Part 4: Dream is not a reality.
Shower di buka dan air suam yang memancut itu mula membasahi tubuh Feiye.
Seluruh bilik mandi itu mula dikabusi wap air.
Dan setelah selesai menyegarkan dirinya, Feiye mengelap cermin berbentuk bujur yang telah kabur dek wap air itu dengan menggunakan tangannya. Seketika, wajahnya kelihatan terpantul jelas pada cermin itu.
Feiye mula tergelak melihat wajahnya. Atau lebih tepat, dia sedang gelakkan diri dia sendiri.
"Feiye oh Feiye. Kau nak merawat orang gila, tapi sebenarnya kau yang gila. Macam manalah kau boleh hampir jatuh cinta pada wanita yang baru je kau jumpa. Kau rasa kau dah kenal dia lama disebabkan mimpi kau tu ke? Sebab dia sama macam gadis dalam mimpi kau? Hahaha! Oh wait! Kau bukan setakat gila, Feiye... tapi kau juga bodoh menyangka dia juga menyukai kau, bahkan menganggap kata-katanya ...adalah sebuah lamaran untuk kau."
Feiye mengesat air mata yang
yang mula mengalir dengan rakus.
Dia kembali menggumam sendiri. "Ternyata, dia bukan suka kau, tapi kawan baik kau sendiri. Tak mungkin dia tiada perasan pada Qishao. Menghadiahkan barang yang begitu berharga dan bermakna dalam hidupnya itu kepada Qishao adalah bukti yang dia mempunyai perasaan yang mendalam untuk Qishao."
'Meskipon dia benar-benar adalah gadis di dalam mimpi aku, tapi lelaki yang bersamanya dan mempunyai wajah yang serupa denganku di dalam mimpi itu bukan diri aku. Aku kena kembali ke alam realiti. Aku adalah Long Feiye, bukan Duke Qin ataupun his highness. Dan Mingxiang, aku tak boleh kecewakan dia.'
____
Qishao meletakkan gelang pemberian Yunxi di atas meja pulau yang terletak di tengah-tengah dapur. Hasratnya untuk memulangkan gelang itu terbantut apabila gelang itu ternyata milik Yunxi.
Qishao kemudian membuka peti sejuk dan melihat ke dalamnya, mencari sesuatu yang boleh dimakan. Dan akhirnya pintu peti sejuk itu ditutup semula setelah dia mengambil sebiji epal darinya.
Qishao mula mendekati meja pulau. Dan seketika, gelang yang diletakkan di situ tadi menjadi tatapannya.
'Mungkin betul kata Feiye, apa yang aku lihat di taman tu antara Feiye dan Crazy Girl bukan seperti apa yang aku sangkakan. Lagipula, tak mungkin Feiye akan curang dengan Mingxiang. Dan Crazy Girl serahkan gelang yang bermakna dalam hidupnya ini kepada aku, bermakna dia menyukai aku lah kan? Jadi, tak salah rasanya, kalau buat pertama kali aku ingin membalas perasaan secret admire aku.' bicara hati Qishao. Senyuman bahagia terpancar di wajahnya.
Pisau buah di sebelah kabinet itu dicapai dan pemuda itu mula mengupas epal di tangannya. Namun kerana hanyut dalam membayangkan wajah Yunxi yang telah berjaya menambat hati lelakinya itu, Qishao terleka dan menyebabkan jarinya terluka dihiris oleh pisau tersebut.
"Aucch!" Qishao terjerit kecil lalu dia cepat-cepat menghisap jarinya yang terluka itu. Tanpa dia sedar, darahnya itu sempat menitis ke atas gelang tersebut dan menyebabkan gelang itu mula bercahaya.
____
[Di hospital]
Feiye menuju ke kaunter selepas selesai membuat ward round. Dia mencapai sebuah dokumen yang mengandungi senarai nama pesakit yang diletakkan di kaunter tersebut. Setelah menyemak beberapa perkara penting, dia menurunkan tandatangannya di bahagian bawah setiap helaian dokumen tersebut.
Dan pada ketika itu juga, seorang doktor pelatih kelihatan sedang berjalan mendekati Feiye. Doktor lelaki yang memakai cermin mata bulat seperti Harry Potter dan berambut belah tengah itu memakai nametag yang tertulis nama Tangli.
Setelah tiba di kaunter, tanpa menegur atau menyapa Feiye, Tangli menongkatkan dagunya di meja kaunter tersebut dan mula menatap wajah Feiye tanpa berkelip .
"Ada apa kamu pandang saya macam tu?" tanya Feiye, tegas. Dia menyedari Tangli menghampirinya walaupun matanya langsung tidak berganjak dari dokumen tersebut.
Tangli yang malu-malu kucing setelah menyedari tingkah-lakunya dapat dihidu Feiye terus berdiri tegak semula.
Feiye yang telah selesai melakukan tugasnya terus menutup dokumen di hadapannya itu lalu memusingkan tubuhnya menghadap Tangli. Dia mengangkat sebelah keningnya, masih menuntut penjelasan dari Tangli atas tingkah-lakunya tadi.
Tangli tersenyum seperti kerang busuk sambil menggaru-garu kepalanya yang sememangnya gatal itu. "Senior nampak hensem betul bila tengah fokus buat kerja. "puji Tangli ikhlas tapi kedengaran agak menggelikan bagi Feiye. Dengan serta-merta, Feiye buat-buat seperti hendak termuntah.
Kerana sifat semula jadinya yang agak lurus itu, Tangli mula panik menyangka seniornya itu benar-benar tidak sihat dan ingin termuntah. "Senior tak apa-apa?"
Feiye kemudiannya mengangkat wajahnya lalu memandang Tangli dengan muka seposen. 'Kenapalah budak ni lurus sangat...atau lakonan aku yang terlampau bagus? 'fikir Feiye yang sempat perasan bahawa dia layak menjadi pelakon.
Melihatkan muka Tangli yang keliru habis itu, Feiye mula menunjukkan riak muka serius semula. "Ada apa sebenarnya kamu jumpa saya ni?"
"Oh.. Hampir saya terlupa.Tadi senior Qishao minta saya bagi kertas ni pada senior." Tangli menghulurkan sehelai kertas kecil yang bergulung itu kepada Feiye.
Feiye menyambutnya dan mula membuka gulungan kertas itu. Terdapat tulisan pada bahagian dalam kertas itu. Tulisan yang sangat dikenali Feiye. Tulisan tangan milik Gu Qishao.
{Feiye gege, tolong gantikan aku round ward untuk petang ni ye. Aku kena balik ni, ada hal emergency. Terima kasih! Sebagai balasan, kau cakap je nak makan apa, nanti aku masakkan special untuk kau.
Ikhlas dari QiQi}
Feiye buat mata ke atas setelah selesai membaca mesej dari sahabatnya itu. Penat kalau melayan si Qishao ni. Detik hati Feiye.
'Tapi betul ke dia ada hal emergency? Hal emergency apa sampai dia tak bagitahu aku?'
____
Bulan purnama kelihatan di dada langit menandakan malam telah pun menjelma.
Setelah seharian bekerja, kini masa untuk Feiye pulang. Feiye melangkah ke tempat parking kereta bagi staf hospital. Setibanya dia di hadapan keretanya, handphone yang dipegangnya bergetar. Dia melihat ke skrin. Mesej Wechat dari Mingxiang. Dan tanpa berlengah, dia terus membuka mesej tersebut.
{Feiye gege, dah habis kerja ke belum tu? Rindu.}
Feiye tersenyum nipis membaca mesej itu. Jarinya cepat sahaja menaip bagi membalas mesej tunangnya itu.
{ Dah habis kerja ni. *emoticon party*}
Sent.
Setelah selesai menghantar mesej kepada Mingxiang, Feiye terus sahaja masuk ke dalam keretanya. Namun belum sempat dia menghidupkan enjin, satu lagi mesej masuk. Juga dari Mingxiang.
{Yeay! Feiye gege balik rumah terus tau. Xiang'er dengan auntie Yi ada kat rumah gege ni. Kami tunggu gege untuk makan malam. See you tonite. *emoticon love*}
Feiye membaca mesej itu namun dia mengambil keputusan untuk tidak membalasnya sebaliknya terus memandu pulang.
_____
[Di rumah Feiye]
Mingxiang memerhatikan ibu Feiye merangkap ibu saudaranya yang dipanggil Auntie Yi itu dengan ekor matanya. Wanita itu sungguh anggun dan langsung tidak kelihatan seperti umurnya yang hampir mencecah 45 tahun itu sebaliknya wajahnya yang langsung tidak memperlihatkan proses penuaan itu persis seperti anak dara.
Seketika, Mingxiang mendekati bakal ibu mertuanya itu dan memeluknya dari belakang dengan erat. Pelukan secara mengejut itu membuatkan pergerakan tangan ibu Feiye terhenti daripada terus mengacau sup daging yang sedang dimasaknya.
"Kenapa ni Xiang'er? " soal ibu Feiye sambil menoleh ke tepi walaupun wajah gadis itu tetap tidak dapat dilihatnya.
"Auntie Yi, I love you," ucap Mingxiang dengan suara yang sengaja dikecilkan supaya kedengaran comel.
Ibu Feiye tersenyum mendapat sudden confession daripada anak buahnya itu. Wanita itu kemudiannya menutup api dapur gas di hadapannya setelah dirasakan supnya telah masak.
Setelah itu, dia memusingkan badannya menghadap Mingxiang. Lengan gadis itu disentuh lembut.
"Auntie juga sayang kamu," luah ibu Feiye pula. Mendengarkan itu, Mingxiang tersenyum kegirangan.
Seketika, wajah ibu Feiye berubah, seperti merisaukan sesuatu. "Mari duduk situ. Auntie ada sesuatu nak tanya Xiang'er. " ajak ibu Feiye lantas menarik tangan Mingxiang ke meja pulau yang terletak di tengah-tengah dapur rumah itu. Mereka berdua akhirnya mengambil tempat duduk masing-masing di meja tersebut.
"Ada apa Auntie? " soal Mingxiang, tak sabar.
"Kalau auntie tanya ni, Xiang'er jangan salah faham atau kecil hati yer," kata ibu Feiye. Mingxiang lantas mengangguk dengan riak wajah yang tenang.
"Xiang'er memang dah fikir masak-masak ke? Betul nak jadi isteri Feiye? " Soalan yang tak disangka-sangka keluar dari mulut ibu saudaranya itu berjaya membuatkan wajah tenang Mingxiang bertukar cuak.
"Kenapa... Auntie tanya Xiang'er macam tu? Auntie tak suka ke kalau Xiang'er jadi menantu Auntie? " tanya Mingxiang takut-takut.
"Bukan macam tu, Xiang'er. Kalau Auntie, Auntie memang suka kamu jadi menantu Auntie. Tapi... " kata-kata ibu Feiye terhenti di situ.
"Tapi apa Auntie? "
Ibu Feiye serba salah ingin meluahkannya tapi wanita itu dah buat keputusan, dia mesti memperkatakan soal ini kepada Mingxiang malam ini juga. Sudah lama perkara ini mengganggu fikirannya.
"Auntie takut kalau kamu tak bahagia kalau kamu berkahwin dengan Feiye. " Akhirnya, wanita itu meluahkannya.
Wajah cuak Mingxiang hilang serta-merta tatkala mendengar kata-kata ibu saudaranya itu. Dia mula tergelak kecil.
"Auntie Yi tak perlu risaulah tentang kebahagian Xiang'er. Xiang'er yakin yang Xiang'er pasti bahagia bersama Feiye gege sebab dialah satu-satunya lelaki yang Xiang'er cinta di dunia ini. Satu-satunya lelaki yang Xiang'er inginkan menjadi milik Xiang'er. "
"Walaupun Feiye tak cintakan kamu?" pintas ibu Feiye. Namun, tanpa dia duga, anak buahnya itu tetap menunjukkan raut wajah tenang setelah mendengar kenyataan yang sepatutnya menghiris tangkai hati gadis itu.
Mingxiang mencapai tangan ibu saudaranya itu. " Auntie jangan fikir bukan-bukanlah, Xiang'er yakin, Feiye gege cintakan Xiang'er. Kalau tak, tak mungkin dia melamar Xiang'er kan? "
Ibu Feiye kehilangan kata-kata. Ada benarnya juga kata Mingxiang itu, namun entah kenapa firasat keibuannya mengatakan yang Feiye tidak benar-benar mencintai gadis ini. Namun, dia juga keliru kenapa anak lelakinya itu mengambil keputusan untuk melamar Xiang'er pada musim panas tahun lepas.
Akhirnya, wanita itu menghembuskan nafas berat, seperti cuba membuang segala yang mengganggu fikirannya itu.
Setelah itu, dia mula membuka mulutnya kembali. "Feiye layan kamu dengan baik? " soalnya dengan nada suara yang lembut.
Mingxiang dengan pantas mengangguk. "Tiada lelaki yang pernah melayan Xiang'er sebaik Feiye gege," ucap Mingxiang dengan yakin lalu tersenyum.
Mendengarkan itu, ibu Feiye juga turut tersenyum kelegaan. "Baguslah kalau macam tu. Auntie harap kamu berdua akan sentiasa bahagia. "
"Terima kasih, Auntie. " Mingxiang lalu mendakap tubuh ibu saudaranya itu. Dan seketika, senyuman di bibir gadis itu mula memudar dan kesakitan mula terpancar di matanya.
Dia sedar, dia sedang menipu dirinya. Namun, tidak mungkin dia akan melepaskan Feiye walaupun dia tahu lelaki itu tidak mencintainya. Bersama dengan Feiye gege adalah lebih penting daripada segalanya. Dia terlalu mencintai lelaki itu dan sanggup berbuat apa sahaja demi lelaki itu termasuk menggadaikan nyawanya sekalipun.
_____
Jalan raya pada malam ini agak sesak dengan deretan kenderaan. Disebabkan kereta Feiye hanya dapat bergerak dengan perlahan, pemuda itu mengambil kesempatan untuk melihat suasana di luar melalui cermin kereta yang terdapat di sisinya.
Tapi siapa sangka, suasana yang dapat dilihatnya tidak seindah seperti yang diharapkan. Mata Feiye terpaku ke arah Qishao dan Yunxi yang sedang duduk makan berdua di dalam sebuah cafe di tepi jalan itu. Mereka berdua kelihatan mesra sekali.
Entah kenapa, melihat mereka berdua seperti itu membuatkan dada Feiye terasa sakit, sakit menanggung rasa. Namun begitu, matanya tetap tak dapat dialihkan daripada terus memandang ke arah pasangan yang kelihatan seperti sedang hangat bercinta itu.
'Ini ke emergency yang kau maksudkan, Qishao?' Feiye mula melayan perasaannya.
Dan kerana gagal dalam menumpukan perhatiannya pada pemanduan, kereta Feiye akhirnya 'mencium' bontot kereta di hadapannya apabila Feiye tidak menyedari kereta di hadapannya itu menekan brek mengejut.
Tubuh Feiye terlonjak ke hadapan dan dahinya terhantuk pada streng semasa pelanggaran itu berlaku, namun nasibnya baik kerana hantukan kepalanya itu tidaklah sekuat mana.
Feiye membetulkan nafasnya yang sempat kacau-bilau kerana kaget dengan apa yang terjadi secara mengejut itu.
Tidak lama kemudian, kedengaran seseorang mengetuk cermin keretanya dengan bertalu-talu dari luar. Sepertinya, lelaki yang mengetuk cermin keretanya itu adalah pemandu kereta yang dilanggarnya. Dan kerana rasa bersalah terhadap apa yang terjadi, Feiye menggagahkan dirinya membuka pintu kereta dan melangkah keluar dari keretanya.
"Macam mana kau memandu kereta ni ha! Tak nampak ke lampu isyarat merah kat depan tu. Kau tengok ni, bonet kereta aku dah kemek ni. Bayar ganti rugi sekarang!" marah lelaki separuh abad itu kepada Feiye tanpa menyedari yang dia juga bersalah dalam hal ini kerana membrek keretanya secara mengejut.
Feiye akhirnya tertunduk. "Saya minta maaf, pakcik. Saya betul-betul tak perasan. Tapi pakcik jangan risau, saya akan bayar ganti rugi untuk kereta pakcik," ujar Feiye dalam nada suara yang terdesak.
Lelaki tua itu mendengus. "Mentang-mentanglah pakai kereta mewah, sedap-sedap je nk langgar kereta orang." Hambur lelaki tua itu lagi sambil menjeling ke arah Feiye.
Feiye tidak membalas. Dia tidak ada daya untuk bertikam lidah dengan sesiapa pun pada ketika ini. Lagipula, dia mengaku memang salahnya kerana tidak memandang ke hadapan semasa memandu tadi. Dia leka memandang ke arah yang tidak sepatutnya.
_____
[Noodles Cafe]
Qishao menatap wajah Yunxi yang sedang duduk bertentangan dengannya itu dengan senyuman penuh.
Yunxi yang sedang menyedut mi yang tidak putus-putus itu langsung tidak menyedari tindakan Qishao itu.
Dan akhirnya, mi yang disedut sampai di penghujung dan semuanya berjaya masuk ke dalam mulut Yunxi. Pipinya mengembung dek mulutnya yang begitu penuh.
Qishao tergelak kecil melihat muka gadis itu yang kelihatan kelakar pada ketika ini.
"Kenapa kau ketawa? " soal Yunxi yang masih mengunyah.
"Tak ada apa. Cuma... kau kelihatan comel bila makan. " jujur Qishao.
Yunxi yang menganggap Qishao memerlinya, menjeling manja ke arah pemuda itu. Dan kemudian, dia membuat gerak tangan, meminta pemuda itu mendekatkan mukanya ke hadapan dan mula membisikkan sesuatu." Tau tak, kalau makan mi, kita tak boleh putuskan mi tu, kalau tak umur kita pendek." ujar Yunxi sambil cuba menyembunyikan tawanya apabila melihat Qishao masih mempercayai kata-katanya.
Tanpa menyedari, dirinya juga masih tidak berubah, suka menyakat Qishao.
_____
Feiye mula menekan butang-butang nombor yang terdapat pada pintu rumahnya itu dan teeeett..dengan sekelip mata pintu itu terbuka.
"Feiye gege dah balik, auntie! "Jerit Mingxiang dan terus mendapatkan Feiye. Tanpa diminta, Mingxiang mengambil beg kerja Feiye yang tergalas di bahu lelaki itu.
"Terima kasih, Xiang'er," ucap Feiye dengan senyuman.
"Tak payah berterima kasih lah gege. Kitakan tak lama lagi nak jadi suami isteri. Memang tanggungjawab Xiang'er lah layan suami baru balik keje," ujar Mingxiang lalu meletakkan beg kerja Feiye di atas sofa.
"Betul tu, Feiye. Beruntung kamu dapat Xiang'er ni jadi isteri kamu. Dia boleh jaga kamu. Tak delah mama risaukan kamu dah, duduk sorang-sorang kat rumah ni. Dengan tak de orang jagakan makan minum, tengok-tengokkan kamu kalau kamu tak sihat," sampuk ibu Feiye yang baru keluar dari dapur dan meletakkan mangkuk sup di atas meja makan.
"Mama!"Feiye mendapatkan ibunya dan terus memeluk wanita itu. "Feiye rindukan mama," luah Feiye dan mengeratkan pelukannya.
Wanita itu menepuk lembut belakang tubuh anak terunanya itu. "Ehh.. Bukan kita baru jumpa ke dua minggu lepas, takkan dah rindu." Sengaja ibunya mengusik Feiye. Sedangkan dia juga merindui anaknya itu.
Setelah hampir seminit berpelukan, ibunya mula hendak melonggarkan pelukan itu, namun Feiye menghalangnya. Dia terus menarik tubuh wanita yang melahirkannya itu ke dalam pelukannya dan memeluknya dengan lebih erat. "Seminit je lagi. Feiye nak peluk mama lagi, " rayu Feiye. Entah kenapa, dia benar-benar merindui ibunya itu sehinggakan dia merasakan jika dia tidak memeluk ibunya sekarang, dia tiada peluang lagi untuk melakukannya.
Seminit berlalu dan pelukan anak-beranak itu akhirnya terlerai. Dan pada yang sama, ibu Feiye menyedari akan kesan lebam di dahi Feiye. "Eh.. Kenapa dengan dahi kamu ni?"
Mingxiang yang berdiri di sebelah Feiye turut melihat ke arah dahi Feiye. "Iya la gege, dahi gege lebam. Gege ada terhantuk kat mana-mana ke tadi? "
Feiye yang langsung tidak menyedari akan keadaan dahinya itu cuba menyentuh kawasan dahinya yang dikatakan lebam oleh Mingxiang. Ternyata, memang ada rasa sakit di kawasan tersebut.
Dia cuba mengingat kembali dari mana dia boleh mendapat lebam itu, dan seketika mindanya mengimbau kembali kejadian yang berlaku lebih kurang setengah jam yang lalu. Kemalangan itu!
"Oh, tadi masa dalam perjalanan, saya terlibat dalam sebuah kemalangan kecil. Mungkin masa tulah kepala saya terhantuk kat stereng. Tapi mama dengan Xiang'er tak perlu risau, lebam sikit je ni. " ujar Feiye.
" Apa yang sikitnya Feiye, mama tengok besar juga lebam di dahi kamu ni. Betul ke kamu tak apa-apa ni? Kalau tak, kita pergi hospital sekarang yer. " rayu ibu Feiye.
"Betul kata auntie tu, Feiye gege. Lagipula Feiye gege baru je terlibat dalam kemalangan kan, lebih baik kita pergi check-up," tambah Mingxiang.
Melihatkan ibunya dan Mingxiang memandangnya dengan riak kerisauan, Feiye akhirnya memaparkan senyuman di wajahnya untuk meredakan kerisauan kedua-dua wanita dan gadis itu.
"Sekarang ni saya nak tanya, yang berdiri di hadapan korang ni siapa? Doktor kan? Jadi, saya tahu keadaan saya macam mana. Lagipun terhantuk tadi tu memang tak kuat sangat pon. Jadi mama... dengan Xiang'er jangan risau okey? " Feiye cuba meyakinkan ibu dan tunangnya.
"Okeylah kalau gege dah cakap macam tu. Jom mkn! Xiang'er dah lapar." Mingxiang buat muka comel sambil memegang perutnya.
Feiye dan ibunya tergelak kecil melihat telatah Mingxiang itu dan mereka kemudian sama-sama menuju ke meja makan.
____
Kini, giliran Yunxi menatap wajah Qishao.
" Qishao, kan aku dah grant first wish kau untuk makan bersama kat cafe kegemaran kau ni, boleh kau bagitau aku apa 2nd wish kau? "
Qishao mengangkat wajahnya memandang Yunxi. Dia kelihatan seperti berfikir sebelum wajahnya kembali tenang.
"Aku tak tau lagi apa 2nd wish aku. Tapi... kau call aku pagi tadi memang nak tanya aku tentang my four wishes ke?"
Yunxi mengangguk.
"Tapi kenapa? Aku tak ada buat apa-apa pun untuk kau. Kenapa tiba-tiba kau nak grant my wish? " soal Qishao dengan riak wajah yang ingin tahu.
Yunxi hanya boleh tersenyum. Tidak mungkin dia memberitahu pemuda itu yang dia sedang melangsaikan hutang hajatnya pada hayat yang lepas yang tidak sempat dikotakan.
Iya, Yunxi ingin cepat-cepat mengotakan hajat Qishao supaya dia tidak lagi terikat pada pemuda ini dan boleh memberikan sepenuh perhatiannya pada Feiye.
_____
"Apa tunggu lagi tu, Feiye? Makanlah. Ni semua air tangan Xiang'er tau," kata ibu Feiye lalu memberikan senyuman penuh makna pada Mingxiang.
"Eh, mana adalah Auntie. Auntie yang masak semua ini, Xiang'er tolong je. " bantah Mingxiang, merendah diri.
"Sama lah tu, kalau bukan kamu yang tolong, tak sempatnya Auntie nak siapkan semua jenis lauk-pauk ni sebelum Feiye balik." Ibu Feiye masih cuba mencanangkan kebaikan Mingxiang di hadapan Feiye.
Feiye hanya tersenyum nipis. Entah kenapa, dia berasa tiada selera untuk makan. Dari tadi, matanya sahaja yang menjamah satu-persatu masakan di hadapannya itu. Bukan masakan-masakan itu tidak kelihatan menyelerakan, namun tekaknya yang seperti langsung tidak mahu menerima apa-apa makanan pada malam itu.
Melihatkan Feiye yang termangu tanpa langsung menjamah makanan di atas meja itu, Mingxiang mendapat satu idea. Dia bangun dari kerusinya dan meninggalkan meja makan. Dan tidak lama kemudian, gadis itu kembali dengan sebekas tupperwear di tangannya.
Dia membuka tupperwear itu dan meletakkannya di hadapan Feiye.
"Feiye gege, kalau Feiye gege tak de selera nak makan makanan lain, makanlah ni," pelawa Mingxiang dengan bersungguh.
Feiye melihat ke dalam tupperwear yang diletakkan di hadapannya itu, dan di saat itu juga pandangannya berubah sayu. Osmanthus Cake yang disusun bentuk bunga itu terpantul di matanya.
"Auntie Yi bagitau Xiang'er yang Feiye gege gemar makan Osmanthus Cake ni. Jadi, Xiang'er buatkan khas untuk gege. Walaupun Xiang'er tak pasti rasanya sesedap yang Auntie buat ataupun tak, tapi Xiang'er buatnya dengan seikhlas hati. Harap Feiye gege sukakannya," ujar Mingxiang dengan penuh pengharapan. Namun, suara Mingxiang pada ketika itu kedengaran samar-samar di pendengaran Feiye. Mindanya seperti tidak tertarik untuk mendengar kata-kata gadis itu, sebaliknya suara Yunxi mula terngiang-ngiang di telinganya.
"Macam mana saya tahu His Highness suka makan kuih ni? His Highnesskan suami saya. Mestilah saya tahu makanan kegemaran His Highness."
"Because it's a destiny. Ianya adalah takdir yang telah ditentukan dan tiada siapa dapat menghalangnya. Han Yunxi adalah isteri kepada Long Feiye... dan Long Feiye akan menjadi suami Han Yunxi...selamanya."
"Gelang ni merupakan gelang peninggalan dari ibu aku dan ianya sangat istimewa dalam hati aku. Jadi, aku sangat lega dan gembira, kerana smpai sekarang, ianya masih di tangan kau."
Pada saat kata-kata Yunxi buat Qishao itu mengakhiri memorinya dengan Yunxi, rasa sakit hatinya kembali dan Feiye tanpa sengaja menghempaskan chopstik besi yang sedang dipegangnya ke atas meja menyebabkan bunyi desingan yang kuat memenuhi ruang makan itu.
Kerana begitu terkejut dengan perlakuan Feiye yang tiba-tiba itu, ibunya dan Mingxiang lantas memandang Feiye, mendambarkan penjelasan.
Feiye mula rasa serba-salah. Dia sepatutnya mengawal emosinya tadi. Dan akhirnya dia membuat keputusan untuk bangun. "Saya nak pergi ambil air sejuk kat dapur sekejap." Feiye memberikan alasan.
"Eh, Feiye gege. Tak pe, biar Xiang'er yang ambekkan." Mingxiang lantas berdiri juga.
"Tak pe. Xiang'er duduk je makan okey. Biar gege yang ambek sendiri, "insist Feiye.
Miangxiang akhirnya terpaksa mengangguk, beralah.
Feiye mula menapak menuju ke dapur. Tetapi baru sahaja beberapa langkah, kepalanya tiba-tiba terasa berat. Denyutan yang kuat menyerang. Dia mula memegang kepalanya. Kerusinya di sebelahnya cuba dicapai, namun belum sempat dia berpaut pada kerusi itu, tubuhnya terlebih dahulu rebah ke atas lantai.
Mingxiang dan ibunya panik tatkala melihat tubuh Feiye yang tergeletak di atas lantai.
Mingxiang yang sememangnya telah berdiri itu bergegas mendekati tubuh Feiye. "Feiye gege! Feiye gege! Kenape ni? Bangunlah. " Mingxiang menepuk-nepuk lembut pipi Feiye cuba menyedarkannya.
Namun pandangan Feiye semakin kelam dan tubuhnya semakin lemah.
Bibirnya hanya sempat menyebut sebuah nama sebelum dunianya mula gelap sepenuhnya.
"Han Yunxi. "
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top