Part 2: Is it only a coincidence?

Sang matahari akhirnya melabuhkan tirai. Senja menyelaputi seluruh alam termasuk rumah agam itu.

Pintu bilik Yunxi dibuka dari dalam dan kelihatan Qishao melangkah keluar dari bilik tersebut. Dia kemudian menggeliat bagi melegakan urat-urat di seluruh badannya yang tegang setelah hampir seharian terperap dalam bilik itu.

Dia kemudiannya berpaling, memandang kembali pintu bilik yang telah ditutupnya itu. "Haih.. Kenapalah si Crazy Girl tu tak bangun-bangun lagi dari pagi tadi. Nak kata mati, jantung dia berdegup normal je." Qishao mengeluh mengenangkan nasibnya pada hari ini. Lain yang nak dibuat, lain yang kena buat.

Dan pada ketika itu juga, dia perasan ada seorang maid sedang memerhatikannya sambil tersenyum-senyum malu.

"Kenapa dia pandang aku macam tu? Taulah aku hensem." gumam Qishao sebelum dia tersengih sendiri.

Qishao mula mendekati gadis yang mencuri pandang dirinya itu.

"Hye," sapa Qishao selamba.

"Hye, Dr Qishao." balas gadis itu malu-malu. Jelas kelihatan pipinya yang merona merah.

"Awak kenal saya? " Sengaja Qishao menanyakan soalan yang obvious itu.

Gadis tu lantas mengangguk. "Dr. Qishao kan selalu masuk rancangan kedoktoran kat tv. Muka dr. pon bersepah kat internet. Mestilah saya kenal. Dan sebenarnya saya peminat dr." luah gadis itu.

"Ohh.. Iye? Nama awk siapa? " Qishao mula berlagak seperti artis melayan peminatnya.

"Yuze!" jawab gadis itu dengan excited.

"Yuze? Sedap nama tu," kata Qishao, bermanis mulut.

"Oh.. Iye! Sebelum saya terlupa, dr. dah terima ke hadiah dari saya?"

"Hadiah? " Qishao berfikir sejenak. 

Daangg!

'Gelang tu! Maid ni ke yang bagi aku gelang tu?!' detik hati Qishao.

Melihatkan mata Yuze yang terkelip-kelip seperti tidak sabar ingin mendengar jawapan darinya, Qishao akhirnya menayangkan senyuman palsu.

"Iya, hadiah tu saya dah terima. Terima kasih ye." jawab Qishao. Entah kenapa, ada perasaan kecewa muncul dalam hatinya tatkala mengetahui bahawa gelang unik itu ternyata dihadiahkan oleh maid itu.

"Oh..saya sebenarnya nak kena balik ni. Ada hal sikit. Kawan saya, Dr feiye akan terus merawat cik muda untuk malam ni." Qishao sengaja mencipta alasan untuk pergi dari situ. "Sy pergi dulu." Qishao terus berlari menuruni tangga meninggalkan Yuze.

Yuze yang agak terpana dengan perubahan kelakuan Qishao mula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Dan tanpa Qishao perasan, sepasang mata milik Qingge sedang memerhatikan gelagatnya yang tergesa-gesa keluar dari rumah itu.

Setelah Qishao hilang dari pandangannya, anak mata Qingge beralih kepada pintu bilik Yunxi yang tertutup rapat itu.

Seketika, senyuman sinis terukir di bibir nipisnya.

____

[Dalam bilik Yunxi]

Mata Feiye sedang menatap wajah gadis yang tiada tanda-tanda untuk bangun dari tidur itu. Dari kening, mata, hidung dan bibir, semuanya mengingatkan Feiye terhadap gadis dalam mimpinya itu.

'Wajahnya betul-betul persis gadis dalam mimpi aku. Gadis ni ke yang aku mimpikan selama ni?'

Teeet teet..

Handphone Feiye bergetar.

Terdapat sebuah mesej masuk di aplikasi Wechat miliknya.

Nama 'QiQi' tertera di skrin sebagai nama pengirim.

Feiye membuka mesej tersebut.

{Feiye, jom la balik. Aku dah turun ni. Aku tunggu kau kat kereta. Penyiasatan kita dah habes. Aku dah tahu siapa yang bagi aku gelang tu.}

Feiye memandang wajah Yunxi setelah membaca mesej dari Qishao itu.

Dan seketika satu keputusan dibuat dan dia mula menaip mesej balas buat Qishao.

{Kau baliklah dulu. Aku stay sini sampai cik muda bangun.}

Sent.

Feiye kemudian memasukkan semula handphonenya ke dalam kocet seluarnya.

Tidak lama selepas itu, badan Yunxi tiba-tiba bergerak dan dalam tidak sedar, gadis itu memusingkan tubuhnya ke tepi katil hingga menyebabkan tubuhnya hampir sahaja terjatuh dari katil tersebut. Nasib baik Feiye cepat bertindak dengan menahan bahu Yunxi. Kemudian, perlahan-lahan Feiye menolak lembut bahu Yunxi dan membetulkan kedudukan baring gadis itu ke tengah katil. Selimut ditarik menutupi kaki gadis itu yang terdedah akibat pergerakannya tadi.

Feiye kembali duduk di tepi katil itu. Entah kenapa, perbuatannya menyentuh bahu gadis itu tadi mengingatkannya pada salah satu mimpinya.





Feiye menghembuskan nafas kepenatan. Matanya mula memberat dan akhirnya dia tertidur dengan kepalanya terlentok di atas tilam.

____

Pagi menjelma. Burung-burung mula bercicipan dan berterbangan dari sepohon pokok ke pohon yang lain.

Feiye yang larut dengan tidur yang tidak disengajakan itu akhirnya terjaga. Matanya perlahan-lahan dibuka. Perkara pertama yang dapat dilihat adalah syiling yang dicorakkan dengan langit malam yang dipenuhi bintang dan sebiji bulan penuh.

Feiye mengesat-ngesat matanya. Dan kemudian dia melihat syiling itu semula.

'Sejak bila aku letak corak kat syiling bilik aku ni? ' detik hati Feiye yang meragui.

Baru sahaja pemuda itu ingin bangun,  tidak semena-mena wajah seorang gadis terjengul di hadapan wajahnya.

"ahhhh! " Kerana terkejut bukan kepalang, tubuh Feiye terlonjak ke belakang. Dia kemudian, memandang gadis itu atas bawah sebelum memeriksa tubuhnya. Masih lengkap berpakaian. Feiye kelihatan lega.

Gadis yang duduk di tepi katil itu masih tidak mengalihkan pandangannya dari wajah Feiye bersama senyuman yang mengembang. Feiye mula berasa tidak selesa. Seketika, dia cuba mengingat kembali apa sebenarnya yang berlaku pada malam semalam.

'Alamak, aku tertidurlah malam semalam dalam bilik cik muda ni! Tapi bukan ke aku tertidur sambil duduk kat tepi katil dia semalam, macam mana aku boleh terbaring atas katil dia pulak pagi ni? '

Feiye akhirnya turut memandang Yunxi yang dah menongkat dagunya dengan kedua-dua belah tangannya. Lagaknya seperti Feiye adalah tontonan yang menghiburkan.

Feiye berdehem bagi menyedarkan Yunxi.

"Selamat pagi his highness," ucap Yunxi girang seperti robot yang akhirnya telah berfungsi semula.

Berkerut dahi Feiye. 'Apa perempuan ni merepek? Atau jangan-jangan dia betul-betul gila macam mereka cakapkan. '

Feiye yang tidak mahu berlama-lama berada atas katil itu mula menyelak selimut yang menutupi tubuhnya dan hendak bangun. Namun tubuhnya ditolak oleh Yunxi menyebabkan Feiye terduduk di atas katil semula.

Yunxi dengan muka tidak bersalah mula bersuara. "His Highness nak pergi mana tu? Mari saya tolong his highness basuh muka dulu."

Yunxi dengan pantas menyelup sehelai kain putih ke dalam besen besi berwana gold yang diletakkan di atas meja di sisi katil. Setelah itu, kain yang lembab itu dibawa ke muka Feiye. Namun belum sempat kain itu bersentuhan dengan muka Feiye, pemuda itu terlebih dahulu memegang pergelangan tangan Yunxi.

"Apa yang awak cuba nak buat? "tanya Feiye, serius.

"Nak tolong his highness bersihkan muka lah. His highness kan baru bangun tidur. " ujar Yunxi tanpa secalit pun keraguan pada wajahnya.

Walaupun Yunxi telah memberitahu Feiye niatnya, namun Feiye tetap tidak dapat menangkap kelogikan terhadap apa yang cuba dilakukan gadis itu.

'Basuh muka guna cara ini? Sekarang ni bukan lagi zaman Dynasty dulu kala. Aku boleh membersihkan muka aku sendiri di sink.' fikir Feiye.

Kerana dia belum berpuas-hati, Feiye membuka mulutnya semula. "Lagi satu saya nak tanya, kenapa awak panggil saya his highness? Buat pengetahuan awak, saya bukan putera ataupun kerabat diraja."

Melihatkan Feiye seperti langsung tidak mempercayainya sebaliknya meraguinya, Yunxi akhirnya menarik tangannya dari pegangan Feiye dan meletakkan semula kain itu ke dalam besen.

Yunxi kemudiannya menggengam lembut tangan Feiye. Mata Feiye membulat dengan tindakan Yunxi tapi tidak pula dia menolak.

"Long Feiye." Nama itu meniti di bibir Yunxi.

Mata Feiye semakin membulat.

'Macam mana dia tahu nama aku?' hatinya berbicara sendirian.

"Duke of Qin... 4th prince...suami saya...adalah awak. " jelas suara Yunxi menuturkannya.

Buat kali yang entah keberapa, Feiye mengerutkan dahinya.

Melihatkan raut wajah Feiye yang sesak itu membuatkan Yunxi tergelak kecil.

"Awak.. adalah milik saya."

Dan Yunxi terus mencium bibir Feiye.

Dup dap dup dap..

Jantung Feiye berdegup laju.

____

[Di cafeteria hospital]

Qishao dan Feiye kelihatan sedang makan bersama di salah satu meja di situ.

Feiye hanya menguis makanan dalam tray di hadapannya tanpa menjamahnya sedikit pun.

Dan seketika..

Teeet Teet.

Skrin Handphone Feiye bercahaya.

Sebuah mesej Wechat masuk.

Feiye memandang sekilas skrin handphonenya yang diletakkan di atas meja di sebelah traynya.

Mesej dari Mingxiang.

Tanpa membuka mesej tersebut, Feiye kembali menguis-nguis makanannya.

Qishao yang duduk di hadapannya mula hilang sabar melihat rakannya yang seperti baru mati bini itu. "Kau dah kenapa ni Feiye? Dari tadi aku tengok kau tak makan langsung pun nasi tu. Tu mesej dari tunang kau kan? Kau tak nak baca ke?"

Feiye mula mengangkat wajahnya, memandang Qishao. "Qishao, kau percaya ke mimpi boleh jadi kenyataan? Ataupun realiti kehidupan seseorang tu boleh masuk dalam mimpi orang lain?" Feiye tidak menjawab soalan Qishao sebentar tadi, sebaliknya dia membalasnya dengan soalan yang lain.

"Macam agak pelik je soalan kau ni. Tapi kenapa tiba-tiba kau tanya aku soalan macam tu?" soal Qishao dengan mulut yang agak penuh dengan makanan. Tapi sesaat kemudian, dia seperti tersedar akan sesuatu dan cepat-cepat menelan makanan di dalam mulutnya.
"Feiye, kau dah jumpa jodoh kau yang dalam mimpi kau tu ke? Siapa? Cepatlah bagi tahu aku siapa? " Qishao nampak excited.

"Ish! Kau ni tak habes-habes dengan jodoh. Tak de lah. Aku tanya je. Tak mungkinlah aku jumpa gadis dalam mimpi aku tu. Kan aku dah beritahu, dia bukan dari zaman kita ni." Feiye menyangkal walaupun dia sebenarnya masih keliru dan asyik terbayangkan gadis di rumah agam itu.

"ohh.. Yela.. Mana la tahu kau jumpa pelanduk dua serupa dia ke? " Qishao masih cuba memancing jawapan dari Feiye.

Kata-kata Qishao itu sememangnya berjaya membuatkan Feiye terdiam buat seketika. Gambaran wajah gadis di dalam mimpinya dan gadis di rumah agam itu berselang seli muncul di layar matanya.
'Pelanduk dua serupa?'

Feiye akhirnya meletakkan chopstik di tangannya di tepi tray. "Eh.. Aku rasa aku nak pergi ke rumah agam tu lagi lah hujung minggu ni."

Jawapan yang ditunggu tak kunjung tiba, sebaliknya topik rumah agam itu dibangkitkan Feiye. Qishao kelihatan kecewa. "Buat apa lagi kau nak pergi rumah tu? Kita pergi ke rumah tu untuk menyiasat siapa yang bagi aku gelang antik tu kan... dan misi kita dah selesai. So, tak perlu pergi lagilah."

"Tapi cik muda tu..." Belum sempat Feiye menghabiskan ayatnya, Qishao dah potong dahulu.

"Dr feiye, dengar sini baik-baik yer. Walaupun kita ni memang dalam bidang Neurology as we're researching and doing master in that field, but we're not pychologist yang boleh psycho otak orang tau. Kita tak de qualification untuk rawat orang sakit mental macam tu. Lagipula, aku rasa depa salah orang lah. Depa ingatkan kita berdua doktor yang depa invite, padahal org lain. Jadi, kau tak payah bimbanglah, doktor yang sepatutnya pasti akan datang ke rumah agam tu untuk merawat Crazy Girl." terang Qishao panjang lebar, cuba menyakinkan sahabatnya itu.

Feiye terdiam. Dia tidak menunjukkan reaksi yang dia bersetuju dengan pendapat Qishao, tidak juga dia menyangkalnya.

Qishao menghembuskan nafas frust. "Apa lagi yang kau duk termenung tu? Makan! Makan! Ke kau nak aku suapkan?"

Qishao menghalakan sudunya yang penuh dengan nasi itu ke hadapan mulut Feiye. "Aaaa.. nganga mulut sayang bucuk bucuk." Lagak Qishao persis seperti si ibu yang sedang menyuapkan makanan ke mulut anak kecilnya.

Feiye cepat-cepat menepis tangan Qishao. "Apa kau buat ni. Malulah kalau orang tengok. Yelah yelah,  aku makan. "

Feiye mula mencapai semula chopstiknya dan nasi yang dikuis-kuis tadi kini disuapkan ke dalam mulutnya.

Qishao tersenyum puas.

_____

Sebuah kereta kelihatan berhenti betul-betul di hadapan pagar rumah agam itu.

Feiye menurunkan cermin keretanya. Dia kemudian memandang ke arah tingkap bilik Yunxi.

'Pelanduk dua serupa? Betul ke mereka hanya pelanduk dua serupa seperti yang Qishao katakan?'

Mimpi-mimpi yang menemai malamnya itu kembali terimbas di ruang mindanya. Satu demi satu.

Dan berakhir dengan insiden yang berlaku pada minggu lepas.

"Selamat pagi, His Highness."

Memikirkan kedua-dua gadis di dalam mimpinya dan di rumah agam ini memanggilnya dengan panggilan yang sama, iaitu 'His Highness' membuatkan dia bingung. Itu belum lagi menyentuh kenyataan yang kedua-dua gadis itu mempunyai nama yang sama, Han Yunxi.

Feiye akhirnya melepaskan hembusan nafas yang berat.

"Long Feiye, sejak bila kau ada masa nak fikirkan perkara-perkara macam ni. Anggap sahajalah semua itu hanya kebetulan. "gumamnya pada dirinya sendiri dan menutup cermin keretanya semula.

Pedal minyak mula ditekan dan keretanya mula bergerak pergi dari pagar itu. Namun, belum jauh keretanya bergerak, sebuah kereta lain tiba-tiba berhenti di hadapan keretanya membuatkan Feiye menekan brek secara mengejut.

Dia kemudian keluar dari keretanya. Amarahnya kian menyala.

Pemandu kereta di hadapannya itu turut kelihatan keluar dari keretanya.

Tatkala melihat gerangan pemandu itu, Feiye tidak jadi hendak marah. Amarahnya ditelan.

"Princess Qingge? " gumam Feiye.

Wanita itu kemudian tersenyum manis ke arahnya.

____

[Dalam rumah agam ]

"Saya serahkan Xi'er kepada Dr. Feiye ya. Harap dr. dapat sembuhkan dia. Saya minta diri dulu. Lin momo, mari," kata Qingge dan dia terus menaiki tangga utama rumah agam itu ke tingkat atas sambil diiringi oleh pembantunya.

Anak mata Feiye mengikuti setiap langkah wanita yang sentiasa kelihatan elegan itu. Walaupun wanita itu selalu tersenyum setiap kali bertemu atau berselisih dengannya, tapi entah kenapa dia dapat merasakan mata wanita itu mengatakan sebaliknya. Mata itu langsung tidak tersenyum.

"Dr. Feiye." Suara Zhao momo menyedarkan Feiye dari terus memerhatikan Qingge. Feiye berpaling. Zhao momo dah berada di dekatnya.

Feiye tersenyum tatkala memandang wanita tua itu.

"Cik muda ada di dapur. Arah sini. "Zhao momo mula menunjukkan jalan.

Tanpa berkata apa-apa, Feiye mengikuti Zhao momo hingga ke dapur. Setibanya di dapur, Zhao momo meninggalkan Feiye dan Yunxi berduaan.

Kini, di hadapan mata Feiye,
susuk tubuh belakang Yunxi yang sedang khusyuk menguli tepung.

Perlahan-lahan, Feiye melangkah mendekati Yunxi. Dan entah apa yang merasuk dirinya, dia terasa ingin memeluk tubuh gadis itu dari belakang.

'Apakah perasan ini? Kenapa aku terasa begitu ingin memeluknya?'

Dan tatkala itu, Yunxi terdengar derapan tapak kaki seseorang di belakangnya dan dia terus berpaling. Senyumannya lantas sahaja terukir tatkala wajah Feiye menghiasi pandangannya.

"His highness!" Yunxi terus berlari ke arah Feiye dan terus melompat memanjat tubuh lelaki itu lalu memeluknya. Kedua-dua tanganya melingkari tengkuk Feiye.

Feiye terkedu. Namun Yunxi tetap tersenyum bahagia.





Yunxi kemudiannya menyelek tepung di jarinya ke hidung Feiye. Naik juling mata Feiye memandang hujung hidungnya yang berwarna putih itu.

Ketawa Yunxi terburai melihat mata juling Feiye yang kelihatan sangat comel dan kelakar itu. Dan akhirnya Feiye turut ketawa bersama.

_____

Feiye duduk di meja makan sambil matanya redup melihat Yunxi yang sedang menyusun kuih yang telah siap dimasak di dalam piring kecil.

Setelah siap menyusun kuih itu ke dalam bentuk bunga berkelopak lima, Yunxi tersenyum puas dan tanpa menunggu lagi, dia terus membawanya kepada Feiye. Yunxi meletakkan kuih itu di atas meja di hadapan Feiye.

Feiye memandang Osmanthus Cake yang diletakkan di hadapannya itu lama sebelum mengalihkan pandangannya kepada  Yunxi. Pandangan yang penuh dengan tanda tanya itu bercampur dengan sebuah perasaan yang sukar untuk diluahkan.

"Macam mana awak tau saya suka kuih ni?" soal Feiye, lembut.

"Macam mana saya tahu His highness suka makan kuih ni? His Highnesskan suami saya. Mestilah saya tahu makanan kegemaran His Highness," ujar Yunxi dengan yakin.

Yunxi mengambil seketul Osmanthus Cake dari piring tersebut dan menghulurkannya kepada Feiye. "Nah, cubalah rasa."

Feiye menyambut huluran tersebut dan kuih itu beralih tangan. Perlahan-lahan, Feiye menyuapkan kuih itu ke dalam mulutnya dan mula mengunyah. Seketika, dia tersenyum.

Yunxi yang perasan akan senyuman Feiye terus membuka mulut. "Macam mana? Sedap tak?"

"Sangat sedap. This is the best Osmanthus Cake that i ever taste in my life." Jujur Feiye memuji.

Yunxi tersenyum kegirangan.
"Kalau macam tu, his highness kena makan banyak-banyak."

Feiye mengangguk kecil dan turut tersenyum. Dia kemudian mengambil satu demi satu Osmanthus Cake itu dan disuapkan ke mulutnya.

Melihat Feiye begitu berselera menikmati kuih yang dibuatnya, Yunxi tersenyum lega. Namun senyumannya tidak kekal lama sebelum ianya mula memudar dan sebuah memori silamnya mula muncul di benaknya.

"Minta maaf his highness kerana tak sempat kotakan janji untuk buatkan kuih ini lagi untuk awak. Saya harap dengan membuatkannya untuk diri awak di kehidupan ini, boleh menebus janji itu." detik hati kecil Yunxi.

______

Feiye mengkuti langkah Yunxi dari belakang. Selangkah Yunxi menapak, selangkahlah Feiye maju ke hadapan.

Kini, mereka tiba di satu bahagian halaman rumah agam tersebut. Halaman yang terletak betul-betul di hadapan tingkap bilik Yunxi.
Halaman yang dikelilingi pohon-pohon bunga plum dan di tengah-tengahnya terdapat sebuah buaian.

"Cantik tak taman ni?" tanya Yunxi kepada Feiye yang telah pun berjalan di sebelahnya.

Feiye manjawab dengan sebuah anggukan.

"Taman ni ada nama tau," kata Yunxi lagi.

"Ohh.. Apa nama dia?" Feiye menunjukkan minat.

Yunxi yang belum menjawab pertanyaan Feiye itu mula menghampiri salah satu pohon bunga plum di situ dan melompat kecil untuk memetik sekuntum bunganya. Bunga yang berjaya dipetik ditatap dengan senyuman.

Yunxi kemudian kembali menghampiri Feiye. Kakinya dijengketkan dan dia menyelitkan bunga itu di atas telinga Feiye.

Feiye hanya membiarkannya. Mereka berdua kembali berjalan ke hadapan.

"Eh, awak tak bagitau lagi apa nama taman ini. " kata Feiye, mengingatkan.

Yunxi berfikir sejenak sebelum memberikan jawapan. "Ocean of Plum."

Disaat mendengarkan nama tersebut, langkah kaki Feiye terhenti. Pandangannya mula dibayangi sebuah memori yang pernah muncul dalam mimpinya.

"Saya hadiahkan awak Ocean of Plum ini untuk awak. Mulai hari ini, tempat ini milik awak."

"His highness! His highness! " panggil Yunxi apabila dilihat pemuda itu seperti tidak berada di alam nyata.

Feiye akhirnya tersedar dari lamunan mimpinya.

"Kenapa ni? His highness tak sihat ke?" soal Yunxi, agak bimbang.

"Tak adalah. Cuma pening kepala sikit je," helah Feiye.

"Kalau macam tu, his highness duduk dulu." Yunxi terus memapah lengan Feiye dan membawanya ke buaian. Setelah itu, dia melabuhkan punggungnya di sebelah Feiye.

Yunxi menyentuh kedua-dua belah pipi Feiye dengan telapak tangannya dan memusingkan wajah pemuda itu menghadapnya. Dan sesaat kemudian, jarinya mula menari di tepi kanan dan kiri dahi Feiye.

Sekali lagi, Feiye hanya membiarkan sahaja perlakuan gadis itu. Dia tiada daya untuk menghalang gadis itu. Urutan yang diberikan sungguh menyelesakan dan mendamaikan. Pening kepalanya seperti hilang serta merta. Lagipula, dia harus mengakui bahawa dia berasa semakin selesa dengan gadis itu. Walaupun mereka hanya berkenalan dalam masa yang singkat, tapi Feiye seperti dapat merasakan yang dia telah lama mengenali gadis itu.

"Kenapa awak panggil saya his highness? " soal Feiye tiba-tiba, memecahkan kesunyian yang sempat melanda mereka berdua.

"Kenape? His highness tak suka ke? Atau nak saya panggil his highness... 'laogong'?" soal Yunxi, nakal.

Feiye mengangkat kening kanannya seraya memulangkan pertanyaan kepada gadis itu. "Kenapa mesti 'laogong'? "

"Sebab his highness kan suami saya," jawab Yunxi ringkas.

Tapi jawapan yang diterima masih tidak memuaskan hati Feiye. "Macam mana saya boleh jadi suami awak?" soalnya lagi.

"Hurmm." Yunxi seperti berfikir sejenak. Mindanya mula mengimbas kembali moment kali pertama dia melangkah masuk ke dalam Duke Qin Manor dan membuka veil perkahwinannya sndiri.

Dan kemudian, memori tatkala Duke Qin akhirnya membuka veil merah itu untuknya setelah mereka mengadakan the real wedding di Ocean of Plum juga terimbau.

Tanpa dirinya sedar, Yunxi tersenyum penuh kelembutan membayangkan memori-memori yang pernah berlaku dalam realiti hidupnya itu.

Dan akhirnya setelah dirasakan dia telah mendapat jawapan bagi soalan Feiye tadi, Yunxi mula memandang wajah Feiye, lebih tepat menyelam ke dalam kejernihan sepasang mata milik pemuda itu.

"Because it's a destiny. Ianya adalah takdir yang telah ditentukan dan tiada siapa dapat menghalangnya. Han Yunxi adalah isteri kepada Long Feiye... dan Long Feiye akan menjadi suami Han Yunxi...selamanya."

Sebuah lamaran yang tersirat itu cukup membuatkan jantung Feiye berdegup laju.

Dan pada ketika itu juga..

Cuuppp..

Bibir Yunxi dikucup Feiye.

Jari yang mengurut dahi Feiye mula jatuh. Yunxi mula memejamkan matanya. Kucupan yang lembut itu menjadi semakin erat.

Angin yang berhembus menggugurkan bunga plum dari pohonnya dan membuatkan kelopak-kelopaknya berterbangan di udara.

Ocean of Plum menjadi saksi segalanya.

Bersambung..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top