Part 5: Will you marry me?

Buat pertama kali, Feiye memakai baju putih bercorak bunga biru yang merupakan pakaian pesakit di hospital tempatnya bekerja. Setelah sedar dari pengsan setengah jam yang lalu, kini Feiye tersandar pada kepala katil hospital.

Mingxiang dan ibunya ada di sisinya.

Dan pada ketika itu juga, pintu bilik di mana Feiye ditempatkan dibuka dari luar dan sesaat kemudian, muncul Qishao dan Yunxi yang kelihatan termengah-mengah. 'Nampaknya mereka berlari ke sini.' Detik hati Feiye.

Feiye memandang Qishao dengan pandangan yang sukar ditafsirkan sebelum anak matanya jatuh pada wajah risau Yunxi.

"Qishao gege, macam mana ni? Feiye gege pengsan lepas kemalangan malam tadi," beritahu Mingxiang pada Qishao setelah mendekati pemuda itu.

Qishao lantas memandang Feiye dengan mata yang membulat. Dia tidak tahu apa yang bermain dalam minda sahabatnya itu, tapi dia tak faham kenapa Feiye tidak memberitahunya hal sepenting itu?

"Mereka dah jalankan MRI ke atas aku tadi. Resultnya mungkin dah keluar," kata Feiye yg ditujukan buat Qishao tapi dia langsung tidak mengalihkan pandangannya daripada wajah Yunxi.

Mendengarkan itu, Qishao terus bergegas keluar dari bilik itu dan menuju ke bilik MRI.

Yunxi mula melangkah mendekati Feiye. Sesampainya dia hadapan pemuda itu, dia mula melabuhkan punggungnya di atas katil, di sisi Feiye. Perlahan-lahan, jari-jemarinya menyentuh pipi Feiye.

"Gwaencanha?" Suara lembut Yunxi mula menyentuh gegendang telinga Feiye. Sementara mata Yunxi mula berair.

Mingxiang yang melihat adegan itu mula mengecilkan matanya. Dia cuba mengingat sesuatu. Lebih tepat mengingat kembali wajah gadis bersama Feiye yang dilihat dalam sekeping gambar yang ditunjukkan kepadanya oleh seseorang. 'Dia ke perempuan tu? Beraninya dia pegang pipi Feiye gege aku?!' Buku limanya digenggam kemas.

Feiye menatap ke dalam mata Yunxi, mencari secebis keikhlasan yang mungkin terpancar darinya. Setelah itu, dia mula menyentuh lembut tangan Yunxi yang berada di pipinya. Entah kenapa, melihat wanita itu menangis membuatkan air matanya turut bergenang.

Mingxiang yang kelihatan terkejut bercampur cemburu melihat tunangnya itu seperti membalas affection yang diberikan Yunxi, terus merentap tangan Yunxi dan menyebabkan tangan itu terlerai dari pipi dan pegangan Feiye.

Dan tanpa berfikir lagi, dia terus menampar muka Yunxi dengan sekuat hatinya.

Melihat perbuatan Mingxiang yang tak disangka-sangkanya itu, Feiye terus bangun dari katilnya dan memegang lengan Mingxiang, menahannya agar tidak berbuat apa-apa terhadap Yunxi lagi.

"Xiang'er, kamu sedar tak apa kamu buat ni? Apa alasan kamu nak tampar Yunxi?" soal Feiye, tegas.

Mendengarkan nama gadis itu meniti di bibir Feiye buat kali kedua pada malam ini, Mingxiang lantas memberikan pandangan maut kepada Yunxi. 'Han Yunxi? Nampaknya betullah kau perempuan perampas tu! ' jerit hati Mingxiang yang sedang membara.

Mingxiang kembali memandang Feiye. "Gege boleh tanya apa alasan Xiang'er tampar perempuan tu? Dia sentuh hak milik xiang'er, dia nak rampas tunang xiang'er! Bukan setakat tampar je, bunuh dia sekalipon Xiang'er sanggup! " Mingxiang sengaja menekankan suaranya semasa menuturkan ayat terakhirnya itu.

Yunxi yang berdiri tidak jauh dari Feiye dan Mingxiang tersentak tatkala mendengar perkataan 'tunang' itu keluar dari mulut gadis itu. Ternyata Feiye bukan miliknya lagi di zaman ini. Dia dah jadi tunangan orang lain. Dan bakal berkahwin dengan orang lain.

"Bai Li Mingxiang! Apa kamu merepek ni ha?! Kamu rasa ugutan bunuh ni boleh buat main-main ke? "Feiye memegang erat bahu Mingxiang yang seperti hendak meletup bersama api kemarahannya itu.

"Siapa ckap xiang'er main-main?! Dari kecil sampai kita dah besar, pernah ke Xiang'er tipu gege? Walaupun gege berkali-kali tipu Xiang'er, tapi pernah ke even sekali Xiang'er tipu gege?" jerit Mingxiang, menghamburkan kekecewaan hatinya. Matanya mula kemerahan.

Feiye kehilangan kata-kata. Perlahan-lahan, dia melepaskan bahu Mingxiang.

Dan pada ketika itu juga, kedengaran pintu bilik itu dibuka. Yunxi kelihatan berlari keluar.

Feiye ingin mengejar Yunxi tapi ditahan oleh Mingxiang. Gadis itu memeluk erat belakang tubuh Feiye. "Jangan pergi, Feiye gege.
Jangan tinggalkan Xiang'er.
"rayu Mingxiang. Air matanya mula mengalir.

Feiye menarik nafasnya sedalam mungkin. "Maafkan gege. Semua ni salah gege. Gege yang keliru dengan perasan gege sendiri. Gege ingatkan perasaan sayang gege pada Xiang'er cukup untuk kita hidup bersama. Tapi gege silap, perasaan sayang ni tidak lebih dari sayangnya seorang abang pada adiknya. Gadis yang pergi tadi menyedarkan gege dan membuatkan gege faham dan jelas terhadap perasaan gege sendiri. Jadi, kalau gege teruskan hubungan ini dengan Xiang'er, ianya tak adil bagi Xiang'er. Xiang'er layak dapat lelaki yang benar-benar menyayangi Xiang'er sebagai seorang wanita. Gege harap Xiang'er dapat terima keputusan gege. Pertunangan kita berakhir di sini." Setelah melafazkannya, Feiye
memutuskan tautan tangan Mingxiang yang mengelilingi pinggangnya dan akhirnya, pelukan itu terlerai.

Dan tanpa memandang Mingxiang lagi, Feiye terus meninggalkannya dan berlari keluar dari bilik itu.

Mingxiang mula tersedu-sedan dalam tangisannya dan tubuhnya terjelepuk ke atas lantai.

Ibu Feiye yang dari tadi menjadi saksi semuanya, mula mendekati anak saudaranya itu. Sebuah pelukan di hadiahkan untuk gadis itu.

_____

Yunxi melepasi pintu berputar di lobi hospital. Dilihatnya salji lebat turun di luar. Tapi diredahnya juga kerana dia mahu cepat-cepat pergi dari hospital ini. Pergi dari hidup Long Feiye.

Namun tiba-tiba dia terdengar seseorang dari arah belakang memanggil namanya menyebabkan langkahnya terhenti.

"Yunxi! Han Yunxi! " Jerit Feiye dengan sekuat hatinya.

Feiye yang berdiri di hadapan pintu berputar itu kelihatan termengah-mengah setelah penat berlari mencari Yunxi. Namun, usahanya itu berbaloi kerana dia telahpun menemui gadis itu dan kini, Yunxi sedang berdiri di hadapannya walaupun gadis itu tidak berpaling memandangnya.

Dunia mereka pada saat ini seperti terbahagi kepada dua bahagian. Feiye yang masih di bawah bangunan itu berada di bahagian yang disinari cahaya manakala Yunxi berada di bahagian yang ditenggelami dengan kegelapan malam dan ditemani kesejukan sang salji.

Feiye yang masih tidak berputus-asa, kembali bersuara. "Yunxi, walaupun saya masih keliru sama ada awak suka saya ataupun orang lain, tapi saya tetap nak bagitahu yang saya... menyukai awak. Wo xihuan ni! "

Mendengarkan itu, air mata Yunxi laju mengalir di pipi.

Di mindanya terbayang saat dia mengatakan perkara yang sama kepada His Highness lalu His Highness memeluknya.

'His Highness, pada hayat ini, His Highness mengatakannya dahulu.' ujar hati Yunxi seperti berbicara dengan suaminya di hayat lepas.

"Mingxiang dan saya dah tak terikat dengan pertunangan lagi. Jadi, saya nak tanya awak...sudikah awak berkahwin dengan saya?" lamar Feiye.

Air mata Yunxi semakin melebat.

Feiye yang hanya dapat melihat belakang tubuh Yunxi itu menyambung kata-katanya. "Kalau jawapan awak 'tidak', awak boleh melangkah pergi dari sini, saya takkan halang awak lagi. Tapi kalau jawapan awak 'ya', berpalinglah ke arah saya."

_____

[Di bilik MRI]

Qishao meneliti satu-persatu result MRI milik Feiye yang memaparkan bahagian kepalanya dari pelbagai sudut. Dan akhirnya, pemuda itu menghembuskan nafas.

"Tiada kecedaran di otak Dr. Feiye. Semuanya normal. Dia hanya letih
dan stress, sebab tu dia pengsan. "beritahu Qishao kepada juru-xray di situ yang sememangnya mengenali Feiye.

Semuanya tersenyum kelegaan.

Dan seketika, minda Qishao kembali teringatkan Yunxi yang ditinggalkan tadi. "Crazy Girl!" gumam Qishao dan dia terus berlari keluar dari bilik itu.

______

Feiye masih menunggu jawapan daripada Yunxi. Harapan yang setinggi gunung itu membuatkan dadanya sesak. Sesak dengan debaran. Sesak dengan ketakutan. Takut jika gadis itu tidak memilihnya.

Namun penantiannya seperti akan berakhir apabila Feiye dapat melihat kaki Yunxi mula bergerak perlahan-lahan. Feiye menelan air liurnya yang terasa kesat. Debaran di dadanya semakin menjadi-jadi.

Adakah gadis itu ingin berpaling ke arahnya atau ingin pergi darinya?

Dan segalanya terjawab apabila wajah Yunxi yang sedang tersenyum itu akhirnya menghiasi pandangan Feiye. Gadis itu kini telah berpaling sepenuhnya ke arahnya.

Mata Feiye mula bergenang dengan air mata kegembiraan seraya bibirnya menguntumkan senyuman, membalas senyuman gadis yang dicintai dengan sepenuh hatinya itu.

Tanpa menunggu lagi, Feiye lantas melangkah ke arah Yunxi untuk memeluk gadis itu.

Setapak demi setapak, langkah itu kelihatan semakin laju ke hadapan. Senyuman Yunxi semakin melebar tatkala dirasakan dia akhirnya akan kembali menyatu dengan suami yang sangat disayanginya itu.

Namun, benarkah takdir menyebelahi mereka berdua?

Pada saat Feiye baru sahaja keluar dari bawah bangunan hospital itu dan menapak ke atas jalan, matanya menangkap figura sebuah kereta sedang dipandu laju ke arah Yunxi.

Mata Feiye terbelalak.

"Yunxi! Jaga-jaga! "jerit Feiye.

Dan pada ketika itu juga Yunxi menoleh ke sisi dan serentak dengan itu, matanya disilaui cahaya lampu kereta yang terang-benderang.

_____

Qishao masuk ke bilik wad Feiye untuk mendapatkan Yunxi, namun alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bilik itu kosong, yang ada hanya ibu Feiye sahaja.

'Ke mana pula mereka semua pergi? 'detik hati Qishao.

_____

Yunxi yang merasakan kakinya seperti terpaku di tengah jalan itu, tidak dapat bergerak walau seinci pon. Entah kenapa, seperti ada sesuatu di dalam dirinya yang membuatkan tubuhnya tidak mengikuti kemahuannya.

'Tidak, aku tidak mahu mati sekali lagi. Aku tidak mahu berpisah dengan His highness lagi. '

Pada ketika itu juga, Yunxi dapat merasakan tubuhnya ditolak oleh seseorang dan menyebabkan dia terjatuh di birai jalan. Dan pada masa yang sama, dentuman yang kuat kedengaran di belakangnya.

Dengan debaran di dada, Yunxi memalingkan wajahnya untuk melihat apa yang terjadi. Serentak dengan itu, tangkai jantungnya terasa seperti disentak keluar dari tubuhnya apabila di hadapan matanya sekarang, adalah tubuh Feiye yang melayang di udara sebelum tubuh itu terhentak kuat di bahagian belakang kereta yang melanggarnya itu lalu jatuh dan tergeletak di atas jalan. Darah mula mengalir membasahi jalan yang diselaputi salji itu. Salji yang berwarna putih perlahan-lahan bertukar merah.

"Andwae.. Andwae.." Yunxi ingin bangun, tetapi malangnya dia gagal kerana lututnya cedera akibat bergeser dengan birai jalan itu semasa jatuh tadi. Meskipun begitu, jika bukan disebabkan kecederaan itu pun, dia sememangnya tiada upaya untuk berdiri. Tenaganya hilang... dijerat oleh ketakutan.

Dan pada saat itu, seseorang melangkah keluar dari tempat duduk pemandu kereta yang cuba melanggar Yunxi itu.

Seorang gadis.

Bai Li Ming Xiang.

Memandang tubuh lelaki yang dicintai tergeletak tidak bermaya dalam lumuran darah di atas jalan di hadapannya disebabkan oleh perbuatannya sendiri membuatkan Mingxiang turut jatuh terduduk di atas jalan itu. Dengan air mata yang mengalir laju di pipi, gadis itu mula ketawa seorang diri. Kewarasannya mula hilang.

Yunxi pula mula merangkak dengan sedaya-upaya untuk mendekati tubuh Feiye yang tidak jauh darinya itu. Setibanya dia di sisi Feiye, kepala Feiye diangkat dengan perlahan-lahan dan dipangku. Tubuh dingin lelaki itu juga didakap lembut.

"Yunxi." Kedengaran suara lemah Feiye.

"Hurm." Hanya dengan bunyi itu sahaja Yunxi dapat berikan sebagai balasan. Dia tidak dapat mengeluarkan sepatah kata pun pada saat ini kerana suaranya seperti tersekat di kerongkong dek tangisannya yang cuba ditahan seboleh mungkin.

Yunxi yang kemudian menyedari akan tangan Feiye yang bergerak-gerak seperti ingin diangkat itu, cepat-cepat membantu Feiye membawa tangan pemuda itu ke pipinya seperti kehendak Feiye.

Feiye akhirnya tersenyum dalam kesakitan.

Yunxi mula dapat merasakan pipinya dielus lembut oleh Feiye. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir jua lalu bercampur dengan darah di tangan Feiye.

"Yunxi, terima kasih kerana menerima lamaran saya."

Mendengarkan kata-kata Feiye itu, Yunxi lantas menganggukkan kepalanya.

Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena darah memancut keluar dari mulut Feiye.

Yunxi menjadi semakin takut. Dia tidak mahu Feiye membuka mulutnya lagi. Namun, Feiye seperti masih ada sesuatu yang ingin dia katakan.

"Sebelum saya jumpa awak, saya selalu bermimpi yang saya adalah suami awak dalam hayat yang lepas. Walaupun dalam hayat ini, kita tak sempat menyatu dalam ikatan perkahwinan, tapi saya janji, pada hayat akan datang, saya pasti akan cari awak, baik dalam mimpi dan juga realiti. Kita akan berkahwin dalam majlis besar-besaran dan punya anak yang comel." ujar Feiye dengan susah payah.

Yunxi hanya boleh mengangguk setelah mendengarkan semua itu. Bukan dia tidak menginginkan semua yang dikatakan Feiye itu menjadi kenyataan, tetapi apa yang lebih penting pada saat ini adalah Long Feiye di dalam dakapannya, Long Feiye di hayat ini.

Apa yang harus dia lakukan sekarang untuk menyelamatkan pemuda ini?

Feiye menatap setiap pelusuk wajah Yunxi yang dalam kebimbangan dan ketakutan itu. "Jangan takut, saya kan ada di sini. Dan saya akan sentiasa mencintai Han...yun...xi." Dan setelah nama penuh Yunxi berjaya disebut, tangan Feiye yang bersentuhan dengan pipi Yunxi akhirnga terlerai dari pegangan gadis itu dan jatuh ke atas jalan.

Mata Feiye mula tertutup.

Yunxi menggelengkan kepalanya berkali-kali, tidak dapat mempercayai apa yang terjadi pada ketika ini. Perkara yang paling dia tidak mahukan terjadi pada hayat yang lepas, akhirnya terjadi pada hayat ini.

Yunxi akhirnya menangis teresak-esak smbil memeluk tubuh Feiye.

Dan dari kejauhan, Qishao yang baru tiba di tempat kejadian menyaksikan wanita yang mula disukainya itu memeluk erat tubuh longlai sahabat baiknya.

Satu kesedaran muncul di benaknya.

Dan pada saat itu, gelang Yunxi yang berada dalam genggamannya mula menghasilkan satu cahaya yang terang.

_____

[Di rumah agam]

Qingge kelihatan sedang menolak sebuah kerusi roda elektronik yang diduduki oleh seorang lelaki. Dia kemudian memberhentikan kerusi roda tersebut betul-betul di hadapan sebuah jendela yang terbuka bagi memperlihatkan kepada lelaki berkerusi roda itu akan kejayaannya.

"His Majesty, nampaknya rancangan Qing'er untuk membalas dendam bagi pihak His Majesty, ayah Qing'er dan Western Qiu dah berjaya. Akhirnya, dendam itu dah terbalas. Walaupun Duke Qin bukan mati di tangan Qing'er, at least lelaki tak guna itu dah mati."

Qingge mula tersenyum kepuasan sambil matanya membara dengan pantulan api yang membakar setiap pokok bunga plum di halaman rumah agam itu.

Ocean of Plum telah dimusnahkannya dan dia ingin menjadi saksi kemusnahan itu...

...bersama patung yang dipanggil His Majesty.

TAMAT



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top