasan aku. Ha Kook kalau boleh kita rantai si Minju ni dia mesti tak percaya punya!"

Aku dengan Jungkook saling mengangguk, Minju dah telan liur bila tengok kitaorang sudah tersengih sengih seperti Joker dan menghampiri dia satu per satu langkah. ZAP! Tubuhnya itu kitaorang selubung dengan comforter dan campak dia atas katil.

"YAH! Korang ni ada cita cita nak jadi penjenayah ke?!"

Aku acacah membersihkan tangan seraya duduk bersila di atas katil yang sama. Nafas dihembus perlahan. Tiba tiba Jungkook buat scene sweet dengan menyelitkan rambut Minju pada celah telinga. Budak perempuan yang mengamuk tadi terus terdiam.

"Kesian tak nampak nanti."

"Eh eh sudah tak payah nak buat mata aku berbulu. Okay dengar sini, semalam aku jatuh longkang pada jam 3:10 petang 30 May. Ketika itu tiada siapa yang tahu dan nampak, tapi jasad aku ditemui oleh Minju pada jam lebeh kurang 5 petang dekat hospital." aku memulakan analisis, mereka berdua mengangguk.

"Tapi bila aku tanya siapa yang hantar, nurse kata dia tak ingat sebab ramai pesakit. So, orang yang tolong aku tu misteri. Tapi itu bukan masalahnya."

"Astu? Perlu ke kau cerita benda tak penting?" Minju mencelah, kalau tangan dia terlepas mesti aku dah kena ketuk. Ehek.

"Saja bagitahu. Okay aku pengsan dan sedar jam 2 petang tadi, 1 April. Maksudnya aku cuma lena seharian. Tapi aku mimpi panjang, dan benda tu akan berlaku tepat aku bangun!"

"Maksud kau, mimpi dalam mimpi?" giliran Jungkook menggaru dagunya, dah set set terpengaruh dengan kisah benar aku.

"MAJA!"

"Ha teruskan teruskan." Minju excited.

"Gurae, aku mimpi scene scene penting yang akan berlaku. Contohnya tadi, Daeul akan confess dekat Taehyung. LEPAS TU DIA AKAN TERIMA BUDAK PEREMPUAN TU!"

Minju tengah struggle macam ulat gonggok semata mata nak terajang aku tapi dia tak berdaya, aku suka usaha dia. Sekarang cuma reaksi Jungkook je yang suruh aku lanjutkan.

"Kau pasti Daeul akan confess?"

"YUP! Aku yakin! Aku nampak dalam mimpi aku! Kalau tak percaya, esok kita boleh terjah dia!"

"Tapikan, kalau ya pun dia confess. Takkan dia nak mengaku? Mesti dia malu. Lelagi kau sape nak tahu dia suka sape. Ha gitu." ujar Minju dan memang ada betulnya. Selamba pulak tu aku ganti tempat dia confess.

"Hm, yang jadi persoalannya. Kenapa kau kena halang mimpi tu?" soal Jungkook, dia berpeluk dada seraya memandang aku dengan lagak musykil.

"Eoh?"

Minju mengangguk laju, "YE DOH. Itu lah point yang aku nak tanya! Apahal kau sanggup redah segala ombak mendatang semata mata untuk musuh kau?! Kau kisah apa kalau Taehyung dengan Daeul couple pun? Kau jangan nak buat drama yang 'ihik! aku dah jatuh cinta dengan musuh aku' WAKLU."

"Eum. Sebenarnya..."

"Gwaenchana. Kalau Minju tak percaya, aku percaya." Jungkook meyakinkan aku. Alolo, untungnya ada member macam ni. Dah lah handsome, baik pulak tu. Tibeh puji.

"Sebenarnya, ada satu mimpi yang paling aku takutkan."

Minju mendekatkan telinga dalam diam, ceh nak tahu jugak!

"Sebelum aku nampak semua mimpi, paling awal aku terjumpa dengan sorang tukang ramal. Dia bagitahu aku, yang aku akan mati kalau tak ada cinta sejati. Aku cuma mewah dengan duit tapi bukan cinta. Meremang."

Serentak tu Minju meletuskan tawa, "Kau percaya?"

"Awalnya tak, tapi dia kata dia tak akan padam semua memori mimpi dalam minda aku. Tukang ramal tu kata, lelaki tu boleh sembuhkan aku dengan cinta dia. Lepas tu terus je masuk bayangan susuk tubuh seorang lelaki, dia nampak macam Kim Taehyung."

"Kau yakin tu Kim Taehyung?" giliran Jungkook menyoal.

Kepala diangguk perlahan, "Eung. Lepas figura tu hilang, terus je masuk scene Taehyung dengan Daeul. So betul lah lelaki tu Taehyung, dia nak aku halang dorang dari bercinta sebab aku perlukan cinta Taehyung. BETUL TAK?!"

Minju dan Jungkook membisu.

Dorang pun tengah berfikir, aku bagi masa. Gwaenchana~ aku sedar kawan kawan aku pun otaknya dua kali lima tak berapa cerdas, aku pun ambik masa nak tafsir dan semua analisis aku ni betul dan aku yakin!

"Em. Boleh jadi. Sebab tak mungkin kau tahu Taehyung dengan Daeul memang tengah bersemuka dekat kelas semalam kalau tak nampak dalam mimpi tu." Minju cuba untuk mendalaminya.

"Geuji?! Aigoo! Macam ni lah member suwek akhir zaman aku!" aku memeluk Minju yang diselubung dengan comforter tebal tu.

"So, kau nak beli cinta Kim Taehyung? Musuh kau?" soalan Jungkook kalini membuatkan senyuman aku pudar.

Gila, aku benci Taehyung lebih dari aku benci watak antagonis dalam kdrama. TUIH.

"Haah. Dia pun tak berduit dan aku yakin dia benci aku jugak. So? Aku tak nak pergi selamanya semata mata tak dapat cinta dia. Kena lah beli."

"Kau fikir Taehyung nak layan ke? Btw, bila difikirkan balik, tak logik lah. Kau jatuh longkang je and sekarang kau bernafas dengan elok. Buat masa sekarang kita abaikan je pasal mimpi ni. Mungkin cuma mainan tidur." ujar Minju perlahan seperti emak emak sedang menasihati anaknya di waktu malam.

"Em aku pun setuju. Better kita lupakan dulu. Jangan fikirkan sangat, kau penat ni." lelaki itu turut menyokong.

Gurae, aku pun bersependapat dengan dorang. Tak mungkin mimpi tu betul, huh aku haus cinta Kim Taehyung yang beku macam ais timur laut afrika?

Memang tak lah.

Tapi ada sesuatu yang dorang tak tahu pasal mimpi tu, dan esok aku akan serang Kim Taehyung semata mata untuk pastikan benda tu!

********************

*********************

Lengan baju sukan disinsing sehingga ke siku, semangat berkobar kobar dalam diri. Keluhan nafas dihembus separa kuat. Kami berdua saling berpandangan kemudian mengangguk kepala sebagai isyarat memulakan misi mencari identiti lelaki misteri yang muncul di dalam mimpi aku.

"KAJA!"

"GURAE KAJA!"

Aku dan Minju memulakan operasi dengan mengintai baju lelaki budak sekolah aku. Jangan fikir bukan bukan, aku bukan byuntae. Tapi aku cuma nak tengok leher dorang. Ya, leher!

"Joseonghamnida!"

"Uwu tegap!"

"Mianhae! Mianhae!"

"Yah Mi Chul! Jugullae?!"

"Ark! Ark! Yah! Andwae! Eomma! Joonie diperkosa!" Namjoon si presiden kelas berlari sepanjang koridor selepas aku tarik leher uniform ketat dia. Skema.

Giliran Park Jimin, dia tertawa. "Korang berdua buat apa ni?"

"Eum. Pemeriksaan. Irriwa. Aku nak tengok." aku cuba untuk menarik leher baju Jimin tetapi pantas tangan aku ditampar kuat oleh Hwayoung.

"Yah Mi Chul michyeosseo?!" budak perempuan ni girlfriend Jimin. Huh, tak pelik dia nak marah sangat aku nak usha leher pakwe dia.

"Mian. Em em. Nampak Taehyung tak?"

"Eoh? Taehyung dekat bawah, dia kan ada latihan. Kenapa? Ini mesti kes tak boleh move on lagi." sekali lagi Jimin meletuskan tawa manis. Sementara girlfriend dia yang tak rilek tu dah duduk rapat rapat sambil jengil mata aku tajam. Menakutkan. Sumpah.

Dengan malas tangan aku melambai, "Aniya. Siapa je nak suka lelaki macam tu."

"Yah Mi Chul. Kau tak suka Taehyung tapi kau confess dekat dia? Apa sebenarnya yang kau nak? Ke kau dengki dengan Daeul?"

Aku menurunkan kedua belah tangan bersandar pada bahagian meja, dalam mulut lidah menolak pipi seperti gangster yang sedang ingin mengutip hutang. Tubuh dibongkokkan sedikit ke arah mereka.

"Yah. Dalam drama, hero dengan heroin tak boleh bersatu dengan tenang. Kau tahu aku mainkan peranan apa? Bingo, antagonis. Aku akan rosakkan semuanya. Arra?" suara yang dilontar sengaja aku acacah gerunkan.

Serentak mereka berdua menelan liur.

"HAHA. Muka cuak. Okay sis Chulgonis gerak duluh!" aku berjalan riang keluar dari kelas tersebut. "KIM TAEHYUNG KURR DEO OEDICHI."

**********************

***********************

Aku duduk di atas anak tangga bahagian tengah seraya memeluk kedua belah lutut. Memerhati lelaki bernama Kim Taehyung yang sedang bersukan. Dia nampak HUDUH. Huh! Lelaki paling buruk aku pernah jumpa! Bwelk! Musuh kur!

Prrtt Prrtt!

"Gurae sogwes! Boleh masuk kelas!" sebaik sahaja wisel ditiup kan oleh Kim Soo Hyun saem, mereka mula bersurai. Halah halah, kenapa lah cikgu dekat sekolah aku ni menggudah.

Okay fokus Chul!

Bawah bibir aku gigit perlahan, mata mengecil memerhati tubuh Kim Taehyung yang sedang berjalan tenang dengan t-shirt putih miliknya yang sudah dibasahi peluh. Disebabkan ramai sangat budak lelaki yang mengadang aku terpaksa tersengguk sengguk semata nak cari bayang dia supaya tak terlepas.

Aduh! Ketepi lah sikit!

"Ehem!"

"Shh."

"Park Mi Chul."

"Yow."

PRRT!

"Ark!" aku menerkup telinga, mata terbuntang luas sebaik sahaja ruang mata dipenuhi wajah Soo Hyun saem. "EOH annyeonghasimnika! Wajahmu sungguh tampan, gigimu putih putih mungkin saem sering gosok gigi! Mata mu sangat cantik, nafasmu bau manis, jangan marah! Nanti tikus melatah! La la la la la la la la!" riang aku menyanyikan lagu selamat pagi dengan menukar liriknya khas untuk lelaki itu.

Tangan sudah bersilang di belakang badan, kepalanya menggeleng perlahan.

"Apa kamu buat dekat sini Mi Chul."

"Eumm. Saya nak jumpa Kim Taehyung." aku menggaru belakang tengkuk yang tak gatal.

"Ada urusan ke? Sekarang tak ada kelas? Nanti masa makan siang kan boleh jumpa, perlu ke terintai intai macam tu. Tak elok perempuan buat gitu. Takut murid saya."

"Eleh! Dorang je lah anak murid saem? Saem sayang dorang atau saya? Saem tahu tak, Its NOT Okay To Not Be Okay. Mesti saem pilih dorang kan? Huh. Atlet kesayangan."

Soo Hyun saem menggeleng, "Ada ada je lah kamu ni. Saem sayang semua anak murid. Sebab tu tegur, kalau biar maknanya tak sayang."

Alolo suweeett!

"Eoh itu Kim Taehyung! TAEHYUNG-AH!" aku melambai lambai seperti penunggu yang berada di lapangan terbang. Aku perasan Taehyung dah segan, maklum lah budak lain pun dah pandang lain macam. Ni mesti kes dia reject aku, cih sape suruh.

"Eoh Taehyung, ini Mi Chul ada benda nak cakap dengan kamu. Lepas tu kamu berdua masuk kelas. Arraseo?" Soo Hyun saem melewati kami selepas menepuk bahu lelaki yang sedang menunduk hormat itu. Aku cuma perhati dengan silang tangan. Budak humble.

Taehyung terus menarik lengan aku dengan pantas sebelum aku sempat memulakan apa apa perbualan. Sengaja dia tarik jauh dari orang.

Ei kasar bethol!

"Kau nak apa? Boleh tak jangan ganggu aku?"

"Wae? Mulai harini aku akan ganggu jugak. Peduli apa?"

Dia menguak rambutnya ke belakang, itu tanda dia sebal. Rambut dia basah, ini mesti baru lepas cuci. Tapi bila gaya macam ni dia nampak garang oh ya dan makin huduh.

"Aku tak suka kau. Tak faham?"

"Tak payah lah reject dua kali!"

"Sebab cakap sekali tak masuk." dia menunjal pula dahi aku. Eish!

"Masalahnya sekarang aku tak confess kan. Dah! Bagi aku tengok!" aku cuba untuk menarik kolar leher baju t-shirt putihnya tetapi dia menghalang keras. Sedaya upaya aku tak mengalah untuk cari jawapan tunggal yang cuma ada pada dia dan tiada dekat orang lain.

"Yah! Deo michyeosseo?"

"Eoh! Kau orang ke 34 cakap aku gila hari ni! Puas! Bagi aku tengok!"

"Yah!"

"Yaish!"

Adangan kali ini membuatkan nafas kami berdua terhenti sejenak sebaik sahaja Taehyung cuba melindung dirinya dengan menahan lengan aku dilipat ke dada, saat itu masa seakan akan bergerak lambat. Tubuh aku dengan dia sudah berlaga. Taehyung terduduk pada tembok sementara aku tepat bersandar selesa di atasnya. Wajah kami terlalu rapat sehingga hujung batang hidung bersentuhan. Mata aku bersatu dengan sepasang masa hazel miliknya.

Dia tak nampak huduh bila dekat macam ni.

PFT!

Aku tersedar kemudian tangan yang dilipat tadi jari aku mula bekerja dengan pantas menarik kolar turun ke bawah.

"Yah!"

Tengkingan Taehyung serentak menolak aku yang sudah tergamam.

"Huh. Dah tengok. Puas?" ujarnya.

Aku masih terpaku membisu. Jari jemari yang menggeletar naik menunding ke arah lelaki itu. Rahang yang jatuh aku cuba terkup semula, bola mata turut terketar ketar sendiri. Bulu roma aku naik menegak, perut terasa memulas.

"Bwo? Wae?"

Kim Taehyung, ada rantai tu. Rantai lelaki yang muncul dalam mimpi aku.

_________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top