Part 3: She's lying?!
Kucupan itu akhirnya direnggangkan oleh Feiye. Bibirnya dan bibir Yunxi terpisah dengan perlahan-lahan.
Feiye membuka mata. Dia melihat mata Yunxi di hadapannya masih terpejam. Feiye tersenyum nipis dan kemudian mengucup dahi Yunxi pula.
Dan di saat Yunxi dapat merasakan kehangatan bibir Feiye menyentuh dahinya, mata Yunxi akhirnya terbuka.
Mata Yunxi mula bergenang dengan air mata.
'Ya tuhan, aku mohon berhentikanlah detik waktu pada ketika ini agar aku dapat merasakan kebahagiaan ini dengan lebih lama.'
_____
[Yao-gui Apartment]
Qishao sedang mengemas hadiah-hadiah yang diberikan peminat dan secret admirernya.
Seketika, semasa dia membuka laci untuk menyimpan beberapa hadiah tersebut, gelang antik berwarna hijau itu menghiasi pandangannya.
Dengan berat hati, dia mengeluarkan gelang itu dari laci tersebut. Buat beberapa detik, dia terpesona dengan keunikan dan kecantikan gelang itu.
Namun, untuk menyimpannya dengan lebih lama, tindakan itu dirasakan tidak wajar.
'Gelang yang sangat berharga ini milik maid itu. Dia lebih memerlukan gelang ini daripada aku. Lagipula, aku tidak dapat membalas perasaannya buatku, jadi aku tak berhak menerima hadiah seumpama ini. Aku harus memulangkannya kembali.'
Tanpa menunggu lagi, Qishao terus mencapai kunci keretanya dan melangkah keluar dari rumah. Basement apartment tempat dia meletakkan keretanya dituju dengan pantas.
Kereta mula dipandu setelah enjin dihidupkan. Destinasinya kini adalah rumah agam itu.
_____
[Di Ocean of Plum]
Kepala Yunxi dilentokkan di bahu Feiye. "Awak tak takut ke kalau orang anggap awak gila juga sebab percayakan kata-kata gadis gila macam saya ni?"
"Orang gila tak kan mengaku dia gila. Walaupun saya tak kenal awak yang dulu, tidak juga saya tahu kenapa awak berubah selepas kemalangan tu, tapi saya percaya perubahan pada diri awak itu yang membuatkan keluarga awak tidak lagi mengenali awak sehingga mereka menganggap awak gila." Feiye meluahkan apa difikirannya.
"Jadi, awak tak anggap saya gila? Awak betul-betul percayakan saya? Tapi kenapa? " soal Yunxi bertubi-tubi. Sememangnya dia bersyukur kerana lelaki itu mempercayainya, tetapi dia tetap ingin tahu asbab di sebaliknya.
"Sebab saya rasa, saya kenal diri Han Yunxi yang sekarang," ujar Feiye seraya tersenyum simpul.
Yunxi masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata Feiye itu. Kepalanya diangkat dari bahu Feiye dan ditegakkan. Dia memandang wajah Feiye yang sedang tersenyum itu.
"Apa yang membuatkan awak mengenali Han Yunxi yang sekarang? " duga Yunxi.
"Mimpi." Hanya sepatah jawapan yang diberikan Feiye.
Yunxi mengerdip-ngerdipkan matanya, cuba menafsir sepatah perkataan tersebut sebelum raut wajahnya bertukar teruja. "Awak mimpikan saya?!"
Belum sempat Feiye membuka mulut, Zhao momo kelihatan menghampiri mereka berdua sambil menatang dulang yang di atasnya terdapat segelas jus oren. Wanita tua itu kemudiannya meletakkan gelas itu di atas meja kecil di tepi buaian.
"Jemput minum ye dr. Feiye." ucap Zhao momo dengan senyuman di wajah.
"Terima kasih Zhao momo." Feiye turut membalas senyum.
Setelah itu, Zhao momo meminta diri dan mula melangkah menjauhi Feiye dan Yunxi.
Dari kejauhan, sepasang mata sedang memerhatikan mereka. Mata milik Qingge.
Wanita itu mula mengukirkan senyuman sinis.
Dan tidak lama kemudian, pembantunya, Lin momo mendekatinya. "Princess, saya dah suruh Zhao momo bagi minuman tu kepada Dr. Feiye seperti yang Princess arahkan," lapor Lin momo.
"Bagus," puji Qingge kepada pembantunya itu tanpa memandang wanita yang berumur sedekad lebih tua daripadanya itu.
"Oh lagi satu princess, ada kereta berhenti di depan pagar utama. Kelihatan pemandunya adalah dr Qishao," lapor Lin momo lagi.
Kali ini, barulah Qingge menoleh ke sisi memandang Lin momo. Sepertinya laporan itu berjaya menarik perhatiannya. "Dr. Qishao? Dia nak buat apa datang ke sini lagi? Tak pe lah, benarkan dia masuk."
"Baik princess." Dan Lin momo berundur pergi meninggalkan Qingge seorang diri di hadapan jendela itu.
Qingge kembali memandang Feiye dan Yunxi yang sedang bergelak ketawa di Ocean of Plum.
"Ketawalah sepuasnya Long Feiye, kerana hari ini adalah hari terakhir kau bernafas di dunia ni,"gumam Qingge.
____
Pagar utama rumah agam itu dibuka.
Qishao memandu masuk dengan laju ke dalam perkarangan rumah agam itu. Dan kemudian, dia memberhentikan keretanya di hadapan tangga yang menghubungkan jalan dengan halaman rumah agam tersebut.
Sejurus Qishao keluar dari keretanya, seorang pembantu lelaki menghulurkan tangan meminta kunci kereta daripadanya.
"Tak pe. Tak payah parkingkan kereta saya. Saya sekejap je ni. "beritahu Qishao kepada lelaki itu dan terus berlari-lari anak menaiki tangga sambil tangannya menggenggam gelang antik yang ingin dipulangkan itu.
Dan di saat dia melepasi halaman rumah itu, matanya menangkap figura Feiye dan seorang gadis sedang duduk berdua-duaan di buaian.
Langkah Qishao terhenti. Seketika, matanya jatuh pada wajah gadis di sebelah Feiye. Dia kelihatan terpesona dengan wajah gadis itu yang sedang tersenyum lebar.
'Itu Crazy Girl ke? Dia nampak lain daripada kali pertama aku datang ke rumah ni dulu,' detik hati Qishao.
Pemuda itu mengenang kembali moment kali pertama dia masuk ke dalam bilik Yunxi. Sememangnya, ianya silapnya sendiri kerana dia hanya memandang sekali imbas sahaja wajah gadis yang sedang tertidur lena pada waktu itu.
"Tak sangka, Crazy Girl merupakan gadis yang sangat jelita." gumam Qishao sambil tersenyum.
Dan seketika, Qishao dapat melihat Yunxi mencapai gelas berisi jus oren yang terletak di atas meja kecil di sebelah buaian itu, lalu dihalakan permukaan gelas itu ke mulut Feiye.
Seperti ada satu perasaan yang menyelinap dalam dirinya, Qishao menjadi tidak selesa melihat adegan di hadapan matanya itu.
Dia dengan pantas mengambil keputusan untuk mendekati mereka berdua dan mula berdehem dengan kuat.
Mendengarkan deheman Qishao, secara automatik pergerakan tangan Yunxi terhenti. Gelas yang dihalakan itu sedikit sahaja lagi ingin bersentuhan dengan bibir Feiye.
Feiye dan Yunxi menoleh memandang Qishao serentak.
Dek kerana terkejut melihat kehadiran Qishao di situ, Feiye terus terbangun dan dengan tidak sengaja tertepis tangan Yunxi lalu menyebabkan gelas yang dipegang gadis itu terpelanting dan jatuh ke atas tanah.
Habis jus di dalam gelas itu tertumpah menyimbah tanah. Dan tanpa mereka sedar, rumput yang dibasahi jus itu mulai menjadi layu dan kekuningan.
Qingge yang sedari tadi memandang mereka dari jendela rumah itu mendengus marah apabila menyedari hakikat bahawa jus yang dihantarnya itu tidak berjaya diminum oleh Feiye. Disebabkan sakit hati kerana rancangannya gagal, Qingge berlalu pergi dari jendela itu dan tidak lagi melihat mereka.
Qishao menikmati wajah penuh tanda tanya milik Yunxi yang sedang merenung Feiye di sisinya sebelum mata pemuda itu beralih ke arah wajah gelabah Feiye.
Qishao kemudian tersenyum sumbing. "Patutlah kau beria nk pergi rumah agam ni lagi dan bagi alasan nak merawat Crazy Girl ni, rupa-rupanya..."
"Apa yang kau lihat tadi bukan seperti yang kau sangkakan," dengan pantas, Feiye memotong kata-kata Qishao.
Qishao melihat ekspresi Yunxi dan kemudian memandang Feiye kembali. "Yeke?" soal Qishao dengan nada suara seperti menyindir. Pemuda itu sengaja menduga.
Yunxi yang sejak tadi merenung wajah Feiye akhirnya menoleh memandang Qishao. Dan pada saat itu juga, matanya tertancap pada gelang yang dipegang Qishao.
Mata Yunxi membulat dan sesaat kemudian, bibirnya pula mengukir senyuman. Langkah terus diatur laju ke arah Qishao.
"Qishao!" sebut Yunxi tatkala dia telah pun berdiri betul-betul di hadapan pemuda itu.
Qishao kelihatan terkejut. "Apa kau panggil aku?"
"Nama kaulah. Gu Qishao." balas Yunxi polos. Senyumannya masih tak lekang di bibirnya.
Dahi Qishao mula berkerut. "Macam mana kau tahu nama aku?"
Yunxi mendongakkan sedikit kepalanya lalu rambut Qishao yang keperang-perangan itu dilihatnya dengan teliti. "Walaupun pada mulanya aku hampir tak cam kau sebab rambut kau dah pendek dan berubah warna..." Yunxi menjedakan kata-katanya seketika dan kembali memandang wajah Qishao. "Tapi...melihat gelang itu di tangan kau, membuatkan aku yakin yang kau adalah Gu Qishao."
Qishao semakin keliru. Dia mengangkat tangannya yang memegang gelang itu ke udara.
"Gelang ini maksud kau?"
Yunxi mengangguk dengan yakin.
Qishao cuba mencantumkan puzzle di dalam mindanya yang terasa berterabur pada saat ini. 'Bukan ke gelang ini milik Yuze? Tapi kenapa Crazy Girl menunjukkan reaksi seperti gelang ini dia yang punya? Oh wait! Yuze tak sebut hadiah apa yang diberikan kepada akulah! Adakah itu bermakna gelang ini...'
"Kau ke yang bagi aku aku gelang ni? " soal Qishao sambil memandang tepat ke muka Yunxi. Ingin mencari kejujuran yang dipancarkan oleh wajah itu.
Sekali lagi, Yunxi mengangguk dengan yakin.
Dan entah kenapa, Qishao terasa seperti ada bunga-bunga yang mula berkembang di taman hatinya tatkala mengetahui perkara sebenar itu.
"Aku bagi kau gelang tu sebelum aku ma..." kata-kata Yunxi terhenti. Nampaknya, dia hampir terlanjur kata. Tidak mungkin dia mengatakan bahawa dia telah mati sedangkan dia sedang berdiri dengan tubuh badan yang sihat di hadapan lelaki ini dan tidak mungkin juga dia akan memberitahu bahawa tubuh ini bukan miliknya yang sebenar.
Setelah mengaturkan apa yang sepatutnya dikatakan, Yunxi bersuara semula. "Maksud aku, aku hadiahkan kau gelang tu selepas aku bangun dari koma. Gelang tu merupakan gelang peninggalan dari ibu aku dan ianya sangat istimewa dalam hati aku. Jadi, aku sangat lega dan gembira, kerana sampai sekarang, ianya masih di tangan kau."
Wajah Feiye yang mendengar segala perbualan Yunxi dan Qishao itu mula berubah.
'Jadi, yang berikan gelang itu pada Qishao adalah Yunxi? Jadi, maknanya... Yunxi menyukai Qishao? ' detik hati Feiye.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top